Penyerahan Jawapan Insurans Kepada Bank Negara

Di bawah peruntukan insurans motor asas, sesebuah kenderaan, sama ada motor, kereta, lori mahupun bas adalah wajib mempunyai lindungan insurans sebelum cukai jalanan di keluarkan. Peruntukan ini di kehendaki di bawah Akta Pengangkutan Jalan (A.P.J.) 1987.

Beberapa tahun kebelakangan ini, pemandu-pemandu, khasnya empunya kenderaan yang berusias 10 tahun atau lebih, telah mendapati kesusahan mendapatkan perlindungan insurans parti ke 3.

Menurut seorang rakan karib penjual insurans motor, iaitu Encik Ah Peng, yang kedai niaganya terletak di bandar Klang, kenderaan-kenderaan komersial seperti lori dan van-van baru, juga menghadapi kesukaran untuk mencapai lindungan insurans bagai kenderaan mereka.

Harap para pembaca blog ini dapat membayangkan bertapa rumit empunya-empunya kenderaan menghadapi semasa mencuba menbarui cukai-cukai jalan mereka.

Sebenarnya, saya ini faham akan kesusahan yang di hadapi oleh empunya kenderaan komersial yang di sebutkan di atas. Mengapa demikian, mungkin ada ingin menanya?

Ini adalah kerana isteri saya memiliki sebuah kenderaan Proton Iswara yang berusia 10 tahun lehih. Tahun ini saja, akibat terlalu sukar mendapatkan perlindungan insurans parti ke 3, kiraan insurannya telah meningkat ke jumlah RM248.

Kenderaan tersebut di atas di paksa beli insurans “1st party” jumlah RM8000. Bayangkan kenderaan yang di nilai tidak lebih RM2000 di pasaran, di paksa beli insurans 1st party hingga RM8000.

Apa dayanya, sekiranya tidak bersetuju dengan kehendak syarikat insuran besar itu, maka tiada dapat lindungan insurans dan cukai jalan tidak dapat di keluarkan pula.

Bulan-bulan kebelakangan ini, badan-badan konsumer seperti Persatuan Konsumer Pulau Pinang, Bar Council, Automobile Association Malaysia (A.A.M) dan lain-lain telah membuat rayuan demi rayuan kepada pihak kerajaan tertentu, khasnya Bank Negara supaya campurtangan demi menyelesaikan masalah rumit ini.

Dukacitanya di nyatakan, bahawa Bank Negara nampak lambat berrespon.

Walau bagaimanapun, kerana ingin berlagak adil kepada pihak kerajaan, maka di nyatakan bahawa akhirnya pihak kerajaan telah memutuskan untuk cuba menyelesaikan masalah rumit ini.

Ada pepatah dalam Bahasa Malaysia yang berbunyi, “biar lambat, asalkan selamat”, kerajaan telah di laporkan baru-baru ini dalam proses menukarkan insurans parti ke 3 kepada insuran baru. Oleh demikian, orang-orang awam adalah di nasihat supaya menghantar rayuan-rayuan kepada Bank Negara secepat mungkin, iaitu sebelum 14hb Mei 2010.

Pada asasnya, sebanyak satu per tiga pemandu-pemandu di pengaruhi oleh insurans asas yang baru ini. Kebanyakannya di katakan penunggang-penunggang motosikal pula.

Daripada sebanyak 10.8 juta polisi-polisi motor di penghujung tahun 2009, 3.5 juta melibatkan penunggang-penunggang motor pula. Yang lain terdiri daripada insuran 1st party.

Insurans baru yang di cadangkan, memberi perlindungan kepada kecederaan anggota dan kematian. Dasar atau polisi baru ini, yang di gelar Third Party Bodily Injuries and Death (TPBID) adalah mandatory di Akta Pengangkutan Jalan (A.P.J.) 1987 di bawah klusa 3rd party tuntutan.

Secara amnya, TPBID di katakan mempunyai liabiliti atau tanggungjawab sebanyak RM 2 juta. Masa penyelesaian di katakana mengambil masa antara 2 – 4 minggu. Walau bagaimanapun, ianya harus di perhatikan terlebih dulu.

Bagi pengetahuan anda, tuntutan libiliti until 3rd party sekarang tidak terhad. Ini sebenarnya baik. Tetapi harus di peringatkan bahawa is akan mengambil masa dari satu hingga ke 3 tahun untuk di bereskan.

Siapakah yang akan bertanggungjawab ke atas skim TPBID yang akan di perkenalkan tidak lama lagi?

Yang akan di pertanggungjawabkan adalah kerajaan Malaysia dan pihak industry insurans Malaysia.

Yang di peruntukkan untuk membekalkan industry insurans ini adalah syarikat baru yang di gelarkan sebagai TPBID Newco.

Sesuatu berita baik untuk kita semua adalah bahawa di balam Budget yand di umumkan baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Najib Tun Razak mengumumkan bahawa skim insurans yang terbaru itu akan mengenakan premium atau bayaran insurans yang sederhana.

Bayaran tuntutan untuk perlindungan adalah berpatutan. Pada pendapat saya, langkah ini adalah suatu langkah yang bijak.

Sekiranya di tinjau dengan lanjut, apa sebabnya kehuru-haraan yang berlaku pada industry insurans ini?

Yang pertamanya, syarikat-syarikat insurans menuntut bahawa premium atau bayaran insurans tidak berubah sejak lebih tiga puluh tahun. Kos-kos pengendalian telahpun meningkat tahun demi tahun.

Keduanya, harus di peringkatkan bahawa tuntutan-tuntutan insurans kurang jujur. Ini akibatkan kerugian yang besar kepada syarikat-syarikat insurans keseluruhannya.

Syarikat-syarikat insurans telah di laporkan sebagai kehilangan sebanyak RM 1 billion akibat daripada tuntutan-tuntutan 3rd party industry tersebut. Demi seringgit yang di untung oleh syarikat insurans, di laporkan bahawa industry insurans itu rugi sebanyak RM2.67 kerana tuntutan-tuntutan balik.

Dalam keadaan yang rumit ini, apakah yang dapat di lakukan oleh industry insurans itu? Ini telah membawa langkah di mana syarikat-syarikat insurans telah enggan dan membuat pilihan tertentu dalam process pemberian 3rd party insurans, khasnya kepada kenderaan-kenderaan komersial serta insurans kepada kenderaan-kenderaan yang berusia 10 tahun atau lebih.

Dalam keadaan yang sedemikian, bolehkah rakyat di persalahkan menuduh syarikat-syarikat insurans sebagai menimbulkan masalah-masalah kepada kami?

Bank Negara telah mengusulkan bahawa kerugian-kerugian yang di alami oleh pihak industry insurans seharusnya di perkongsikan oleh kedua-dua pihak kerajaan serta industry insurans baru itu.

Walau bagaimanapun, pendapat di atas ini telah di tentang hebat oelah Bar Council Malaysia. K. Ragunath, Pengerusi Bar Council di laporkan berkata bahawa beliau tidak setuju dengan cadangan bahawa tuntutan liability di hadkan kepada sebanyak RM2 juta saja sepertimana di cadangkan dalam usul penubuhan syarikat baru itu.

Selain daripada itu, Bar Council juga membangkang penubuhan syarikat baru yang di namakan TPBID Newco, yang akan di tubuhkan bersama antara kerajaan tempatan Malaysia dengan industri insurans-insurans tempatan.

Bertambahnya pula, Bar Council juga di laporkan tidak beberapa bersetuju dengan idea menggunakan wang cukai rakyat untuk maksud-maksud komersial.

Demi untuk mengakhiri artikal ini singkat mahupun menarik ini, mengenai insurans 3rd party ini, yang di jangka akan di pertubuhkan tidak lama lagi oleh pihak Bank Negara Malaysia, sekiranya kerajaan Barisan Nasional di Parlimen dapat mencapai persetujuan 2/3 ahli-ahli Parlimen, maka pada pendapat saya, mereka telah berjaya mendapat persetujuan Parlimen. Dengan langkah ini, sudah tentu rakyat Malaysia akan menerima keputusan ini.

Izinkan saya memetik daripada kata-kata seorang bekas guru Bahasa Inggeris saya semasa saya berada di Tingkatan Satu beberapa tahun dahulu. Beliau berkata dan saya menggunakan Bahasa Inggeris. “the ends justifies the means”. Pendik kata, pepatah yang tertera di atas itu bermaksud, sekiranya rakyat keseluruhan mendapat keuntungan daripada sesuatu projeck itu, maka itulah penting.

Usul kertas penubuhan motor 3rd party yang baru pada 23hb April 2010 boleh di kaji dengan terperinci oleh orang-orang awam melalui laman Bank Negara. Laman itu menunggu-nuggu dengan penuh harapan kepada penubuhan dasar baru insurans 3rd party TPNID.

Dengan harapan bahawa dengan lancarnya skim baru ini, premium-premium yang hendak di bayar itu tidak setinggi yang di kenakan sebelum ini. Dengan itu pemilik-pemilik kenderaan yang berinsuran 3rd party itu, tidaklah di kenakan bayaran cukai jalan yang tinggi. Sudah tentu juga, empunya kenderaan-kenderaan komersial tidak perlu lagi menghadapi masalah sakit kepala tentang masalah rumit ini.

By | 2012-09-21T22:27:31+08:00 May 23rd, 2010|Insurans Kenderaan|6 Comments

About the Author:

6 Comments

  1. Rocky February 8, 2012 at 6:03 pm - Reply

    Dear cikgu Yap,

    Saya baru terlibat dengan kemalangan dan kereta saya total loss. insuran bayar rm 7,000 keseluruhan. Tapi kepada pihak bank, bukan saya. Tapi saya kerugian, kereta hancur dan duit pun tak dapat. Kenapa saya tidak dapat duit insuran, kenapa pihak bank yang dapat?

    ye, kereta saya masih dalam hutang 12 ribu lebih kat bank…tapi saya terus akn bayar instalment bulan-bulan seperti biasa kepada pihak bank walaupun kereta saya dah total loss. Saya perlukan 7 ribu iru untuk beli kereta baru. Adakah cara yang cikgu boleh rekemenkan kepada saya. Terima kasih untuk masa anda…

    • Cikgu Yap February 8, 2012 at 8:11 pm - Reply

      Sekiranya anda tidak puas hati dengan bayaran RM7000, dapatkan seorang peguam untuk berlawan kes di mahkamah. Bank berhak menahan wang bayaran insurans kepada anda kerana anda masih hutang bank lagi. Selain itu, RM5000 yang anda masih lagi hutang bank boleh juga di tuntut daripada anda lagi. Pendek kata, selagi anda belum selesaikan hutang bank, kereta anda masih milik pihak bank. Sebarang bayaran insurans seharusnya di beri kepada pemilik kereta.

  2. Noibrizi Muhamad April 24, 2012 at 9:02 am - Reply

    Hi Cikgu Yap

    Saya ada persoalan..ibu saya ada sebuah kerata wira..nama dlm “green card” adalah nama arwah ayah saya..belum sempat lagi menukarkan nama ke nama ibu saya..baru2 ini ibu saya terlibat dalam satu kemalangan..kami cuba claim insurance dgn Kurnia..report polis juga ada dibuat..tp selepas 4 bulan menunggu..akhir nya kami dapat surat mengatakan yang kereta tersebut tidak dapat di”claim insurance”..alasan yang diberikana adalah kerana kereta tersebut belum tukar nama..sedangkan insurance tersebut masih hidup..cuma dalam cover note insurance tersebut hanya tertulis nama arwah ayah saya sahaja..tiada nama kedua…

    1) adakah ada undang2 insurance sebegitu di malaysia?
    2) dimana saya boleh rujuk pasal kes seperti ini?
    3) betul ke kalau kereta tu bukan nama kita..tidak dapat claim insurance jika kemalangan?

    terima kasih..amat menantikan jawapan dari cikgu yap..

    • Cikgu Yap April 27, 2012 at 8:55 pm - Reply

      Walaupun tempoh insurans masih lagi berlanjutan, bahawa kenderaan masih lagi di bawah nama arwah menyulitkan sebarang tuntutan insurans. Sama ada pihak syarikat insurans ingin menerima tuntutan pihak-pihak lain bergantung kepada syarikat insurans itu sendiri.

  3. mzn May 14, 2012 at 5:01 am - Reply

    Saya ingin mengemukakan 1 soalan,
    Saya ada 1 kereta dan ingin melakukan proses tukar nama,puspakom tiada masalah,masalahnya hutang kereta masih ada lg tp bukan dgn bank,dgn Use Car Company,dan Use Car Comp tersebut sudah “gulung tikar”,sy dh cuba menghubungi company tersebut tapi gagal dan pernah pergi semula ke Kedai company tersebut tapi sudah tiada lagi disitu,so apa yg saya faham,proses tukar nama harus mempunyai dokumen iaitu surat pelepasan(release letter) dari company itu tapi masalahnya company tersebut sudah tidak wujud.apa yg harus saya lakukan?
    Thanks Cikgu Yap.

    • Cikgu Yap May 16, 2012 at 10:42 am - Reply

      Jump Registrar of Companies dan dapatkan administrator yang mengambil alih perniagaan syarikat yang telah gulung tikar. Dapatkan surat pelepasan darinya. Mungkin anda boleh juga berjumpa dengan peguam syarikat yang telah lengkup itu.

Leave A Comment