Minor car accident

Berikut adalah komen daripada Cik Wani yang di kemukakan di blog ini pada 24 Oktober 2015.

Cik Wani menghadapi masalah untuk menuntut insurans kemalangan kereta kerana pihak kedua tidak membuat laporan polis.

Kemalangan kereta dengan lori treler

Salam sejahtera Cikgu Yap,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana sudi meluangkan masa dan tenaga mengendalikan blog ini yang pada pendapat saya sangat bermanfaat kepada orang ramai.

Syabas Cikgu Yap!

Usaha murni cikgu memang patut dicontohi!

Saya ingin meminta pendapat cikgu tentang kemalangan yang saya alami pada bulan Ogos lepas.

Kereta saya telah dilanggar oleh sebuah treler ketika sedang berhenti di simpang.

Ketika itu treler berada di sebelah kanan saya dan di kiri saya pembahagi jalan, kemalangan berlaku apabila treler membelok ke kiri dan menggesel bahagian kanan kereta saya menyebabkan windscreen retak, cermin kanan depan pecah, pintu depan dan belakang serta rangka sebelah kanan rosak dan lain-lain kerosakan.

Pemandu treler mengatakan saya berada terlalu dekat dengan trelernya sedangkan saya berada dalam lane kiri dan trelernya memasuki lane saya.

Itu bukan kemalangan pertama yang saya alami tetapi saya agak gementar ketika itu memandangkan ia betul-betul mengenai sebelah kanan pada aras kepala saya.

Selepas kemalangan saya memandu pulang dan membuat laporan polis pada waktu malam kerana saya ada urusan kerja yang sangat penting yang perlu diselesaikan pada hari tersebut.

Kereta saya dibawa ke balai polis dan terus ke bengkel yang diaturkan oleh syarikat insurans pada keesokan harinya.

Sewaktu membuat laporan, polis maklumkan pihak treler belum membuat laporan.

Kereta saya telah dibaiki menggunakan insurans saya dan siap selepas tiga minggu namun sehinga kini pihak treler belum membuat laporan menyebabkan pihak polis tidak dapat mengeluarkan keputusan kes.

NCD saya sebanyak 45% kini tinggal 0% dan untuk mendapatkannya semula perlulah ada keputusan kes daripada pihak polis menyatakan pihak treler yang bersalah.

Beberapa kali saya telah menghubungi balai trafik dan sarjan yang mengendalikan kes itu untuk mengetahui status laporan pihak treler.

Saya telah dimaklumkan pihak polis telah menghantar surat agar mereka tampil membuat laporan dan setelah lebih enam minggu kemalangan berlaku, sangat mengecewakan apabila sarjan yang mengendalikan kes tersebut mengatakan pihak treler sepatutnya membuat laporan esok atau lusa.

Ini bukanlah jawapan profesional daripada seorang sarjan, bukankan sepatutnya polis menetapkan tempoh untuk pihak treler membuat laporan?

Itulah kali terakhir saya menghubunginya.

Seorang petugas di syarikat insuras mencadangkan agar saya menghantar tuntutan CART (Compensation of Actual Repair Time) kepada syarikat insurans treler agar mereka tahu kenderaan yang diinsurankan terlibat dengan kemalangan.

Saya mengikut cadangannya dan menghantar tuntutan tersebut setelah membeli maklumat insurans treler di JPJ.

Saya menghubungi syarikat insurans treler dan diberitahu mereka telah menghantar surat agar syarikat treler mengemukakan laporan polis dan keputusan kes kerana ada pihak yang menuntut.

Walaubagaimanapun pegawai insurans itu memberitau tiada apa yang boleh dilakukan selagi tidak terima dokumen daripada pihak treler dan bukan tugas mereka untuk memastikan laporan dibuat serta mencadangkan saya meminta bantuan pihak bengkel yang memperbaiki kereta saya.

Usaha saya terhenti di sini setakat hari ini.

Saya mengharap jasa baik Cikgu Yap agar memberikan panduan untuk tindakan saya seterusnya.

Terima kasih.

Jawapan saya kepada Cik Wani

Pada pendapat saya, memandangkan anda telah beritahu syarikat insurans tentant perkara ini, anda tidak payah lagi menunggu pemandu lori buat laporan polis.

Tuntutan ke atas kenderaan anda boleh di langsungkan.

Saya cadang sekiranya kompeni insurans enggang bertanggungjawab, anda tidak ada pilihan selain daripada memasang peguam uruskan tuntutan selanjutnya.

Walau apapun, tindakan di atas memakan masa penjang dan sudah tentu anda hendaklah banyak bersabar.

Komen seterusnya daripada Cik Wani

Komen seterusnya daripada Cik Wani yang di kemukakan pada 9 November 2015.

Cikgu Yap,

Saya terlibat dalam kemalangan.

Keputusan kes telah dikeluarkan oleh pihak polis dan pihak yang melanggar saya yang bersalah.

Kereta saya telah siap dibaiki menggunakan insurans pesalah.

Saya diahamkan boleh membuat tuntutan CART daripada insurans pesalah lalu saya menghantar tuntutan pada kadar RM 40 sehari untuk 23 hari.

Pihak insurans pesalah menjawab tuntutan saya dengan menawarkan RM 30 sehari untuk 4 hari (RM120) sahaja.

Saya tidak setuju kerana kereta saya berada di bengkel selama 23 hari dan pelbagai kesulitan yang saya terpaksa tempuh selama ketiadaan kereta.

Saya belum memberi persetujuan kepad pihak insurans pesalah.

Apa yang patut saya lakukan Cikgu Yap?

Satu lagi saya terpaksa tinted windscreen dan cermin lain atas tanggungan sendiri kerana tinted dikira akksesori dan dan luar daripada perlindungan insurans.

Cermin kereta saya tinted seluruhnya sebelum kemalangan.

Pada siapakah patut saya majukan tuntutan ganti rugi tinted itu?

Harap cikgu dapat membantu.

Terima kasih.

Jawapan saya kepada Cik Wani

Kalau tidak terima tawaran insurans, tolaknya.

Lawan kes ini di mahkamah!


By | 2017-09-05T21:11:15+08:00 April 13th, 2017|Insurans Kenderaan|1 Comment

About the Author:

One Comment

  1. […] harga aksessori motorsikal seperti helmet, tayar, rim, minyak pelincir, bateri, spare parts, insurans, servis pinjaman bank dan […]

Leave A Comment