Ada segelintir ibu-bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Ada kanak-kanak yang berjalan kaki ke sekolah. Ada pula murid-murid yang ke sekolah dengan menaiki bas.
Barangkali anda adalah seseorang yang berhajat menjadi seorang pemandu bas sekolah.
Sepertimana kerjaya-kerjaya lain, hendaklah menjadi seorang pemandu bas sekolah itu terlebih dulu anda haruslah mempunyai kelayakan-kelayakan yang tertentu.
Nombor satu atau yang pertama sekali, anda ini gemarkah bangun awal-awal pagai tak?
Sepertimana anda faham, sekolah itu bermula pagi-pagi suntuk lagi.
Apa tak lagi dengan kesesakan yang bermula tiap pagi, mahu tak mahu anda terpaksalah bangun pagi-pagi kiranya awak berhasrat menjadi pemandu bas sekolah.
Faktor kedua ialah anda hendaklah menggemari kanak-kanak.
Sekiranya perhubungan anda dengan mereka tidak beberapa mesra ataupun “rapport” anda kurang baik, bagaimana hendak menggawal pelajar-pelajar pula?
Tambahanpula, anda juga hendaklah bermesra baik dengan si ibu-ibu bapa juga.
Sekiranya anda beridam hendak memiliki sebuah katakanlah bas sekolah bersaiz serdahana, sudah tentu kenderaan jenis van Toyota atau Datsun memang sesuai.
Kenderaan di atas dapat mengangkut atau membawa sekurang-kurangnya 25 orang penuntut.
Pihak yang mengeluarkan permit untuk menggendalikan bas sekolah adalah di tangan L.P.K.P. atau Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan.
Demi untuk menguruskan sesebuah bas sekolah, terlebih dulu anda perlulah sebuah bas kecil.
Kemudian, anda perlu mempunyai jenis lesen “D” (kereta) juga.
Anda juga mengambil lesen “P.S.V.” atau “Public Service Vehicle”. Anda perlukan lencana untuk tugas ini.
Kenderaan yang anda memiliki itu sudah tentu hendaklah dalam keadaan memuaskan sentiasa.
Ianya harusnya di hantar untuk di periksa sekurang-kurangnya 6 bulan sekali oleh pihak Puspakom.
Sudah tentu kenderaan anda itu juga hendaklah mempunyai “air-con”. Di zaman sekarang, pelajar-pelajar hari ini memilih sangat.
Demikian pula ibu-ibu bapa mereka. Mereka meminta segala yang terbaik untuk anak mereka. Bayaran tidak menjadi masalah!
Sepertimana di terangkan lebih awal lagi, bas sekolah yang bertujuan memberi servis kepada rakyat utamanya, hendaklah mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti kotak kecemasan dan item-item keselamatan umpamanya pemadam api.
Suatu lagi barangan yang biasa kurang di hiraukan orang adalah “tanda amaran segi tiga” atau kon. Pastikan bahawa kedua-dua barangan tersebut ada dalam kenderaan anda itu.
Sebelum di lupakan, ada suatu barangan yang perlu di sebutkan.
Perkara itu sudah tentu soal “insurans”.
Insuran perlu ada bagi melindungi kanak-kanak yang akan di bawa ke sana ke mari.
Sebagai seorang pengusaha, sudah tentu anda faham maksud istillah ini. Saya yakin tiada apa masalah berhubung dengan soal tersebut.
Andainya anda mempunyai apa-apa masalah berhubung dengan perkara ini, jangan merasa rayu-rayu berhubang dengan saya.
Saya tentu akan memberi sebarang pertolongan di mana yang perlu.
Selamat berbas sekolah!
bagaimana hendak mendapatkan pinjaman untuk mengadakan perniagaan bas sekolah.
Saudara Hariri,
Pinjaman bagi Bas Sekolah sama dengan “pinjaman kereta”. Ada syarat-syarat yang tertentu. Kiranya gaji anda tinggi, sudah tentu anda berlayak meminjam “loan” yang lebih tinggi / banyak.
Dalam hal ini, di cadangkan anda ke syarikat kewangan untuk berbincang impian anda.
‘Cikgu Yap
Sy rasa terkilan keranan ada segelintir pegusaha bas sek hanya mengaut keuntungaan semata-mata tanpa menghiraukan keselesaan dan keselamatan pelajar2 sek. Di manakan saya harus adukan perkara2 sebegini?
Kalau merasa bahawa segelintir pengusaha bas sekolah yang menjalankan tugas dengan tidak mengikut peraturan, saya rasa anda boleh buat aduan dengan pejabat JPJ negeri.
Saya berpendapat lebih baik encik hubungi agensi-agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, agar perkara sebegini mendapat perhatian.
Pada saya, encik mungkin boleh hubungi agensi seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), persatuan-persatuan/gabungan pengusaha bas sekolah, Persatuan Ibu Bapa & Guru serta lain-lain persatuan seperti persatuan penduduk.
Wujudkan kerjasama supaya perkara ini mendapat perhatian sewajarnya dan peningkatan kualiti perkhidmatan, termasuk keselamatan dan keselesaan anak-anak terjaga.
Tuan
saya berhasrat untuk membuat bas sekolah ,tetapi tidak tahu cara untuk bermula ,dapatkah kiranya tuan membantu saya ini
yang benar
faizal
Saudara Faizal,
Pertama, mohon lesen bas sekolah dari L.P.K.P (Lembaga Pelesen Kenderaan Perdagangan) dulu. Laman web mereka di http://www.lpkp.gov.my
Sekurang-kurangnya mesti ada lesen kelas D. Uruskan dengan syarikat kewangan. Anda layakkah membuat pinjaman? Berbincanglah dengan pegawai bank.
Elok kiranya anda mempunyai sedikit wang “deposit” sendiri.
‘Cikgu Yap
Saya sudah ada van sendiri(toyota hiace diesel 2002) dan telah dapat tawaran permit bas sekolah.Di mana boleh saya dapat perkhidmatan orang yang boleh menguruskan pemeriksaan JPJ dan PUSPAKOM?
Untuk pengetahuan saudara, saya tinggal di Rawang, Selangor.
Terima Kasih.
Saudara Mohd. Yusof,
Cari sekolah memandu atau institut memandu. Sudah tentu mereka dapat bantu anda. Sekiranya tidak salah, Institut Samy berdekatan Rawang.
‘Cikgu Yap.
Thanks Cikgu Yap
saya tengah mencari bas sekolah untuk anak saya yg akan kesekolah tahun hadapan 2010 ( drjah satu) sampai sekarang still jugak tak dapat lagi .. boleh tolong ke??
Saudari Azian,
Minta maaf. Mengenai bas sekolah untuk anak anda, kita tidak dapat membantu.
Kalau ada pembaca blog yang boleh membantu, sila kemukakan komen anda.
Terima kasih.
Will Yap
salam /salam sejahtera
saya sekarang nie… dlm delema utuk mendapatkan jenis van yang sesuai utk di jadikan bas sekolah mintak pendapat cikgu yap bagi cadangan serta tunjuk ajar
tq
Saudara jengking6,
Kira boleh, pilih bas mini serdehana besar seperti di tunjuk dalam gambarajah.
Jenama bas, sila lihat contoh bas-bas sekolah. Anda di nasihati rajin lihat contoh-contoh bas yang membawa murid ke sekolah.
Kalau boleh, jangan pilih bas besar (44 penumpang). Pilih bas sederhana kerana senang uruskan di taman-taman perumahan.
‘Cikgu Yap
Cikgu Yap,
saya berminat memandu van sekolah di kawasan saya. Apakah proses-proses yang diperlukan?. Ketika ini saya bercadang untuk mendapatkan van terpakai untuk tujuan tersebut. Saya juga memiliki lesen D.
Terima Kasih
Kay
Kay,
Baca artikal Tips Untuk Bakal Pengusaha Bas Sekolah Di Malaysia.
Dapatkan izin daripada pihak L.P.K.P. (Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan) di Putrajaya.
Anda mesti ada lesen memandu (D). Capai lencana P.S.V. (Public Service Vehicle).
Van untuk bas sekolah jangan terlalu uzur atau lama. Elok masih baru.
‘Cikgu Yap
Cikgu ,
Boleh tak berikan saya anggaran kasar kos permulaan perniagaan ini?
Sekiranya ingin menggunakan van terpakai, berapa limit usia kenderaan terbabit?
Saudari Zuraini,
Kursus-kursus dan lesen P.S.V. memakan atara RM150 – RM200. Ingat, anda juga hendak mempunyai lesen D.
Van terpakai elok jangan lebih 5 tahun. Van Toyota atau Nissan boleh muat di lingkungan 20 penuntut. Anggaran van yang agak baru RM20,000 – RM35,000. Tetapi ingat, kesemuanya adalah anggaran saja.
isteri saya berminat utk membawa van sekolah,dia sudah mempunyai lesen D. apakah yang dia harus lakukan seterusnya utk membawa van sekolah ? Dia masih belum beli van sekolah lagi. utk makluman anda saya dari negeri p.pinang
Di minta baca artikal di atas. Segala pertanyaan isteri anda dapat di jawab.
kalau van rusa dpt ka jd bas sekolah??..
sekarang sy diminta mak2 sedara hantar anak2 mereka g skolah…
skrg pun sy tgh nak mndptkan lsn psv..
Untuk P.S.V., perlu jalani ujian doktor. Saya percaya, doktor klinik persendirian pun menjalankan ujian mata pada calon-calon P.S.V.
Hi ….. Cikgu Yap,
I’m on the midst dealing with the bank whether am I eligible for loan/hire purchase a new van. B’coz I have 3 more years to pension. If this application success I will get my wife to proceed this service activity.
Cikgu, can you please share how to do the fare calculation. My nearest school with nearby estate is less then a km.
Perhaps you have the formula, for this infor.
Your great effort of replying this message is highly appreciate.
Regards/Rashid-JB
Your financial standing appears rather solid. I’m sure you either have pensive scheme of EPF saving behind you. Finance institutions should be able to see this.
Tell the above people to arrange whatever loans you might apply to be payable within 36 months. With regards to bus faces, do ask around bus sekolah drivers around your kampung. They should be in a better position to assist you.
sapa nak bagitau tentang periuk nasi mereka :)
nanti dia kata kita nak potong jalan depa
Pendapat anda saya hormati. Walaubagaimanapun, izinkan saya petikan kata-kata seorang rakan saya. Dia mengajar, “Tuhan gembira kiranya insan berkongsi segala kemahiran, kebolehan dan pengetahuan dengan orang-orang lain”. Yang pentingnya, kita jangan tamak.
Salam,
Saya memang sedang dlm perancangan untuk memulakan perniagaan Van Sekolah. Berdasarkan coments di atas. Saya perlu mendapatkan Lesen PSV. Di sini saya ingin bertanya,
1) adakah lesen diatas perlu diperbaharui ataupun hanya sekali??
2) adakah perlu saya mewarnakan van saya dengan warna oren (seperti bas sekolah yg lain) atau tidak??
Apakah kelayakan lain selain Lesen D dan PSV. Bagaimana pula dengan ketetapan harga?? adakah garis panduan yg perlu di patuhi atau bergantung pada market sesuatu tempat itu??
Harap mendapat feedback yg membantu.
Terima kasih.
Lesen PSV perlu di barui setiap tahun. Van bas sekolah perlu di warnakan oren. Pemandu bas sekolah hendak mempunyai lesen CDL (D) dan PSV serta menjalani ujian medical.
Tentang harga, di cadangkan anda bertanya kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah di tempat anda.
Hi, Cikgu Yap,
Firstly, i m now staying segamat
briefly read requirement from website LPKL, & read comment above but still have abit confuse, need your advise, pls
1) Is it no need having officially test driving “bus” at institut, like test “car”?
2) Is it all clinic or any specific clinic only provide service & cert after checkup? (i just mention i need to get PSV, and show lesen “D”?)
3) Is it i have to get approved loan from bank or must get the van on hand then only can submit borang?
4) How to get according document required from borang lesen bas like following:
~5. Surat pengesahan meletak kenderaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
~6. Bukti pembayaran Cukai Pendapatan dan/ Zakat yang terkini.(if i didnt request to pay before?)
5) According ur experince, after submit borang to LPKP, ruftly how long will get notice?
Thank you so much & really apreciate ur effort to answer my question.
To drive a small bus, you only need a D (car) license. But you’ll need a PSV license. Any clinic can do medical check up. Get approval from licensing board first, then get a bus. I’m uncertain regarding PBT (maybe in certain areas, this is required). Also uncertain regarding hal cukai pendapatan and zakat. The result will take some time. Be patient.
saya baru nak memulakan perniagaan van sekolah secara sah, yang belum ada hanya lesen PSV dan van je….sekarang hanya menggunakan kereta secara kecil-kecilan….ada beberapa kemusykilan yang memerlukan bantuan drp Cikgu Yap :
1) Adakah saya perlu daftarkan nama syarikat?
2) kalau saya penjawat awam, adakah saya layak membuka perniagaan ini? (hanya menguruskan secara official, driver adalah adik saya)
3) Adakah saya perlu ada sistem failing yang merekod semua particular pelanggan saya?
itu saja buat masa ni….Tima kasih
Untuk uruskan bas sekolah, anda harus mendaftarkan perniagaan anda. Elok serahkan pengurusan perniagaan itu kepada adik anda. Cadangan filing untuk perniagaan bas sekolah baik. Patut di jalankan.
Cikgu,
permit perniagaan suami saya baru sahaja diluluskan oleh pihak LP.Sekarang, suami saya dalam usaha menukar permit nama bas sekolah dari empunya bas terdahulu kepada nama syarikatnya sendiri. Masalahnya sekarang, kami memerlukan pelan bas ( seperti gambar bas sekolah di atas ) dalam masa terdekat. Dimana bolah saya dapatkan pelan bas tersebut. ?
Kiranay dapat bekal gambar bas, beritahue pihak jenis, muatan can c.c. bas. Pelan bas lorekkan tempat pemandu, kedudukan penumpang, jumlah berdiri and jumlah yang duduk dan pintu kecemasan di sebelah mana.
Cikgu,
Saya ingin memohon permit van bas sekolah. Adakah sesuai saya membeli van dulu sebelum memohon permit. Kalau sesuai, warna van akan dicat warna oren sebelum / selepas dapat permit. Saya dengan kakak ipar ada lesen PSV tapi saya punya lesen perniagaan ialah pemilik tunggal, adakah kakak ipar saya boleh memandu van bas sekolah ini apabila saya tak senag pandu?
Terima Kasih.
Jangan beli van sekolah. Capai permit bas sekolah dulu. Nampaknya kakak ipar anda boleh memandu bas sekolah anda.
Cikgu,
Terima kasih kerana cikgu ada reply saya. Cikgu, saya lagi ada satu masalah tentang bagaimana untuk menyediakan document untuk memohon permit kerana saya ada borang untuk samit permit tetapi saya tak berapa faham. Kerana saya dengar orang cakap hanya nak sediakan Lesen Perniagaan, statement bank, surat sokongan dari sekolah dan peta laluan sahaja.Tak tahu lagi ada apa document nak sediakan. Boleh cikgu beritahu saya apa lagi document nak?
Terima Kasih.
Perkara-perkara yang di usulkan anda numpaknya agak lengkap. Selain itu, anda ada lesen PSV untuk memandu bas. Walaubagaimanapun, anda di nasihatkan ke Putrajaya berjumpa dengan pegawai-pwgawai JPJ. Saya yakin mereka dapat memberi nasihat lengkap kepada anda.
Hi Cikgu,
Saya ada kemusykilan, saya bercadang untuk mengambil permit bas sekolah tahun hadapan, tetapi ada yang mengatakan kita perlu menunjukkan kita ada simpanan dalam akaun bank sekurang2nya RM10,000.
Dimaklumkan juga , van sekolah yang saya gunakan adalah atas nama isteri saya dan masih dalam pembiayaan secara HP. Saya hendak tahu adakah perlu saya memasukkan nama isteri saya kedalam syarikat yang hendak saya tubuhkan untuk tujuan perusahaan bas sekolah ini.
TQ.
Di sebabkan nama van atas nama interi, mohon permit bas sekolah atas nama isteri.
Saya mahu tanya, saya sudah dapat surat kelulusan dari LPKP untuk bas sekolah tetapi apabila saya mahu membuat buat ujian di PUSPAKOM, saya diminta untuk mendapatkan khidmat runner walaupun segala dokumen yang diperlukan telah lengkap! Adakah kita mesti menggunakan khidmat runner kerana bayaran untuk runner agak mahal juga! Apa perlu saya buat? Diharap saya boleh mendapat nasihat dari Cikgu Yap. Terimakasih :)
Anda boleh buat urusan secara diri tanpa runner. Kiranya tidak di layan permintaan anda, sila berjumpa dengan pegawai atasan membuat aduan anda.
Cikgu, kenderaan Van sekolah, mana lebeh baik atau menjimatkan dari segi penggunaan bahan api samaada petrol atau diesel?
Diesel lebih jimat.
saya nak tumpang tanya cikgu..sy bercadng untuk memohon permit untuk membawa bas sekolah..jadi saya ingin meminta jasa baik cikgu untuk memberi guideline kpd saya..sebab saya keliru yang mana satu nak dibuat dahulu….perlukah saya nak menubuhkan 1 syarikat untuk apply permit ini…n apa step pertama yang saya perlu lakukan….terima kasih
cikgu.
bolihkah Van atau bas sekolah menggunakan Gas sebagai ganti minyak petrol atau Diesel bagi menjimatkan kos? adakah tiada kesalahan dari segi peraturan JPJ atau jabatan berkaitan?.
Van / bas sekolah boleh guna LPG.
Salam..
cikgu,
Saya ada perancangan untuk memulakan perniagaan bas sekolah,tapi saya masih mencari bas untuk digunakan.Kalau perlu,bas apakah yang paling sesuai untuk digunakan untuk memuat 44 orang.Kalau boleh harga dalam likungan RM50K ke bawah..
Untuk pengetahuan cikgu saya seorang penjawat awam berjawatan rendah dan mahu bebas dan memulakan perniagaan sendiri.Saya juga mempunyai potongan biro angkasa setiap bulan RM415 sehingga tahun 2018.
Bagaimanakah cara untuk saya untuk memulakan perniagaan ini.Saya sudah buntu dalam memikirkan hal ini.Saya harap cikgu dapat memberi komen yang baik dalam menyelesaian masalah ini.
Pada pendapat saya, anda memang mempunyai kelayakan serta kemampuan kewangan uruskan bas sekolah. Pengetahuan dan syarat-syarat untuk memulakan perniagaan bas sekolah telah di kemukakan di blog ini. Sila baca dengan teliti. Akhir kata, saya cadangkan anda dapatkan nasihat seorang pengusaha bas sekolah berdekatan anda. Kalau buntu, jumpalah pihak JPJ. Saya yakin mereka akan memberi kerjasama kepada anda.
Hi Cikgu
Saya seorang pekerja eksekutif kontrak di company telco GLC. Saya plan ingin buat bisnes van sekolah. Sekiranya saya mempunyai komitmen bulanan RM410 (kereta) + RM 300 (personal loan-saya tidak pernah skip payment), gaji basic saya RM2157 sebulan. Adakah dengan komitmen di atas,saya layak utk memohon pinjaman utk beli van sekolah? Satu lagi persoalan lesen P.S.V tu perlu dpt kan di mana?
Sekiranya anda seorang tempatan, anda boleh memperolehi PSV dan GDL.
hi Cikgu,
sy nak tumpang tanya.. saya ada lesen D dan ingin buat bisness van sekolah, tetapi buat masa sekarang blm ada van lagi… dan sy faham sy perlu
dptkan lesen PSV dulu. boleh sy mohon permit tanya kenderaan dulu?
adakah saya perlu dapatkan iktirafan sekolah atau prasekolah dulu? boleh kah saya gunakan kenderaan seperti avanza dahulu sebelum beli van?
sila beri pendapt cikgu..terima kasih
Di nasihatkan anda berbincang serta menanya sahabat-sahabat yang mengetahui tentang business yang anda hendak buat. Pastikan anda tidak melanggar sebarang peraturan pihak kerajaan.
Bolehkah saya yang ada lesen D,selepas ambil psv terus pandu bas mini seperti Mercedes 309 sebagai bas sekolah? bas mini yang selalu disebutkan itu 25 seat kan?
Ataupun kena ambil full E lesen dan psv bas?
Satahu saya, pemegang P tidak layak ambil lesen PSV. Tunggu 2 tahun.
saya pandu van 15 tmpt duduk. sudah ada psv. perlu kah sy apply permit l.p.k.p ? .sy hanya membawa budak pra sekolah saja
Membawa kanak-kanak sekolah mempunyai banyak risiko. Selain PSV, kenderaan anda perlukan kelulusan LPKP. Soalan insurance juga perlu di timbangkan. Demikian juga pemeriksaan kenderaan oleh pihak Puspakom.
Cikgu, ayah saya ingin memulakan perniagaan bas sekolah. Sekarang dia sudah ada lesen PSV dan sudah daftar nama syarikat (milik tunggal). Masalah saya sekarang adalah isi borang permohonan kenderaan perkhidmatan awam (bas sekolah). Dalam borang tersebut, saya dikehendaki mengisi butiran modal (Jumlah simpanan di bank). Adakah jumlah simpanan itu kena banyak dan penting untuk perniaagan milik tunggal? Kerana ayah saya sudah bersara dan simpanannya tidak begitu banyak
Jumlah serdahana mencukupi. Sekiranya tidak mencukupi, pihak berkenaan akan beritahu.
cikgu yap, bolehkah saya gunakan van sekolah untuk tujuan pelancongan atau sewaan semasa cuti sekolah
Minta kebenaran JPJ. Sediakan senarai penumpang. Sediakan insurans.
Cikgu Yap,
i dah ada lesen d, psv dan surat kebenaran SPAD dh di luluskan, loan pun dh lulus utk kluar van sekolah, if bg runner buat segala puspakom dan JPJ pya urusan, agak2 brapa bayaran kena bayar ya?
Saya berpendapat bahawa runner dapat bantu anda dalam segala urusan dan langkah-langkah yang perlu. Bayaran runner berbeze-beza dari tempat ke tempat.
Cikgu Yap,
loan baru lulus, van in process dh, tapi surat tawaran kelulusan tamat tempoh dari SPAD adalah sebelum August 2013, apa yg i patut buat? kena go SPAD renew Surat Tawaran Kelulusan Ke? cos borang permohonan membaharui lesen kenderaan bas sekolah kena memohon dlm tempoh 6 bulan sebelum tarikh tamat.
Bawa bukti belian van, loan bank ke SPAD. Saya percayc SPAD dapat beri kelonggaran tarik mati permohonan.
Pagi Cikgu Yap,
Semua precodure & lesen2 yang berkenaan dari Pihak Kerajaaan dah lulus di samping tu, Jpj dgn Puspakom pun dh lulus (surat tawaran bersama dgn 3pcs lampiran telah di isi smua butir2 oleh pihak berkenaan), surat tawaran kena hantar ke SPAD Putrajaya ke, dan apa lagi document kena bawa & apa syarat2? (Kerana surat tawaran tamat tempoh bulan August’13 bulan depan). Original permit dr SPAD kena amil masa lama atau tgu panggilan dari SPAD mgambil original permit? Van sekolah selain bawa murid, blehkah bg sewa utk org perkahwinan (kenduri) atau tujuan pelancongan selain dari murid sekolah? minta kebenaran dari JPJ atau SPAD & adakah pihak berkenaan mgamil masa utk kelulusan?
Terima Kasih.
Saya cadang anda ke pejabat JPJ minta pertolongan apa hendak di buat. Mereka tentu akan nasihat anda apa patut di buat. Van bawa murid di izinkan urusan lain seperti sewaan kahwin, murid-murid melancong masa cuti sekolah dan lain-lain. Minta kebenaran JPJ dulu dan juga beli insurans khas. Sudah tentu semuanya ini perlukan masa.
Saya berminat menjalankan perkhidmatan van sekolah tapi saya tidak tahu mahu bermula dari mana. Boleh saya dapatkan bantuan? Terima kasih
Sila berjumpa dengan pejabat JPJ Putrajaya untuk penerangan lanjut.
Pada pandangan tuan van sekolah apakah yang sesuai untuk digunakan sebagai bas sekolah baru ? Kerana saya sedang mambuat pilihan antara tiga jenis van iaitu :
1) Toyota hiace
2) Nissan Urvan
3) Joylong era komuter
The van you choose is not important. However, it should ideally accommodate 12 seating and 6 standing.
Saya ingin dapatkan spesifkasi bas sekolah.. saya menggunakan Chery Transcom..dimana saya ingin dapatkan spesifikasi bas sekolah?
Chery Transcom sesual bagi bas sekolah. Lawat pejabat JPJ Putrajaya untuk dapatkan nasihat.
Cikgu,
Saya ada daftar syrkt enterprise bkn tunggal dgn SSM tapi belum jln sebarang prniagaan.ingin beli sebiji van baru bg perniagaan bas sekolah..SOALANYA;
1-boleh tak van ini didaftarkan ats syarikt saya atau masih perlu kelayakkan lain.
2-van ini atas nama saya tapi pemandu org luar spt isteri atau ahli keluarga..???
Anda boleh daftarkan perniagaan bas sekolah di bawah syarikay anda. Memang boleh di jalankan oleh orang lain, tapi mereka harus memiliki lesen-lesen seperti PSV dan lesen memandu sah.
Kalau saya nk bawa lesen psv van kena buat madecal checkout ke?
saya ingin membawa bas sekolah pada tahun 2015 tapi tidak tahu bagaimana hendak mohon lesen perkhidmatan bas sekalah?van,lesen memandu semua saya ada,sila beri bantuan?
Saudara Nizam, Cadang anda meminta bantuan pengusaha-pengusaha bas sekolah di kampung anda.
Cikgu Yap, bolehkah saya memandu van sekolah saya mengambil saudara-mara untuk pengunaan sendiri ( pergi jamuan) ?
Dear May, Elok ada lesen PSV!
Ingin menjadi usahawan dengan mengusaha bas sekolah.tetapi tidak tahu caranya.Saya Irfan Khairi dari DMS dynamic Sdn Bhd bersedia membantu anda. Pengurusan dokumentasi untuk permit dan permohonan pinjama akan diuruskan oleh pihak kami. Permit juga akan lulus dengan kadar segera. Bantuan dana juga akan diberikan sebanyak RM10,000.00 kepada yang layak. Hubungi saya dengan segera melalui 017-2764655 untuk keterangan lanjut.
Saudara Irfan, Info anda serta syarikat anda memang dapat membantu mereka yang ingin memulakan perkhidmatan bas sekolah. Harap yang berminat sila ambil perhatian. Telefon 017-2764655 segera!
Saya nak tanya,kalau pakai kereta avanza,boleh kah saya bw anak2 jiran saya,pergi dan balik ke sekolah,nak kena ada permit juga ke.
Biasanya permit tidak perlu. Tapi ingat, sekiranya terjadi apa-apa kemalangan, jiran anda boleh mengambil kes terhadap anda.
Cikgu, sy di faham kan pengusaha bas/van tak boleh amik pelajar di luar kawasan laluan berdasarkan permit yg di luluskan betul ke? sebab? lagi 1, knapa tambang tidak diselaraskan ikut jarak atau kilometer dari umah pelajar ke sekolah?
Jika tiada guideline tambang means pengusaha boleh caj sesuka hati tanpa di pantau oleh pihak JPJ atau pihak tertentu.
sekian. terima kasih
Laluan hendaklah di patuhi. Ramai pengusaha enggan mematuhi syarat. Memang benar pendapat anda.
Hi Cikgu Yap,
I am really interested to open up a driving agency (not institute) where students comes and register for driving licenses. I can see there’s a post for open up an institute, but not for agency (or contractor or what is the correct term?)
Where do I start, do I need to go through driving institue? ( to get approval to use their track) How about to get modified car specially for driving lesson. And is it a must for me to be SPIM certified? Also, what is the minimum cost? Say i just plan to have 1 car for the beginning.
Thank you sir
Your idea is not feasible. I suggest you joining as an instructor. Get the necessary certificates and experience first!
hi cikgu. saya student ipta dan bercadang untuk menyediakan perkhidmatan menghantar budak ke sekolah dengan menggunakan kereta sendiri. disebabkan saya student dan tempoh cuti yg agak terhad, adakah hasrat saya itu dibolehkan?
terima kasih cikgu.
Cadangan anda tidak munasabah di jalankan.
Cikgu..berapa lama dari tarikh mohon permit baru utk bas sekolah, dapat di ketahui dari spad..?
Ini anda terpaksa menyoal SPAD.
Hi cikgu , saye bru habis belajar dan saya berminat untuk membuat bisness bas sekolah , soalan saye bole ke saye nk buat loan utk beli van tetapi duit dlm bank xberape nk byk , jika bole bagaimana caranya . Tq
Ingin di nasihatkan bahawa perniagaan bas sekolah lebih elok di jalankan oleh orang yang matang. Oleh itu, mempertimbangkan perkara ini secara teliti.
Terimakasih..atas..kesudian. berkongsi..tips..tips dgn orang lain..
Hi cikgu….
Saya bercadang utk memulakan perusahaan bas sekolah pd sessi 2016 iaitu tahun dpn, soalan saya:
1) saya msih blum mempunyai van atau bas namun saya berhajat utk memulakn perniagaan ini dgn menggunakan kereta mpv jenis proton exora buat sementara waktu. Adakah ia menjadi satu kesalahan dri segi undang2?
2) Saya juga dlm masa yg sama berhajat utk menyediakan rumah tumpangan sementara atau transit yg dikawalselia oleh pekerja sementara menunggu parent balik bekerja. Adakah perkhidmatan sebegini memerlukan lesen dri mne2 pihak pbt?
3) Ada tak sebarang garis panduan utk menetapkn harga perkhidmatan bas sekolah yg akn dikenakan sb di tempat saya skrg Masih belum ada org yg buat perkhidmatan ini.
Terima kasih.
Sekiranya tiada pengalaman, lebih elok cari bidang yang lebih mudah.
Saya berminat dalam bidang ini..saya belum mempunyai van..permit dan sebagainya.. ada lesen D shj..
untuk memulakan langkah saya tak tahu nak bermula dimana dahulu..
Van JoyLong 18seat berapakah maxima muatan pelajar?
berapakah anggaran byran dikenakan pada seorg pelajar?
Dapatkan permit bas sekolah dahulu. Dapatkan lesen PSV. Biasanya, bas 18 tempat duduk boleh di izin muat murid-muris berdiri beberapa orang. Mengenai yuran, anda harus tanya pengusaha-pengusaha van bas sekolah tempat anda.
Cikgu..
Saya mmg plan nk buat bisness bas skolah…
Saya ada lesen e termasuk psv bas….
Soalanya…jika saya ingin memohon permit pengendali…adakah syarat2 yg perlu di patuhi…?
Perlukah ada duit dlm simpanan…?
Sekiranya mohon permit pengendali..saya belum ada van lg..adakah dibolehkan??
Pastikan anda ada modal yang mencukupi dan mohon permit.
cikgu, saya juga berminat untuk mengusahakan van sekolah. saya mempunyai sebuah van era jinbei (dibeli pd tahun 2014) atas nama saya. tetapi saya tidak pandai memandu van, kebiasaannya suami saya yg pandu. insurance van diambil atas nama saya dan suami. bolehkah suami saya memohon permit utk van sekolah?
adakah permit bas sekolah yg ada masalah pernah melanggar penumpang sehingga mati boleh ditukar nama kpd org lain. permit blm digantung msh dlm siasatan. adakahb proses penukaran ini dibenarkan dlm undang2 malaysia?
Kami di rheazmovement supply & service(002378666-D) menyediakan khidmat service utk mendapatkan permit bas/van sekolah. Kami juga mempunyai rangkaian pilihan untuk jenis van yang boleh diguna pakai utk tujuan berikut.
Sila email kami butiran anda dan pihak kami akan menghubungi anda untuk lanjutan perkhidmatan permit bas sekolah.
Sila ambil maklum bahawa anda akan di hubungkan terus dengan pemilik pengusahaan syarikat van dan tiada jurujual akan terlibat dalam sesi penjualan melainkan diarahkan oleh pemilik syarikat itu sendiri.
Emailkan butiran berikut :
i) nama
ii) no telephone
iii) butiran perkhidmatan yg diperlukan
Kepada rheazmovement@gmail.com
Perkhidmatan diutamakan untuk kawasan KL/PJ . Terima kasih cikgu yap utk kesempatan yg diberikan.
RMSS
Cikgu
Saya sudah berumur 55 tahun tak berkerja tapi bawa van sendiri muatan 14 penumpang van seperti bas pelancung mewah berhawa dingin dan saya juga mengunakan van ini bawa budak sekolah tanpa permit. Saya pernah cuba mendapat permit bas sekolah tapi tidak berjaya disebabkan saya tidak mempunyai lesen berniaga SSM. Saya beringin untuk mendapat lesen permit bas sekolah dan menjalankan bisnis ini secara halal tapi tidak diluluskan, bagaimana cikgu boleh tolong saya dalam hal ini.