Pemegang P.D.L. Atau Probationary Driver’s License

Kalau sekiranya sebelum kemerdekaan, kami mengikut sistem ajaran ala-British semasa menunaikan ajaran-ajaran pembelajaran kereta kepada bakal-bakal pemandu kita.

Pada masa kini, kami mengunakan kaedah-kaedah Australia pula.

“Panduan Berhemat” atau Defensive Driving sebenarnya berasal dari Australia.

Cara memandu ini telah dibuktikan sebagai suatu kaedah yang efektif demi untuk mengurangkan kemalangan, khasnya di negara asalnya Australia.

Antara syarat-syarat Panduan Berhemat ialah penggunaan sticker-sticker “P”.

Kalau ditinjau secara menyeluruh, pemandu-pemandu “P” di Malaysia lebih beruntung dibanding pemandu Australia.

Tahukah anda pemandu-pemandu “P” di Australia:

i) Di larang memandu secara diri. Semasa “P” dikuat kuasakan, pemandu “P” tidak boleh membawa kenderaan tanpa ada seorong pemandu “pass” di sisi mereka.

ii) Di larang memandu waktu malam.

iii) Mesti menduduki sesuatu ujian praktikal untuk menguji kecekapan mereka pada hujung tahun pertama.

iv) Di hendaki menampal sticker “P” di bahagian depan dan belakang kenderaan mereka.

Tempoh “probation” “P” ialah 2 tahun.

Pemandu-pemandu yang baru lulus jenis kenderaan B2 (motosikal) dan D (kereta) harus menampal sticker-sticker “P” di bahagian depan dan belakang kereta mereka.

Kalau ini tidak di buat, maka kemungkinan anda akan diberi “saman”.

Anda kemungkinan menerima 10 mata Demerit.

Lesen anda mungkin akan dibatalkan.

Apa warna sticker “P”? Sticker “P” untuk kereta lebih besar sedikit dibanding sticker “P” motorsikal.

Gunalah sticker-sticker “P” yang sesuai, kalau tidak anda mungkin terlibat dalam perbalahan dengen agensi-agensi tertentu.

Sticker “P” mengandungi huruf “P” berwarna putih dengan latar belakang “merah”.

Apa seharus buat oleh pemandu “P”?

Secara singkatnya, “P” haruslah:

a) Menentukan kandungan alkohol dengan darah / kencing / pernafasan adalah 0.00.

b) Membawa bersama Lesen memandu.

c) Menentukan sticker “P” dipasang di depan / belakang kereta.

Apakah akan berlaku sekiranya kereta anda hanya mempunyai satu “P” saja dan malangnya anda ditahan oleh pihak-pihak tertentu?

Jawapannya ialah: “Anda Bersalah”.

Seorang murid “P” baru-baru saja berhadapan dengan masalah ini.

Murid saya terlibat dalam kes seperti diatas.

Dia kena saman pula.

Gunakan sticker “P” selama 2 tahun.

Apabila tempoh probationary telah tamat dalam tempoh 2 tahun, anda belehlah menukar “P” kepada C.D.L. atau Competant Driver’s License.

Diperingatkan, anda ada 1 tahun untuk membuat pernukaran itu.

Di kalangan calon, ada yang menanya: “Anda menggunakan sticker “P” 1 1/2 tahun tempohnya.

Kemudian saya memperolehi Lesen D (kereta)”.

Dalam keadan sedemikian, anda akan teruskan menggunakan sticker selama 6 bulan lagi.

Apa pula akan berlaku sekiranya seseorang itu telah gunakan sticker “P” tempoh dua tahun dan kemudian mencapai lesen kereta D pula.

Dalam keadaan demikian, anda tidak perlu lagi menggunakan sticker “P” lagi.

Ada pula di antara kalangan anda yang komplain kerumitan mencapai plet-plet atau sticker “P”.

Sebenarnya, sticker “P” boleh diperolehi daripada tempat-tempat yang tertera di bawah:

i) Kedai-kedai motorsikal.

ii) Kedai-kedai barangan alat ganti.

iii) Kedai buku.

iv) Dari pengajar-pengajar sendiri.

v) Dari van-van yang menjual barangan sekolah memandu yang datang ke institut semasa ujian praktikal berlangsung.

Kalau benar-benar rumit mendapati sticker “P”, kebarangkalian anda boleh menghubungi blog ini.

Saya kurang sudi anda ditahan oleh kuasa-kuasa Polis atau J.P.J. berhubing dengan masalah ini.

Ada calon-calon “P” yang bertanya, macam-mana hendak saya menukarkan “P” kepada Lesen C.D.L.

Syarat-syaratynya adalah:

i) Sediakan 1 keping gambar.

ii) Bawa Lesen original.

iii) Bayaran RM30 setahun. Boleh dibaharui sehingga 5 tahun.

iv) Hendak pergi ke pejabat J.P.J. sahaja untuk membaharui.

v) Bawa MyKad.

vi) Lesen “P” tidak boleh di process di Pejabat Post atau agensi MyEg.


By | 2017-05-17T23:57:57+08:00 June 30th, 2009|Lesen Memandu|13 Comments

About the Author:

13 Comments

  1. Jovenia Elvira March 9, 2010 at 9:24 pm - Reply

    Hi, Sir. i would like to ask about the license ‘P’. Can I do the license ‘P’ at JPJ but not at driving school?

    • Cikgu Yap March 12, 2010 at 10:13 am - Reply

      J.P.J. tests you. The driving school or institutes only do the teaching.

  2. yaya. March 14, 2010 at 8:20 pm - Reply

    Sir, i’ve successfully passed my driving test and my details have been given for submition of my P license. It was submitted yesterday. When will i roughly get my P license? Few days? 1 week? and yes, your tutorials helped me alot for my test. thanks a bunch!

    • Cikgu Yap March 16, 2010 at 7:09 am - Reply

      Your “P” should be ready in 4 – 5 days. Happy that this blog has been of help.

  3. Farhan June 26, 2010 at 8:58 am - Reply

    Cikgu Yap, saya ada soalan.
    Saya dah memiliki lesen motorsikal lebih 2 tahun. Sekarang ni saya nak ambil lesen kereta pula, perlu ke tampal ‘P’ lagi bila dah ada lesen kereta nanti?. Ada orang kata, bila lesen motor dah full, bila apply lesen kereta, tak perlu tampal sticker.

    • Cikgu Yap June 29, 2010 at 12:07 am - Reply

      Tidak payah tampal P lagi.

  4. roy July 10, 2010 at 10:25 am - Reply

    my P license expired 2.5 years, can i renew my P license or do i need to re-sit test?

    do i need go personnaly to renew my license or i can ask my fren go on behalf?

    what document shall i bring? photo? Mycard?

    How much cost?

  5. Safiya July 21, 2012 at 2:22 am - Reply

    Hey , I Was Just Wondering If A ‘P’ License Holder Is Allowed To Have More Than One Passenger In The Car At One Time ? I Tried Searching The Net , yet still no clear answer . Thanks , in advance . (:

    • Cikgu Yap July 22, 2012 at 4:09 pm - Reply

      In Malaysia, P drivers can carry more than one passenger. However, in Australia, where the Defensive Driving format of driving is followed, you can only carry one passenger. The passenger acts as a teacher to the P driver.

  6. Ammar August 9, 2012 at 4:22 pm - Reply

    Salam sejahtera, saya ada soalan untuk cikgu Yap. Mengenai lesen P. saya dimaklumkan untuk pulang ke universiti saya terlebih awal sebelum lesen L saya mencecah sebulan. Mengikut pendapat cikgu, dapatkan saya menduduki test jpj untuk lesen P sebelum lesen L saya mencecah sebulan.?
    Hal ini kerana saya tinggal di Perlis dan universiti saya pula berada di Selangor. perkara ini amat merisaukan saya. Tolong.

    • Cikgu Yap August 13, 2012 at 10:23 am - Reply

      Lebih elok membuat ujian praktikal di Selangor. untuk maksud ini, bawa semua dokumen dari negeri Perlis termasuk Borang 4, lesen L belajar, surat lepasan dari institut dulu, senarai belajar dari sekolah memandu.

  7. najah binti mohamad arshad March 31, 2015 at 2:23 pm - Reply

    assalamualaikum
    saya mengunakan lesen P dan ingin menukarkan lesen P ke lesen C.D.L.masalah nya saya punya lesen tamat tempoh percubaan pada 22 Feb 2014.dan saya telah pergi ke jpj untuk menukar lesen P ke C.D.L pada 30 mac 2015(lebih 1 tahun 1bln).masalah nya di sini saya ingin membuat rayuan utk penukaran lesen C.D.L dengan sebab-sebab terlupa tarikh tamat lesen dan lesen (P)tersebut telah hilang.harap pihak tuan dapat mempertimbangkan lesen saya ini.
    SEKIAN TERIMA KASIH

  8. nizam December 7, 2018 at 9:29 pm - Reply

    hello cikgu yap..boleh tak kalau saya pemegang lesen P membawa van biasa?tanpa cop perdagangan..

Leave A Comment