Cara Melulus Ujian B2 -250cc Motorsikal

Posted on April 20th, 2009


Saya berserempak dengan seorang budak berbangsa Melayu kebelakangan ini.

Beliau memberi tahu saya ini kali ketiga beliau menjalani ujian motorsikal. Tambahan pula, calon yang tersebut diatas nampaknya kurang keyakinan.

Beliau nampaknya marah. Katanya, beliau kemungkinan akan berjumpa pihak atasan tentang hal ini untuk buat aduan. Beliau rasa tidak puas hati dengan cara ujian dijalankan.

Sebagai seorang pengajar memandu institut, saya tidak berhasrat melihat sebarang aduan begini berlangsung. Pada pendapat saya, sudah tentu budak tersebut ini pasti ada melakukan perkara-perkara yang tidak betul. Setahu saya, para penguji J.P.J berlaku objektif semasa menjalani ujian.

Terlebih dahulu, saya menerangkan, seseorang calon harus menunggang dengan baik dan penuh keyakinan. Jadi berlajarlah bersungguh-sungguh. Dapatkan latihan sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Inilah kunci kepada kejayaan.

Ramai calon gagal dalam hal mengikat topi keledar. Ikat tali keledar dengan elok. Pastikan tidak ada ruang renggang lebih daripada 2 jari antara muka anda dengan topi keledar yang anda pakai.

Antara halangan yang calon hadapi adalah memusing bulatan “roundabout”. Pastikan anda menunggang disebelah KIRI bulatan berkenaan. Gunakan gear yang KEDUA. Ianya gear yang dikatakan lebih lancar.

Sekali lagi calon-calon diingatkan mengikut bahagian KIRI bulatan. Jangan sekali-kali ikut bahagian tengah bulatan roudabout itu.

Selepas ujian “roundabout”, anda akan menemui halangan “menyeberangi jambatan sepangjang 7 atau 8 meter”. Ada pengajar yang bercadang anda guna gear kedua untuk melintas halangan ini.

Ada yang bercadang anda berhenti dulu. Tukarkan kepada gear satu, baru naik jambatan berkenaan. Terselah kepada mana pilihan anda. Yang penting, ingatlah menyeberangi jambatan ini dalam jangka waktu lebih 7 saat sekurang-kurangnya.

Bahagian atau halangan ketiga adalah menguasai atau “mengkontrol” diantara kon (zig-zagging). Ini tidaklah masalah kepada calon-calon.

Selepas ujian kon ini, anda menghadapi garisan berhenti. Bersedia untuk halangan seterusnya - “Berhenti secara kecemasan”.

Dengan had laju yang sederhana, and dikehendaki berhenti dalam ruang yang diberi. Serentak berhenti dengan menggunakan kedua-duanya brek kaki and brek tangan.

Pegang brek tangan dengan elok. Jangan lepas “brek tangan” sehingga tester tamat memperhatikan tingkah-laku anda. Saya harap anda betul-betul faham maksud saya.

Tamat ujian halangan (Bahagian Satu) ini, anda sampai ke peringkat Kedua (ujian penggunaan signal-signal mekanikal dan signal-signal tangan) serta kawalan motor anda.

Semak atau “check” satu per satu lampu depan dan belakang (lampu brek), lampu signal kiri dan kanan, serta hon sebelum anda mulai berjalan. Yang terpenting sekali ialah gunakan KEDUA-DUA signal mekanikal serta tangan sekaligus. Ini kunci kepeda kejayaan.

Kalau anda boleh ingat apa yang ditunjuk ajar saya ini, sudah yakin saya anda boleh mendapat markah yang baik untuk LULUS. Tambah dengan menunggang motor dengan baik dan yakin, sudahtentu and pasti menemui kejayaan.

Ujian Bahagian Dua tamat dengan pemberian signal tangan “Slow”. Berhenti di garis Berhenti. Turun dari motor. “Park” motor dengan “Stand” berdua kaki.

Menggunakan “stand” satu kaki akan akibatkan anda dipotong satu atau dua markah.

Akhir kata, oleh sebab jalan yang diguna dalam petak ujian hanya 5 kaki lebar sahaja, kebanyakan calon memilih untuk menunggang ditengah jalan.

Ingat, kalau tester melihat anda menunggang di bahagian tengah jalan, sudah pasti anda menemui Kegagalan.

Rencana ini merupakan permerhatian saya sahaja. Ini merupakan Petua-petua saya beri kepada budak Melayu yang tertera di atas.

Saya berkesempatan bertemunya selepas ujiannya. Puashati saya berjaya membantu beliau lulus dalam ujiannya hari itu.

Mujur tidak perlu beliau menemui pihak atasan J.P.J bagi buat aduan. Mungkin budak Melayu yang berkenaan itu telah tidak buat semuanya betul atau yang dikehendaki oleh penguji-penguji.

Mungkin seperti orang kata: “Tidak tahu menari, katanya tanah tinggi rendah”.


Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • Worry Rock: Dear Cikgu Yap, first of all, I’m a P holder and I almost got involved with a major accident today....
  • Daniel: Hi, I currently hold a Malaysian P License and i’m going to Bali on holiday next month. Can I use my...
  • Harald: hi cikgu yap, i m harald and i m studying in perth, i just got my western aussie driver’s license...
  • Johnson: Greeting, My wife is a Malaysian and she need to convert her Malaysia Driving Licence to Singapore Driving...
  • Cheah Keng Woo: Hi Cikgu Yap, I took my license in 1999 and I have renew my license ever since 5 years. However, the...
  • yk: Hi, I am working in singapore and my Malaysia driving licence has expired for 2 years. Can i still renew it??...
  • Anne: Hi, I wish to apply for an internation license in Malaysia. I am a Malaysian and hold a valid driver’s...
  • wan: thanks cikgu sbb sudi menjawab pertanyaan saya. sebelum ini sy menetap d Johor, kini sy telah berpindah ke...
  • hairi: sekarang ncd saya 40%. macam mana kalau sya jual kereta saya sekarang dan beli kereta lain.. adakah blh saya...
  • tgk: Dear Sir, i am looking for a 2nd hand car and recently test drive one which i am very comfortable with. The...
  • amar: the retest fee is very high.mine was RM 170.the is school offering “pakej sampai lulus” but for me...
  • Andy: Hi Cikgu Yap Today I tried to renew my road tax and found that it was blocked. After some investigation I...
  • sabrina: saya ni pemegang lesen L kelas b2. saya dapat surat mahkamah kerana kesalahan membonceng seorang lagi. saya...
  • mamat: cikgu,my GDL expired almost 1 year.How can I renew my GDL as I now at oversea? Need your help…
  • Brendy: Hi there Cikgu Yap. I am a Malaysian but holds an Australian Driving License. I am back in Malaysia for...
  • eekim: hi cikgu Yap..hr khamis ni sy akan ada jalani QTI kereta.. sy rasa takut sangat nk hadapi nye.. pgajar sy ckp,...
  • chelsea: cikgu,lesen p motor saya telah hilang …apa yang hendak saya buat ?
Recent Readers
Add to Technorati 

FavoritesEducation and 

Training Blogs - BlogCatalog Blog 

Directory