Di rencana yang awal sebelum ini yang berjudul “Tip-tip Ujian Jalan Raya J.P.J Untuk Kereta” (Kelas D), beberapa tunjuk ajar telah diberi.

Disini, saya ingin tambahkan lagi syor-syor lain yang saya dapat memperkukuhkan lagi peluang anda untuk meluluskan bahagian ke II (Jalan Raya J.P.J).

1) Jangan lupa memakai “tali keledar” (seat belt). Gagal memakai tali keledar anda dipotong 5 markah. Dengan demikian anda secara automatiknya akan Gagal ujian bahagian ini. Ingat, 16 adalah markah lulus.

2) Berhampiran sekolah sudah pasti ada Lampu Isyarat. Berhenti kalau lampu isyarat berwarna Merah. Gagal berhenti untuk lampu isyarat merah bererti anda akan Gagal.

3) Sekiranya sewaktu memandu anda sedar terlupa membetulkan sama ada cermin dalam atau cermin tepi dan anda tidak dapat lihat belakang dengan agak baik, jangan sekali-kali mencuba hendak memperbetulkannya.

Tindakan awak hanya akan menyedarkan si penguji bahawa ada satu-satu yang anda telah buat kurang betul. Menolak 1 markah dari kertai ujian anda besar kemungkinan akan mengagalkan anda.

4) Semasa ujian jalan raya sudah tentu ada kenderaan yang mencuba keluar dari simpang-simpang. Awak harusnya gunakan “hon” bagi melarang mereka berbuat demikian.

5) Akhir sekali, kebanyakan calon, akibat sebab mereka gementar kerana ujian, berkali-kali lalai meletakkan kereta dalam “free gear” atau neutral sehabisnya ujian tamat.

Apa yang sering berlaku adalah sebaik sahaja penguji cuba membuka pintu untuk turun kereta, kenderaan itu tiba-tiba meloncat kedepan dan nyaris-nyaris akibatkan si penguji mengubahkan keputusan dan akhirnya calon tersebutnya diberi keputusan Gagal.

Diharap rencana tambahan ini dapat membawa kejayaan yang lebih mantap dalam ujian J.P.J. Bahagian Jalan Raya.

By | 2017-12-22T13:12:43+08:00 May 13th, 2009|Lesen Memandu|12 Comments

About the Author:

12 Comments

  1. lin March 2, 2010 at 5:47 pm - Reply

    hai nama sya lin tak lama lg sya kan ambik ujian driving test jpj sya agak gementat bagaimana nak hilang kan gementar ni macam nak hk=lang semangat coz sya risau sngat takut nanti gagal pls bagi sya tips?

    • Cikgu Yap March 3, 2010 at 4:51 pm - Reply

      Gementar itu biasa. Yang penting, cuba sedaya upaya.

  2. athy May 22, 2010 at 10:30 pm - Reply

    selamat malam Cikgu Yap.Nak tanya tentang markah yang diperuntukkan untuk ujian jalan raya, dan apa kah yang wajib dilakukan dhulu sebelum menghidupkan enjin..langkah2 adjust tempat duduk,side mirror dan sebagainya secara details. yang mana harus dahulu dan yang mana harus kemudian..

    • Cikgu Yap May 24, 2010 at 9:56 am - Reply

      Perkara anda tanya sudah di sentuh sebelum ini. Di minta anda rujuk kepadanya. Bagaimana, “tempat duduk” merupakan nombor satu di semak.

  3. mukhlis June 10, 2010 at 1:04 pm - Reply

    saya sudah ada lesen L untuk motor dan baru2 ini saya sudah habis membuat ujian 10jam untuk membuat test JPJ tetapi apabila disemak kembali lesen saya dibahagian 1 telah tamat tempoh iaitu 20/05/2008-29/05/2010 jadi saya tidak boleh membuat test jpj cikgu yap adakah saya masih boleh meneruskan test jpj dengan cara lain?dan saya tidak mempunyai lesen kereta

    • Cikgu Yap June 12, 2010 at 11:14 pm - Reply

      Anda tidak boleh ambil ujian praktikal JPJ. Harus hadir 5 jam kursus KPP dulu. Duduki peperiksaan dan lulus undang-undang.

  4. yumi December 9, 2010 at 1:46 pm - Reply

    adik saya baru sahaja selesai menjalani ujian praktikal JPJ tadi. selepas dia selesai diuji jalan luar, dia tidak terus memerhatikan borang penilaian ujian memandu bagi kelas D(motokar) kerana borang tersebut terus dikutip oleh pengajar di situ. adik saya tidak sempat melihat markah yang diperolehinya namun sempat memerhati dua kotak iaitu kotak ‘lulus’ dan ‘kandas’. dia mendapati terdapat simbol ‘X’ di kotak ‘kandas’. simbol tersebut menunjukkan adakah adik saya gagal dalam ujian tersebut? atau bolehkah dia periksa keputusan tersebut di pusat latihan yang dia duduki pada keesokkan hari nya?

    • Cikgu Yap December 10, 2010 at 2:25 pm - Reply

      Keputusan sebanarnya empunya adik anda. Minta ianya balik daripada pengajar. Kiranya ia enggan berikan balik, laporkan kepada pihak berkenaan.

  5. has December 24, 2010 at 1:37 am - Reply

    Hai, cikgu Yap,
    Saya br selesai menduduki ujian praktikal jpj pd 22/12 lps..Kesilapan sy ialah sy terlupa utk meneliti samada sy btl2 lulus atau tidak ujian tersebut..yg smpt sy perhatikan sepintas lalu ialah tiada tanda “x” pd KANDAS..rasanya lah..Awalnya sy yakin bhw sy LULUS kerana sy dibenarkan memandu kereta kembali ke tmpt mula tnpa diambil alih oleh cikgu bertugas sms ujian slps selesai membuat rutin 3 penjuru..Adakah cikgu mengajar ada menyimpan salinan keputusan ujian tersebut?

    • Cikgu Yap December 27, 2010 at 4:20 pm - Reply

      Sebanarnya, selapas ujian anda akan di beri keputusan and tukar Part II dan Part II. Untuk lulus, anda mesti lulus semua bahagian.

  6. erni embaran January 19, 2012 at 9:32 pm - Reply

    saya ada ambil ujian komputer. kali pertama saya dpt 41 markah, kedua kali saya dpt 31 markah dan baru2 ni saya ambil lagi saya dpt 37 markah semua gagal. saya dah baca buku setiap hari tak kira pagi atau mlm. apa yg boleh saya buat masa sekarang. saya benar2 ingin ada lesen kereta cuma susah nak lulus ujian komputer itu sj. kdg2 rasa nak nangis juga dpt markah tu.

    • ATIKAH MUIS January 28, 2019 at 10:39 am - Reply

      ERNI EMBARAN, nasihat saya,awak kene cuba byk kali test komputer tu dulu sebelum awak yakin utk amek ujian komputer yg sebenar.. awak perlu beli 1 kad ujian komputer di tmpat awak hadiri kursus 6 jam tu..dia macm kad topup handphone,akan ade password awak perlu gores dan awak perlu layari laman web tersebut,sb soalan dia sama dgn ujian komputer sebenar.. in shaa allah byk mbantu awak nnti..baca buku sahaja tp xpraktis buat ujian pn xguna..sb xsemua soalan
      masuk..

Leave A Comment