Modenas Melancarkan Motosikal Elektrik Pertama Di Malaysia

Rakyat Malaysia pernah nampak basikal elektrik di negara kita. Sudah beberapa tahun basikal elektrik pernah dipakai di sini. Tetapi nasib basikal tersebut di atas belum mendapat suatu kepastian daripada kerajaan Malaysia.

Sehingga hari ini, rakyat tidak tahu sama ada basikal seumpama ini boleh dipakai secara sah ataupun tidak.

Kereta Kancil merupakan kenderaan yang paling kecil sekali di negara ini. Kancil hanya berkuasa 660c.c. Oleh kerana itu, Kancil dikatakan kereta yang paling jimat penggunaan petrol.

Di percayai Kancil boleh berjalan hamper-hampir 50km seliter petrol. Ini bererti untuk mengendalikan Kancil, ia memerlukan hampir-hampir 35 sen setiap kilometer.

Selepas di perkenalkan basikal elektrik di Malaysia dua atau tiga tahun dahulu, kini, motosikal elektrik pula keluaran syarikat Modenas, yang digelar sebagai CTric telahpun dihasilkan.

Terdapat 2 sebab utama mengapa Malaysia telah mengambil langkah untuk menghasilkan motosikal elektrik. Sebab utama adalah sebab motosikal elektrik Modenas CTric merupakan kenderaan yang “eco friendly” dengan persekitaran.

Yang kedua adalah sebab motosikal CTric menjimatkan petrol. Ia di katakan perlu hanya 1sen saja untuk berjalan sejauh 1 kilometer. Berbanding dengan motosikal biasa seperti Honda, Yamaha ataupun Suzuki, yang memerlukan sekurang-kurangnya 10 atau 15 sen per satu kilometer, motosikal elektrik Modenas CTric hanya perlukan 1 sen bagi satu kilometer.

Modenas CTric dikuasai sepenuhnya oleh kuasa bateri. Ia di laporkan boleh berjalan 60km sekali gus caj. Oleh yang demikian, motosikal elektrik yang baru ini, adalah amat sesuai sekali, khasnya untuk orang-orang bandar serta pelajar-pelajar universiti. Dilaporkan juga, motosikal Modenas CTric ini, boleh berjalan selaju 70km.

Satu bagi perkara yang istimewa sekali berhubung dengan motosikal elektrik baru ini adalah motosikal ini boleh dicaj dengan menggunakan plug 3 pin biasa di rumah. Masa mengecajkan motosikal Modenas CTric hanya mengambil masa tiga setengah jam untuk proses caj “pendik”. Manakala untuk caj jangka panjang, ianya dijangka mengambil masa 8 jam ataupun satu malam.

Menurut Menteri Pengangkutan Jalan, Datuk Seri Kong Cho Har, motosikal elektrik ini telahpun di luluskan oleh pihak Sirim dan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia juga dikatakan telahpun lulus kehendak-kehendak pihak negara Jepun, yang di katakan ketat.

Berbeza dengan basikal elektrik yang sehingga kini masih tidak boleh di pakai di jalan-jalan raya Malaysia, motosikal elektrik Modenas CTric, boleh kini di gunakan di jalan-jalan dan lebuh-lebuhraya negara kita.

Perkara ini berlaku sebab perubahan pembaharuan telah dibuat kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987, pada bulan Disember, 2010 yang membolehkan motosikal-motosikal elektrik di daftarkan di Malaysia.

Berbeza juga dengan basikal-basikal elektrik, motosikal-motosikal elektrik kini boleh di keluarkan cukai-cukai jalanraya boleh pihak Jabatan pengangkutan Jalan dengan mudah. Tetapi sesuatu yang harus diperingatkan adalah empunya-empunya motosikal elektrik haruslah mengaturkan pembelian insuran-insuran terlebih dahulu.

Nampaknya, yang mempunyai lesen motor B2 (250 c.c.) layak menunggang motor ini. Apakah sebabnya basikal-basikal elektrik menghadapi begitu banyak masalah berbanding dengan motosikal elektrik?

Terdapat beberapa sebab kenapa ini berlaku. Dengan basikal elektrik, soalan-soalan seperti, adalah basikal elektrik di kecualikan daripada peraturan-peraturan seperti pendaftaran kenderaan, cukai jalan, insurans, lesen memandu dan had umur menunggang bertimbul.

Pada masa yang sama, harus di beritahu bahawa penunggang motosikal elektrik mengikuti peraturan-peraturan yang sama seperti motosikal-motosikal biasa. Ini bererti bahawa penunggang-penunggang motosikal elektrik terpaksa memakai topi-topi keledar, membeli insurans dan membayar cukai-cukai jalan.

Menurut pegawai atas Modenas, Encik Abdul Halim, beberapa negeri luar seperti Greece, Holland, Korea, Vietnam dan Iran telah memberitahu kami bahawa mereka mempunyai minat terhadap motosikal elektrik Modenas CTric. Ini adalah berita yang menggalakkan.

Motosikal-motosikal elektrik di China hari ini berjumlah sebanyak 20 juta. Adakah pada masa hadapan yang dating, bolehkah penggunaan motosikal elektrik dapat bertandingan dengan negari China? Kami, sama-sama menuggu pencapaian ini.

Kudos kepada motosikal elektrik Modenas CTric ke jalan-jalan kita!

By | 2012-09-21T18:05:31+08:00 March 1st, 2012|Undang-undang|8 Comments

About the Author:

8 Comments

  1. wawa March 4, 2012 at 6:51 pm - Reply

    cikgu, saya akan ambil ujian jpj x lama lagi. saya masih takut untuk membawa di jalan raya lebih2 lagi di traffic light dan persimpangan..saya nak tanya,

    1- bila traffic light lampu merah, saya kene tukar gear 1 mase berhenti ke sebelum berhenti. dan semasa saya berhenti, saya kene freekan gear kan?
    pastu, kalau saya x tarik handbreak, bolehke? saya just tekan pedal break masa tu. pastu bila lampu dah hijau, saya kene tukar gear 1 dulu, baru jalan ye?

    2- bila di persimpangan wajib berhenti ke walaupun x ada kenderaan yang lalu? dan kalau saya berhenti di persimpangan yang berbukit sedikit, saya kene ikut cara di bukit ke bila saya hendak jalan?

    • Cikgu Yap March 5, 2012 at 11:55 pm - Reply

      Semasa di simpang, bebas gear dan tarik brek tangan. Tidak di galakkan menekan brek kaki.

      Buat tabiat baik, iaitu berhenti di setiap simpang tanpa kira ada trafik ataupun tidak. Di bukit pula, tarik brek tangan. Ikut peraturan naik bukit.

  2. Rijan March 9, 2012 at 6:42 am - Reply

    Hi ckgu yap .
    Situasi saya adalah :

    – Lesen memandu “P” telah tamat tempoh pada 2009 & sya telah mhantar surat rayuan kpd JPJ Putrajaya & mereka memaklumkan agar sya mngambil semula ujian Bhgn II & Bhgn III ( dengan mnunjukkan keputusan ujian yg terdahulu sbg bukti utk m’ambil ujian yg baru )

    – Masalah saya sekarang adalah keputusan ujian terdahulu itu telah hilang .
    Jadi , apakah yang perlu saya lakukan untuk menduduki ujian tersebut kerana saya tidak mempunyai keputusan ujian tersebut .

    Harap dibalas . TQ

    • Cikgu Yap March 9, 2012 at 8:07 pm - Reply

      Contact JPJ Putrajaya for advice.

  3. Hitam manis July 10, 2012 at 12:19 pm - Reply

    Assalamualaikum cikgu Yap..

    saya dah ada lesen L dan tarikh tempoh bahagian 1 adalah 29/5/2011- 28/5/2013.. bermakna tahun depan lesen L ni akan mati.. tapi saya tidak pernah renew lagi dan bulan ni kiranya dah 9 bulan saya x pernah perbaharui langsung disebabkan saya sedang belajar di luar negara dan ianya dah melebihi 6 bulan..adakah saya masih lagi boleh renew dan teruskan untuk ambil JPJ apabila saya pulang ke malaysia nanti..

    • Cikgu Yap July 11, 2012 at 10:40 am - Reply

      Lesen L anda boleh di barui. Boleh juga di guna untuk ujian praktikal JPJ.

  4. pengguna ctric September 21, 2012 at 11:54 am - Reply

    ctric review:

    7 jam full charge = boleh gerak 35km shj !
    enjin bunyi/gegar kuat bile top speed 40-60km/h.

    bgus utk jarak dkt & kawasan kurang trafik shj.

    • Cikgu Yap September 21, 2012 at 4:43 pm - Reply

      Terima kasih kerana membantu memberi review motosikal Modenas di atas. Saya merasa terperanjat dengan butir-butir yang anda berikan. Nampaknya motorsikal di atas tidak mempunyai potensi yang tinggi di sebab kelemahan-kelemahannya.

Leave A Comment