Tahukah anda yang mana satu adalah nombor rasmi lesen memandu yang di keluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia?

Ada pembaca blog ini yang tanya, di mana nombor lesen memandunya?

Malaysian driving license

Probationary Driving License (PDL) ; Lesen percubaan

Soalan pembaca blog ini agak menarik.

Saya pun ingin tahu di mana nombor rasmi lesen memandu saya.

Saya mengeluarkan lesen memandu saya dan memerhati dengan teliti.

Nampaknya lesen percubaan ataupun Probationary Driving License dan Competent Driving License (CDL), kedua-dua tiada nombor rasmi yang di cetak pada lesen.

Saya agak hairan.

Saya ingat nombor lesen mungkin di halaman belakang.

Halaman belakang pun tiada.

Cuma ada nombor siri kad di bahagian kanan atas.

Nombor lesen memandu

Kenapa lesen memandu Malaysia tiada nombor rasmi?

Saya membuat hipotesis, nombor lesen memandu Malaysia adalah sama dengan nombor kad pengenalan anda.

Setahu saya, nombor kad pengenalan yang di keluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara adalah unik untuk setiap individu.

Jadi, setiap orang yang mempunyai kad pengenalan tidak mungkin mempunyai nombor yang sama.

Saya ingin menguji hipotesis saya.

Saya pergi ke laman Jabatan Pengangkutan Jalan untuk semak tarikh tamat tempoh lesen memandu saya.

Anda juga boleh buat semakan, sila KLIK SINI.

Di laman JPJ untuk semak lesen memandu, anda di kehendaki pilih kategori ID (ID Category).

Senari kategori adalah:

  • Penduduk Tetap Malaysia (PTM)
  • Orang Awam Malaysia (MyKAD)
  • Anggota Polis (POL)
  • Anggota Tentera (TEN)
  • Syarikat / Pertubuhan
  • Bukan Warga Negara Malaysia (LLN)

Apabila saya memilih kategori “Orang Awam Malaysia”, saya di ke hendaki memasuki nombor kad pengenalan dan nombor perdaftaran kenderaan.

Kemudian, saya masukkan Kod Sekuriti dan klik “Search” untuk buat pencarian.

Portal JPJ mengemukakan hasil carian seperti berikut:

  • Nombor plat kenderaan
  • Tarik mula
  • Tarik tamat
  • Tarikh tamat insurans

Saya membuat kesimpulan, nombor lesen memandu Malaysia adalah sama dengan nombor kad pengenalan anda.

Anda setuju tak?

Walaubagaimanapun, perkara yang saya tulis di atas cuma adalah hipotesis saya.

Janganlah ambil perkongsian saya sebagai satu kebenaran.

Kalau anda masih ragu-ragu di mana letaknya nombor lesen memandu anda, sila buat panggilan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tanyalah pegawai-pegawai di sana untuk mendapatkan jawapan anda.

Terima kasih kerana membaca artikal ini. Di harapkan perkongsian saya sedikit sebanyak dapat meriangkan hari anda.

Pemegang cukai jalan yang kemas & rapi

Ada tak cara yang lebih baik untuk melekatkan cukai jalan di cermin kereta?

Bila tiba masa untuk menukar cukai jalan yang baru, adakah anda menghadapi masalah untuk menanggalkannya dari cermin kereta?

Setiap kali tiba masa untuk menukar cukai jalan kereta, saya menghadapi masalah untuk menanggal sticker cukai jalan yang lama.

Sticker cukai jalan yang baru pula agak nipis dan mudah koyak.

Baru-baru ini, saya terjumpa satu penyelesaian untuk menampal dan menanggalkan sticker cukai jalan kereta.

Ianya merupakan sekeping plastik akrilik yang cantik dan kemas. 

Sticker cukai jalan boleh di tampal pada permukaan plastik tersebut.

Plastik tersebut pula boleh di lekat dan di tanggalkan dengan mudah daripada permukaan cermin kereta.

road tax holder

Gambar di atas adalah plastik akrilik yang saya beli untuk melekatkan sticker cukai jalan di cermin kereta.

Jika anda berminat untuk mendapatkan pemegang sticker cukai jalan plastik akrilik tersebut, anda boleh mendapatkannya di Lazada.

Harganya tidaklah mahal sangat.

Klik sini untuk ke Lazada

(Muat turun aplikasi Lazada ke telefon pintar anda untuk melihat senarai harga)

By | 2021-02-18T23:48:33+08:00 February 17th, 2021|Lesen Memandu|1 Comment

About the Author:

One Comment

  1. Mat February 25, 2018 at 10:17 pm - Reply

    Hari ini saya belajar sesuatu! haha. Terima kasih πŸ‘

Leave A Comment Cancel reply