Seorang penuntut yang mengambil kursus “memandu” seharusnya mempelajari kurang-kurang 16 jam.

Penuntut-penuntut yang telah Berjaya dalam ujian undang-undang akan menghadiri kursus Teori 6 Jam.

Bahagian Pertama selama 3 jam itu berlangsung dalam kelas.

Baki 3 jam di kendalikan di luar darjah sebagai “praktikal”.

Di waktu praktikal inilah, pengajar-pengajar atau “instructor” anda akan mengajar hal-hal penjagaan enjin kepada anda.

Penukaran tayar bocor juga akan di ajar semasa ini.

Sama ada anda di beri pengajaran yang baik ataupun tidah terserah kepada pengajar yang awak memilih itu.

Lesen L.D.L. (Learner’s Driver’s License) sah untuk tempoh 3 bulan.

Seorang calon berlesen L itu, haruslah belajar memandu di bawah seorang instructor sekolah memandu atau institut memandu.

Biasanya Kancil di guna, memandangkan saiznya. Ia juga lebih kecil serta lebih senang di kawal atau pandu.

Seseorang calon hanya boleh memohon untuk di uji selepas sebulan ia mulai belajar.

Cuma dalam kes-kes istimewa, baru saja izin di beri oleh pihak J.P.J. untuk ujian “special test”.

Misalnya, katakanlah seorang calon ingin berlanjutan pelajaran ke luar negeri di institusi atau universiti sana.

Berilah bukti-bukti seperti tiket pesawat dan surat-surat pendaftaran ke institusi-institusi bolehlah di terima sebagai bukti kukuh.

Seorang calon atau pelajar yang sudah tamat antara 6 – 10 jam memandu layak memohon untuk di uji pihak J.P.J.

Tetapi, menurut kurikulum institut-institut memandu, sekolah memandu anda harus terlebih dulu hantarkan anda ke “Ujian Pra” atau Q.T.I.

Ramai menanya saya, apakah itu “ujian pra” atau Q.T.I. itu?

Q.T.I dalam Bahasa Inggeris bererti “Qualifying Test at the Institute”.

Umpama di sekolah atau kolej, anda terpaksa menduduki ujian pra sebelum menduduki S.P.M. yang sebenar.

Di institut memandu pula, anda hendaklah menghadapi ujian pra. Faham kan?

Ujian Pra di kendalikan oleh pengajar-pengajar institut yang mempunyai kelayakan untuk menguji anda.

Setiap institut memandu mengkhaskan dua-tiga hari untuk ujian pra di jalankan.

Sekolah-sekolah memandu hendaklah mendaftarkan murid-murid untuk ujian ini.

Kehadiran calon adalah “Wajib”.

Kedua-dua jari si pelajar dan “instructor” itu hendaklah di masukkan ke komputer.

Ini untuk mengesahkan bahawa uji itu di langsungkan secara “sah”.

Biasanya, uji pra ini berlangsung ½ jam seorang calon.

Apa yang di buat oleh calon semasa pra-ujian?

Calon-calon di uji seperti ujian J.P.J. Instructor Q.T.I. menguji calon seperti di bawah:

1) Bahagian I – Naik bukit.

2) Bahagian II – Meletak kereta dan Pusing 3 Penjuru.

3) Bahagian III – Jalan raya.

Memandangkan ujian-ujian ini adalah di langsungkan oleh para pegawai dalaman (institut sendiri) sudah pasti ianya di jalankan secara longgar sedikit.

Para calon di beri tunjuk ajar dan nasihat mana-mana di perlu.

Tetapi ini tidak bererti taraf-taraf atau “standard” tidak di pentingkan.

Setahu saya, calon-calon atau pelajar yang tidak di ajar dengan baik atau memuaskan akan di gagalkan.

Yang tidak Berjaya membuat side parking misalnya atau gagal dalam acara naik bukit, di minta belajar sejam dua lagi oleh instructor di kawasan institut sebelum di kemukakan sekali lagi.

Semasa pra ujian atau “Q.T.I.”, borang-borang tertentu harus di isi. Umpamanya,
1) Borang 4.

2) Borang Q.T.I.

3) Butir-butir lesen L.D.L.

4) Kad pengenalan.

5) Borang peribadi.

Sekiranya mengikut pandangan pegawai Q.T.I., seorang calon layak di uji maka ia akan mengesah bahawa calon berkenaan boleh di uji J.P.J.

Borang-borang kesemuanya termasuk kad J.P.J. L3 kemudian akan di submit ke pejabat institut untuk di semak dan di hantar ke J.P.J. pula.

Ada kalanya terdapat kesilapan-kesilapan di borang pemohonan.

Dengan demikian, pemohonan itu di tolak.

Calon itu tidak dapat di uji pada hari yang ia hendak.

Biasa, calon akan merasa marah.

Para pengajar pula lebih marah! Inilah Q.T.I. Maksud Q.T.I. boleh di ubah jadi “Qualified to be Impatient”.

By | 2019-09-25T13:13:39+08:00 August 26th, 2009|Sekolah Memandu|39 Comments

About the Author:

39 Comments

  1. Asyr January 4, 2010 at 9:08 am - Reply

    Assalamualaikum,

    Hi boleh tolong berikan saya maklumat tentang prosedur untuk mengambil lesen memandu bagi orang kurang upaya?

    Terima kasih

    Wslm,
    Asyr

    • Cikgu Yap April 25, 2010 at 5:53 am - Reply

      Sila baca beberapa artikal khas untuk OKU. Saya percaya langkah sudahpun di terangkang lanjut. ==> Pemandu Kurang Upaya

      • Hafiz January 23, 2018 at 6:51 pm - Reply

        Hello cikgu yap
        Sy nak tnya boleh kah sy ambil ujian qti dan jpj test sekiranya masih ada saman?
        Saman trsebut dikenakan keatas kawan sy kerana tidak mmpunyai cukai dan insuran,moto trsrbut milik atas nama saya
        Lepas tu kawan saya terus pi bayar samanyg dikenakan pada dia..dh setel la dia bayar…tetapi adakah nama saya akan tersangkut sewaktu buat qti dan jpj test?

  2. henry April 24, 2010 at 10:13 pm - Reply

    Hi Cikgu Yap,

    I did the QTI with my instructor ( he told me he is QTI tester though) but i felt that something was wrong. No form to be signed and to be filled, before and after the test. And the whole procedure is super informal which more like a training session.

    I was told it that i can sign the sm4 later and the school(or he) can help me arrange jpj test date before that. Am i being dragged around? The problem is that the school is so packed with too many student. And i quite worry my instructor will forget me and drag me months and month without any response.

    i got back my LDL recently. Is that possible to change institute and arrange for JPJ test there ( without SM4 and surat pelepasan)? i really hate to deal with the institute and the instructor IF possible.

    Can i take JPJ test from institute in other Daerah but the same state? ( around 50km from my home address.. I am asking this becoz i think most institute in my near vicinity is full for the coming 1month+

    Btw, the chip on my ic (mykad) cannot be read atm. Is it wise to replace the ic with JPN at this stage and ask the institute to load all info back to the new ic again?

    thank advance for your valuable advice.

    • Cikgu Yap April 27, 2010 at 8:16 am - Reply

      Each institutes passes has its own ways and manner of things. I’m not able to comment on what others do.

      Changing institutes would be a hassle. Tro to stick to your present institute and try to finish your practical test therein.

      If your IC cannot be read, use your computer card to thumbprint.

  3. Harith June 22, 2010 at 8:33 am - Reply

    Hi Cikgu Yap,

    Saya ingin tanya,apa itu borang SM4?diharap cikgu dapat beri penjelasan lanjut berkenaan SM4 tersebut kerana saya betul-betul tidak faham berkenaannya.
    Terima kasih

    • Cikgu Yap June 23, 2010 at 3:18 pm - Reply

      Boring 4 berikan butir-butir theory 6 jam, butir-butir pelajar dan butir lesen L. Ia berikan jadual belajar calon. Jadual ini akan di sahkan pegawai QTI. Borang 4 juga perlu di guna semasa ujian QTI.

  4. eekim July 26, 2010 at 4:07 pm - Reply

    hi cikgu Yap..hr khamis ni sy akan ada jalani QTI kereta.. sy rasa takut sangat nk hadapi nye.. pgajar sy ckp, QTI ni kt dlm litar je,xda kt jln raya, betul ke? dan utk QTI ni perlu ke sy kena buat benda asas sperti utk test JPJ tu? contoh nya btl kan posisi tmpat duduk,cermin sisi&pndg belakg dan sbg nya.

    tq,,
    eekim

    • Cikgu Yap July 27, 2010 at 5:24 pm - Reply

      QTI ujian dalaman saja. Bagaimana ia di jalanakan berbeza dari satu institut ke insitut lain. Elok juga kiranya anda betulkan perkara-perkara seperti tempat duduk, wiper dan lain-lain.

  5. Nurhidayah November 2, 2010 at 12:08 pm - Reply

    salam…

    sy OKU… tp dlm kad pengenalan OKU, sy telah dikategorikan sbg OKU kecacatan akal…

    ini telah menyebabkan sy sukar mengambil lesen memandu…

    ader aper2 cadangan x utk sy???

    • Cikgu Yap November 4, 2010 at 1:14 pm - Reply

      Walaupun saya pengajar lebih 35 tahun, minta maaf, saya sendiri tidak tahu samada OKU cacat akal boleh di izinkan memohon lesen memandu. Pada pendapat saya, anda harus berjumpa pihak JPJ untuk mendapat ketetapan mereka dalam hal ini. Anda juga boleh ke doktor pakar untuk mendapat pendapat mereka mengenai isu anda.

  6. mara December 6, 2011 at 5:33 pm - Reply

    Hi, Cikgu

    Saya dah lulus dalam pra- ujian utk motosikal.Adakah borong penilaian ujian kelayakan motosikal itu kena serah balik kepada institut memandu dengan bayaran tertentu ?

    terima kasih

    • Cikgu Yap December 12, 2011 at 1:32 pm - Reply

      Serah balik Borang QTI (pra) kepada sekolah / institut memandu. Sertakan juga bayaran ujian practikal JPJ.

  7. Along March 26, 2012 at 5:40 pm - Reply

    Hi Cikgu Yap,

    Sy akan menjalani ujian JPJ hari khamis nie tetapi sy tidak menjalani QTI sepertimana calon2 lain…adakah sy layak menjalani ujian JPJ?

    • Cikgu Yap March 29, 2012 at 9:08 am - Reply

      Tiap institute ada caranya tersendiri demi mengendalikan ujuan pra-ujian atau QTI.

  8. fatimah May 14, 2012 at 3:20 pm - Reply

    cikgu yap, saya masih menunggu lesen ‘L’ motor dan kereta saya siap. dalam 2, 3 hari lagii. tapi saye akan sambung belajar hujung bulan ni, so saye tak sempat nak test. so saye kena renew lesen setiap 3 bulan sekali ke utk pastikan lesen tu tak mati.. kalau saye nak buat latihan atau Q.T.I tu, saye kena pastikan lesen saye hidup kan.

    • Cikgu Yap May 16, 2012 at 10:39 am - Reply

      Betul, lesen mesti hidup kalau hendak buat QTI.

  9. nana July 2, 2012 at 2:31 pm - Reply

    hi cikgu yap, saya rasa tertekan kerana telah gagal ujian QTI sebanyak 2 kali. saya rasa takut sangat bila fikirkan akan mengambil ujian semula..ini kerana saya selalu lemah di bahagian bukit. lebih-lebih lagi kenderaan yang digunakan semasa belajar & ujian adalah tidak sama..ini selalu membuat saya risau sekiranya gagal sekali lagi. apa yang perlu saya lakukan sekarang untuk mengelakkan dari berasa cemas semasa ujian??

    • Cikgu Yap July 4, 2012 at 3:42 pm - Reply

      Pra ujian sebanarnya memberi keyakinan kepada anda. Bahawa anda rasa takut dan kurang yakin menunjukkan anda belum bertahap untuk di uji penguji JPJ. Ambil lebih kelas-kelas lagi.

  10. moh aries May 29, 2015 at 3:01 pm - Reply

    Saya juga tertekan. Dengan pengajar(cikgu) yg mengambil kesempatan mintak duit x habis2 alasan belom hbis bayar…pastu ajar dok tangguh2….nak benti duit dah banyak labur

    • Cikgu Yap May 30, 2015 at 12:36 pm - Reply

      Malang anda dapat pengajar sedemikian.

  11. Zanne June 19, 2015 at 11:42 am - Reply

    Hye.. saya pula baru ja habis QTI. tapi saya diuji dekat jalan raya sahaja. Dalam litar x diuji. Jadi utk jpj pula macam mana? Jalan raya dan litar ka?

    • Cikgu Yap June 20, 2015 at 12:22 pm - Reply

      Kedua-dua litar dan litar jalan di uji JPJ.

  12. MARYAM July 8, 2015 at 8:53 pm - Reply

    hi, saya dah habis belajar 10 jam skarang nak booking utk QTI tapi QTI uji kat litar dan jalan raya sedangkan waktu saya blajar saya belum pernah keluar ke raya jadi macam mane?

    • Cikgu Yap July 11, 2015 at 4:39 pm - Reply

      Minta pengajar anda buat latihan jalan cepat.

  13. Danial October 12, 2015 at 1:29 pm - Reply

    Hello cikgu saya ada ambil ujian qti sabtu lepas tapi dia bagitahu saya saya kena buat sekali lagi adakah saya boleh buat ujian qti ini mengikut masa sendiri atau mereka tentukan

    • Cikgu Yap October 15, 2015 at 4:04 pm - Reply

      Suruh sekolah memandu buat QTI baru. Masa mereka yang tentukan.

  14. Rahie Bee December 6, 2016 at 5:08 pm - Reply

    hi cikgu,
    saya ada hal nak tanya. aritu time saya nak ambik ujian qti saya tertekan brek dan terlanggar kereta dihadapan saya.. so org yg driving school tu suruh saya tanggung kerosakan pada kedua dua kereta… betul ke saya kena bayar??
    kereta2 driving school tu tak ada cover insurance ke??

    • Cikgu Yap February 17, 2017 at 9:32 pm - Reply

      Sebenarnya, pihak institute memandu berhak meminta anda membayar ganti rugi kerosakan kereta.

      Adakah anda mampu membuat bayaran?

  15. sayrry March 27, 2017 at 7:19 pm - Reply

    hi cikgu,sy telah lulus smua test kecuali jpj test sy blm ambil.tpi sy telah pindah institude lain.adaka sy perlu ambil test qti semula.. atau trus jpj test?

    • Cikgu Yap June 27, 2017 at 11:11 am - Reply

      Buat QTI semula.

  16. Heyumi August 8, 2018 at 7:23 pm - Reply

    Cikgu kt tmpt memandu saya kata gagal qti bye 50.betul ke?

  17. Claire December 11, 2018 at 1:20 pm - Reply

    Hi, I have passed my road test but failed at ramp. So when I retake the test, do I have to do the road test again?

  18. Diyanah December 14, 2018 at 6:29 pm - Reply

    Hi Cikgu, klau ambil class lagi lepas fail QTI, selalunya brapa?

  19. Pesakit slip disc January 11, 2019 at 6:33 am - Reply

    Cikgu yap saya nak bertanya…
    .
    Saya ada slip disc kalau saya nak dapat test jpj terus boleh ke?
    .
    Atau saya kena habis kan pelajaran selama 6 jam selepas itu ambil ujian QTI dan baru lah test jpj…
    .
    Boleh berikan PENCERAHAN?
    .
    Terima kasih

  20. jundilan April 2, 2019 at 5:42 pm - Reply

    Asalamulikum cikgu ,saya nk bertanya selepas saya menjalani ujian QTI atau pra -ujian motosikal saya telah gagal kedua -dua bahagian ini dan saya dikenakan bayaran RM180 ,satu bahagian Rm90 adakah ini satu penipuan ??

    Apakah tindakan perlu saya buat?
    Mohon jawapan segera ke emel saya

    • Cikgu Yap April 11, 2019 at 2:31 pm - Reply

      bayaran uji semula serah kepada institute

  21. jundilan April 2, 2019 at 5:45 pm - Reply

    Asalamulikum cikgu ,saya nk bertanya selepas saya menjalani ujian QTI atau pra -ujian motosikal saya telah gagal kedua -dua bahagian ini dan saya dikenakan bayaran RM180 ,satu bahagian Rm90 adakah ini satu penipuan ??

    Apakah tindakan perlu saya lakukan

  22. […] you have fulfill the training requirement, a student has to undergo a QTI or pra-ujian conducted by the institute’s internal testers before the real motorcycle test by JPJ […]

Leave A Comment