Permohonan Lesen Memandu Kereta Dan Motorsikal

Untuk memohon lesen memandu kereta, anda terlebih dahulu harus berumur 17 tahun ke atas. Untuk lesen motorsikal, anda seharusnya berumur 16 tahun ke atas.


Manakala yang berhasrat untuk mendapatkan Lesen Kelas E (Lesen lori kejur dan lori bersendi), anda seharusnya berumur 21 tahun ke atas.

Kos mendapatkan lesen

Berapakah kos untuk mendapatkan lesen kereta dan motorsikal di tahun 2016 / 2017?

Harga untuk mendapatkan lesen kereta sebenarnya berbeza daripada tempat ke tempat.

Lingkungkan harga lesen kereta adalah RM1500 – RM2000.

Harga lesen motorsikal B2 pula ialah RM350 – RM500.

Lesen motorsikal B Full ialah RM950 – RM1300.

Kursus lisan dan amali

Untuk kesemua ketiga-tiga jenis lesen diatas harus lulus bahagian ujian Kod Lalulintas (Highway Code) yang berkomputer terlebih dahulu.

Ujian tersebut menggunakan semada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga menganjurkan ujian Lisan bagi mereka kurang mahir atau yang kurang berpendidikan.

Dalam hal ini, berhubunglah dengan pihak Sekolah Menandu atau Institute.

Biasanya ujian lisan ini dijalankan satu-dua kali setahun di tempat-tempat tertentu.

Harus diingatkan se-seorang hendaklah terlebih dulu hadiri kursus 5 jam yang dikenali sebagai K.P.P (Kursus Penilaian Pemandu) di Institut tertentu.

Andai kata anda lulus ujian komputer Kod-kod Lalulintas (Highway Code), anda sekarang berlayak menghadiri kursus Teori 6 jam.

3 jam di dalam darjah dikhaskan untuk pengajaran hal enjin dan penjagaan selok-belok kenderaan.

Aspek-aspek bagaimana Jabatan Pengangkutan Jalan menguruskan ujian Praktikalnya juga dibuat dalam kelas ini.

Selepas ini, 3 jam lagi Kelas Teori ini dijalankan oleh seorang Pengajar anda.

Biasanya, pengajar akan mengajar seorang calon sahaja.

Hal-hal penjagaan kenderaan seperti bahagian-bahagian tangki air, bateri, minyak brek, minyak enjin, kipas air-con, radiator (tangki air) termasuk tekanan tayar juga akan disentuh.

Selepas kursus/kelas ini, saya yakin pengetahuan and tentang hal-hal kenderaan meningkat maju.

Sudah tentu pengajar yang rajin akan menunjukkan anda cara-cara betul menukar tayar yang bocor.

Bagi mendapati Lesen L memandu akan memerlukan hampir-hampir 14 hari.

Lesen L (yang bertempoh 3 bulan saja) memboleh anda bermula belajar memandu.

Di ingatkan anda harus menerima pengajaran memandu daripada instructor atau pengajar yang bertauliah.

Latihan di sekolah memandu

Ayah, abang, suami atau mereka yang berpengalaman tidak boleh merupakan sebagai pengajar.

Kini tugas diatas diserah kepada pengajar-pengajar sekolah memandu.

Kenderaan-kenderaan (Perodua Kancil dan Mivi) bagi memyampaikan pelajaran kepada bakal penuntut juga diperlu menjalani ujian mekanikal dari masa ke semasa.

Berdasarkan kebolehan anda, anda perlu menerima antara 6 hingga 10 jam pengajaran untuk menjadikan pemandu yang mahir dan berkebolehan.

Sudah tentu pengajar anda akan mengajar anda aspek-aspek mendaki bukit, meletak kereta (side parking) dan acara pusing tiga penjuru.

Akhir selepas tamatnya ketiga-tiga bahagian diajar kepada anda, pengajar kereta tuan akan menunjukkan jalan-jalan yang diguna semasa ujian oleh penguji-penguji J.P.J.

Ujian praktikal

Harusnya dinyatakan disini sebelum anda diuji oleh para pegawai J.P.J, anda terlebih dulu menjalani Ujian Pra.

Ujian tersebut dijalankan oleh pegawai dalaman institut.

Matlamat ujian ini bagi mengukur prestasi calon.

Selapas tamat Ujian Pra bererti anda sekarang sudah boleh diuji olehj pihak J.P.J.

Ujian praktikal anda kini dijalankan di institut di mana anda buat latihan.

Ujian ini dijalankan oleh kakitangan J.P.J.

Keputusan akan diserah pada hari ujian itu juga.

Sekiranya gagal dalam mana-mana bahagian, anda berpeluang mengambil balik bahagian-bahagian mana anda tidak berjaya pada minggu hadapan.

Sudah pasti anda terpaksa belajar sekali-dua lagi untuk meningkatkan kebolehan anda.




By | 2017-06-17T10:20:00+08:00 April 22nd, 2009|Lesen Memandu|257 Comments

About the Author:

257 Comments

  1. yani October 22, 2009 at 9:33 am - Reply

    salam.

    saya ingin bertanya jika seorg wanita itu hamil, bolehkah dia mengikuti kursus utk memiliki lesen kereta ini?

    terima kasih

    • admin October 25, 2009 at 9:18 am - Reply

      Saudari Yani,

      Pihak sekolah memandu tiada halangan calon 1 – 3 bulan hamil belajar memandu.

      Walau bagaimanapun, urusan “Parking” mungkin menyusahkan wanita berhamil.

      Calon 5 – 6 bulan hamil, syarat J.P.J. perlu surat izin suami semasa ujian Practical berlangsung.

      ‘Cikgu Yap

  2. Ali November 26, 2009 at 11:25 am - Reply

    Saya sudah ada lesen b2 semenjak 10 tahun lalu.

    Untuk mengambil lesen kereta (D ) macamana syaratnya?

  3. Lee November 27, 2009 at 11:13 am - Reply

    Salam.

    Saya nak tanya sedikit. Saya mempunyai saman tiada lesen memandu. Dan saya masih belum membayarnye.

    Tapi saman itu di keluarkan oleh pihak Polis, bukan JPJ.

    Adakah saya boleh mengambil lesen tanpa membayar saman terlebih dahulu?

    Ramai yang saya dah tanya. Ada sesetengah mengatakan saya boleh ambil lesen kerana tidak sangkut kat JPJ.

    Dan ada pulak yang mengatakan saya tidak boleh ambil lesen. Kena bayar dulu baru boleh ambik.

    Oleh itu saya ingin kepastian daripada jawapan encik.

    Terima kasih.

    • admin November 29, 2009 at 10:03 pm - Reply

      Dear Lee,

      You can take a driving course. Find out if you are blacklisted or otherwise.

      Ideally, pay up Police summons soon.

      ‘Cikgu Yap

  4. sal December 10, 2009 at 4:34 pm - Reply

    berapa lama tempoh yang diberi utk membuat lesen p selepas sahaja selesai lulus ujian lesen p

    • admin December 10, 2009 at 9:55 pm - Reply

      Saudara Sal,

      Selepas lulus ujian “P”, anda di beri 1 tahun tempoh bagi mendapatkan lesen pass (C.D.L.).

      ‘Cikgu Yap

  5. zukifly ahmad December 15, 2009 at 6:57 pm - Reply

    Maaf tanya sekarang ujian memandu dah guna kereta auto ke?

    • admin December 19, 2009 at 11:28 am - Reply

      Saudara Zukifly Ahmad,

      Auto belum di pakai lagi!

      ‘Cikgu Yap

  6. man December 16, 2009 at 3:01 am - Reply

    saya nak tanya had umur untuk mengambil lesen memandu pada tahun 2010
    saya dengar ada yang kata 21 tahun baru boleh..tu yang saya nak kan kepastian
    saya berumur 17 tahun sekarang..rugi kalau tak ada lesen lepas SPM T.T
    terima kasih

    • admin December 19, 2009 at 11:24 am - Reply

      Saudara man,

      Pada masa sekarang, umur untuk dapatkan lesen D (kereta) kekal 17 tahun.

      Jangan khuatir pada benda-benda yang tidak pasti.

      ‘Cikgu Yap

  7. Danial December 31, 2009 at 1:40 pm - Reply

    hai cikgu,

    Saya nak tanya skit, saya berumur 17 tahun pada 20. 4. 2010. Jadi bolehkah saya daftar pada awal tahun 2010 iaitu pada bulan 1 ?

    • admin January 2, 2010 at 12:16 am - Reply

      Danial,

      Bulan Jan 1010, anda boleh dafter untuk B2 (motor) saja.

      ‘Cikgu Yap

    • hairi August 3, 2010 at 11:39 pm - Reply

      saya mempunyai lesen L motor..tarikh tamat sampai november 2010…boleh tak kalau nak renew selepas itu?dan kalau saya ambil ujian memandu lesen D macam mana?adakah lesen L motor saya akan terbatal? terima kasih

      • Cikgu Yap August 8, 2010 at 9:04 am - Reply

        Membarui L bila tempohnya tamat. Kalau nak test D, hadirilah theori 6 jam kereta. Kemudian keluarkan lesen Kelas D (kereta). Lesen B2 tetap kekal ada.

  8. iskandar January 2, 2010 at 1:28 pm - Reply

    cikgu,
    sekarang tahun 2010… adakah sudah pasti bahawa 17 tahun boleh mengambil lesen D (kereta)?

    • admin January 5, 2010 at 12:40 pm - Reply

      Saudara Iskandar,

      Sudah tentu boleh ambil lesen D pada 17 tahun.

      ‘Cikgu Yap

  9. wunny January 9, 2010 at 11:27 pm - Reply

    cikgu,
    saya nak tanya…sekarang ni berapa ye harga minimum untuk ambil lesen…overall price…saya nak ambil lesen tapi tak cukup bajet..kalau taw senang sikit nak buat financial planning…hee

    • Cikgu Yap January 10, 2010 at 9:57 pm - Reply

      Dear Wunny,

      For the 1st part, which includes:
      a) 5 hour course.
      b) Undang test.
      c) 6 hour theory.
      d) L licence, approximately RM150 – RM200.

      should be enough.

      Other costs are for practical lessons.

  10. Man January 14, 2010 at 12:52 pm - Reply

    Salam,

    Cikgu, lepas lulus ujian jpj, bila kita boleh terima lesen P? Boleh ke dapat hari tu jugak?

    • Cikgu Yap January 15, 2010 at 4:41 pm - Reply

      Saudara Man,

      Lesen P boleh di proses antara 7 – 10 hari. Sorry lah Man, 1 hari mana boleh? Sabarlah…

  11. Mio January 14, 2010 at 5:12 pm - Reply

    Cikgu,

    Berapa Ringgit nak ambil lesen kereta?

    • Cikgu Yap January 15, 2010 at 4:43 pm - Reply

      Mio,

      Kos untuk ambil lesen kereta berbeze dari tempat ke tempat. Saya rasa anggarannya RM450 – RM550. Ai juga berdasarkan berapa kali anda belajar dari instructor.

  12. yinsyn January 17, 2010 at 2:49 pm - Reply

    cikgu,
    maaf kerana ganggu, saya ingin bertanya bolehkah cikgu memberi saya tips untuk mengawal stereng kerana saya memang mengalami masalah dengan stereng. jika saya ingin memusing, saya tidak boleh menjangka berapakah putaran saya harus buat dengan stereng itu. harap cikgu dapat menolong saya.

    • Cikgu Yap January 18, 2010 at 10:19 am - Reply

      Yinsyn,

      Untuk membuat urusan memutar stereng misalnya sudut 90 darjah, cuba putar 1 pusingan dulu. Kiranya tidak lepas pula, putar 1/2 atau 1 pusingan kemudian.

      Anda rasa saya, panik dan memusing 2 -3 “round”. Ini panggil over steering.

      Selepas habis memusing stereng, pengajar harus mengajar calon tunggu sehingga kereta menjadi lurus dengan jalan, baru pusing balik stereng lurus dengan jalan.

      Harap penerangan-penerangan saya ini dapat sedikit sebanyak membantu anda.

  13. mother dilemma January 21, 2010 at 9:11 am - Reply

    When I was 11 years old , i had a small cyst or a boil on my inner right thigh and it is about the size of a 20 sen. i went through 3 painful operations just to correct it.

    I permanently walk with a limp because I can’t put my feet flat down now even though all this bad things happen to me , god still gave me blessing by giving me three lovely kids n lovable husband .

    My husband travels a lot so i m having difficulty to sent my kids to school or tuition without him around. I am intends to obtain driving license now, for the sake of my children welfare. i m from subang jaya.

    What should i do?

    • Cikgu Yap January 21, 2010 at 10:49 pm - Reply

      Dear Mother Dilemma,

      Age is not a factor to stop you from getting a driver’s license. As your husband is not around most of the time, the more important you try to get a license for your family.

      The slight limp you walk with, in my opinion would not be a hindrance.

      I wish you all the best in your endeavor.