Sampai Umur Berapakah Kita Boleh Memandu?

Untuk mencapai lesen Kelas B dan B2, seseorang itu haruslah berumur 16 tahun. 17 tahun adalah umur untuk mendapatkan lesen Kelas D (kereta).

Tetapi ada golongan-golongan yang ingin tahu, sampai berapa umurkah seseorang itu boleh memandu?

Sebenarnya, undang-undang Malaysia tidak nyatakan perkara ini secara jelas. Oleh yang demikian, bagaimanan pula?

Jawapannya agak mudah sahaja. Memandulah selagi kita berdaya.

Walau bagaimanapun, harus ada kriteria tertentu demi mengukur sama ada seseorang itu layak ataupun tidak terus memandu.

Kriteria pertama sudah tentu adalah soal “penglihatan”. Untuk memandu, kebolehan melihat dengan baik amatlah mustahak. Seorang “normal” di anggap boleh lihat dengan baik jarak 23 meter.

Dengan demikian, boleh juga melihat datangnya sesebuah kenderaan dari jarak 100 meter jauhnya.

Sudah tentu kita tidak mengharap seseorang yang berusia 77 tahun itu dapat melihat dengan baik tanpa bantuan cermin mata atau “lensa kontak”.

Keseluruhannya, seorang pemandu yang sudah lanjut usianya harus dapat melihat lampu isyarat dengan baik. Dapat melihat lampu isyarat dengan baik dan jelas amat penting sekali.

Selain daripada itu, seseorang pemandu juga di harap melihat tanda-tanda nama jalan serta petunjuk-petunjuk jalan. Ini penting kerana ke tidak boleh melihat perkara-perkara tersebut mungkin menjejaskan pemanduan seseorang pemandu.

Faktor kriteria kedua ialah “pendengaran”. Untuk memandu dengan baik, seseorang pemandu itu terpaksa dapat mendengar enjin-enjin kereta yang datang dari belakangnya.

Boleh dengar siren-siren kereta polis, bunyi-bunyi kereta ambulans dan tiupan wisel polis juga mustahak.

Oleh demikian, pada pendapat saya, umur bukan faktor utama demi menentukan sama ada seseorang pemandu itu boleh di gantung atau di larang daripada memandu.

Sekiranya pemandu itu mempunyai penglihatan yang baik, pendengarannya tajam, kaki tangannya pantas dan dia dapat bergerak dengan pantas dalam situasi kecemasan, kesemuanya ini dapat melayakkannya di izinkan terus memandu.

Akhir kata, umur adalah suatu nombor atau angka sahaja semata-mata. Ada kriteria-kriteria yang saya utarakan yang lebih mustahak.

Kepada pemandu-pemandu yang sudah lanjut umur ke 77, 88 ataupun 99, jangan risau sangat. Tiada undang-undang di Malaysia yang melarang anda terus memandu di jalan-jalan raya kita.

Tetapi harus ingat, memandu itu hendaklah berhati-hati. Pendikata, pandulah dengan berhemat.

By | 2012-09-22T10:35:27+08:00 October 7th, 2009|Undang-undang|4 Comments

About the Author:

4 Comments

  1. shaq March 18, 2012 at 7:05 am - Reply

    apa khabar cikgu,saya ada pertanyaan yang hendak di tanyakan pada cikgu.saya pernah berdaftar di sebuah institusi memandu sebelum ini pada tahun 2008.
    saya telah membayar sebanyak RM900 dan masih mempunyai tuggakan sebanyak RM200.masalahnya sekarang ini,saya telah menangguhkan proses pengambilan lesan memandu saya selama hampir 4 tahun tanpa pengatahuan institusi memandu itu.apa pandangan cikgu,masih layakkah saya meneruskan proses penangguhan itu.adakah syarat yang saya masih tidak jelas.

    saya juga pernah disaman trafik ketika memandu tanpa memiliki lesen memandu yang belum dijelaskan,.cikgu,adakah saya masih boleh mengambil lesen memandu tanpa membayarnya dahulu.harap cikgu dapat membantu..

    • Cikgu Yap March 20, 2012 at 4:12 pm - Reply

      Memandangkan 4 tahun sudah berlalu, kemungkinan besar pengurus sekolah memandu akan anggap kes belajar anda telahpun luput. Mungkin juga ianya akan memberi anda tawaran lebih murah kali kedua. Anda bolehlah cuba menanya.

      Saman tidak bayar besar kemungkinan akan akibatkan anda di senarai hitam. Anda di syor semak rekod JPJ dulu.

  2. ila March 20, 2012 at 4:17 pm - Reply

    hi..sy nak bertanyakan soalan.saya baru beli kereta lebih kurang 3bulan yg lps.saya mengalami kemalangan iaitu merempuh pintu pagar rumah..kesannya side mirror dan tapaknya patah, bahagian tepi tayar kemek dan banyak calar di bahagian tepi pintu.sy nk mintak pndpat apakah penyelesaian terbaik bg sya?adakah sy prlu claim insurans or repair di bengkel biasa dan xperlu claim?saya xfaham sangat mengenai insurans dan NCB…harap cikgu Yap blh bg nshat..tq.

    • Cikgu Yap March 21, 2012 at 10:55 am - Reply

      Sekiranya hendak menuntut insurans kenderaan sendiri, ia akan ambil tempoh masa yang agak lama. Lagipun, anda terpaksa mencari pengusaha bengkel yang di daftar dengan PIAM. Anda juga akan kehilangan NCB anda tiap tahun. Oleh demikian, bayaran insurans akan meningkat tinggi.

      Tetapi, apa dayanya. Nampaknya untuk membetulkan kenderaan anda akan memerlukan kos yang agak tinggi. Jadi, pada pendapat saya, anda terpakda membuat tuntutan insurans juga.

Leave A Comment