Bagaimana Sekolah-sekolah Memandu Menjalankan Perniagaannya


Ada diantara mereka menulis atau menanya blog sekolah memandu Malaysia ini, bagaimana pengusaha-pengusaha menjalankan operasinya? Kemungkinan ada yang berminat untuk berkecimpung ke arah industri agaknya.

Sebenarnya terdapat beberapa syarat yang mengkong perjalanan industri berkenaan. Berbeza dengan perniagaan lain, seseorang yang berhasrat untuk mulakan sesebuah usaha sekolah memandu, terlebih dulu hendaklah mendapat Permit daripada Jabatan Pengangkutan.

Hal-hal yang anda harusnya tahu tentang perniagaan sekolah memandu termasuk:

1) Permit – Jabatan Pengangkutan Jalan yang menguasai perberian permit untuk perniagaan ini di jalankan di Malaysia.

2) Pendaftaran Perniagaan – Pengusaha harus mengambil langkah untuk mendaftarkan dengan R.O.C atau Registrar of Companies.

3) Pejabat – Sudah tentu perniagaan sekolah memandu memerlukan pejabat bagi menjalankan perniagaannya. Hari ini, perniagaan ini tidak diizin beroperasi daripada “kedai kopi” atau “rumah / kediaman” individunya.

4) Pemegang S.M.2 atau S.P.I.M (Sijil Pengajar Institusi Memandu) – Yang menjalankan perniagaan ini, seelok-eloknya mempunyai sijil tersebut diatas. Sijil S.M.2 hendaklah dibaharui setahun sekali.

5) Pembayaran Cukai – Seperti syarikat atau perniagaan lain, sekolah memandu juga terpaksa membuat bayaran cukai setiap tahun.

6) Pembayaran / Caruman kepada SOCSO atau E.P.F – Kakitangan sekolah memandu dikehendaki buat caruman kepada kedua-dua SOCSO dan E.P.F. setiap bulan.

7) Kenderaan – Kenderaan-kenderaan khasnya yang diguna untuk mengajar pelajar-pelajar diuji 6 bulan sekali oleh pihak Puspakom. Kenderaan-kenderaan sekolah memandu mempunyai “insurans khas” untuk menjalani tugas mengajar calon / pelajar.

8) Pembaruan Permit Sekolah Memandu – Permit sekolah memandu harus di perbaharuai 2 – 3 tahun sekali. Pihak Jabatan Pengangkutan akan melawat ke pejabat sekolah memandu bagi memastikan segala peraturan diikuti. Hanya pejabat-pejabat yang benar mematuhi syarat-syarat diizinkan perbaharui permitnya.

9) Terdapat kes-kes di mana sekolah-sekolah yang menyeleweng dari peraturan-peraturan dibatalkan permitnya atau digantung permitnya.

Berbincang tentang soal “sekolah memandu” dan pengusahaanya, sudah tentu juga dikaitkan dengan pengusaha-pengusaha “institut memandu”.

Hanya yang berbeza dengan institut memandu cuma ianya dijalankan secara skala yang lebih besar daripada sekolah memandu sahaja.

Untuk mengakhiri artikal ini, diperingatkan bahawa perniagaan sekolah memandu seakan-akan sedang menerima tentangan hebat daripada institut memandu.

Samada industri sekolah memandu akan menerima ajalnya ditangan institut-institut besar itu dapat dilihat tidak beberapa lama lagi.

By | 2012-11-02T12:40:51+08:00 June 15th, 2009|Sekolah Memandu|30 Comments

About the Author:

30 Comments

  1. Samuel Kong April 23, 2010 at 9:41 am - Reply

    Dear Cikgu Yap,
    I would like to start sekolah memandu business. As you mentioned earlier, we have to obtain permit from JPJ. So, please tell me whether I can obtain any information on the Internet eg JPJ website?
    Thanks
    regards,
    Samuel

    • Cikgu Yap April 23, 2010 at 11:57 am - Reply

      Use the information on this blog or anywhere on the internet as a guide. The best option is to visit any of J.P.J. office and speak to their officers.

  2. siti May 1, 2010 at 9:00 pm - Reply

    Hello,
    Saya ada soalan, sekiranya pengusaha sekolah memandu tidak mahu mengajar pelajarnya setelah pembayaran penuh dibuat, aduan boleh dibuat kepada pihak mana?

    Tq

    • Cikgu Yap May 2, 2010 at 8:23 pm - Reply

      Kalau demikian, lapor saja ke J.P.J. negeri. Pasti ada resit bayaran sebagai bukti pula.

  3. sis smiley January 4, 2012 at 9:32 am - Reply

    cikgu .. saya telah menjalani ujian sebanyak 2 kali dan gagal . saya rasa dah tak bersemangat untuk mengulanginya lagi kerana markah ujian saja 41 .. frust sgt sgt cikgu :’(

    • Cikgu Yap January 5, 2012 at 9:54 am - Reply

      Jangan cepat putus ase. Cuba lagi!

  4. IZZATkhairi January 26, 2012 at 3:14 am - Reply

    hi cikgu yap

    saya telah mendaftar untuk membuat lesen motor B2 pada Jun 2010, tetapi tidak memulakan kelas pada tahun tersebut.Masalahnya sampai sekarang saya tidak memulakan kelas lagi. Soalan saya, adakah duit yang saya bayar, akan “BURN” atau saya masih boleh pergi ke kelas itu seperti biasa kerana saya telah kehilangan resit pembayarannya setahun lepas.. tolong saya !

    • Cikgu Yap January 27, 2012 at 9:42 pm - Reply

      Terserah kepada pengusaha sekolah memandu samada hendak menerima anda sebagai seorang pelajar lagi. Sekiranya ia anggap wang pendahuluan anda burn, anda tidak boleh buat apa-apa. Itu hak dia.

  5. amir January 26, 2012 at 5:47 pm - Reply

    cikgu yap..saya ada pertanyaaan…Baru-baru ini saya telah disaman oleh JPJ atas kesalahan tidak menampal ‘P’ dihadapan dan dibelakang..saya merupakan pemegang lesen PDL..Ketika saya disaman,kereta yang saya pandu adalah kereta sewa…Jika saya membayar saman tersebut ini bermakna lesen P saya boleh dibatalkan kerana kesalahan saya ini termasuk dalam SISTEM KEJARA…Jika saya mengambil tindakan untuk tidak membayar saman tersebut dan hanya akan membayar saman tersebut semasa saya renew lesen kpda CDL adakah ia dibenarkan?ataupun saya tidak boleh renew lesen saya disebabkan nama saya telah di blacklist…hope cikgu yap dapat membantu saya..thanks !

    • Cikgu Yap January 27, 2012 at 9:44 pm - Reply

      Bila anda bayar saman anda oun akhirnya , pada pendapat saya, tindakan akan di ambil terhadap anda. Benar, di bawar Sistem Kejara, lesen P anda mungkin akan di gantung. Sebenarnya, anda seharusnya mimikir dahulu sebelum bertindak salah.

      • amir January 28, 2012 at 12:18 pm - Reply

        Apakah maksud cikgu yap tindakan akan di ambil terhadap saya jika saya bayar sewaktu renew lesen saya?…

        • Cikgu Yap January 29, 2012 at 10:51 pm - Reply

          Bayar saman anda. Jangan cuai lain kali.

          • amir January 30, 2012 at 4:57 pm

            thanks a lot for that infomation cikgu yap……

  6. syahril April 22, 2012 at 5:24 pm - Reply

    saye berhasrat utk menyambung perniagaan sekolah memandu keluarga isteri.bapa mertua meminta saya untuk mengurus perniagaan ini.

    saya ingin meminta pandangan pihak tuan berhubung perkara ini dan persediaan untuk melibatkan diri dalam perniagaan ini

    • Cikgu Yap April 23, 2012 at 11:03 pm - Reply

      Hasrat anda berkecimpung serta menyambung perniagaan sekolah memandu keluarga isteria anda sudah tentunya cadangan yang sungguh baik. Sekira anda jahil tentang perniagaan sekolah memandu, di cadangkan anda berjumpa rakan-rakan serta orang-orang yang terlibat dalam perniagaan ini untuk mencungkil pengalaman daripada mereka.

      Selain itu, langkah-langkah harus di ambil demi masukkan nama anda ke dalam sijil SMI (Sijil Pengurusan Sekolah Memandu). Untuk ini, sila berjumpa pegawai-pegawai bahagian sekolah memandu yang sudah tentu dapat membantu anda.

  7. ikram December 18, 2012 at 7:37 pm - Reply

    cikgu yap…saya berhasrat untuk membuka sebuah institut memandu..tetapi tetapi malangnya saya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaannya…..minta cikgu yap menerangkan langkah2 yang perlu saya lakukan bagi menunaikan hasrat saya ini….terima kasih..

  8. Nurul March 15, 2013 at 7:56 am - Reply

    Cikgu yap..saya ingin bertanya sesuatu. adakah kelas memandu kereta boleh dibuat pada waktu malam?
    dan saya ingin tahu apa syarat dan peraturan yang mesti di patuhi oleh institut pemanduan bagi menjalankan perniagaan mereka.

    • Cikgu Yap March 15, 2013 at 7:52 pm - Reply

      Institut yang berlanpu boleh jalan kan perniagaan waktu malam. Untuk jalanraya, terpaksa tanya JPJ.

  9. Fred December 5, 2016 at 4:04 am - Reply

    Saya sudah berdaftar dengan sebuah Institiut memandu(IM). Masalhnya,Guru yang mengajar selalu melengah-lengahkan masa. Dalam tempoh hampir 6 bulan,baharu 8 Jam masa yang dihabiskan mengajar.
    Dan apabila saya mengemukakan masalah saya kepada pihak IM,mereka malah tidak memberi jawapan yang munasabah.
    Jadi,apakah tindakan yang patut saya ambil?..dan apakah saya masih boleh memohon untuk berpindah ke IM lain?.

    • Cikgu Yap February 17, 2017 at 9:23 pm - Reply

      Ada boleh membuat aduan offcial ke Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ).

      Anda boleh memohon ke IM lain, tetapi anda akan kehilangan semua kos yang telah di bayar.

  10. pencinta wanita February 17, 2017 at 8:39 pm - Reply

    hai cikgu yap..

    sya ingin bertanya bg pihak kwn sya mengenai masalah yg d hadapi ini..critanya bginie, kwn sya telah membuat pembayaran penuh latihan sebanyak rm400 (harga promosi) utk 10 jam – tiada bukti resit pembayaran.. namun, cikgu memandunya hanya mengajar beliau selama 5 jam..dan terus ikut QTI test..apakah yg harus dia lakukan krn dia masi mempunyai baki 5 jam lg (rm200)?..

    • Cikgu Yap June 27, 2017 at 9:46 am - Reply

      Bincang dengan pihak sekolah / institut memandu. Sekiranya tidak berhasil, bertemu / lapor kepada pihak JPJ.

  11. Jafni ifwanji May 17, 2017 at 9:24 am - Reply

    Cikgu yap, bagaimana lesen L kita yang sudah dibayar tetapi ditahan oleh sekolah memandu. Adakah ya dibolehkan menahan lesen L seseorang.

    • Cikgu Yap June 27, 2017 at 10:54 am - Reply

      Jika instructor masih enggan bagi lesen L, pergi ke pejabat JPJ untuk buat laporan.

      • Norfaezah Ab Ghani August 17, 2019 at 4:48 pm - Reply

        cikgu yap, saya nak tanya, boleh ke saya nak buka sekolah memandu, tetapi saya menumpang sekolah lain untuk mengajarkan kelas memandu?

        • Cikgu Yap August 20, 2019 at 11:10 am - Reply

          Syarat2 buka sekolah memandu nampaknya sudah tamat. Kalau hendak buka “institut”, boleh.

  12. raina June 14, 2017 at 5:49 pm - Reply

    cikgu yap saya telah menjalani ujian jpj buat kali kedua. ujian pertama saya pass jalan raya fail dalam litar dan ia disebabkan oleh keadaan kereta yang sangat teruk.gearbox koyak rabak , seat tak boleh adjust dan sebagainya. saya ulang kali kedua pun begitu kali ini stereng bermasalah bayangkan buat 3 pointer apabila saya hendak meneggakan kereta stereng tersangkut sangkut dan kereta terus bergerak sehingga menyentuh garisan kuning. saya amat tertekan kerana saya menghabiskan masa dan wang untuk berlatih y tetapi tetap gagal semata mata keadaan kenderaan yang buruk…..

    • Cikgu Yap June 27, 2017 at 12:30 pm - Reply

      Sekira kali ketiga anda mengambil ujian, jangan diam-diam saja. Beritahu tester keadaan kereta. Jangan sudi masuk kereta sehingga kereta uji dalam keadaan baik.

  13. Naim March 5, 2018 at 11:18 pm - Reply

    Salam Sejahtera Cikgu Yap, saya ingin tanya mengenai hasrat saya untuk membuka sekolah memandu. adakah benar kini kita tidak dibenarkan membuka sekolah memandu sendiri (own business) tetapi dibenarkan untuk membuka franchise sahaja? mohon pencerahan

Leave A Comment