Bagaimana Membarui Lesen Antarabangsa Malaysia

Baru-baru ini, blog ini menerima pertanyaan bagaimana hendak seseorang memperbaharui lesen antarabangsa Malaysianya.

Memandangkan saya sendiri pun kurang pasti cara-cara untuk barui lesen tersebut, maka saya pun mulalah menyoal instructor-instructor lain yang berpengalaman.

Kesemua memberi jawapan-jawapan yang berbeza-beze. Akhirnya, mujurlah saya bertemu dengan seorang bekas pegawai J.P.J.

Inilah jawapan beliau. Syarat-syaratnya adalah:

1) Lesen itu hanya boleh di baharui di Malaysia saja.

2) Sedia 2 keping gambar warna ukuran “passport”.

3) Bawa lesen antarabangsa Malaysia yang hampir mati.

4) Hendaklah memenuhi boring tertentu yang boleh di perolehi di kaunter.

5) Bayaran adalah RM150 untuk setahun.

Saya di beritahui suatu naskhah baru lesen antarabangsa Malaysia akan di keluarkan.

Bagi solan yang menyoal sama ada seseorang itu boleh meminta orang lain membarui lesen tersebut bagi pihak kita, perkara ini terserlahlah kepada pegawai di Jabatan tersebut.

Sekiranya di tinjau betul-betul masalah ini, nampaknya bermasalah betul hendak membarui lesen antarabangsa Malaysia itu.

Kenapa pula pihak J.P.J. atau kerajaan Malaysia tidak izinkan pembaharuan lesen tersebut di:

1) Embassy-embassy Malaysia di luar Negara.

2) Consulate-consulate Malaysia.

Di zaman atau era yang serba moden ini, saya percaya, masalah ini dapat di atasi.

Ataupun di panjangkan tempuh masanya? Adalah di cadangkan bahawa tempuh masa lesen ini di panjangkan kepada 3 tahun.

Dengan ini, pemilik-pemilik lesen ini hanya perlu membaharui 3 tahun sekali.

Saya juga berharap pembaca blog yang menanya soalan bagaimana hendak membarui lesen antarabangsa Malaysianya dapat mengatasi masalahnya.

Sekiranya ada apa-apa cadangan bernas daripada pembaca-pembaca blog, hantarkan idea-idea kepade blog ini untuk di nikmati para pembaca lain. Terima kasih.

By | 2012-09-22T10:36:06+08:00 October 1st, 2009|Lesen Memandu Antarabangsa|4 Comments

About the Author:

4 Comments

  1. rahman July 9, 2010 at 8:32 pm - Reply

    Dear cikgu ,

    Boleh kah Lesen P di tukar kan kepada Lesen Memandu Antarabangsa ?

    Terima Kasih .

  2. wright orrong July 6, 2011 at 12:58 pm - Reply

    I can answer some of the above questions if going to Australia. If you get an International License, it is only good for 3 MONTHS from the day of arrival regardless of the validity of the license (ie 1 year, 3 years or 100 years). If you are a permanent residence of Australia it may not be worth the paper it’s written on because you will be required to apply for an Australian license (it’s not cheap). But if you have a Malaysian license, when you pass the written and practical tests you will not have to go on probation, you get a full license.

    Renewing at consulate or embassy may not happen anytime soon. The license is the job of JPJ not embassy/consulate.

    More than 1 year International license, I think you will need to see the “Convention on Road Travel, Sept 1949” whether the convention covers any particular time frame. I think it is 1 year internationally having owned an Australian and a Malaysian issued International license at various times.

  3. Husna Sani October 5, 2011 at 5:05 pm - Reply

    Saya warganegara Malaysia tetapi sedang belajar di Mesir selama 5 tahun dan masih belum berkesempatan mengikuti kelas memandu di Malaysia. Oleh itu saya merancang untuk mendapatkan lesen memandu antarabangsa di Mesir dengan harapan saya dapat menukarnya kepada lesen memandu Malaysia apabila saya pulang nanti.

    Soalan saya, adakah saya dibenarkan menukar lesen memandu antarabangsa ini kepada lesen memandu Malaysia yang biasa?

    Jika ya, apakah syarat-syarat yang perlu ada supaya saya dapat menukar lesen memandu antarabangsa tersebut kepada lesen memandu biasa?

    Terima kasih atas respon.

    • Cikgu Yap October 8, 2011 at 10:28 pm - Reply

      Saya percaya tiada halangan menukarkan lesen Mesir ke lesen Malaysia kelak. Peraturan penting saya rasa adalah dapatkan pengesahan rasmi daripada pihak yang mengeluarkan lesen kalau boleh.

Leave A Comment