Pihak-pihak Yang Berkuasa Mengeluarkan Saman Di Malaysia Bahagian II

Artikal ini adalah sambungan daripada artilkal Pihak-pihak Yang Berkuasa Mengeluarkan Saman Di Malaysia Bahagian I

Selanjutnya, kita tiba di peringkat di mana soalan di tanya-tanya adalah, apakah yang harus kita buat sebaik saja menerima sesuatu “Saman”?

Tidak kira sama ada ianya saman Polis, J.P.J. atau Majlis Perbandaran, kita tidak menpunyai pilihan kecuali membuat bayaran.

Saman Polis boleh di selesaikan di pejabat atau Balai Polis berdekatan. Anda boleh be Balai berkenaan secara sendiri ataupun meminta sahabat untuk membuat bayaran tersebut.

Kiranya anda hendak membuat rayuan untuk bayaran yang lebih rendah, anda hendaklah membuat rayuan kepada pegawai berpangkat Inspektor. Hanya beliau saja mempunyai kuasa untuk membuat keputusan sama ada “saman” patut di kurangkan atau pun tidak.

Saman-saman J.P.J. di kategorikan saman “kompaun” atau saman “di hadapkan ke mahkamah”. Saman kompaun boleh di bereskan di pejabat J.P.J. Kes-kes jenis kedua (kes mahkamah) nampaknya anda tidak mempunyai alternatif lain daripada “hadap” ke mahkamah saja.

Di kes-kes mahkamah pula, anda hendaklah menghadiri mahkamah pada tarikh yang ditetapkan. Apa terjadi kiranya gagal menghadiri kes mahkamah itu?

Anda akan digelar sebagai “Bersalah”. Dalam Bahasa Inggeris “Judgement will be made against you”. Pendekata, and telah “kalah” kes tersebut.

Soalan selanjutnya berhubang kes meletak kereta di tempat-tempat “di larang meletak kereta” dan meletak kereta tanpa membuat bayaran / lewat buat bayaran. Ini di gelar kesalahan meletakkan kereta di bawah undang-undang Majlis Perbandaran.

Kesalahan ini hingga kini, belum di “online” dengan J.P.J. atau Polis lagi. Kepada yang degil atau enggan membuat bayaran, terselahlah kepada pihak Majlis sama ada hendak ketengahkan hal ini kepada pihak mahkamah ataupun tidak.

Soalan yang seterusnya di tanya-tanya kebanyakan orang adalah: Apa kita buat sebaik atau sesudah memberes “saman” itu?

Tidak kira sama ada kes melibatkan Polis, J.P.J. atau Majlis Perbandaran, nasihat yang saya beri sama saja. “Simpan resit-resit elok-elok” atau “Failkan resit-resit itu baik-baik”.

Manalah tahu, pada tahun akan dating, barangkali kes ini akan timbul lagi. Anda mungkin di minta membuktikan bahawa anda telah membuat bayaran beberapa tahun yang lepas.

Kemungkinan besar pihak J.P.J., Polis atau Majlis Perbandaran akan menghantar surat kepada anda mengatakan anda adalah empunya kenderaan yang anda telahpun di jual beberapa tahun dahulu.

Kes rakan karib saya, Encik Ong, yang dating ke rumah saya meminta bantuan. Kereta yang beliau jual 18 tahun dahulu, masih di daftar atas namanya sehingga 2009.

Memandang karya ini kemungkinana akan berlanjutan panjang nampaknya, maka saya bercadang hendak berhenti di sini saja.

Sebelum itu, izinkan saya merujuk kepada Seksyen 13 (1) A.P.J. ’87 yang berbunyi: “Tidak membuat tukar milik dalam tempoh 7 hari selepas menjual kenderaan merupakan sebagai satu kesalahan”.

Saya berharap anda tidak membuat kesilapan sama seperti rakan karib saya, Encik Ong. Sekarang saya percaya, anda tahulah apa yang anda hendak laksanakan.

Artikal Pihak-pihak Yang Berkuasa Mengeluarkan Saman Di Malaysia Bahagian I

By | 2012-09-22T10:54:27+08:00 July 18th, 2009|Undang-undang|4 Comments

About the Author:

4 Comments

  1. burn June 7, 2010 at 1:08 pm - Reply

    sya telah disaman kerana memandu tanpa lesen…dan telah membayar saman…saya ingin kepastian aadakah saya boleh memohon lesen memandu.

    • Cikgu Yap June 8, 2010 at 12:04 am - Reply

      Sekiranya saman selesai di bayar, tiada rekod lagi. Teruskan usaha memohon lesen. Kiranya tidak boleh, barulah jumpa pihak berkenaan.

  2. sabrina July 27, 2010 at 7:52 pm - Reply

    saya ni pemegang lesen L kelas b2. saya dapat surat mahkamah kerana kesalahan membonceng seorang lagi. saya ingin bertanya surat mahkamah itu apa? dan adakah lesen saya akan ditarik? bagaimana saya nak mengelakkan lesen memandu saya tidak ditarik?

    • Cikgu Yap August 3, 2010 at 12:23 am - Reply

      Surat mahkamah perlukan anda hadir kes di mahkamah. Biasanya, anda handa bayar saman saja. Sama ada lesen anda boleh kena tindakan ataupun tidak, terselahlah kepada pihak JPJ di Putrajaya.

Leave A Comment