Permohonan Lesen Memandu Kereta Dan Motorsikal

Untuk memohon lesen memandu kereta, anda terlebih dahulu harus berumur 17 tahun ke atas. Untuk lesen motorsikal, anda seharusnya berumur 16 tahun ke atas.


Manakala yang berhasrat untuk mendapatkan Lesen Kelas E (Lesen lori kejur dan lori bersendi), anda seharusnya berumur 21 tahun ke atas.

Kos mendapatkan lesen

Berapakah kos untuk mendapatkan lesen kereta dan motorsikal di tahun 2016 / 2017?

Harga untuk mendapatkan lesen kereta sebenarnya berbeza daripada tempat ke tempat.

Lingkungkan harga lesen kereta adalah RM1500 – RM2000.

Harga lesen motorsikal B2 pula ialah RM350 – RM500.

Lesen motorsikal B Full ialah RM950 – RM1300.

Kursus lisan dan amali

Untuk kesemua ketiga-tiga jenis lesen diatas harus lulus bahagian ujian Kod Lalulintas (Highway Code) yang berkomputer terlebih dahulu.

Ujian tersebut menggunakan semada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga menganjurkan ujian Lisan bagi mereka kurang mahir atau yang kurang berpendidikan.

Dalam hal ini, berhubunglah dengan pihak Sekolah Menandu atau Institute.

Biasanya ujian lisan ini dijalankan satu-dua kali setahun di tempat-tempat tertentu.

Harus diingatkan se-seorang hendaklah terlebih dulu hadiri kursus 5 jam yang dikenali sebagai K.P.P (Kursus Penilaian Pemandu) di Institut tertentu.

Andai kata anda lulus ujian komputer Kod-kod Lalulintas (Highway Code), anda sekarang berlayak menghadiri kursus Teori 6 jam.

3 jam di dalam darjah dikhaskan untuk pengajaran hal enjin dan penjagaan selok-belok kenderaan.

Aspek-aspek bagaimana Jabatan Pengangkutan Jalan menguruskan ujian Praktikalnya juga dibuat dalam kelas ini.

Selepas ini, 3 jam lagi Kelas Teori ini dijalankan oleh seorang Pengajar anda.

Biasanya, pengajar akan mengajar seorang calon sahaja.

Hal-hal penjagaan kenderaan seperti bahagian-bahagian tangki air, bateri, minyak brek, minyak enjin, kipas air-con, radiator (tangki air) termasuk tekanan tayar juga akan disentuh.

Selepas kursus/kelas ini, saya yakin pengetahuan and tentang hal-hal kenderaan meningkat maju.

Sudah tentu pengajar yang rajin akan menunjukkan anda cara-cara betul menukar tayar yang bocor.

Bagi mendapati Lesen L memandu akan memerlukan hampir-hampir 14 hari.

Lesen L (yang bertempoh 3 bulan saja) memboleh anda bermula belajar memandu.

Di ingatkan anda harus menerima pengajaran memandu daripada instructor atau pengajar yang bertauliah.

Latihan di sekolah memandu

Ayah, abang, suami atau mereka yang berpengalaman tidak boleh merupakan sebagai pengajar.

Kini tugas diatas diserah kepada pengajar-pengajar sekolah memandu.

Kenderaan-kenderaan (Perodua Kancil dan Mivi) bagi memyampaikan pelajaran kepada bakal penuntut juga diperlu menjalani ujian mekanikal dari masa ke semasa.

Berdasarkan kebolehan anda, anda perlu menerima antara 6 hingga 10 jam pengajaran untuk menjadikan pemandu yang mahir dan berkebolehan.

Sudah tentu pengajar anda akan mengajar anda aspek-aspek mendaki bukit, meletak kereta (side parking) dan acara pusing tiga penjuru.

Akhir selepas tamatnya ketiga-tiga bahagian diajar kepada anda, pengajar kereta tuan akan menunjukkan jalan-jalan yang diguna semasa ujian oleh penguji-penguji J.P.J.

Ujian praktikal

Harusnya dinyatakan disini sebelum anda diuji oleh para pegawai J.P.J, anda terlebih dulu menjalani Ujian Pra.

Ujian tersebut dijalankan oleh pegawai dalaman institut.

Matlamat ujian ini bagi mengukur prestasi calon.

Selapas tamat Ujian Pra bererti anda sekarang sudah boleh diuji olehj pihak J.P.J.

Ujian praktikal anda kini dijalankan di institut di mana anda buat latihan.

Ujian ini dijalankan oleh kakitangan J.P.J.

Keputusan akan diserah pada hari ujian itu juga.

Sekiranya gagal dalam mana-mana bahagian, anda berpeluang mengambil balik bahagian-bahagian mana anda tidak berjaya pada minggu hadapan.

Sudah pasti anda terpaksa belajar sekali-dua lagi untuk meningkatkan kebolehan anda.




By | 2017-06-17T10:20:00+08:00 April 22nd, 2009|Lesen Memandu|257 Comments

About the Author:

257 Comments

  1. yani October 22, 2009 at 9:33 am - Reply

    salam.

    saya ingin bertanya jika seorg wanita itu hamil, bolehkah dia mengikuti kursus utk memiliki lesen kereta ini?

    terima kasih

    • admin October 25, 2009 at 9:18 am - Reply

      Saudari Yani,

      Pihak sekolah memandu tiada halangan calon 1 – 3 bulan hamil belajar memandu.

      Walau bagaimanapun, urusan “Parking” mungkin menyusahkan wanita berhamil.

      Calon 5 – 6 bulan hamil, syarat J.P.J. perlu surat izin suami semasa ujian Practical berlangsung.

      ‘Cikgu Yap

  2. Ali November 26, 2009 at 11:25 am - Reply

    Saya sudah ada lesen b2 semenjak 10 tahun lalu.

    Untuk mengambil lesen kereta (D ) macamana syaratnya?

  3. Lee November 27, 2009 at 11:13 am - Reply

    Salam.

    Saya nak tanya sedikit. Saya mempunyai saman tiada lesen memandu. Dan saya masih belum membayarnye.

    Tapi saman itu di keluarkan oleh pihak Polis, bukan JPJ.

    Adakah saya boleh mengambil lesen tanpa membayar saman terlebih dahulu?

    Ramai yang saya dah tanya. Ada sesetengah mengatakan saya boleh ambil lesen kerana tidak sangkut kat JPJ.

    Dan ada pulak yang mengatakan saya tidak boleh ambil lesen. Kena bayar dulu baru boleh ambik.

    Oleh itu saya ingin kepastian daripada jawapan encik.

    Terima kasih.

    • admin November 29, 2009 at 10:03 pm - Reply

      Dear Lee,

      You can take a driving course. Find out if you are blacklisted or otherwise.

      Ideally, pay up Police summons soon.

      ‘Cikgu Yap

  4. sal December 10, 2009 at 4:34 pm - Reply

    berapa lama tempoh yang diberi utk membuat lesen p selepas sahaja selesai lulus ujian lesen p

    • admin December 10, 2009 at 9:55 pm - Reply

      Saudara Sal,

      Selepas lulus ujian “P”, anda di beri 1 tahun tempoh bagi mendapatkan lesen pass (C.D.L.).

      ‘Cikgu Yap

  5. zukifly ahmad December 15, 2009 at 6:57 pm - Reply

    Maaf tanya sekarang ujian memandu dah guna kereta auto ke?

    • admin December 19, 2009 at 11:28 am - Reply

      Saudara Zukifly Ahmad,

      Auto belum di pakai lagi!

      ‘Cikgu Yap

  6. man December 16, 2009 at 3:01 am - Reply

    saya nak tanya had umur untuk mengambil lesen memandu pada tahun 2010
    saya dengar ada yang kata 21 tahun baru boleh..tu yang saya nak kan kepastian
    saya berumur 17 tahun sekarang..rugi kalau tak ada lesen lepas SPM T.T
    terima kasih

    • admin December 19, 2009 at 11:24 am - Reply

      Saudara man,

      Pada masa sekarang, umur untuk dapatkan lesen D (kereta) kekal 17 tahun.

      Jangan khuatir pada benda-benda yang tidak pasti.

      ‘Cikgu Yap

  7. Danial December 31, 2009 at 1:40 pm - Reply

    hai cikgu,

    Saya nak tanya skit, saya berumur 17 tahun pada 20. 4. 2010. Jadi bolehkah saya daftar pada awal tahun 2010 iaitu pada bulan 1 ?

    • admin January 2, 2010 at 12:16 am - Reply

      Danial,

      Bulan Jan 1010, anda boleh dafter untuk B2 (motor) saja.

      ‘Cikgu Yap

    • hairi August 3, 2010 at 11:39 pm - Reply

      saya mempunyai lesen L motor..tarikh tamat sampai november 2010…boleh tak kalau nak renew selepas itu?dan kalau saya ambil ujian memandu lesen D macam mana?adakah lesen L motor saya akan terbatal? terima kasih

      • Cikgu Yap August 8, 2010 at 9:04 am - Reply

        Membarui L bila tempohnya tamat. Kalau nak test D, hadirilah theori 6 jam kereta. Kemudian keluarkan lesen Kelas D (kereta). Lesen B2 tetap kekal ada.

  8. iskandar January 2, 2010 at 1:28 pm - Reply

    cikgu,
    sekarang tahun 2010… adakah sudah pasti bahawa 17 tahun boleh mengambil lesen D (kereta)?

    • admin January 5, 2010 at 12:40 pm - Reply

      Saudara Iskandar,

      Sudah tentu boleh ambil lesen D pada 17 tahun.

      ‘Cikgu Yap

  9. wunny January 9, 2010 at 11:27 pm - Reply

    cikgu,
    saya nak tanya…sekarang ni berapa ye harga minimum untuk ambil lesen…overall price…saya nak ambil lesen tapi tak cukup bajet..kalau taw senang sikit nak buat financial planning…hee

    • Cikgu Yap January 10, 2010 at 9:57 pm - Reply

      Dear Wunny,

      For the 1st part, which includes:
      a) 5 hour course.
      b) Undang test.
      c) 6 hour theory.
      d) L licence, approximately RM150 – RM200.

      should be enough.

      Other costs are for practical lessons.

  10. Man January 14, 2010 at 12:52 pm - Reply

    Salam,

    Cikgu, lepas lulus ujian jpj, bila kita boleh terima lesen P? Boleh ke dapat hari tu jugak?

    • Cikgu Yap January 15, 2010 at 4:41 pm - Reply

      Saudara Man,

      Lesen P boleh di proses antara 7 – 10 hari. Sorry lah Man, 1 hari mana boleh? Sabarlah…

  11. Mio January 14, 2010 at 5:12 pm - Reply

    Cikgu,

    Berapa Ringgit nak ambil lesen kereta?

    • Cikgu Yap January 15, 2010 at 4:43 pm - Reply

      Mio,

      Kos untuk ambil lesen kereta berbeze dari tempat ke tempat. Saya rasa anggarannya RM450 – RM550. Ai juga berdasarkan berapa kali anda belajar dari instructor.

  12. yinsyn January 17, 2010 at 2:49 pm - Reply

    cikgu,
    maaf kerana ganggu, saya ingin bertanya bolehkah cikgu memberi saya tips untuk mengawal stereng kerana saya memang mengalami masalah dengan stereng. jika saya ingin memusing, saya tidak boleh menjangka berapakah putaran saya harus buat dengan stereng itu. harap cikgu dapat menolong saya.

    • Cikgu Yap January 18, 2010 at 10:19 am - Reply

      Yinsyn,

      Untuk membuat urusan memutar stereng misalnya sudut 90 darjah, cuba putar 1 pusingan dulu. Kiranya tidak lepas pula, putar 1/2 atau 1 pusingan kemudian.

      Anda rasa saya, panik dan memusing 2 -3 “round”. Ini panggil over steering.

      Selepas habis memusing stereng, pengajar harus mengajar calon tunggu sehingga kereta menjadi lurus dengan jalan, baru pusing balik stereng lurus dengan jalan.

      Harap penerangan-penerangan saya ini dapat sedikit sebanyak membantu anda.

  13. mother dilemma January 21, 2010 at 9:11 am - Reply

    When I was 11 years old , i had a small cyst or a boil on my inner right thigh and it is about the size of a 20 sen. i went through 3 painful operations just to correct it.

    I permanently walk with a limp because I can’t put my feet flat down now even though all this bad things happen to me , god still gave me blessing by giving me three lovely kids n lovable husband .

    My husband travels a lot so i m having difficulty to sent my kids to school or tuition without him around. I am intends to obtain driving license now, for the sake of my children welfare. i m from subang jaya.

    What should i do?

    • Cikgu Yap January 21, 2010 at 10:49 pm - Reply

      Dear Mother Dilemma,

      Age is not a factor to stop you from getting a driver’s license. As your husband is not around most of the time, the more important you try to get a license for your family.

      The slight limp you walk with, in my opinion would not be a hindrance.

      I wish you all the best in your endeavor.

      • mother dilemma January 22, 2010 at 1:36 pm - Reply

        thanks for ur reply … cikgu yap

        any suggestion which driving school should i try ?

  14. abutheredz February 5, 2010 at 1:12 am - Reply

    cikgu
    macam mana mau lulus pusingan 3 penjuru

    • Cikgu Yap February 5, 2010 at 1:07 pm - Reply

      Abutheredz,

      Sila baca artikal-artikal ==> 3 Point Turn

  15. aizat February 15, 2010 at 6:36 pm - Reply

    bagi sy yang bekerja, ada tak ujian JPJ dilakukan pada hari minggu

    • Cikgu Yap February 16, 2010 at 11:59 pm - Reply

      Kemungkinan di negeri-negeri yang menganggap hari Ahad sebagai beri bekerja, lain-lain negeri tidak menjalankan ujian pada hari Ahad.

  16. CSL February 26, 2010 at 6:43 pm - Reply

    Saya berumur 16tahun ingin tahu
    Bagi Lesen B2, apa jenis kenderaan yang boleh pandu?

  17. Driving Learner March 1, 2010 at 11:51 pm - Reply

    Berkenaan jalan-jalan yang perlu diguna semasa ujian oleh penguji-penguji J.P.J., saya difahamkan terdapat tiga jalan, iaitu Laluan A, Laluan B dan Laluan C.

    Adakah calon perlu mengingat ketiga-tiga jalan (A,B dan C) sebelum menghadapi ujian atau semasa ujian, penguji J.P.J. akan tunjukkan? Ini kerana susah juga nak mengingat jalan-jalan ini.

    Adakah Ujian Pra diadakan bagi semua institut memandu atau hanya sebahagian saja? Dan Ujian Pra ini meliputi ujian jalan-jalan ini sekali supaya calon dapat menguji ingatan mereka dulu?

    Minta pertolongan Cikgu.

    • Cikgu Yap March 3, 2010 at 4:56 pm - Reply

      Kesemua lalaun harus di khafal calon. Tester baik, ada kalanya tunjuk jalan sedikit sebanyak.

      Pra wajib di jalankan kesemua institut.

  18. blair March 3, 2010 at 5:40 pm - Reply

    hai. saya nk tny. saya berumur 17 thn. saya ingin mngambil lesen memandu pd thn ini. adakah perkara ini akan menganggu pembelajaran saya semasa d sekolah?.. dan adkah ujian ini akan mengambil masa yg lama?

    • Cikgu Yap March 4, 2010 at 8:41 pm - Reply

      Anda harus pandai mengatur masa. Ini di kenali sebagai “time management”. Kiranya pandai menyusun masa anda, tidak ada sebarang sebab anta tidak mengikuti kursus pemanduan. Seluruh kursus pemanduan akan mengambil selama lebih kurang 35 – 40 hari.

  19. edy March 3, 2010 at 10:07 pm - Reply

    cikgu sy nk tnya…sy pernah kna saman dengan polis sbb tiada lesen memandu dlm 3 thun yang lepas…blhkah sy nk buat lesen jika sy blm lagi membayar saman saya itu?????????dah ramai sy tnya ada yg ckap blh…ada yg ckap tidak

    • Cikgu Yap March 4, 2010 at 8:38 pm - Reply

      Sedia fotostat kad pengenalan. Suruh sekolah memandu anda di senarai hitam atau tidak.

  20. Azrul March 4, 2010 at 1:20 pm - Reply

    Cikgu,

    Saya mempunyai lesen B2 dah bercadang nak upgrade ke kelas D.. apakah yang perlu dibuat dan berapakah bayarannya?

    TQ

    • Cikgu Yap March 4, 2010 at 8:39 pm - Reply

      Undang-undang di kecualikan. Terus hadiri kursus Theori 6 Jam untuk kereta dan keluarkan “L”. Harga dalam lingkungan RM100 – RM120. Harga praktikal kereta berbeza dari tempat ke tempat.

  21. Mus March 11, 2010 at 8:33 pm - Reply

    Salam,

    yang dihormati cikgu yap,

    saya ingin bertanya, saya ada lesen kereta (D) ambil pada tahun 2004 dan masih aktif.

    jadi bagaimana memohon lesen motor (B2).
    adakah saya perlu :-
    1. Ambil ujian komputer?
    2. ceramah
    3. Bengkel

    dan kos bayaran?

    harap cikgu yap dapat membantu dan memberikan tips.

    p/s : instut mengatakan perlu ambil dan kos RM300, ada pula mengatakan RM700.
    Saya berharap CIKGU YAP dapat membantu.

    • Cikgu Yap March 12, 2010 at 10:12 pm - Reply

      Sudah berlesen, undang-undang di kecualikan. Hanya hadir ceramah 6 jam teori. Kemudian keluarkan “L”.

      Kos ambil lesen motor B2 mengikut kadar kerajaan RM201 saja. Walaubagaimanapun, sekolah memandu meletakkan wang “usaha”. Anda di minta berbincang dengan pihak pengusaha sekolah memandu.

      • Mus March 13, 2010 at 3:23 pm - Reply

        Terima kasih cikgu.

        Anda sangat2 membantu. Terima kasih atas segala penerangan yang diberi.

  22. har March 17, 2010 at 5:31 pm - Reply

    bolehkah saya mengambil lesen motosikal sekarang .. saya berumur 16 tahun pada tahun 2010 tetapi , harijadi saya pada bulan 11

    • Cikgu Yap March 18, 2010 at 5:28 pm - Reply

      Tidak boleh ambil lesen motor sekarang. Tunggu hingga umur 16 pada November 2010.

  23. Sherr March 19, 2010 at 11:25 am - Reply

    Cikgu, bolehkah saya tanya, apakah cara terbaik untuk kawal klac dan pemecut semasa mahu mula dan guna gear 1? Sebab itu satu-satunya bahagian saya yang paling lemah. Takut betul tiba-tiba berhenti di tengah jalan.

    • Cikgu Yap March 20, 2010 at 11:59 pm - Reply

      Tumit kaki clutch di letak pada lantai kereta. Ctucch di naikkan dengan mengangkat jari kaki 50% saja, manakala kawal clutch 50% yang baki.

      Pemecut harus di pijak sehingga engin di dengar mengguam sederhana kuat.

      Sudah tentu, pengajar anda, sekiranya seorang yang berpengalaman harus tahu selok-belok ini semua.

  24. fatin March 19, 2010 at 1:37 pm - Reply

    saya bakal amik test jpj 29 nih..mcm mna nk kurangkan rasa gementar dan untu memudahkn kwln stereng serta gera?saya seorang yang agak kalut

    • Cikgu Yap March 20, 2010 at 11:57 pm - Reply

      Anda harus fikiran positif. Tester juga manusia biasa. Cuba bersopan dengan tester anda. Serajkan kepada nasib. Ini akan mengurangkan ketegangan anda,

  25. lin March 21, 2010 at 8:50 pm - Reply

    hai sy nak tanya sikit edok sya akan ambik ujian test jpj ada tk tips2 untk sya sya selalu ada msala bla naik bukit tu selalu jatuh tu msa sya bljar 8 jam punya dan lg 1 ni bla di persimpangan sya tk berani nak jalan bagaimana nak buat ni apa yang tak kena tolong sya plss…

    • Cikgu Yap March 23, 2010 at 12:14 am - Reply

      Nampaknya pengajar anda harus legi memberi ajaran yang lebih kepada anda khasnya naik bukit dan semasa di simpang.

      Nasihat saya secara teori tidak manfaat.

  26. rahman March 23, 2010 at 12:20 pm - Reply

    hai..saya nak tanya..betul ke kena ada lesen L lebih sebulan baru boleh buat lesen P ? bukan ke kena belajar 9 jam then lulus ujian jpj baru boleh buat lesen P ?

    • Cikgu Yap March 23, 2010 at 9:25 pm - Reply

      1 bulan baru boleh test. Belajar 10 jam minima.

  27. gg March 24, 2010 at 1:51 pm - Reply

    Cikgu,

    Berapa kos untuk mengambil lesen motor?

    • pembantu cikgu March 25, 2010 at 10:01 pm - Reply

      bergantung pd sesuatu tempat….sekarang ne dh murah.
      kalau tak silap saya kosnya dalam Rm300…bgantung pd pengajar,,,

  28. student March 25, 2010 at 9:57 pm - Reply

    berapa lama tempoh hayat lesen L??

    • Cikgu Yap March 28, 2010 at 11:59 am - Reply

      Hayat “L” ialah 3 bulan.

  29. wm April 4, 2010 at 3:46 pm - Reply

    your blog is really helpful for the learners. It’s pathetic that I learn it from here more than what my instructor had taught me last 4 hours. for example how to control the steering wheel straight after make a turn, he never told me that I should wait until the car being straight as the road, then I can turn back the steering straight. Even the clutch thing, he did not explain well, I only browse from internet and try it in 3rd hour. The quality of instructor should be upgraded. But mine is better than others, some instructors even don’t sit beside you and leave you alone to ‘drive’.

    • Cikgu Yap April 6, 2010 at 5:59 pm - Reply

      I am glad that you have indeed benefited tremendously from my advice and suggestions provided. Your suggestion regarding upgrading is totally agreed.

  30. wah EK April 8, 2010 at 4:37 pm - Reply

    had umur untuk ambil lesen memandu kereta untuk tahun 2010 ada perubahan? adakah selepas 18 umur sudah boleh ambil lesen memandu kereta? ataupun kena tunggu hingga 21 tahun?

    • Cikgu Yap April 8, 2010 at 10:28 pm - Reply

      Tiada perubayah. Masih 17 untuk kereta.

  31. jamil April 11, 2010 at 1:31 pm - Reply

    lesen L saya tamat tempoh tahun 1994 . dah lebih tahun .nak tambah kelas ..lesen L bagaimana boleh baharui atau kena balajar dari mula???

    • Cikgu Yap April 11, 2010 at 11:36 pm - Reply

      Tempoh undang-undang sah 2 tahun sahaja. Adakah yang tertera di atas sah lagi? Andainya sah lagi, hadir saja kelas lesen yang di kehendaki. Kemudian, tambah kelas saja.

      Lesen “L” 1994 tidak boleh di gunakan lagi. Tukar suatu “L” baru.

  32. geethu April 12, 2010 at 3:40 pm - Reply

    hello sir, suami saya dari India dan kami telah daftar perkahwinan kami disini. sekarang suami saya menjalankan perniagaan sendiri dan beliau ingin mendapat lesen memandu lori. apakah prosedure untuk dapat lesen lori.

    thank you

    • Cikgu Yap April 12, 2010 at 11:55 pm - Reply

      Suami anda boleh dapat lesen lori kecil 1 – 3 ton saja. Kiranya hendak ambil lori E (besar) harus mempunyai lesen kereta D dulu. Dafter dengan sekolah / institut memandu. Hadir kursus 5 jam and lulus undang-undang jalan raya.

  33. Ira Jasni April 29, 2010 at 2:07 am - Reply

    bolehkan kalau saya mengambil lesen L di tempat lain dan mahu menyambung lesen P di tempat lain. atau adakah wajib mengambil lesen di tempat yang sama?

    • Cikgu Yap May 1, 2010 at 6:37 am - Reply

      Ambil L di tempat, test di tempat lain pula, tentunya boleh!

  34. Faris May 1, 2010 at 8:14 pm - Reply

    Saya akan naik 17 tahun pada 9/11/2010 ini. Sempat ke saya nak ambik? ada yg mengatakan tahun depan naik 21 tahun?

    • Cikgu Yap May 2, 2010 at 8:26 pm - Reply

      Jangan khuatir. Umur belajar untuk lesen D (kereta) kekal pada 17 tahun.

  35. Adda May 3, 2010 at 7:58 pm - Reply

    Berapakah bayaran mengambil lesen kereta untuk umur 17 tahun?
    dan apakah persediaan yang perlu dilakukan?
    berapa lama masa untuk mendapatkan lesen kereta?

    • Cikgu Yap May 4, 2010 at 7:55 pm - Reply

      Harga berbeze-beza. Hadir KPP dahulu dan duduki ujian undang-undang. Kemudian keluar “L”. 45 hari untuk dapatkan lesen.

  36. azrin May 4, 2010 at 2:39 pm - Reply

    salam,

    saya ada lesen kelas “D”. Saya ada perancangan untuk mengambil lesen kelas “E” dalam masa yang terdekat. Apa yang saya perlu ketahui dalam prosedur mendapatkan lesen tersebut?

    Terima kasih

    • Cikgu Yap May 4, 2010 at 7:53 pm - Reply

      Hadir kelas 6 jam teori untuk dapatkan sijil JPJ L2B. Kemudian keluar “L” untuk kelas E.

  37. juan May 5, 2010 at 9:41 pm - Reply

    sy ada lesen L yang bertempoh 1/04/2008 hingga 31/3/2010..sy dh daftar nak upgrade ke lesen P tapi tiada masa..bolehkah sy nak ambik je terus lesen P sedangkan lesen L sy dh habis tempoh??

    • Cikgu Yap May 6, 2010 at 9:36 pm - Reply

      Lesen L mati kena di barui (3 bulan sekali). Undang-undang L anda sah hingga 31/3/2010. Ini bererti, undang-undang anda sudah mati. Kena hadir KPP 5 jam and duduki ujian undang-undang semula.

  38. dya May 12, 2010 at 10:20 pm - Reply

    i din pass jpj road test..
    so i wonder y i din make it..

    i think i only drove d car probly less than 2 mins n i was instructed to stop n changed seat..from tht moment i knew i was failed n i quit blurred tht time n din ask y i failed..but i did asked HER for another chance..but she din giv me any..

    so here was d situation..

    1) i did d 5 things..i din missed any..
    2) after SHE told me to start driving..i tkn clucth n msk gear 1..n tkn minyak kuat n release d clutch slow2 before trunkan handbrake(jln bukit). But then kreta tu terundur blkg coz i din press d minyak kuat2…
    3) i tried again..n d same thing happend..kreta terundur blkg..
    4) i tried again n termati enjin plak…
    5) so i start d enjin n this time i managed to gerak the car..
    6) i drove carefully..din even touch d white line..
    7) i gave d right signal then turn right n there was a traffic light but HIJAU..so i go on la..
    8) as d car went down d hill, i controlled my brake n d minyak..n gave left signal.
    9) so sampai pintu pagar kluar from d institut memandu i stopped d car n free d gear aswell as tarik d handbrake before d white line ahead..
    10) then i tgk kiri n kanan..no cars or whtever at d road there so i turunkan d handbrake, brake kaki, n pusing kiri d stering krete n then (OMG i forgot to msk gear 1) so immediately i tkn clutch n brake to stop d car..

    ## SHE (d JPJ) told me to changed seat..-.-”

    4 ur info i stoppped d car slightly ahead d white line n d car din exactly into d road..

    i hope u can imagine where i stopped d car..din get d chance to drive d car on road…

    so my question is…

    was tht situation make me fail serta merta?
    did i do somethin tht made me fail d test?
    if u were d tester will u gimme another chance hihi?

    need some xplaination y din get d chance to go on d road test..

    • Cikgu Yap May 17, 2010 at 4:08 pm - Reply

      From what I observe, your ability to drive well is well below average. The lady tester must have felt it was best she terminated your test. The above would obviously know the reason for doing so. I suggest you get your instructor to coach you a few more round before your next test.

  39. fatt..89 May 19, 2010 at 1:00 pm - Reply

    sy nk tnye…sy telah memegang lesen L kereta selama 3 bulan dan lesen L kereta sy baru shj luput pd 11 mei yg lpas..adakah sy perlu mengulang semula dr awl untuk sy menymbung sesi belajar memandu di peringkat P?plz help me..

    • Cikgu Yap May 20, 2010 at 8:04 pm - Reply

      Kalau “L” luput, membaruinya saja. Kalau undang-undang mati, kena hadir kursus 5 jam dan peperiksaan undang-undang jalanraya.

  40. Ezrie May 24, 2010 at 9:41 pm - Reply

    saya baru amik test memandu jpj kelas D. saya lulus ujian jalan raya but unfortunately, saya gagal ujian naik bukit. yg menghairankan saya, saya tak pernah ada masalah bila jalani latihan mendaki bukit dgn insructor. sbb kwn saya cakap sesetengah kereta kancil mempunyai tekanan pedal minyak dan clutch yg berbeza. saya rasa selesa menggunakan kereta sewaktu menjalani latihan berbanding kereta semasa menjalani ujian. adakah faktor kereta yg menyebabkan saya gagal?saya nk tnya apakah tips yg bkesan utk ujian mendaki bukit dari segi kwaaln handbreak, clutch, minyak & brake? apakah yg perlu dilakukan terlebih dahulu apabila sampai tepat pada garisan kuning?

    • Cikgu Yap May 26, 2010 at 6:41 am - Reply

      Latihan sudah pasti berbeza dengan ujian sebenar. Nampaknya instructor anda seharusnya beritahu anda kenyataan ini. Perkara-perkara yang anda tanya semuanya itu tugas instructor anda. Nampaknya, anda terpaksa belajar lebih lagi.

  41. mel May 28, 2010 at 6:52 pm - Reply

    hai

    saya ada saman yg masih belum dijelaskan.boleh x kalau sy nak amik lesen L

    berapakah harga lesen L motor dan kereta?

    bolehkah saya ambil lesen tanpa melalui tenaga pengajar dan kalau boleh macam mana caranya……

    • Cikgu Yap May 30, 2010 at 12:55 am - Reply

      Saman Polis dan JPJ biasanya dalam rekod. Semakan oleh pengusaha sekolah di cadangkan.

      Ringkasnya, B2 (motor -250cc) RM201 + wang susah payah di kenakan oleh sekolah memandu. D (kereta) RM550 – RM650. P 2 tahun antara RM65 – RM75.

  42. Adli Ratzz May 31, 2010 at 5:57 am - Reply

    cikgu..
    sy dh ade lesen P untu klas ‘D’…sy nk ambk lesen untuk klas B2..adakah sy prlu mngambil undang2 smula..dri mne sy ptut mula???

    • Cikgu Yap June 1, 2010 at 3:39 pm - Reply

      Tidak perlu buat undang-undang lagi. Hadir Theori 6 jam. Kemudian keluarkan “L” saja.

  43. Mohd Ridzuan May 31, 2010 at 4:05 pm - Reply

    hai cikgu ,

    boleh tak berikan sedikit pendapat kenapa kebanyakan pelajar yg menghadapi ujian pratikal jpj selalu nya gagal pada bahagian bukit . TQ

    • Cikgu Yap June 1, 2010 at 3:42 pm - Reply

      Nampaknya cikgu yang ajar bukit kurang mahir / pandai mengajar calon. Selok-belok naik bukit agak rumit. Pengajar haruslah mengajar sehingga seseorang calon benar-benar memahami.

      Dukacitanya, dari segi teori saja, saya tidak dapat membantu anda. Anda harus minta bantuan mengajar anda.

  44. ain June 4, 2010 at 1:00 am - Reply

    salam.

    lesen L saya dah mati bulan lalu. jadi saya ambillah sekali lagi. saya telah hadiri kpp dan lulus undang-undang,cuma belum masuk kelas amali 6 jam. bolehkah saya skip kelas amali dan masih boleh mendapat lesen L? setelah dapat lesen L, adakah saya perlu tunggu masa sebulan untuk test jpj? bolehkah dipercepatkan memandangkan saya pernah ada L dahulu. lagipun saya amat kejar masa ni.

    • Cikgu Yap June 5, 2010 at 4:59 am - Reply

      Kelas amali L pertama boleh tahan 1 tahun. Kiranya yang di atas belum lagi 1 tahun, maka tidak perlu hadiri theori 6 jam lagi. Dengan L kedua, tidaklah perlu tunggu tempoh 1 bulan sebelum ujian.

  45. nurul June 5, 2010 at 4:32 pm - Reply

    sy mengambil test lesen L pada 5/12/2008 dan undang-undang untuk Lesen L sy bertempoh 5/12/2008 hingga 4/12/2010. Tempoh lesen L pertama sy adalah 16/12/2008 hingga 15/3/2009 dan sy tak pernah renew lesen L sy sehingga sekarang. Kini (Jun 2010), sy bercadang untuk mengambil lesen P. Adakah sy perlu mengambil semula ujian berkomputer dari awal atau sy hanya perlu renew lesen L sy dan mengambil test untuk lesen P sahaja?
    terima kasih.

    • Cikgu Yap June 8, 2010 at 12:16 am - Reply

      Tidak perlu duduki ujian komputer. Renew L saja. Belajar memandu, kemudian buat ujian P (pracktikal).

  46. shafiq June 5, 2010 at 9:07 pm