Panggilan Balik 1.7 Juta Kenderaan Toyota
Toyota Motors, Jepun, kini bersiap sedia untuk membuat panggilan balik ataupun recall sebanyak 1.7 juta kenderaan-kenderaannya.
Apakah masalah yang kini hadapi oleh gergasi pembuat kereta dunia pada kali ini pula?
Menurut Kementerian Pengangkutan Jepun, sebanyak 1.28 juta kenderaannya di tanah air serta 421,000 di seberang laut akan terlibat dalam upacara panggilan balik tidak lama lagi.
Toyota Motors di jangka menghadapi tekanan hebat dalam usaha mencuba mencapai kembali semula kepercayaan konsumer luar negara selepas beberapa krisis panggilan balik serta kes-kes mahkamah di ikuti pula dengan dendaan-dendaan yang tinggi.
Apakah kesulitan yang sedang di alami oleh syarikat Toyota Motors kali ini?
Bahagian-bahagian saluran ataupun paip minyak di laporkan mungkin retak dan bocor. Selain daripada itu, berlaku juga masalah sensor tekanan yang di cantum kepada saluran-saluran paip minyak.
Masalah retakan paip-paip minyak kemungkinan berlaku kepada paip tersebut di atas, yang akhirnya kemungkinan akan rengang pula di akhirnya mengakibatkan pembocoran yang bahaya. Ini adalah berikutan sesuatu kenyataan yang di umumkan oleh Kementerian Pengangkutan negara Jepun.
Panggilan balik kali ini di katakan melibatkan sebanyak 245,000 kenderaan-kenderaan mewah Toyota berjenis Lexus di Amerika Syarikat, termasuk Lexus GS 300 dan GS 350, sementara IS 250 serta IS 350 di katakan juga terlibat.
Sebanyak 74,500 Lexus Crown serta lain-lain kenderaan akan terlibat dalam process recall kali ini. Sambil itu, 10,000 unit Lexus di Eropah juga akan di panggil balik.
Yang terlibat juga di Jepun adalah kenderaan jenis Noah, Voxy, Caldina dan Isis, yang dikeluarkan di antara tahun 2000 hingga 2009 di katakan juga terlibat dalam latihan ini.
Meskipun terdapat 140 kes yang di laporkan, namum demikian, belum terdapat sebarang kemalangan yang kini di laporkan.
Toyota Motors memberitahu ianya akan memasang balik bahagian-bahagian yang terlibat secara percuma di Jepun, manakala di ikuti pula oleh recall-recall di luar negara yang akan mematuhi arahan tertentu.
Dalam suatu kenyataan yang di keluarkan, Toyota Motors merakamkan perasaan kesalnya kerana mengakibatkan kesulitan-kesulitan kepada para pengguna.
Pada 2008, Toyota motors berjaya menamatkan kejaguhan General Motors memegang teraju pengeluar automobil dunia. Tetapi walaubagaimanapun, bukannya mudah untuk syarikat Toyota Motors untuk menjuarai gelaran tersebut memandangkan krisis-krisis ekonomi, pangilan-panggilan balik dan baru-baru ini, yen yng kukuh.
Baru-baru ini, Toyota Motors mengumumkan penjualan seluruh dunia sebanyak 8.42 juta kenderaan, di hadapan jualan General Motors yang mencatat 8.39 juta.
Ini mengesahkan posisi Toyota Motors sebagai pengeluar auto terbesar di dunia buat kali ketiga berturut-turut. Manakala, General Motors menduduki tempat kedua pula.
Toyota Di Malaysia – Pemasangan Kereta Camry di Malaysia
Di katakan Toyota Motor Corporation, Jepun kini memasang kereta sedan Camry di negeri China.
Ada yang mengatakan kereta yang terkenal di atas itu sedang di pasang di negeri Thailand pula.
Walau bagaimanapun, menjelang 2 tahun lagi, iaitu pada tahun 2012, Camry akan di pasang di kilang Assembly Services Sdn Bhd yang terletak di Shah Alam, Selangor.
Untuk maklumat para pembaca pula, Assembly Service merupakan salah suatu pengbungan bersama di antara Toyota Jepun, Toyota Tsusho Corporation dan UMW Corporation Sdn Bhd.
Pihak UMW Toyota, baru-baru ini telah mengumumkan berhajat hendak melaburkan sebanyak RM100 juta demi untuk memulakan pengeluaran tempatan kenderaan yang terkenal itu, iaitu Camry.
Malaysia kini dalam usaha sedang giat melancarkan projek Dasar Kebangasaan Automotif Nasional. Dan sokongan daripada Toyota Motor Jepun serta UMW Toyota Malaysia jelas menunjukkan sokongan padat kepada dasar tersebut di atas.
Apa yang penting dalam sokongan tersebut di atas adalah menggalakkan penggunaan barangan-barangan buatan tempatan dalam industry pemasangan kereta di Malaysia.
Adalah di harapkan bahawa dengan usaha kerjasama ketiga-tiga pihak yang di nyatakan di atas, ianya dapat menguntungkan kesemua pembuat barangan tempatan yang akhirnya akan membawakan kepada kejayaan industry auto Malaysia.
UMW Toyota Malaysia yang kini adalah pengedar kereta-kereta jenis Toyota di negara ini telah di laporkan melaburkan sejumlah RM290 juta kebelakangan ini demi untuk memperkembangkan kemudahan-kemudahan mengeluarkan kenderaan-kenderaan di negara ini.
Tambahanpula sebangyak RM170 juta telah di jangkakan di labor ke dalam sysrikat Assembly Services dalam jangka waktu 3 tahun akan datang ini untuk meningkatkan kebolehan syarikat ini menghasilkan kenderaan-kenderaan jenis Toyota.
Berhubung dengan kereta Toyota jenis Vios pula, kereta tersebut kini sedang di pasang dengan penggunaan 40% barangan-barangan tempatan dan ini akan di pertingkatkan kepada kadar 50% tidak lama kemudian.
Untuk model-model kenderaan Toyota yang lain pula di negara ini, kadar barangan dalamnya sudah pasti akan bertambah banyak lagi pada masa-masa yang akan datang kelak.
UMW Toyota berkata lagi, sebanyak jumlah RM200 juta lagi telah di khaskan untuk membina satu “stockyard” berpusat di tempatkan di Bukit Raja, Klang.
Di kata tempat yang tersebut di atas di jangkakan akan bermula operasi pada tahun 2011.
Ke semua pengguna-pengguna kereta jenis Toyota mengalu-alukan ke semua perkembangan ini yang di umumkan.
5 Tips Penjagaan Kereta Untuk Pemandu Kereta
Perkara-perkara Yang Dapat Di Jalankan Demi Kebaikan Kenderaan Sendiri
Seorang pemandu yang bertanggungjawab boleh melaksanakan perkara-perkara kecil untuk kebaikan kenderaannya. Sebenarnya tidak perlu berharap 100% kepada mekanik saja.
Apakah faedah atau keuntungan membuat demikian?
Antara faedah yang kita dapati ialah:
i) Menjimatkan wang “repair”.
ii) Rasa puas hati perkara itu di buat secara sendiri.
iii) Elakkan perkara kecil itu menjadi lebih serius.

Di bawah adalah di senaraikan beberapa perkara mudah yang sudah tentu dapat di laksanakan seseorang pemandu.
1) Menukar mentol signal.
Perkara ini mudah saja di perbetulkan. Belilah sekotak mentol signal. Ia harga antara RM5 – RM6 saja. Beli juga mentol lampu belakang atau lampu brek.
Anda haruslah belajar bagaimana hendak takrifkan antara mental atau “blub” tersebut. Untuk kerja ini, di perlukan satu-dua alat skrew driver saja.
Kereta yang berjenis lebih baru, mungkin mempunyai lampu signal yang lebih sukar untuk di tukar. Dalam hal demikian, hantarlah saja kenderaan anda ke mekanik.
Macam mana hendak tahu mentol signal sudah bakar? Bila di pasang indicator, biasa tanda atau isyarat itu berkelip-kelip dengan pantas.
2) Mengintai paras minyak brek.
Kekurangan minyak brek dalam tabung minyak brek perlu sentiasa di jaga. Tabung minyak brek, yang terletak dalam kompartment enjin, ada 2 paras.
Satu paras bawah dan satu lagi paras atas. Sebaik-baiknya, paras minyak brek hendaklah sampai ke paras atas. Sekiranya kurang, isi dengan minyak spare atau tambahan.
Di cadangkan jenis DOT 3 di guna. Minyak brek berjenis-jenis warna. Boleh di campur aduk antara satu dengan lain.
3) Menguji tahap brek kereta anda.
Brek kereta boleh mengalami kerosakan dari semasa ke semasa. Kadang-kala brek kereta di katakan “lari ke tepi” apabila di tekan. Ini menandakan satu-satu kerosakan.
Hantarlah ke mekanik secepat mungkin. Ada kalanya, bila brek di tekan, kita dapati ia turun sampai ke bawah, ke paras lantai. Ini juga menandakan kerosakan. Hendaklah ke mekanik segera.
Perkara kerosakan brek baik di serah kepada pakar kereta untuk di kendalikan pembaikannya.
4) Minyak hitam atau minyak enjin.
Menjaga paras minyak hitam atau enjin adalah penting. Kekurangan minyak ini boleh merosakkan enjin kereta anda. Untuk perkara ini, anda hendaklah mencari “dip stick” minyak hitam.
Kiranaya kurang faham apa dia alat ini, sila tanya kepada rakan atau mekanik anda. Pastikan paras minyak hitam sampai ke bahagian atas.
Kiranya minyak hitam sampai ke paras bawah saja, ini bererti enjin anda kekurangan minyak. Isilah minyak hitam hingga ke paras atas atau Upper Level.
Untuk ini, anda hendaklah mendapatkan sekotak minyak tambahan. Guna minyak yang sama jenis yang biasa di guna oleh foreman anda.
5) Tayar kereta.
Ada 3 perkara penting anda harusnya tahu tentang penjagaan tayar.
i) Tekanan atau “pressure” – Tekanan bererti berapa banyak angin di dalam tayar. Biasanya, di cadangkan isi 26 psi (pound per square inch) tayar depan. Juga untuk tayar belakang, 26 psi di cadangkan.
ii) Balancing atau imbangan – Tayar yang tidak seimbang, akan goyang atau gegar. Ini akibatkan steering kurang stabil. Sukar untuk di kawal.
Kalanya, steering akan lari ke kiri atau ke kanan pula. Hendaklah menjalankan usaha mengimbangkan tayar di kedai tayar secepat mungkin.
iii) Penjajaran – Tayar hendaklah turun ke tanah dengan sejajar. Kalaunya tidak, tayar akan makan sebelah.
Jadi, dari semasa ke semasa, di nasihatkan proses penjajaran hendaklah di jalankan di kedai tayar seringkali.
Di atas merupakan 5 perkara penting yang dapat di jalankan oleh seorang pemandu demi kebaikan kenderaannya sendiri. Sudah tentu sebuah kenderaan baru kurang memerlukan permerhatian tersebut.
Oleh itu, kiranya tiada masalah kewangan, lebih elok belilah sesebuah kenderaan yang baru!
