Komen Ke Atas Memperkenalkan Kenderaan Automatik Ke Pasaran Malaysia

Penggunaan kenderaan automatik di banding dengan kereta-kereta manual merupakan sebagai sesuatu yang tidak dapat di elakkan.

Seperti matahari terbit di sebelah timur, keputusan kerajaan Malaysia hendak menggunakan kenderaan automatik, khasnya di bidang sekolah memandu dan institut-institut memandu merupakan era yang baru.

Hanya dengan kenderaan automatik saja, dapat sesebuah Negara melangkah ke tahap baru.

Tidak dapat di nafikan bahawa zaman “auto” telahpun tiba.

Tiada siapa, termasuk agen-agen kenderaan motor ataupun kerajaan sendiri yang dapat buat apa-apa terhadapnya.

Agen-agen kenderaan motor masa kini, kebanyakan memperkenalkan model-model baru yang kebanyakan memperkenalkan kenderaan-kenderaan “auto” ke pasaran mereka.

Oleh sebab itu, pihak pengangkutan, khasnya J.P.J. menurut langkah pasaran tersebut.

Keputusan telahpun di beri akan tidak lama lagi membuat keputusan sama ada ataupun tidak mengizinkan kereta-kereta auto di gunakan oleh pihak sekolah memandu atau insititut memandu menggunakan kenderaan sedemikian.

Pada ketika ini, kesemua sekolah memandu termasuk institut memandu hanya menggunakan kereta manual saja.

Sebenarnya, kenderaan “auto” boleh di gunakan oleh golongan O.K.U. (Orang Kurang Upaya) untuk belajar serta menguji dalam kereta auto.

Kenderaan yang khas di “modify” juga boleh di gunakan.

Walauapapun, permintaaan khas terlebih dulu di capai daripada pihak-pihak berkenaan.

Sekiranya saya di soal samada kenderaan auto akan di pakai ataupun tidak dalam industri pengajaran sekolah memandu, sudah pasti jawapan saya merupakan Ya!

Tidak lama kemudian, menurut pendapat saya, Negara ini akan mula penggunaan kenderaan-kenderaan automatik.

Lewat-lewat akhir bulan Disember 2009, dan sekiranaya tidak, bulan Januari 2010, langkah-langkah akan di ambil untuk memperlaksanaakan projek ini.

Apakah antaranya perkara-perkara yang seharusnya di ambil dalam perkiraan?

Antara perkara-perkara yang sepatutnya di ambil kira adalah:

1) Harga belajar memandu.

Dengan penggunaan kenderaan berjenis auto, sudah tentu harga akan berubah.

Struktur bayaran, menurut masa-masa lampau di sediakan oleh pihak jabatan.

Harus di pastikan senarai harga berpatutan kepada kedua-dua belah pihak.

2) Prosedur menguji.

Sudah pasti ini harus di kaji semula balik.

Tiap bahagian, masa-masa untuk melaksanakannya perlu di kaji balik semula memandangkan kenderran baru berjenis “auto” akan di gunakan.

Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk di sediakan.

3) Jenis lesen baru untuk kenderaan auto.

Jenis lesen baru hanya boleh memandu kenderaan jenis auto saja.

Tidak boleh lagi lesen ini memandu kereta manual.

Di atas merupakan beberapa perkara yang pihak bertanggungjawab itu seharusnya mengkaji secara teliti sebelum di perkenalkan kenderaan-kenderaan automatik ke industri sekolah memandu.

Sama ada seseorang itu setuju atau membangkang cadangan tersebut lain persoalan pula.



By | 2017-06-06T08:47:53+08:00 September 19th, 2009|Sekolah Memandu|3 Comments

About the Author:

3 Comments

  1. JEEVA December 20, 2011 at 12:31 pm - Reply

    lesen automatik sesuai utk semua, dan boleh belajar dengan cepat…. saya setuju dgn perubahan ni…

  2. leya February 15, 2012 at 10:45 pm - Reply

    hai cikgu yap.
    saya telah ada lesen L pada Jan 2010. tapi saya hanya renew sehinggalah tempoh dua tahun. saya tahu selepas dua tahun L saya itu tidak valid lagi. then pda tahun ini sy telah pon mendaftar semula utk mengambil the full course bermaksud start dari awal iaitu kelas kpp hinggalah theory n practical.

    setelah habis semuanya L sya tidak dpt dikeluarkan kerana mereka ckp saya sudah pernah ada L dlu. bukankah L saya itu sudah tamat tempoh? dan mereka meminta sya mengemukakan L yg dlu supaya L baru dpt dikeluarkan. saya sgt blur skrg ni sbb mana nye nak cari lesen L dlu yg sy dah letak di mana pn sya tak tahu.saya harap cikgu yap dpt membantu.:(

    • Cikgu Yap February 17, 2012 at 11:43 am - Reply

      Beritahu pihak berkenaan bahawa anda telah hilang lesen memandu L lama. Tanya pihak atasan apa yang seharusnya di buat.

Leave A Comment