Perkara-perkara Yang Dapat Di Jalankan Demi Kebaikan Kenderaan Sendiri

Seorang pemandu yang bertanggungjawab boleh melaksanakan perkara-perkara kecil untuk kebaikan kenderaannya.

Sebenarnya tidak perlu berharap 100% kepada mekanik saja.

Apakah faedah atau keuntungan membuat demikian?

Antara faedah yang kita dapati ialah:

i) Menjimatkan wang “repair”.

ii) Rasa puas hati perkara itu di buat secara sendiri.

iii) Elakkan perkara kecil itu menjadi lebih serius.

Di bawah adalah di senaraikan beberapa perkara mudah yang sudah tentu dapat di laksanakan seseorang pemandu.

1) Menukar mentol signal.

Perkara ini mudah saja di perbetulkan.

Belilah sekotak mentol signal.

Ia harga antara RM5 – RM6 saja.

Beli juga mentol lampu belakang atau lampu brek.

Anda haruslah belajar bagaimana hendak takrifkan antara mental atau “blub” tersebut.

Untuk kerja ini, di perlukan satu-dua alat skrew driver saja.

Kereta yang berjenis lebih baru, mungkin mempunyai lampu signal yang lebih sukar untuk di tukar.

Dalam hal demikian, hantarlah saja kenderaan anda ke mekanik.

Macam mana hendak tahu mentol signal sudah bakar?

Bila di pasang indicator, biasa tanda atau isyarat itu berkelip-kelip dengan pantas.

2) Mengintai paras minyak brek.

Kekurangan minyak brek dalam tabung minyak brek perlu sentiasa di jaga.

Tabung minyak brek, yang terletak dalam kompartment enjin, ada 2 paras.

Satu paras bawah dan satu lagi paras atas.

Sebaik-baiknya, paras minyak brek hendaklah sampai ke paras atas.

Sekiranya kurang, isi dengan minyak spare atau tambahan.

Di cadangkan jenis DOT 3 di guna. Minyak brek berjenis-jenis warna.

Boleh di campur aduk antara satu dengan lain.

3) Menguji tahap brek kereta anda.

Brek kereta boleh mengalami kerosakan dari semasa ke semasa.

Kadang-kala brek kereta di katakan “lari ke tepi” apabila di tekan.

Ini menandakan satu-satu kerosakan.

Hantarlah ke mekanik secepat mungkin.

Ada kalanya, bila brek di tekan, kita dapati ia turun sampai ke bawah, ke paras lantai.

Ini juga menandakan kerosakan.

Hendaklah ke mekanik segera.

Perkara kerosakan brek baik di serah kepada pakar kereta untuk di kendalikan pembaikannya.

4) Minyak hitam atau minyak enjin.

Menjaga paras minyak hitam atau enjin adalah penting.

Kekurangan minyak ini boleh merosakkan enjin kereta anda.

Untuk perkara ini, anda hendaklah mencari “dip stick” minyak hitam.

Kiranaya kurang faham apa dia alat ini, sila tanya kepada rakan atau mekanik anda.

Pastikan paras minyak hitam sampai ke bahagian atas.

Kiranya minyak hitam sampai ke paras bawah saja, ini bererti enjin anda kekurangan minyak.

Isilah minyak hitam hingga ke paras atas atau Upper Level.

Untuk ini, anda hendaklah mendapatkan sekotak minyak tambahan.

Guna minyak yang sama jenis yang biasa di guna oleh foreman anda.

5) Tayar kereta.

Ada 3 perkara penting anda harusnya tahu tentang penjagaan tayar.

i) Tekanan atau “pressure” – Tekanan bererti berapa banyak angin di dalam tayar.

Biasanya, di cadangkan isi 26 psi (pound per square inch) tayar depan.

Juga untuk tayar belakang, 26 psi di cadangkan.

ii) Balancing atau imbangan – Tayar yang tidak seimbang, akan goyang atau gegar.

Ini akibatkan steering kurang stabil. Sukar untuk di kawal.

Kalanya, steering akan lari ke kiri atau ke kanan pula.

Hendaklah menjalankan usaha mengimbangkan tayar di kedai tayar secepat mungkin.

iii) Penjajaran – Tayar hendaklah turun ke tanah dengan sejajar.

Kalaunya tidak, tayar akan makan sebelah.

Jadi, dari semasa ke semasa, di nasihatkan proses penjajaran hendaklah di jalankan di kedai tayar seringkali.

Di atas merupakan 5 perkara penting yang dapat di jalankan oleh seorang pemandu demi kebaikan kenderaannya sendiri.

Sudah tentu sebuah kenderaan baru kurang memerlukan permerhatian tersebut.

Oleh itu, kiranya tiada masalah kewangan, lebih elok belilah sesebuah kenderaan yang baru!



By | 2017-07-21T22:00:12+08:00 November 6th, 2009|Penjagaan Kereta|4 Comments

About the Author:

4 Comments

  1. sord87 November 20, 2009 at 1:41 pm - Reply

    jika anda gunakan 5 tips diatas serta pantau kereta anda,anda boleh jimat kos baiki kereta dan juga jgn lupa dapatkan tips serta nasihat dari pakar secara online di blog ini.

    • admin November 24, 2009 at 9:13 pm - Reply

      Saudara sord87,

      Saya merasa bangga dengan komen anda.

      Terima kasih.

      ‘Cikgu Yap

  2. kamen rider July 17, 2012 at 9:35 pm - Reply

    ok terima kasih utk panduan tersebut.

  3. ingin tahu December 19, 2014 at 8:23 pm - Reply

    Saya ingin bertanya tentang van. Apa kah yg perlu kitaa lakukan utk memastikan van dlm keadaan baik? Adakah sama seperti tips di atas? Apa kah yg perlu kita check utk mngekalkan kondisi van tersebut? Van jenis nissan.

Leave A Comment