Penguatkuasaan Sistem AES Di Malaysia

Penguatkuasaan Sistem Automatik ataupun A.E.S (Automated Enforcement System) telah dilaksanakan di negara kita.

Kalaunya pada masa sekarang, pesalah-pesalah trafik di Malaysia kini ditahan mahupun diberkas oleh para pegawai JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), pihak polis ataupun pegawai-pegawai majlis-majlis tempatan, masanya telah tiba, tugas tersebut di atas diserahkan kepada suatu sistem penguatkuasaan yang canggih serta berkesan ini.

Sistem tersebut digelarkan “Automated Enforcement System” dalam Bahasa Inggeris. Lebih daripada 1000 Kamera canggih akan digunakan di seluruh pelusuk tanah air kita untuk mencapai tujuan tersebut di atas.

Antara kesalahan-kesalahan yang lumrahnya dilakukan oleh pemandu-pemandu Malaysia sudah tentu termasuk:

i. Tidak mengendah lampu isyarat. Untuk kesalahan ini anda boleh dihukum di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dendanya RM 300.

ii. Melebihi had laju ataupun “speeding” yang melanggar peraturan Seksyen 40(1) APJ 1987. Kesalahan ini akan menggenakan anda sebanyak Rm 300 kompaun.

Kiranya anda diheret ke mahkamah pula, pemandu-pemandu boleh didenda RM 1000. Lessen anda pula boleh diendoskan ataupun digantung selama sebulan.

Perlu diumumkan bahawa pihak berkuasa tidak berdaya menggunakan daya tenaga manusia iaitu pegawai JPJ, polis ataupun lain-lain demi menangkap pesalah-pesalah trafik lagi. Oleh demikian, saya merasa sistem A.E.S yang akan dilancarkan tidak lama lagi adalah satu-satu tindakan yang wajar serta baik.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata baru-baru ini, kamera-kamera yang diguna dalam sistem canggih ini dapat menangkap gambar-gambar jelas. Ia juga dikatakan dapat bekalan masa, tempat kejadian dan tarikh kesalahan itu terjadi. Ketiga-tiga butir ini penting untuk perjalanan satu-satu kes di mahkamah.

Sebelum sistem penguatkuasaan automatik dijalankan, JPJ telahpun menjalankan beberapa ujian di seluruh tempat di Malaysia. Baru-baru ini, di Putrajaya, ujian dijalankan dengan berjaya. Kamera-kamera A.E.S telah berjaya memberkas ramai pesalah yang melakukan kesalahan. Selain itu, JPJ menegaskan sistem tersebut di atas juga diujikaji di 10 tempat lain di Malaysia.

Sayugia diberitahu bahawa JPJ adalah hak milik sistem A.E.S, meskipun sistem ini dikendalikan dan direka oleh 2 buah swasta di Malaysia.

Menurut berita, pihak kerajaan tidak perlu mambuat apa-apa bayaran kepada pihak swasta. Selain itu, berita mengatakan, syarikat-syarikat yang bertanggungjawab mendirikan sistem ini hanya diberi sebahagian daripada bayaran-bayaran saman saja. Kadarnya, katanya, belum ditetapkan lagi.
Mengikut Pengarah Besar, Datuk Solah Mat Hassan, dipercayai sistem automatik yang baru ini dapat mengenalpasti pesalah-pesalah trafik. Dengan perlancaran sistem ini, pesalah-pesalah “degil” akan diberi saman dalam tempoh masa 2 minggu.

Suatu berita yang baik yang dapat diumumkan adalah sistem A.E.S ini dapat juga menangkap jenayah-jenayah lain yang kini berlaku di negara kita hari ini. Seperti pepatah Melayu berkata, “sambil menyelam, minum air”.

Lain maklumat-maklumat penting yang blog ini dapat membekalkan kepada pembaca-pembaca tentang sistem sudah tentu termasuk:

i. Terdapat 566 kamera menangkap had laju
ii. 265 kamera lampu isyarat
iii. 250 kamera “mobile” ataupun “bergerak”

A.E.S sudah dibukti sungguh berkesan di negara-negara asing umpamanya di Singapura, misalnya. Kini kita sampai ke suatu soalan penting berhubung dengan sistem penguatkuasaan ini. Untuk suatu-suatu sistem itu berjaya, ianya harus dilaksanakan dengan sungguh serta ketat.
Saman-saman yang dikeluarkan hendaklah dibayar ataupun diselesaikan.

Sekiranya, saman-saman yang ada tidak diendahkan pesalah-pesalah, maka hajat sistem penguatkuasaan automatik ini akan akhirnya gagal. Dengan demikian, usaha kerajaan melancarkan A.E.S akan menemui ajal. Perlancarannya sia-sia sahaja.

Harus diingat iaitu adalah mudah untuk meluluskan sesuatu undang-undang baru. Tetapi yang sukar adalah bolehkah kita melaksanakan undang-undang tersebut dengan baik ataupun sempurna? Itulah soalnya!

By | 2014-04-25T20:38:06+08:00 April 25th, 2014|Lesen Memandu|1 Comment

About the Author:

One Comment

  1. Biker.my June 23, 2014 at 9:54 am - Reply

    Projek-projek mega camnie memang senang nak buat tapi bila bab penguatkuasaan, lemah.

Leave A Comment