Sebelum anda di izinkan menduduki ujian Kod Perjalanan, terlebih dulu anda hendaklah menjalani ujian Buta Warna.

Ini adalah ujian 15 minit.

Jumlah soalan dalam ujian tersebut mengandungi sebanyak 8 soalan saja.

Saya di ketahui bahawa kiranya hendak lulus ujian ini, anda haruslah mencapai 8 / 8 soalan betul.

Dengan lulus dalam ujian warna ini, barulah anda di benarkan terus menduduki ujian Kod Komputer yang berjumlah 50 soalan.

Bagaimana kalau anda gagal ujian buta warna JPJ?

Sekiranya anda tidak berjaya dalam ujian warna ini, maka anda di larang mengambil ujian berkomputer itu.

Yang gagal, hendaklah di minta ke pejabat JPJ berdekatan untuk berwawancara dengan seorang pegawai jabatan.

Kemudian anda di kehendaki ke klinik kerajaan untuk menjalani ujian mata selanjutnya.

Apakah ujian buta warna itu?

ujianbuta


Sebenarnya, ujian itu mengandungi 3 jenis soalan.

Soalan jenis pertama memerlukan seorang calon itu cuba mencam angka atau lorekan yang ada dalam gambar yang di isi dengan beranika jenis warna.

Sekiranya anda kurang memahami penjelasan saya ini, sila lihat pada gambarajah di atas.

Soalan jenis kedua itu berkehendakkan seorang calon itu memberi jawapan kepada nombor-nombor kereta yang di tunjuk.

Misalnya BBV 9870, CAM 4500 dan sebagainya.

Akhir sekali soalan jenis ketiga ialah calon-calon hendaklah mengenali warna-warna asas, seperti Merah, Kuning, Hijau dan sebagainya.

Seorang pemandu hendaklah sedar apakah warna-warna yang terdapat dalam sesuatu lampu isyarat itu.

Sekiranya seorang pemandu tidak tahu atau tidak kenali warna-warna yang ada dalam lampu isyarat, maka suatu hari nanti mungkin akan berlaku kemalangan.

Jika Anda Gagal Ujian Warna?

Walaubagaimanapun, terdapat ramai calon yang gagal dalam ujian buta warna ini.

Mengapa hal demikian berlaku pula?

Antara sebab-sebab yang membawa kepada kegagalan ialah:
1) Penguasaan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia kurang baik.

2) Tidak mahir dalam penguasaan komputer.

3) Perasaan kurang tenteram.

Akhirkata, sebelum mengakhiri artikal singkat ini, para calon di ingatkan supaya belajarlah penggunaan komputer dengan baik.

Ini penting, khasnya kepada calon-calon yang telah meningkat umur.

Kebanyakan sekolah-sekolah memandu memiliki komputer di pejabat-pejabat mereka.

Pergi ke sana untuk mempelajari komputer.

Kalau rajin ke pejabat sekolah memandu mempelajari penggunaan komputer, sudah tentu anda akan menemui kejayaan suatu hari kelak.

Harap moga-moga dapat kelulusan yang anda idamkan. Selamat maju dan jaya!

Penyelesaian untuk buta warna

Kalau anda buta warna, bolehkah anda masih mendapatkan lesen memandu Malaysia?

Ada tak penyelesaian untuk masalah buta warna?

Sebenarnya, penyelesaian untuk buta warna memang ada, tetapi keberkesanannya bergantung kepada individu.

Anda boleh cuba memakai cermin mata dengan kanta cermin yang boleh menolong untuk menggurangkan tahap buta warna.

Cermin mata buta warna

Di mana anda boleh mendapatkan cermin mata untuk buta warna?

Cermin mata tersebut boleh di dapati di Lazada dan harganya bukanlah mahal sangat.

Anda boleh klik pautan di bawah untuk mendapatkan harganya di Lazada.

Klik sini untuk ke Lazada

[Sila muat turun aplikasi Lazada untuk mendapatkan senarai harga dan tawaran]

By | 2024-02-25T13:07:48+08:00 February 24th, 2024|Ujian Buta Warna|81 Comments

About the Author:

81 Comments

  1. anafiza August 31, 2009 at 11:11 am - Reply

    Hanya berkongsi pendapat. Saya berasa kasihan dengan individu yang mengalami rabun warna. Tidak layak untuk memiliki lesen memandu. mengapa tidak lampu isyarat diubah suai untuk membantu individu bermasalah ini. Mereka juga perlu bekerja dan ingin memiliki lesen dan memandu. Ubah suai yang dimaksudkan bukanlah mengenai warna. Tapi mengubah dari lampu bulat kepada lampu berbentuk abjad atau huruf yang membawa makna identiti lampu tersebut.

    • admin September 2, 2009 at 9:00 am - Reply

      Anafiza,

      Calon yang gagal ujian mata akan di beri peluang uji mata di klinik kerajaan.

      Cadangan Fiza tentang warna / bentuk lampu isyarat adalah baik. Tetapi lampu isyarat adalah standard antarabangsa. Ia tidak dapat di ubahsuai.

      ‘Cikgu Yap

      • Afandi March 5, 2011 at 9:47 am - Reply

        Tidak ada apa yang mustahil. Jangan menjadikan ‘kecacatan’ sebagai suatu alasan. KIta tidak mengalami rabun warna bolehlah berkata itu dah menjadi standard antarabangsa. Jika anda seorang rabun warna tentu anda berasa ada situasi ‘tidak adil’ pada diri anda. Sedangkan orang cacat kaki masih boleh menunggang motosikal bersendirian. Inikan pula orang yang lengkap anggora dan sihat akal fikirannya. Undang-undang antarabangsa itu adalah undang-undang manusia yang boleh dipinda dan diubah mengikut timbangan kebaikan.

  2. rafiqy November 10, 2009 at 2:05 pm - Reply

    Saya nak tanya macam mana nak but ujain berkomputer dalam internet. Boleh tak awak bagi tahu?

    • admin November 13, 2009 at 12:13 am - Reply

      Saudara Rafiqy,

      Maaf, tiada test computer melalui internet.

      ‘Cikgu Yap

    • firdaus0800 December 27, 2016 at 6:42 pm - Reply

      Download ja kat google play…search “ujian komputer”

  3. sharil November 25, 2009 at 6:19 pm - Reply

    saya ini nak katakan rabun warna tidak, tapi warna-warna asas saya tahu lah. Dan saya buat ujian buta warna 2 betol banyak dari salah…tetapi ada sesetengah nombor saya nampak, sesetengah lagi tidak, kenapa???

    • admin November 27, 2009 at 11:28 pm - Reply

      Saudara Sharil,

      Ujian buta warna tidak lulus tidak mengapa. Anda akan di minta J.P.J. pergi klinik kerajaan untuk jalankan uji warna biasa.

      Dengan keputusan di atas, anda di benarkan duduki ujian komputer.

      ‘Cikgu Yap

    • paiz June 11, 2010 at 1:03 pm - Reply

      masalah aku samer macam ko la sharil.. aku tak nampak semua nombor, aku jawab 2-3 jer yg betul, yg lain sumer salah.. tp warna2 asas aku dapat cam.. yg warna2 hampir2 tu aku tak dapat cam.. camner nih.. aku kena wat medical check up utk kerja baru aku.. klu tak lulus, tak dapat la aku kerja tu…

      • Cikgu Yap June 12, 2010 at 11:13 pm - Reply

        Kira gagal ujian buta warna kena pergi ke JPJ jumpa pegawai sana.

  4. Shaiful December 23, 2009 at 10:15 pm - Reply

    Jadi jika seseorang yang buta warna itu gagal dalam ujian buta warna adakah dia mempunyai peluang untuk mendapatkan lesen kereta?maksud saya selepas membuat uji mata di klinik kerajaan?

    • admin December 26, 2009 at 12:10 am - Reply

      Saudara Shaiful,

      Selepas menjalani ujian mata (biasa) di klinik kerajaan, di dapati Lulus, anda boleh jalankan ujian berkomputer 50 soalan.

      ‘Cikgu Yap

  5. Am December 29, 2009 at 10:16 pm - Reply

    Jadi, seseorang yang buta warna harus mengambil ujian berkomputer dahulu sebelum ke klinik kerajaan?

    • admin December 30, 2009 at 7:34 pm - Reply

      Saudara Am,

      Sebelum hadapi ujian objektif 50 soalan, anda terpaksa melepasi ujian buta warna 8 soalan. Kalaunya gagal, anda hendaklah ke pejabat menjumpai pegawai.

      Anda akan di minta ke klinik kerajan untuk menjalani ujian warna biasa.

      ‘Cikgu Yap

      • AKu April 30, 2010 at 11:58 pm - Reply

        Kalau da tau memang buta warna, boleh ke pergi JPJ & klinik kerajaan dulu buat pemeriksaan?

        so tak perlu la amik test warna sedangkan da tau tak lepas..

        • Cikgu Yap May 2, 2010 at 12:40 am - Reply

          Harus ke pusat komputer ambil test komputer dulu.

  6. Habisaku January 6, 2010 at 6:07 am - Reply

    I think that i will pass the Bahagian i test! I can and i will pass it!

  7. Habisaku January 6, 2010 at 6:11 am - Reply

    Saya ada 1 permintaan kepada Cikgu Yap.Bolehkah anda tolong senaraikan proses untuk mendapatkan Lesen L hingga P bermula daripada tarikh pendaftaran.Selain itu,apakah pakaian yang sesuai untuk menghadiri setiap ujian yang diadakan.Terima kasih.

    • admin January 7, 2010 at 1:51 pm - Reply

      Saudara Habisaku,

      Dengan keyakian begitu ketara, saya rasa konfiden anda akan berjaya.

      Tentang pakaian sempuna, sila baca article ==> Correct Attire To Wear When Taking Driving Lessons

      Saya akan menulis rencana khas tentang proces mendapatkan lesen dar “L” hingga “P” kemudian kelak.

      Harap sabar dan tunggu artikal di siarkan.

      ‘Cikgu Yap

  8. LADI PINI March 24, 2010 at 5:31 pm - Reply

    baru lepas computer test dan akhir gagal dipermulaan jalan..gagal ujian warna 7/8 dimana kita perlu lulus 8/8. Rasa nak mengamuk pun ada.

    • Cikgu Yap March 28, 2010 at 12:05 pm - Reply

      Terpaksa pergi ujian mata dekat klinik kerajaan.

  9. sidi April 13, 2010 at 4:11 pm - Reply

    kalau dah ada lesen D, nak mndapat kan lsen p.s.v perlukah menjalani ujian buta warna sekali lg

    • Cikgu Yap April 15, 2010 at 12:14 am - Reply

      Doktor klinik biasanya jalani ujian mata ringkas untuk calon P.S.V.

  10. Habisaku May 2, 2010 at 4:42 pm - Reply

    Haha saya dah dapat lesen P untuk kelas B2.Mekaseh Cikgu Yap.

    • Cikgu Yap May 2, 2010 at 8:24 pm - Reply

      Kami bangga dengan kejayan anda. Syabas!

  11. fohz May 25, 2010 at 11:29 pm - Reply

    kepada pihak yg b’kenaan,
    saya telah gagal dlm ujian rabun warna, apa yg saya perlu tahu ialah..apa akan dilakukan oleh pihak JPJ kpd saya dan selepas didapati telah selasai dlm urusan JPJ, adakah saya perlu mengambil lagi ujian komputer yg sama formatnya dgn yg sebelumnya iaitu kena lulus 8 soalan ujian rabun warna baru dibenarkan utk teruskan soalan yg seterusnya?

    • Cikgu Yap May 28, 2010 at 5:07 am - Reply

      Yang gagal ujian warna komputer perlu jumpa pihak JPJ. JPJ akan arahkan anda pergi ke klinik kerajaan untuk ujian mata. Selepas itu, JPJ akan memberi arahan kepada seseorang calon.

  12. ahmad December 22, 2010 at 6:00 pm - Reply

    chekgu, katakn sya tlh menjalani ujian buta warna dipusat latihan memandu lalu sya gagal. kmudian sya hrus ke kilink utk mnjalani ujian buta wrna biasa, adakah slepas sya lulus ujian tersbut, sya boleh mengambil ujian komputer? bagaimna “ujian biasa” yg dimaksudkn diklinik? terima ksih chekgu.

    • Cikgu Yap December 24, 2010 at 9:11 pm - Reply

      Selepas mendapat ujian mata dari hospital, jumpa pihak JPJ dulu.

  13. Majaiko December 1, 2011 at 4:09 pm - Reply

    cikgu, saya pernah lulus ujian berkomputer dan ujian warna, tetapi L saya expired tahun lepas kerana tak dapat nak meneruskan ujian JPJ atas sbab sebab yang tak dapat nak dielakkan, adakah saya akan melalui ujian buta warna untuk kali ke dua apabila saya mengambil semula ujian berkomputer nanti?

    • Cikgu Yap December 2, 2011 at 8:17 pm - Reply

      Untuk ujian berkomputer kali kedua, anda di kecualikan daripada ujian buta warna.

  14. Naja Alaxendra December 22, 2011 at 7:14 am - Reply

    salam . semalam saya telah gagal ujian buta warna dan mendapat 7/8 .. huhu . menangis sakan saya . . masuk2 mcm tu je fail :(

  15. Naja Alaxendra December 22, 2011 at 11:17 pm - Reply

    Adakah lama masa yang diambil dalam proses jpj ?

    • Cikgu Yap December 25, 2011 at 10:35 pm - Reply

      Unfortunately, setting up a meeting with the authorities normally take some time.

  16. Naja Alaxendra January 1, 2012 at 7:16 pm - Reply

    Huhu . . i hate this situation . .

  17. alif February 4, 2012 at 2:54 pm - Reply

    sebelum ni pon saya ada test kat jpj banyak kali asik gagal jer…sekarang ni tengah tunggu special contact lens daripa optometris kat wangsa maju…mase test ujian nombor tu semua nombor saya boleh nampak…tak sabar nak tunggu lens saya sampai pastu nak pergi amik ujian jpj balik…

    kalu yang lain tak percaya boleh cuba dulu..kalu tak silap saya nama kedai optometris Vision Care Optometry ..owner dia melayu, baik pulak tu. tak sabar lak nak dapat lesen kereta….terbaik bro..

  18. Naja Alaxendra February 16, 2012 at 1:19 pm - Reply

    Hello guys ! lama tak singgah sini . Btw , saya nak berkongsi kegembiraan . . saya dah lulus pun test komputer tu , dapat 46/5O dlm mse 9 minit . hihi , setelah seminggu cek mata dkt oftalmologi hospital selayang dan mengambil masa yg agk panjang . saya sgt berpuas hati ! skrg saya tinggal lagi satu kali latihan bljr memandu and dah booking test jpj 7 haribulan ni ! doakan kejayaan saya =D

    • Cikgu Yap February 17, 2012 at 11:48 am - Reply

      Saya merasa amat gembie dengan kejayan anda. Syabas!

  19. Amminur Rasyid February 19, 2012 at 4:15 pm - Reply

    whoa ! same with me la Naja =)

  20. Amirul Syafiq Ezanie May 10, 2012 at 9:25 am - Reply

    Hello Cikgu Yap,

    L saya dah expired bulan lepas and saya tak sempat nak buat test JPJ. Jadi, saya kena ulang balik dari ceramah KPP dan dua hari lagi saya akan amik ujian Bhg 1, tapi saya rasa saya ada masalah dgn ujian buta warna tu… dulu saya dah amik and lulus… boleh tak kalau saya nak skip and amik ujian brkomputer shj? Macam mana?

    • Cikgu Yap May 11, 2012 at 7:23 pm - Reply

      Tidak perlu ujian warna lagi. Terus ke ujian komputer 50 soalan saja.

      • Amirul Syafiq Ezanie May 11, 2012 at 8:36 pm - Reply

        Saya dah call driving school saya, dia kata kene amik jugak ujian warna. So disappointed. Hopefully lepas lah :\

  21. Amin Nur Rasyid April 18, 2013 at 9:11 pm - Reply

    Kepada cikgu yap,

    Saya adalah seorang pembuta warna hijau dan merah. That is normal color blindness. tp color2 inilah yg akan di uji untuk mengambil lesen? Cikgu Yap, adakah saya berpeluang dan juga adakah org2 di luar sana yg menghadapi penyakit yg sama akn berpeluang untuk mendapat lesen? ye, kepada pembuta warna, di minta utk ke klinik kerajaan utk di uji. sekiranya tidak berjaya juga, bermaksud, pembuta warna seperti saya ini, tidak akan berpeluang lansung utk mengambil lesen? adakah begitu? Kenapa kerajaan tidak bersikap adil. Kami hanya cacat warna, tapi kami sihat tubuh bdn. Kenapa kami tidak boleh mengambil lesen? Cuba perkara ini kene kepada cikgu yap, tuan-tuan dan puan-puan sekalian? anda akan merasai apa yang saya rasa. Bagaimana cikgu yap? adakah cikgu yap boleh membantu?

    • Cikgu Yap April 23, 2013 at 10:01 pm - Reply

      Undang-undang JPJ perlukan seorang oembantu jangan buta warna. Kebolehan melihat warna-warna lampu insyarat sangatnya penting sekali. Pemandu yang tidak berdaya melihat warna utama umpama merah dan hijau, boleh membawa kepada kemalangan. Soal adil ataupun tidak sepatutnya di bangkilkan sama sekali. Sya syorkan anda ke hospital kerajaan jalankan ujian mata. Biarkan doktor yang membuat keputusan sama ada anda boleh diizinkan memandu ataupun tidak.

  22. Hamba Tuhan June 3, 2013 at 9:41 pm - Reply

    Adakah saya perlu membayar RM27.00 jika saya tidak melepasi ujian buta warna??

    • Cikgu Yap June 7, 2013 at 12:46 pm - Reply

      RM27 untuk ujian undang-undang dan ujian mata.

  23. Faizal June 11, 2013 at 10:04 am - Reply

    Ujian warna tu seokolah memandu ke buat atau JPJ. Kalau sekolah memandu yg jalankan, katakanlah sekolah memandu bagi lulus (padahal gagal)… adakah ia ada kaitan dgn 50 soalan tu selepas itu? Saya nak ambil lesen motosikal je…

    • Cikgu Yap June 12, 2013 at 10:37 am - Reply

      Terdapat institut memandu yang layak menjalankan ujian komputer, selain syarikat komputer Myspeed dan MYEG. Kesalahan kuasa menjalankan ujian di atas adalah tangungjawab pihak JPJ.

  24. danial December 8, 2013 at 9:49 pm - Reply

    Saya gagal ujian buta warna, adakah lesen saya akan dikeluarkan sebagai lesen OKU?

    • Cikgu Yap December 17, 2013 at 8:48 pm - Reply

      JPJ perlukan anda lulus ujian buta warna sebelum keluaran lesen memandu.

  25. jimi December 26, 2013 at 7:41 pm - Reply

    sy dah ada lesen b2 & skng nak sambung amik lesen psv… perlu ke ujian rabun warna lagi??

    • Cikgu Yap January 7, 2014 at 11:35 pm - Reply

      Biasanya PSV untuk kenderaan kereta (lesen kelas D). Doktor biasa memeriksa mata.

  26. amran saiful January 13, 2014 at 5:56 pm - Reply

    saya nak tanya… saya ada ambil ujian buta warna uh tp hanya dapat 7/8 sahaja dan terus x dpt nak ambil ujian seterusnya… rasa sedih sampai sehari x makan…. then saya tanya pusat memandu dan perlu buat ujian mata di klinik kerajaan yg berhampiran…. saya percaya saya tidak buta warna dan pernah membuat ujian tersebut sewaktu sekolah dan berjaya…. jika saya lulus ujian di klinik kerajaan untuk ujian warna adakah saya perlu ambil semula ujian warna apabila menduduki semula untuk test komputer itu atau terus menjawab 50 soalan undang2 tersebut…….????

    • Cikgu Yap February 18, 2014 at 7:34 am - Reply

      Kalau lulus ujian mata klinik, anda di kecualikan daripada ujian komputer. Terus ke ujian komputer objectif saja.

  27. khairul January 25, 2014 at 11:46 pm - Reply

    Seorang pemandu hendaklah sedar apakah warna-warna yang terdapat dalam sesuatu lampu isyarat itu. Sekiranya seorang pemandu tidak tahu atau tidak kenali warna-warna yang ada dalam lampu isyarat, maka suatu hari nanti mungkin akan berlaku kemalangan.

    lampu isyarat hanya ada merah, kuning dan hijau je.. kenapa perlu ada ujian teka nombor dlm warna?

    • Cikgu Yap February 18, 2014 at 7:33 am - Reply

      Sekiranya kenderaan anda di langgar lari orang, kebolehan memberitahu polis number perndaftaran kenderaan anda dapat membantu polis dalam siasatan.

  28. patrick August 31, 2014 at 11:44 pm - Reply

    dimana boleh saya dapat try ujian rabun warna seperti yang ditanya oleh jpj….ada contoh tak dalam internet atau ada buku di pasaran….terima kasih

    • Cikgu Yap September 3, 2014 at 7:17 pm - Reply

      Dear Patrik, Get hold of a K.P.P text book. Try the colour blind test therein.

  29. saufi November 6, 2014 at 9:45 am - Reply

    Baru2 ni aku call JPJ pasal ujian rabun warna untuk gdl. Yg buat aku kecewa kerani JPJ yg jawab call tu sendiri tak pasti samada perlu buat ujian rabun warna atau tak untuk gdl..dia kata kalau dah ada D tak perlu buat ujian rabun warna.

    Aku suruh dia check dlm borang permohonan lesen gdl..kemudian kerani JPJ tu cakap “Ye la kene buat ujian warna..tapi sepatutnya kalau dah ada D tak da masalah untuk GDL”.

    Di suruh aku pegi klinik lain..sebab kelulusan ni bergantung pada doktor. So aku ingat nak pergi klinik government..senang nak argue.

    Lagi satu carta Istihara bukan untuk mengenal warna asas sebab rabun warna ni disebabkan hue warna tertentu yg tak dapat dibeza..kalau rabun merah hijau..biasa hue yg terletak antara merah dan hijau tak dapat dikesan.

    • Cikgu Yap November 7, 2014 at 8:00 pm - Reply

      Saudara Saufi, Sebenarnya jawapan kerani JPJ memangnya padat. Setiap permohonan GDL hendaklah diperiksa seorang doktor. Hanya kalau doktor puas hati dengan kesihatan anda, baru saja anda akan diizinkan memohon lesen tersebut.

  30. didie November 15, 2014 at 8:38 pm - Reply

    cikgu yap.saya nak tanya.saya gagal dalam undang undang bahagian buta warna tu.masa tu saya ambil blim.then lepas saya gagal..saya terus tak buat apa apa tindakan..sampai la tempoh blim tamat.(1tahun)..so sekarang niy saya ada daftar belajar memandu di tempat lain.tak boleh buat.mungkin sebab yang saya gagal rabun warna.saya da pergi ke jpj yang berdekatan untuk ambil borang untuk check mata kat klinik.tapi jpj tu tak bagi..dia ada minta saya salinan saya hadir ceramah..i.c dengan salinan gagal buta warna…tapi masalah saya sekarang blim sudah tamat tempoh.blim tak simpan salinan2 pelajar nya.so..sampai sekarang saya tak tahu nak buat macam mana lagi…tolong terangkan kepada saya apa yang saya perlu buat..sampai sekarang tak ada lesen.serba salah jadinya..

    • Cikgu Yap November 18, 2014 at 4:47 pm - Reply

      Saudar Didie, Bekalkan keputusan periksaan undang-undang dan bukti pendaftaran kepada JPJ.

  31. didie November 18, 2014 at 11:18 pm - Reply

    ok saya faham..tapi pada saya ada kputusan peperiksaan sahaja..yang bukti pendaftaran tu hilang.saya ada pergi ke tempat belajar (blim) untuk minta bukti pendaftaran..tapi mereka cakap mereka tidak simpan salinan apa-apa.kalau saya pergi ke jpj hanya bawa salinan keputusan peperiksaan sahaja..macam mana ye??jpj boleh dipertimbangkan tak??harap mr yap beri lebih penjelasan.

    • Cikgu Yap November 23, 2014 at 11:03 am - Reply

      Saudara Didie, Kiranya JPJ hendak butir-butir berkenaan, bekalkannya. Tentang pertimbangan kena tanya JPJ.

  32. Yong December 12, 2014 at 12:02 pm - Reply

    saya gagal dalam ujian warna lepas tu saya nak jumpa pengawai jpj baru boleh pergi klinik untuk ujian mata?saya yakin saya tak tekan salah,tak tengok salah,saya buat latihan betul semua kenapa semasa ambil ujian saya cuma betul 7/8,saya yang salah ke?

    • Cikgu Yap December 14, 2014 at 1:29 pm - Reply

      Anda yang kawal komputer. Kalau anda tidak bersalah, siapa pula yang bersalah?

  33. rahsia December 22, 2014 at 12:52 am - Reply

    Saya bru sahaja gagal ujian buta warna semalam , saya rasa sangat kecewa dan malu dengan kawan2 saya yang lulus ujian komputer . Ada kawan saya kata ,nama yang gagal buta warna akan diblacklist oleh jpj. Betul ke ?

    • Cikgu Yap December 31, 2014 at 9:11 pm - Reply

      Saudara Rahsia, Tiada apa nak malu atau kecewa. Jumpa JPJ. Anda akan disuruh ke klinik kerajaan jalankan ujian.

  34. TikTak January 31, 2015 at 10:56 am - Reply

    Cikgu Yap. Saye nak tnye… Saya dah ambil satu ujian buta warna sebelum/semasa menghadiri Kursus KPP tu.. Perlukan ambil ujian buta warna ni lagi bila ambik komputer test? Atau tak payah kerana ujian ni ujian yg same? Terima kash…

    • Cikgu Yap February 2, 2015 at 9:27 am - Reply

      Kalau sudah lulus ujian buta warna dulu, tidak payah.

  35. Nazmi March 1, 2015 at 9:33 am - Reply

    Harini 1 mac 2015 aku ujian SPA sebagai pembantu penguatkuasa, gagal bahagian mudah, bahagian pengecaman warna,
    Aku memang buta warna, tapi ingat lagi 2 tahun lepas aku lulus ujian warna komputer jpj. Mungkin sebab gunakan komputer jadi aku boleh nampak dengan jelas, sangat jelas.
    Aku rasa resolusi yg digunakan jpj paling mengikut piawai dalam menjalankan ujian.

  36. ammar July 1, 2015 at 1:57 pm - Reply

    saya ujian buta warna 7/8..saya merayu dkt myspeed tu supaya saya bole ulang balik, dia lgi kata tk bole tak bole tak boleh..dtang byar rm37, tk smpai 5minit dlm tu kne kluar sbb gagal..mcm main judi pulak..kluar rse mcm nk marah pulak..pastu kne prgi pusat memndu, akak yg kt pst mmandu pn bgi surat sruh prgi klinik sri jaya,tnjong karang..saya baca komen kt atas ni smua kne prgi klinik krajaan then kne prgi jpj..mana satu yg btol ni, kne prgi klinik swasta ke atau klinik kerajaan? Mohon pencerahan.

    • Cikgu Yap July 6, 2015 at 12:01 pm - Reply

      Jumpa JPJ dahulu. Dapatkan izin untuk pemeriksaan swasta atau klinik kerajaan.

  37. zam August 24, 2015 at 5:02 pm - Reply

    Sy jmp doktor n doktor xluluskan..adakah bermakna sy xblh memandu wt selamanya…mohon penjelasan

  38. AnakHelang January 4, 2016 at 7:56 pm - Reply

    Hai cikgu. saya nak tya. saya dah memiliki lesen B2 dan D lebih 4tahun. baru-baru ni company saya suruh saya ambil lesen GDL, dalam ujian berkomputer GDL memang ada ujian untuk buta warna ke? kalau saya gagal. apa akan jadi dengan lesen saya sekarang?

  39. Jimmy Ko August 3, 2016 at 11:51 am - Reply

    Hai Cikgu Yap,

    1. Kawan saya seorang pesakit penyakit buah pinggang on dialysis. Boleh ke dia apply lesen vokasional?

    2. Borang mana yang perlu diguna ? Borang JPJ L8A atau JPJ L8?

    Terima kasih.

  40. Faiz October 15, 2017 at 3:05 pm - Reply

    Didapati saya seorang buta wanna merah-hijau selepas menjalani ujian di dalam internet tetapi kalau lampu isyarat merah dan hijau saya boleh nampak dengan jelas lagipon kalau warna di lampu isyarat bertukar,kan is bercahaya dan 2 yang lain jadi gelap,semua orang termasuk buta warna seperti saya pon boleh membezakan hijau ataupon merah sebab hijau yang paling bawah Dan merah yang paling atas bila bercahaya,kenapa masih perlu ujiab warna?

    • Cikgu Yap October 28, 2017 at 8:59 am - Reply

      Nampaknya anda menghadapi masalah buta warna. Terpaksa patuhi syarat-syarat JPJ.

  41. Pathul haris November 22, 2017 at 10:29 pm - Reply

    Cikgu..dulu masa sy ambik lesen B2 semua sy oke tiada masalah.
    Tapi sekarang saya nak ambik untuk clas H. Sy masalah pula dengan warna..
    Surat dari jpj dah pun sy pegang untuk jumpa dokter.

    Ada kah dokter akan guna buku ishihara??

    • Cikgu Yap September 25, 2019 at 1:25 pm - Reply

      Jumpa doktor pakar mata.

  42. Adam July 2, 2018 at 6:36 pm - Reply

    Saya ada rabun warna. Sebab saya tak boleh nak jawab setengah soalan semasa pergi ceramah 9 jam untuk slot pertama ujian buta warna. Hasilnya , saya kena panggil untuk buat semula ujian buta warna tu.

    Boleh ke saya terus ke JPJ minta borang untuk rabun warna tanpa pergi dulu ke ujian komputer ? Mohon pencerahan.

Leave A Comment