1) 16 tahun untuk mencapai Lesen B2 (-250 cc) and 17 tahun untuk Lesen D (kereta).

2) Bawa myKad  / dapatkan kad komputer.

3) Lelaki berpakaian sopan.

Jangan berpakaian selipar.

Wanita dilarang berpakaian skirt / seluar pendek.


4) “Hand-phone” (telefon bimbit) juga dinasihatkan tutup.

5) Dinasihat anda makan sarapan dulu.

Anda akan merasa “segar” untuk mengikuti ceramah panjang ini.

6) Jangan “berbual” semasa ceramah berlangsung.

7) Bawa “pen”/kertas/buku nota untuk mengisi borang pendaftaran / mencatat fakta-fakta penting.

8) Buku teks akan disediakan pihak Institut.

9) Anda harus cop jari:

(a) sebelum kuliah bermula

(b) selepas kuliah tamat

10) Anda juga hendak menanda-tangani borang kedatangan komputer.

11) Sekiranya kurang sihat, beritahu penceramah dulu.

12) Sila menyoal atau menanya kalau wujud apa-apa kemuskilan.

13) Kiranya anda pernah menerima “saman” kompaun/mahkamah (nama anda disenaraikan hitam) sila bayarnya dulu.

Kemungkinan besar permintaan mendaftar anda untuk Peperiksaan Komputer akan ditolak.

14) Kiranya pernah mengikuti Kursus K.P.P (5 jam) dulu dan tempohnya sudah lalui 1 tahun, anda terpaksa hadiri kursus baru sekali lagi.

15) Ujian-ujian dipusat Berkomputer persendirian dijalankan Isnin – Ahad, jam 8:30 hingga 5:00 petang.

Hubungilah pengajar-pengajar untuk kemudahan ini.

16) Sayugia diingatkan Keputusan ujian komputer anda diumumkan sebaik saja tamat ujian anda.

17) Sebaik saja mendapat keputusan Lulus komputer, anda boleh mendaftar secepat mungkin di mana-mana institut atau sekolah memandu bagi mengikuti Kursus 6 jam teori (Sijil L2B).

18) Dengan Sijil L2B, gambar MyKad salinan dan Keputusan Lulus Berkomputer boleh dapatkan Lesen Belajar memandu dari pejabat-pejabat J.P.J berdekatan.

19) Kiranya hendak dapatkan Lesen L memandu dari Pusat Ujian Berkomputer, diminta dapatkan nasihat pengajar anda terlebih dulu.

Selamat Berjaya.




By | 2017-06-18T10:24:07+08:00 April 24th, 2009|Undang-undang|9 Comments

About the Author:

9 Comments

  1. shena June 17, 2010 at 9:29 am - Reply

    cikgu yap,

    saya ada lesen kelas “D” dan ingin mengambil lesen kelas “B2′. lesen kelas “D’ sudah habis tempoh P. jika saya hendak mengambil lesen kelas “B2” bagaimana prosesnya? adakah saya perlu masuk ke kelas KPP & mengambil ujian berkomputer?

    • Cikgu Yap June 18, 2010 at 9:56 pm - Reply

      Untuk dapatkan B2, tidak perlu lagi hadir KPP and ujian komputer. Cuma hadir theori 6 jam. Kemudian keluarkan lesen B2 saja.

  2. jimmy April 2, 2011 at 1:07 pm - Reply

    saya pernah mengikuti Kursus K.P.P (5 jam) tahun 2009,tapi saya tidak tahu ia akan tahan berapa lama…saya pernah tanya kawan saya…dia beritahu saya kursus itu tahan selama dua tahunkerana saya kebanyakan sibuk dengan kerja….hari itu saya ada masa terluang lalu saya pergi mendaftar untuk ujian berkomputer …dua hari kemudian mereka telefon saya dan beritahu saya bahawa kursus saya sudah tamat tempoh….kursus ini sebenarnya dapat tahan berapa lama…dua atau satu…saya cuma ingin kepastian….

    • Cikgu Yap April 8, 2011 at 9:48 am - Reply

      Sijil untuk KPP tahan 1 tahun.

  3. Jane March 28, 2012 at 8:21 pm - Reply

    Saya telah lulus peperiksaan komputer pada bulan Mei tahun lepas, tapi kini belum hadir Kursus 6 jam teori kerana sibuk. Ada tempoh tertentu untuk hadir kursus 6 jam tu?

    • Cikgu Yap March 29, 2012 at 9:07 am - Reply

      Highway Code expires May 2012. Attending the 6 hour theory course as soon as possible.

  4. Calvin July 11, 2012 at 11:45 pm - Reply

    I hold a class D driving license since 1997. Currently would like to apply for B2 license.
    You mention “Untuk dapatkan B2, tidak perlu lagi hadir KPP and ujian komputer. Cuma hadir theori 6 jam. Kemudian keluarkan lesen B2 saja.”
    Theory test for 6 hour n i will get B2 license without goin for test?
    Kindly clarify my question n advise me how do i go through. Thank you.

    • Cikgu Yap July 14, 2012 at 9:26 am - Reply

      You appear to have misunderstood that after attending the 6 hour theory class, you will be issued an L license to learn motorcycles. To get a full B2 license, you have to undergo a practical test to be conducted by the JPJ later.

  5. Guna October 15, 2015 at 6:26 pm - Reply

    Cikgu yap..
    Klu ceramah 6 jam tu sy tak dpt hadir disebabkan program sekolah ..
    Mcm mn?

Leave A Comment