4 tahun yang lalu, saya telah membeli sebuah kereta yang baru untuk kegunaan keluarga.

Model kereta yang saya beli adalah MPV mini Perodua Alza.

Saya masih ingat, juru jual kereta tersebut memberi saya option untuk menampal tinting dengan harga yang murah.

Kalau tidak salah, harga promosi tinted kereta Produa Alza yang baru adalah RM999.00.

Saya membuat keputusan untuk menampal tinting ke atas kereta baru saya.

Saya ada satu sebab mengapa saya ingin mendapatkan tinting kereta.

Sebab saya adalah “cuaca panas” negara Malaysia.

Walaupun semua kereta baru ada air-conditioning, di sebabkan oleh matahari yang terik, air-con memerlukan masa yang agak lama untuk menyejukkan ruang dalam kereta.

Saya mempunyai 2 orang anak.

Saya tidak sampai hati melihat mereka berpeluh di dalam kereta kerana cuaca yang panas.

Itu adalah sebab mengapa yang berpendapat bahawa tinting cermin adalah mustahak untuk pemilik kereta di Malaysia.

Fungsi tinting kereta

Fungsi tinting kereta adalah agar jelas. It menghalang kuasa infra merah (infra red) matahari daripada memanaskan ruang dalaman kereta.

Tinting di cermin kereta juga akan menghalang sinaran ultra violet (UV-A dan UV-B) yang sangat merbahaya kepada kulit kita.

Tinting juga berfungsi membenarkan cahaya melepasi cermin kereta tanpa menggugat penglihatan kita.

Sebenarnya, terdapat banyak jenama tinting kereta di pasaran.

Yang popular adalah 3M, Raytech, VKool dan sebagainya.

Harga tinting tentulah berbeza.

Harga bergantung kepada jenama, kualiti, lapisan dan juga ruang cermin kereta yang perlu di tampal.

Harga untuk tint sebuah kereta Toyota Vell Fire tentunya akan lebih mahal berbanding dengan tinting ke atas kereta Perodua Myvi.

Masalah tinting kereta

Terdapat beberapa masalah untuk cermin kereta yang menampal lapisan tinting.

Dengan adanya tinting di cermin kereta, ia akan mengurangkan Visible Light Transmission (VLT) ataupun Transmission Cahaya Penglihatan.

Kekurangan VLT adalah sangat merbahaya untuk pemandu, terutama dalam keadaan waktu malam.

Walaupun lampu depan kereta di pasang, ia adalah amat sukar untuk pemandu melihat objek di depat kereta.

Untuk penguat kuasa jalan raya seperti pihak JPJ dan Polis, mereka juga ingin melihat siapakah pemandu di dalan kenderaan.

Tinting kereta yang mempunyai VLT yang rendah akan menyukarkan tugas pihak berkuasa.

Kawalan JPJ

Jika anda menggunakan tinting yang mempunyai peratusan VLT yang agak rendah, ada kemungkinan anda akan di saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JPJ Link

Sumber gambar: JPJ Link

JPJ membenarkan tinting dengan Visible Light Transmittance (VLT) 70% di cermin depan, 50% di cermin tepi depan, 30% di cermin tepi belakang dan 30% untuk cermin belakang kereta.

Bagaimanakah pihak JPJ dapat mengenai pasti tahap VLT tinting kereta?

Pihak JPJ boleh menggunakan alat pembaca VLT yang mudah alih.

Contoh alat tersebut adalah gajet Tint Meter Enforcer.

Tint Enforcer

Alat bacaan tinting cermin kereta

Apakah hukuman jika anda di dapati menggunakan tinting yang mempunyai VLT yang terlalu rendah?

Untuk kesalahan kali pertama, anda mungkin di denda RM2000 atau 6 bulan penjara.

Untuk kesalahan kali kedua, anda mungkin di denda RM4000 atau 12 bulan penjara!

Hukumannya memang berat.

Jika anda menggunakan tinting terkawal dan di benarkan oleh JPJ, anda tidak perlu bimbang.

Masalah sekarang adalah tinting yang tidak berjenama dan mempunyai tahap VLT yang terlalu rendah.

Kebanyakan pengguna mungkin tidak tahu dan akan melekatkan tinting kereta yang tidak di benarkan oleh pihak JPJ.

Mungkin pengusaha kedai aksesori yang mengesyorkan tinting yang lebih murah dan memberi guaranti tinting tidak akan di saman JPJ ataupun pihak Polis.

Tetapi anda mungkin masih ragu-ragu.

Adakah tinting kereta berkesan dan dapat mengurangkan haba di dalam ruang kereta?

Adakah tahap kegelapan di benarkan oleh JPJ?

Soalan di atas adalah agar sukar untuk di jawap sehinggalah sekarang.

Standard 2018

Aplikasi TinTrac

Sumber gambar: The Star Online

Menjelang 1 Januari 2018, semua kereta baru yang mempunyai tinting mesti mengikut standard tinting kereta MS2669 daripada Jabatan Standard Malaysia.

Ini bermaksud, semua filem tint harus mempunyai QR Code keselamatan.

QR Code di atas tinting kereta boleh di imbas ataupun “scan” dengan menggunakan aplikasi smartphone.

Standard MS2669 adalah cadangan daripada Auto Audio Accessories and Air-Condition Traders Association (AAA) dengan sokongan Jabatan Pengangkutan Malaysia dan Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).

Dengan adanya Standard MS2669, pengguna tidak perlu lagi bimbang samada tinting kereta mereka di benarkan oleh JPJ atau pun tidak.

Semua filem tinting yang di jual di kedai aksesori mesti ada QR Code daripada AAA.

Jika filem tint tiada QR Code, jangan menggunakannya.

Aplikasi smartphone yang di gunakan untuk mengimbas QR Code di kenal sebagai TinTrac dan ia boleh di muat turun daripada Google Play dan App Store.

Untuk muat turun daripada Google Play, klik sini.

Untuk muat turun dari App Store, klik sini.

Aplikasi TinTrac

Penggunaan aplikasi TinTrac adalah sangat berguna untuk pengguna dan pihak berkuasa seperti JPJ.

Apabila pegawai JPJ mengimbas QR Code, informasi seperti:

  • Nombor pendaftaran kereta
  • Nombor chasis
  • Jenama kereta
  • Model kereta
  • Tarikh tint dipasang

akan tertera di dalam aplikasi.

Oleh itu, tidak kira samada anda menggunakan kereta jenama seperti:

Perodua Bezza, Alza, Myvi, Axia, Viva, Kelisa

Proton Gen 2, Exora, Iriz, Iswara, Persona, Saga, Satria, Waja

Toyota Vios, Innova

Honda Civic, City, Accord, Jazz, CR-V

anda tidak perlu ragu-ragu lagi.

Jika anda bercadang untuk mendapatkan tinting baru untuk kereta anda, di harapkan artikal in dapat membantu.

Selamat memandu!



By | 2017-08-07T18:38:02+08:00 August 4th, 2017|Car Maintenance|2 Comments

About the Author:

2 Comments

  1. Mad May 28, 2019 at 5:29 pm - Reply

    Can or not driving school use tinted?

    • Cikgu Yap May 28, 2019 at 7:11 pm - Reply

      Nevertheless, if you’re intending to use your own personal vehicle (with JPJ)’ approval, then the answer to your question is “YES”

Leave A Comment