Saman Untuk Kesalahan Trafik Daripada Majlis Perbandaran

Bolehkah Majlis Perbandaran Tempatan Menyaman Pemandu-pemandu Untuk Kesalahan Trafik?

Sama ada boleh atau tidak, pihak Majlis Perbandaran Tempatan berhak untuk mengeluarkan saman kepada para pemandu, sudah lama di pertikaikan. Polis serta J.P.J. sudah tentu mempunyai kuasa menyaman kita.

Baru-baru ini di Lanchang, Temerloh, Pahang, hakim Akhtar Tahir membuat keputusan di Mahkamah Tinggi, bahawa menurut Seksyen 120 dalam Akta Tempatan Perbandaran atau Local Council Act, dakwaan-dakwaan di jalankan oleh Timbalan Pendakwa Awam adalah salah serta melanggar perlembagaan Malaysia.

Menurut seorang pensyarah perundangan undang-undang Universiti Antarabangsa Islam, Professor Dr. Abdul Aziz Bari, tindakan ini salah dari segi undang-undang.

Tetapi undang-undang serta peraturan-peraturan Akta Tempatan Perbandaran telah pun berkuasa buat begitu lama. Soalan yang di tanya sekarang adalah, bolehkah segala saman-saman yang dahulunya di keluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran, umpamanya Dewan Bandaran Kuala Lumpur (D.B.K.L.) dan Majlis Bandaran Petaling Jaya (M.B.P.J.) di rombak semula?

Menurut pakar-pakar perundangan, tidak di izinkan apa yang di katakana keputusan “retrospective”.

Sebaik pendawaan selesai, hukuman-hukuman telah di jatuhkan dan segala rayuan di buat, keputusan adalah muktamad. Maka tiada sebarang perubahan boleh di laksanakan lagi.

Jadi, pendek kata, jawapan kepada soalan yang tertera di atas yang berbunyi sama ada sesuatu saman itu dapat di rombak semula atau tidak, nampaknya ialah “tidak”.

Bagaimana dengan saman-saman yang baru saja di keluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran tempatan di seluruh Malaysia pula?

Bolehkah para pemandu yang di saman untuk kesalahan-kesalahan seumpama parking salah, parking tanpa membayar duit dan seumpananya, ke tepikan saman-saman trafik sedemikian.

Pada pendapat saya, eloklah jangan bertindak secara begini.

Apa pula sebabnya, mungkin anda akan bertanya? Majlis, masih lagi mempunyai kuasa untuk mengheret anda ke mahkamah kiranya ia hendak.

Ataupun Majlis boleh keluarkan waran tangkapan. Jangan lupa pula, kos waran bernilai RM200. Jumlah ini akan di masukkan ke dalam jumlah dendaan anda pada akhirnya. Siapa pula yang merugi?

Pepatah Melayu berbunyi, “Berani kerana benar”. Sekiranya telah melakukan kesalahan, mengakulah saja. Anda harus bertindak sebagai seorang “gentlemen”, dan menjadi seorang yang berhemat serta bertanggungjawab.

Bayarlah sahaja saman-saman yang anda terima bagi kesalahan-kesalahan yang anda telah lakukan. Lagi pun, saman-saman yang di keluarkan Majlis bukan tinggi sangat, kira di banding dengan saman Polis serta pihak J.P.J.

Masalah yand di hadapi kini hanya boleh di selasaikan sekiranya rang undang-undang dalam Perlembagaan Malaysia di ubah. Tetapi hal ini bukan mudah di laksanakan.

Sepertimana di hurai oleh setengah-tengah pakar, perubahan rang undang-undang memerlukan sokongan 2/3 daripada ahli-ahli Parlimen. Memandangkan tiada sebarang parti politik yang menpunyai begitu tinggi majoriti, maka kehendak ini akan terus menjadi suatu impian saja.

Maka oleh kerana jalan nampaknya buntut, maka tiada pilihan bagi para pemandu Malaysia membayar saman-saman pihak perbandaran buat sementara waktu.

By | 2012-09-22T09:52:31+08:00 February 19th, 2010|Undang-undang|4 Comments

About the Author:

4 Comments

  1. Miss A.A March 9, 2011 at 8:03 am - Reply

    hello Mr Yap.
    last few days, i along with friends went out for late dinner. when we were about to go home, i accidentally crashed somebody’s car. fyi, i drove my friend’s car and crashed that car at the driver’s door. we were too freaked out that we didn’t stop and went away looking for help just because it’s already 12 ++ am and besides we were all girls.

    on the way to seek for help, we’ve been chased by a car, there were two men in the car asking us to stop, but we didn’t. terrified by the thought of that men were some sort of bad guy, we didn’t stop. until we stopped at a traffic light, one guy got out from the car, came to us and showed an ID card of a policeman.
    after checking my IC and asking my phone number, he asked us to go back to the incident scene to check out that car, so we went back there.
    after a negotiation with them, i decided to be responsible for the repair cost.
    knowing that we were just 18 going to 19 this year, that owner of the car aka the policeman didn’t push me to pay it asap.

    i told my brother about that incident, and he asked me back, how did the man parked his car? turned out i realized he didn’t parked his car properly and not in the parking lot. my brother said, dont pay the repair cost, he is taking advantage on us just because we were young and all girls. even though i crashed his car, it was his fault who didn’t park it correctly.

    so my question here, is me brother’s statement valid saying that it was that policeman’s fault who didn’t parked properly and i dont have to pay for the repair cost?

    • Cikgu Yap March 11, 2011 at 8:39 pm - Reply

      Whatever the circumstances, hitting and running represent an offense. I feel you should compensate the other car that you knocked into.

  2. PelangiMalam April 17, 2011 at 9:27 pm - Reply

    Saya mempunyai banyak saman melibatkan parking kereta, tetapi kesalahan tersebut dilakukan oleh orang lain (kereta nama saya).

    Persoalan
    Apakah saya patut dipersalahkan jika;

    1. Pertuduhan ke atas saya, sedangkan kesalahan org lain melakukannya
    * Saya mempunyai bukti dimana saya berada semasa kesalahan itu dilakukan.
    * Apakah saya dikira bersalah sekiranya kenderaan saya digunakan utk tujuan jenayah dsbnya?

    2. Notis kompaun yang dikeluarkan tanpa tanda tangan dari penerima (semestinya saya sebagai penama kenderaan tersebut tidak mengetahuinya)
    * Pihak majlis tidak pernah memaklumkan kepada saya samada dengan menghantar notis tawaran kompaun secara terus atau secara pos berdaftar.

    • Cikgu Yap April 20, 2011 at 11:42 pm - Reply

      Kenderaan atas name anda, maka andalah yang bertanggungjawab. Ya, anda juga salah kiranya kenderaan tersebut di guna untuk jenayah. Notis kompaun yang di keluarkan pihak bertanggungjawab nampaknya sah.

Leave A Comment