Lesen Memandu Malaysia – 13 Tips Ringkas

[the_ad id=’7178′]
Ada pembaca ke blog ingin tahu apakah langkah-langkah yang ia hendak lalui dari permulaan hingga ia mendapat “P”nya. Oleh demikian, saya akan cuba senaraikan proses ke arah matlamat tersebut. Secara ringkas, langkah-langkahnya adalah:

1) Berjumpa dengan sekolah memandu atau institut memandu terlebih dulu.

Jumpa serta beritahu pihak pengajar. Bincang dan beritahu beliau apakah jenis lesen-lesen yang hendak di ambil. Lesen motor B2 (bawah 250 cc) dan D (kereta). Umur kelayakan 16, B2 dan kereta 17 tahun.

2) Bincang tentang harga dan berapa kali hendak berlajar.

Beritahu pengalaman memandu anda kepada sekolah memandu. Berapa kali hendak anda mengambil, 8 kali, 10 kali atau 16 kali untuk kereta. Kena tahu berapa jumlah kali anda mahu belajar. Bincang sehingga anda merasa puas hati dengan harga yang di tawarkan oleh si pengajar.

Sekiranya anda kurang puas hati dengan apa-apa jua pun, hendaklah menanya tuan sekolah memandu itu dengan jelas. Biasanya harga belajar memandu kereta 8 – 10 kali antara RM450 – RM500. B2 (motor) ialah dalam lingkungan RM210 termasuk belajar latih memandu di perkarangan institut.

3) Kursus-kursus dan ujian undang-undang serta ujian pra di institut.

Kursus-kursus yang hendak di hadiri anda termasuk:
i) Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).
ii) Ujian undang-undang di pusat komputer.
iii) Kursus teori 6 jam selepas lulus ujian undang-undang.
iv) Ujian pra atau Q.T.I. (Qualifying Test di Institut).
v) Ujian praktikal J.P.J.

Hendaklah tanya pengurus sekolah / institut adakah ke semua yang di senaraikan di atas termasuk dalam harga RM450 – RM500 (kereta lesen D) dan RM210 untuk B2 motor. Tanya juga sama ada lain-lain bayaran yang anda perlu bayar.

4) Soal ulang ujian seperti gagal ujian undang-undang atau ujian praktikal.

Anda mungkin gagal dalam ujian undang-undang. Demikian juga ujian praktikal D (kereta) atau B2 (motor). Kena tahu dengan jelas harga ulang test. Ingat serta catat dalam buku nota harga ulang test ini. Jangan sehingga berlaku pertelingkahan mengenai harga kemudian hari kelak.

5) Bayaran lesen “L” dan “P”.

Tanya si pengusaha siapa bertanggungjawwab kedua lesen tersebut di atas. Elok pastikan dengan jelas siapakah yang hendak bayaran kos kedua-dua lesen ini.


6) Serahkan butir-butir peribadi dan bayaran deposit.

Hendak belajar memandu, haruslah serahkan:
i) Salinan fotostat MyKad.
ii) 2 keping gambar warna.
iii) Bayar wang deposit belajar.

Dapatkan resit-resit untuk bayaran di atas.

7) Mengatur untuk hadiri kursus K.P.P. 5 jam.

Sebaik bayaran deposit, pengusaha sekolah memandu atau institut sudah tentu akan aturkan masa bagi anda hadiri kursus K.P.P. Biasanya hari-hari yang anda hendak hadiri kursus pada Khamis, Sabtu atau Ahad pada 9:00 pagi hingga 3:30 petang.

Ada sesetengah pengajar, seperti saya, membawa anda ke makan setengah hari. Kebanyakannya makan sendiri.

8) Ujian undang-undang di pusat komputer berdekatan.



Selepas beberapa hari tamat hadiri kursus K.P.P., anda di hendaki menduduki ujian computer 50 soalan. Hendak:
i) Berpakaian kemas.
ii) Bawa Mykad original.
iii) Pakai baju berkolar dan kasut.
iv) Bawa kad computer belajar kereta / motor.

Markah lulus ujian ini ialah 42.

Sekiranya gagal, untuk ulang ujian ini, kebanyakan pengusaha sekolah caj RM50. Ada yang caj murah sedikit. Boleh bincang hal ini dengan si pengusaha sekolah memandu.

9) Menghadiri kursus teori 6 jam untuk dapatkan sijil JPJL2B.

Selepas tamat dan lulus ujian komputer, anda di sediakan sijil. Sijil ini boleh sah 1 tahun. Atur dengan sekolah memandu bila anda menghadiri kursus 6 jam ini.

Dengan sijil JPJL2B, anda boleh kemudian keluarkan lesen “L”. Biasanya, pihak sekolah memandu yang bertanggungjawab untuk keluaran lesen “L” anda. Anda hanya menunggu untuk di panggil belajar kereta atau motor saja.

10) Belajar kereta atau motor.

Boleh belajar menunggang motor dengan “L” sendiri. Tapi, untuk latihan, hendaklah belajar dengan motor institut di perkarangan institut saja.

Pengajar hendaklah seorang pengajar yang bertauliah serta bersijil. Biasa belajar 4 – 5 kali sebelum ujian pra atau Q.T.I. Belajar memandu serta belajar meletak kereta, naik bukit dan pusingan 3 penjuru pula, terpulanglah kepada anda serta perjanjian anda dengan pihak sekolah memandu.

Sepertimana di nyatakan terlebih dulu, ada yang mengambil 8, 10 atau 16 kali. Terserahlah kepada kepandaian dan kebijaksanaan andalah. Sekiranya lemah, boleh juga mengambil sehingga 50 kali. Sebenarnya tiada had.

11) Ujian pra atau Q.T.I.

Ujian ini di jalankan sebelum anda pergi ke ujian praktikal J.P.J. Pengajar anda akan mengatur anda di uji oleh para pegawai institut.

Jangan terlalu khuatir. Penguji-penguji semata-mata hendak tunjuk ajar anda sahaja. Sekiranya anda benar-benar lemah, mereka akan menasihat belajar satu-dua kali lagi.

12) Ujian praktikal J.P.J.

Anda akan menghadapi 2 peringkat ujian. Yang pertama adalah bahagian naik bukit, meletak kereta secara undur tepi dan pusing tiga penjuru. Bahagian kedua ialah ujian jalan raya. Sekiranya anda lulus dalam kedua-dua bahagian, anda di anggap sudah berjaya! Anda sudah boleh di tawarkan lesen memandu kelas D untuk memandu kereta.

13) Untuk mendapatkan lesen “P”.

Dengan kad biru ujian praktikal, anda hendaklah serahkan butir-butir di bawah kepada sekolah memandu anda:
i) 2 keping gambar warna.
ii) 1 keping salinan fotostat MyKad.
iii) Keputusan-keputusan komputer.
iv) Bayaran RM60 untuk lesen dan RM10 upah.

Pengusaha sekolah memandu perlukan 2 – 3 hari untuk mengeluarkan lesen “P” anda. Sehingga itu, bersabar dulu.

Saya sudah terangkan langkah-langkah dari permulaan hingga ke peringkat ujian yang di jalankan oleh pihak J.P.J. Dengan ini, adalah di harapkan bahawa tiada lagi mereka-mereka yang akan menulis ke blog ini mengenai topik yang sama lagi.


By | 2017-03-28T10:38:39+08:00 March 7th, 2010|Lesen Memandu|16 Comments

About the Author:

16 Comments

  1. henry March 19, 2010 at 8:13 am - Reply

    i attented driving course at a institute and up to now my instructor told me that my LDL is approved and can start learning. I guess i will received the LDL by hand in next learning session.

    But my problem is that i haven’t received my received my sijil for theroy and bengkel. Should i insist on getting those sijil from institute or instructor? Or is it common practice some driving school dont give out the sijil? When i check the myeg online helpdesk, i do notice there is sijil number on my student learning info.

    Hope can get some advise. thanks

    • Cikgu Yap March 21, 2010 at 12:01 am - Reply

      Your L.D.L. is approved. That’s important. Don’t be unduly worry about certificates for theory and other kursus. They are in fact not important.

      Just concentrate on learning how to drive.

  2. Michael Lim March 28, 2010 at 2:20 pm - Reply

    But why most of my friends I asked they said the all tests and kursus offered by institute is around RM800?

    • Cikgu Yap March 29, 2010 at 2:02 pm - Reply

      RM800 is the norm of kursus (5 & 6 hours), undang test and “L”. It includes also Pra exam and practical test by J.P.J. and inclusive of 10 lessons.

      About RM70 – RM80 is further collected for 2 years “P” license.

  3. fisza January 5, 2011 at 12:02 am - Reply

    Good Day Cikgu Yap.
    saya gagal dlm ujian OTR pd bulan 5 2010, krn kurang kemahiran mngendalikan viva baru. manakala ujian litar, saya lulus. sehingga sekarang, january 2011, adakah lesen L sy masih available? sya bcadang menambah kelas dalam masa terdekat. Utk pengetahuan cikgu yap, sya menghadiri kelas memandu pd February 2010.

    terima kasih.

    • Cikgu Yap January 7, 2011 at 10:07 am - Reply

      Kalau L mati, membaruinya. Menambah kelas pembelajaran satu cadangan yang baik.

  4. aida July 28, 2011 at 2:18 pm - Reply

    hi cikgu yap, selamat sejahtera..

    saya mempunyai bebrapa soalan mengenai lesen saya..
    saya telah menduduki ujian bahagian 1 pada 21/12/2009 dan telahpun lulus. kemudian saya sudahpun mengambil ujian praktikal (parking, bukit dsb ) serta jalan raya.kali pertama saya menjalani ujian tersebut pada mac 2010 dan saya gagal pada jalanraya. kali kedua saya mengambilnya pada awal april 7hb kalo tak salah saya dan saya telah lulus kedua2nya. namun saya tidak dapat membuat lesen di JPJ ketika itu kerana saya sangat menghadapi masalah kewangan dan tidak habis membayar kepada sekolah memandu saya. pada mac tahun ini saya telah membayar habis kepada sekolah memandu saya malangnya mereka memberitahu saya tidak dapat lesen P kerana mereka tidak dapat mendaftarkannya kerana sudah tamat tempoh beberapa hari. namun lesen L saya masih sah sehingga 20/12/2011.

    soalan saya:
    1) bolehkah saya cuba untuk membuat permohonan kepada Pengarah JPJ untuk permohonan pendaftaran lesen P saya yg telah tamat tempoh itu?

    2) sekiranya tidak, saya perlu menduduki semula ujian praktikal JPJ. Malangnya lesen saya akan tamat tempoh pada 20/12/2011. saya kini hamil 4 bulan dan dijangka bersalin pada awal januari 2012. saya sangat bimbang untuk memandu kenderaan atas kesihatan ketika hamil, mabuk loya dsb,dan bimbangkan risiko keguguran. bolehkah saya membuat permohonan untuk melanjutkan lesen ini atau bagaimana khidmat nasihat cikgu yg sepatutnya.

    saya benar-benar buntu…harap cikgu dapat bantu saya.

    • Cikgu Yap August 5, 2011 at 4:46 pm - Reply

      Kerana tidak dapat seledai hutang anda kepada sekolah memandu, keputusan ujian praktikal anda telah luput tempohnya. Anda tidak ada pilihan lain kecuali menduduki Bhg II and Bhg III sebelum 20/12/11/ Tetapi sayang sekali, keadaan sarat anda tidak mengizinkan anda menduduki ujian praktikal.

  5. JJJ July 27, 2012 at 7:46 am - Reply

    Kalau ada saman polis atau jpj boleh ambil lesen tak?

    • Cikgu Yap July 30, 2012 at 1:22 pm - Reply

      Kalau anda di senarai hitam, mungkinan anda di larang ambil lesen.

  6. Riffie August 29, 2012 at 11:39 am - Reply

    Saya hendak bertanya, Saya berumur 20 dan sudah mempunyai lesen B-full dan D saya masih dalam “P” hujung tahun 2012 baru habis “P” saya hendak menambah lesen “GDL” adakah saya perlu pergi ke kelas untuk belajar lagi?

    • Cikgu Yap September 3, 2012 at 10:01 am - Reply

      Tunggu sampai P tamat dan anda berusia 21. Bagaimanapun, anda perlu hadir 2 kelas GDL dan ujian kemudian kelak.

  7. Vivian March 23, 2013 at 1:21 pm - Reply

    I’ve obtained my L for D license. During lecture, I was informed that after the 6 hours(3 hrs theory and 3 hrs practical) there will be another 10 hrs for practice. But my agent said I have another 7 hrs because i’ve completed my 3 hrs earlier. Is this rightful?

    • Cikgu Yap March 27, 2013 at 3:26 pm - Reply

      There are some driving schools who consider the 3 hour theory course as part of the training course. I for one do not do that.

  8. zara March 18, 2014 at 2:21 pm - Reply

    cikgu yap anak saya telah menghadirkan diri utk krusus memandu tetapi anak saya telah gagal dalam ujian computer sebanyak 3 kali. pihak sek memandu meminta ank sy menjalani ujian bertulis bersama jpj dan mengenakan bayaran yuran sebanyak rm20 malangnya ujian tersebut tidak dijlnkan atas alasan pihak jpj belum lagi tentukan tarikh ujian skrg masa telah berlalu 1 tahun lebih dari tarikh dia mendaftar masalahnya pihak sek memandu minta ank sy byr yuran penuh kembali dan mereka kata tempoh masa telah tamat. Soalan saya apakah ank sy perlu menghadiri krusus sekali lagi?

    • Cikgu Yap March 27, 2014 at 11:27 am - Reply

      Nampaknya kursus 5 jam telah tamat tempohnya. Perlu hadir KPP baru sekali lagi.

Leave A Comment