10 Perkara Yang Boleh Mengganggu Perhatian Seseorang Pemandu

Untuk memandu dengan selamat memerlukan pemandu menumpu perhatian seratus peratus pada jalan. Tetapi sedih sekali, bukan semua pemandu boleh buat demikian.

Artikal ini akan meninjau beberapa faktor yang seringkali di sebut sebagai punca sesuatu kemalangan itu berlaku.

1) Menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan ini banyak di laporkan sebagai punca kemalangan, khasnya melanggar bahagian belakang kenderaan depan. Ramai pemandu di katakan menghantar mesej-mesej teks semasa mereka memandu. Ini salah satu kesilapan besar yang di buat oleh seseorang pemandu.

Sekiranya di banding dengan perbuatan bercakap dengan ketiadaan set “hands free”, menaip mesej SMS di anggap lebih bahaya. Oleh demikian, anda di nasihatkan jangan membuat demikian.

2) Menghayal sewaktu memandu.

Manuasia di katakan banyak menghayal atau “day dreaming”. Mungkin anda tidak mengakuinya, tetapi perbuatan tersebut banyak berlaku.

Pada waktu sedemikian, perlanggaran mudah terjadi. Jadi, para pemandu di nasihatkan supaya tumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha memandu.

3) Gangguan oleh penumpang khasnya kanak-kanak di bahagian belakang kereta.

Kanak-kanak kecil biasanya duduk di belakang. Kanak-kanak biasanya di laporkan sebagai punca pemandu di ganggu semasa memandu. Adik-beradik di belakang kereta di nasihatkan supaya tidak mengganggu si pemandu yang sedang memandu kenderaan.

Sekira terdapat seorang bayi sedang menangis di belakang kereta anda, anda adalah di nasihatkan jangan menghirau akan tangisannya.

4) Makan atau minum sewaktu memandu.

Tiada seorang pemandu yang berani mengakui bahawa ia tidak pernah melakukan perbuatan ini. Makan ataupun minum merupakan perkara yang kecil saja. Tetapi ingat, perkara ini boleh membawa kepada kecelakaan.

Yang di nasihatkan adalah, kalau hendak melakukan kedua-dua perbuatan, habislah makan-minum sebelum mula perjalanan. Para memandu di ingatkan perbuatan di atas salah dan boleh di kena denda!

Walaupun tiada undang-undang jalanraya yang melarang seseorang pemandu makan ataupun minum, pihak polis dan J.P.J. boleh caj atau saman anda di bawah kesalahan “Tidak dapat mengawal kenderaan” Seksyen 119 (2) dan anda boleh di denda RM300.

5) Cubaan mendapatkan sesuatu barang dari bahagian belakang kenderaan.

Seperti makan dan minum, adakah seorang pemandu yang berani mengakui ia tidak pernah melakukan perbuatan ini?

Saya yakin tidak!

Apabila seorang pemandu itu toleh, walaupun sesaat pun ke bahagian belakang, sudah pasti sterengnya akan lari. Besar kemungkinan kemalangan akan berlaku.

Kiranya kurang percaya, anda boleh cuba saja!

Saya, sebenarnya gurau saja. Jangan sekali-kali melaksanakan perbuatan bahaya ini.

6) Bermain-main dengan radio atau alat G.P.S.

Saya kurang pasti apa itu G.P.S. Sekiranya kedua-dua penulis dan pembaca tidak tahu istillah penting di atas, bagaimana pula?

Tetapi mujur, saya ini ada pengetahuan sedikit tentang sistem baru ini. G.P.S. bererti “Global Positioning System”. Mengendalikan sistem ini semasa seorang pemandu itu memandu, mungkin boleh membawa anda terlibat dengan kemalangan.

Begitu juga memutar-mutar control set radio. Jadi, apa yang di nasihatkan pemandu buat ialah pasang stesen radio atau rancangan-rancangan sebelum anda mula perjalanan. Selepas itu, jangan lagi bermain-main dengan set tersebut lagi.

7) Tabiat merokok sambil memandu.

Pihak wanita di laporkan pemandu yang lebih selamat di banding pemandu lelaki. Mengapa demikian?

Kerana mereka biasanya tidak merokok.

Untuk merokok, anda perlu gunakan sebelah tangan untuk memegang puntung rokok. Tahukah anda bahawa memandu gunakan satu tangan semasa memandu di anggap bahaya?

Waktu ujian, Gagal ya!

Lain daripada itu, merokok boleh menghayalkan pemikiran seseorang pemandu. Pendikata, di nasihatkan jangan merokok saja.

8) Terdapat papan iklan yang menarik di sisi jalan.

Menteri Pengangkutan Jalan seharusnya haramkan iklan di tepi jalan, khasnya lebuhraya. Pemandu-pemandu telah banyak di laporkan terganggu oleh papan-papan iklan yang menarik dan beraneka warna itu.

Pada 1970an, seorang sahabat baik saya, Valentino Teh, gagal ujian praktikalnya yang di ambil di Pulau Pinang.

Semasa ujian jalanraya, si penguji dan calon berlalu dekat pekan. Ketika itu, wayang gambar James Bond sedang di tayang di panggung. Tester tersebut menjerit “Ala, James Bond lah”. Kawan saya turut melihatlah and gagal akibatnya.

Kata tester, kawan saya cuai memandu. Ini kisah sebenar. Sama anda percaya ataupun tidak, papan-papan iklan mengganggu perhatian si pemandu semasa mereka memandu.

9) Tanda-tanda isyarat jalan raya yang kurang sempurna.

Orang asing yang datang ke negera kita, selalu buat aduan terhadap tanda-tanda isyarat yang kurang sempurna. Yang terbanyak komplain pihak orang Singapura.

Saya setuju dengan mereka. Tanda-tanda jalanraya amat penting dan mustahak. Tanda-tanda yang kabur serta mengelirukan punca kepada seseorang pemandu terlibat dalam kemalangan.

Saya berpendapat, pihak kerajaan Malaysai seharusnya ke Negara jiran, Singapura untuk mempelajari bagaimana mereka menandakan tempat-tempat serta jalan-jalan di sana.

Bagaimana pula pendapat si Y.B. Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Chan?

10) Menyaksikan kemalangan yang berlaku di tengah jalan.

Pemandu biasanya suka jaga “tepi kain orang”. Meskipun tidak terlibat dengan kemalangan, tetapi mereka suka perlahankan kereta untuk menyaksikan sesuatu kemalangan.

Ini menambahkan kerumitan polis menjaga suasana. Dengan perbuatan yang sedemikian, seseorang pemandu telah mengabaikan pemanduannya sendiri. Ini mungkin akan mengakibatkan dia sendiri telibat dalam kemalangan yang lain pula.

Jadi, pemandu-pemandu adalah di nasihatkan supaya jangan menghirau akan kemalangan-kemalangan yang mungkin berlaku di sepanjang jalan.

Rencana ini telah bercerita dengan panjang-lebar bagaimana konsentrasi kita boleh di ganggu oleh beberapa perkara tertentu. Di harap pemandu-pemandu akan mengambil tahu atau sedar tentangnya.

By | 2012-09-22T09:58:37+08:00 January 12th, 2010|Kemalangan Kereta|7 Comments

About the Author:

7 Comments

  1. Iskandar January 14, 2012 at 12:09 pm - Reply

    Cikgu Yap,

    Pagi tadi kakak saya terlibat dalam satu kemalangan membabitkan 3 buah kereta. (Kemalangan biasa, ketika sama-sama beratur menunggu traffic-light hijau). Tiada apa-apa kecederaan individu berlaku. Tetapi ianya melibatkan kerosakan ke atas ke tiga-tiga buah kereta tersebut.

    Untuk makluman, kereta kakak saya di hadapan sekali. Kejadian boleh berlaku kerana kereta ke-2 (tengah) dihentam dari belakang oleh kereta ke-3 mengakibatkannya berganjak ke depan dan menghentam pula kereta kakak saya.

    Soalan saya ialah:

    1.bagaimanakah caranya setiap seorang pemilik kereta tersebut mendapat hak ke atas insuran mereka masing-masing, dan cara-cara membuat aduan polis?

    2.dalam kes begini, adakah kereta ke-2 dikira bersalah juga dan akan kehilangan NCD nya kerana claim tentunya dibuat oleh kakak saya ke atas insuran kereta ke-2 tersebut?

    3.atau adakah standard procedure tertentu dibuat jika kemalangan berangkai (melibatkan banyak kereta langgar depan dan belakang) yang semacam ini berlaku?

    Terima kasih.

    • Cikgu Yap January 17, 2012 at 12:42 pm - Reply

      Ketiga-tiga kenderaan yang terlibat dalam kes ini di buat laporan polis. Biarkan polis yang membuat keputusan siapakah yang bersalah. Ya, kenderaan kedua yang insuransnya akan di buat tuntutan oleh kakak anda, sudah pasti akan kehilangan NCD.

  2. sapian April 17, 2012 at 12:19 pm - Reply

    saya ada satu masalah yg perlu dtanya…seorang pemandu lori yg membawa seorang kawan semasa kerja,padahal kawan nya itu tidak bekerja dgn syrikat lori tersebut…hanya pemandu yg bekerja dgn syarikat lori tersebut…ketika sedang menghantar muatan barang dalam lori itu lori tersebut telah mengalami kemalangan yg serius dan mengakibatkan kawan pemandu tadi meninggal dunia dan pemandu tersebut hanya retak tangan kanan,patah tangan kiri dan luka dibahagian punggung.apakah keslahan dan hukuman yg perlu ditanggung oleh pemandu tersebut…lori itu kemalangan disebabkan mengelak lori yg tiba2 brek mengejut dihadapannya dikawasan yg menurun.akibat mengelak lori pun terbalik.

    • Cikgu Yap April 18, 2012 at 4:08 pm - Reply

      Rakan awak nampaknya akan dituduh di bawah Seksyen 41 (1) APJ 87. Yang meninggal dunia boleh menuntut insurans loro tersebut. Dendaan kesalahan di atas amat berat.

  3. NURIANI February 10, 2017 at 2:25 pm - Reply

    ia sangat berkesan,TERIMA KASIH CIKGU YAP….

  4. Aisha September 16, 2017 at 11:13 am - Reply

    Ada beberapa kereta di hadapan telah membrek secara mengecut. Saya sempat untuk membrek memandangkan sy memandu tidak laju kerana hari hujan manakala kereta dibelakang saya tidak sempat untuk membrek dan cb dan dapat mengelak ke kiri untuk mengalak dr belanggar kereta sy. Dalam soal ini.. Siapakah yg bersalah

    • Cikgu Yap October 28, 2017 at 9:13 am - Reply

      Yang langgar belakang biasanya salah.

Leave A Comment