Skim Insurans Motor Parti Ketiga Lambat Di Laksanakan

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sentiasa menyaksikan bahawa sesuatu projek ataupun rancangan yang di umumkan oleh pihak kerajaan, biasanya tidak terjadi di laksanakan pada tarikh yang di tetapkan.

Tetapi, para pembaca blog ini, janganlah mudah merasa hampa. Izinkan saya memberitahu anda semua sesuatu berita yang baik juga. Sistem Penerbangan Malaysia (M.A.S.), pesawat-pesawatnya tiba di lapangan terbang antarabangsa di Kuala Lumpur International Airport (K.L.I.A.) dari London, New York ataupun San Franciso tepat pada masa jadualnya.

Tetapi, sayang sekali, sepertimana yang saya umumkan sebentar tadi, perkara-perkara lain pula, yang hendak di laksanakan oleh pihak kerajaan sentiasanya lewat di laksanakan.

Mari kita ambil contoh pembinaan fly-over atau jejambat di Klang umpamanya. Di jangka oleh si kontrator, jejambat tertera akan selesai di bina 2 tahun yang sudah, iaitu pada 2009 rasanya. Sampai hari ini, belum siap lagi.

Kesesakan lalu-lintas yang di hadapi oleh penghuni-penghuni Bandar di Raja Klang ini tidak dapat di kira. Hendak menyeberang Sungai Klang, dari Utara ke Selatan Klang mengambil masa berjam-jam pula. Jalan berdekatan “Little India”, tiap hari tersumbat dengan kenderaan-kenderaan 24 jam sehari.

Nampaknya, orang-orang bandar Klang, nasib mereka malangnya sekali. Izinkan saya, sebagai seorang “citizen” bandar terkenal ini memberitahu tuan-puan yang sedang membaca artikal ini kerana takut para pembaca mungkin tidak tahu.

Klang, pada suatu dulu di kenali sebagai bandar gagak. Pernah saya teringat, ada yang mengesyorkan bandar tersebut di panggil Bandar Gagak. Kenapa di buat demikian? Akibat kekotoran, sampah-sarap di dapati di sana-sini, maka pihak Inggeris pada zaman 1880an, memperkenalkan gagak-gagak dari benua India ke pelusuk rantau Malaysia.

Burung-burung gagak ini membantu pekerja-pekerja Majlis Perbandarn Klang (M.P.K.) jalankan tugas membersihkan bandar Klang yang kotor. Tetapi, bandar yang sudah berusir lebih 100 tahun kini telah banyak berubah. M.P.K. telah menjalankan tugasnya dengan baik. Bandar Klang boleh di katakana bersih dan cantik.

Pada pendapat saya, Klang lebih bersih daripada Petaling Jaya. Sekiranya tidak percaya cakapan saya ini, cubalah tuan-tuan dan puan-puan lihat traffic light berhadapan Hotel Hilton, Petaling Jaya, perkarangan tepi jalan, saya rasa tidak di ambil peduli oleh pihak M.B.P.J. atau Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Selain masalah kesesakan jalan di bandar Klang, bandar ini pada masa dulu, terkenal sebagai di penuhi dengan penjahat-penjahat mahupun gangster-gangster satu ketika dahulu. Masa itu, O.C.P.D. Kulasingam berkhidmat. Tetapi, mujurnya semua ini telah berubah.

Tetapi masalah kesesakan jalan yang berlaku setiap hari di bandar Klang nampaknya belum dapat di selesaikan. Pihak kontraktor sekarang sedang sibuk siang-malam menyediakan roundabout ataupun bulatan di bawah jejambat. Sedikit masa lagi, penduduk-penduduk Klang akan merasa lega dengan perjalanan apabila jejambat itu siap di bina.

Sebenarnya, masalah-masalah yang saya mengutarakan adalah bermaksud memberitahu bahawa, Bank Negara telah mengumumkan berita sedih, iaitu skim insurans terbaru terpaksa di lambatkan perlancarannya. Ini di sebabkan pihak Bank Negara di katakana hendak menentukan bahawa pelan insurans parti ketiga, berlaku adil kepada semua pihak. Jadi terpaksa di tangguhkan implementasinya buat sementara waktu.

Skim tersebut di atas sebenarnya di jangka akan di lancar pada permulaan awal tahun 2011. Mengikut Bank Negara, memandangkan perlu hendaklah di buat perbincangan perkara-perkara yang belum di selesaikan lagi, maka skim tersebut di atas terpaksa di lewatkan pelancarannya.

Bank Negara juga telah memberitahu bahawa ianya kini dalam proses mengutip tindak-tindak balas daripada orang ramai serta badan-badan yang berkaitan.

Tambahanpula, Bank Negara juga berpendapat bahawa ia sepatutnya berunding dengan Bar Council serta mana-mana pertubuhan atau persatuaan yang berminat dalam hal ini. Walaupun telah di laporkan bahawa cadangan-cadangan yang siap ada akan di serahkan kepada Kementerian Kewangan pada awal bulan Julai 2010, namum demikian oleh kerana terdapatnya beberapa kemuskilan telah berbangkit, maka pihak Bank Negara berpendapat elok ianya berbincang semula dengan semua pihak terlebih dulu demi menentukan bahawa semua masalah dapat di pertimbangkan.

Yang terutama, Bank Negara amat khuatir tentang masalah bagaimana tuntuan-tuntutan hendak di jalankan sebelum ianya di serlahkan kepada pihak kerajaan.

Pihak Bank Negara juga di laporkan sudahpun menerima beberapa maklumat daripada pertubujan-pertubuhan negara asing, yang kononnya mempunyai pengalaman mengendalikan skim-skim yang serupa demikian, khasnya dari negara Australia dan Amerika Syarikat.

Kemungkinan para pembaca akan menanya, apakah skim insurans yang terbaru akan melindungi?

Jawapan kepada soalan yang tertera di atas adalah, ianya akan melindungi kecederaan parti ketiga serta soalan kematian atau Third Party Bodily Injuries and Death (TPBID).

Sudahpun, sebagai pembaca blog ini, pasti anda telahpun terbaca karangan-karangan sebelum ini tentang tajuk-tajuk yang sama. Terlebih dari ini, blog ini telahpun memberitahu para pembaca iaitu sebuah syarikat terbaru, Newco yang terdiri daripada perkongsian pihak swasta dan kerajaan akan di tubuh tidak lama kemudian.

Antara syarat-syarat skim baru insurans parti ketiga adalah:

i) Liabilitinya adalah RM2 juta.

ii) Tuntutannya akan mengambil tempoh 2 hingga 4 minggu.

Tentang penubuhan Newco, beberapa kumpulan swasta, seperti persatuaan-persatuan, Bar Council sendiri serta persatuan-persatuan kurang bersetuju cara-cara syarikat Newco di tubuhkan.

Nampaknya, syarikat ini yang akan di tubuhkan dengan wang rakyat ataupun kerajaan tidak di persetujui oleh sesetengah pihak.

National Consumer Complaints Centre (N.C.C.C.), CEOnya Encik Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, sebenarnya pentadbiran Newco sepatutnya di kendalikan oleh sebuah perbadanan statutory seumpama Sosco.

Kesemuanya di atas mungkin berbangkit kerana segala tuntutan akan memakan jangka masa yang lama. Ini di katakana akan menyusahkan orang-orang yang membuat tuntutan itu yang sediakala mengalami kerumitan.

Memandangkan bahawa banyak lagi masalah-masalah yang belum lagi di selesaikan, maka skim insurans terbaru itu numpaknya tidak dapat di lancar lagi. Oleh yang demikian, pembaca-pembaca serta pemilik-pemilik kenderaan lama di minta bersabar buat seketika lagi. Kemungkinan pada peringkat awal tahun 2011, barulah kita dapat menikmati hasilnya.

By | 2012-09-21T22:17:08+08:00 August 23rd, 2010|Insurans Kenderaan|2 Comments

About the Author:

2 Comments

  1. wan pokhan April 24, 2012 at 9:04 am - Reply

    salam cikgu,,
    sy ada satu pertanyaan… ptg tadi saya telah pegi renew insurans & roadtax (kereta milik ibu saya) di pjabat pos mgunakan insurans MMIP.. setelah selesai print roadtax, staff pjabat pos mintak salinan ic, lesen, geran tp masalahny lesen ibu saya telah hilang sejak tahun 2005 lg, dan ibu saya tidak mbuat salinan lesen baru sbb tidak lg memandu sdiri.. sekarang ni transkrip kaki insurans masih lg di pejabat pos dan akan diberikan kpd saya jika saya mberi dokumen2 tersebut.. so, macamana saya nk buat seterusny tanpa salinan lesen itu? mohon cikgu yap bg pandangan, tQ…

    • Cikgu Yap April 27, 2012 at 8:53 pm - Reply

      Cuba dapatkan geran kereta, salinan kad pengenalan ibu serta buat sepucuk surat mengesahkan bahawa ibu adalah benar-benar empunya kenderaan. Hantarkan kesemua di atas ke pihak pejabat pos untuk pertimbangan mereka. Jaga memberitahu pejabat pos bahawa keluarga anda perlukan penggunaan kenderaan.

Leave A Comment