Kalau anda adalah seorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan anda bercadang untuk membuat tuntutan insurans takaful, terlebih dahulu, anda harus muat turun dan isi borang permohonan tuntutan takaful.
Nombor siri borang tersebut adalah PTPTN-K-01 / 1-2011 Pin. 10.
Di dalam borang tersebut, anda harus mengisi butir-butir seperti berikut:
1) Maklumat peminjam – Nama dan nombor kad pengenalan
2) Maklumat penuntut takaful / waris – Nama, nombor kad pengenalan, pertalian, nombor telefon dan alamat surat-menyurat
3) Maklumat permohonan – Adakah ini kes kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh
4) Dokumen sokongan yang di perlukan. Semua dokumen sokongan mesti di sahkan oleh pegawai yang layak
5) Pengakuan penuntut takaful / waris
Untuk muat turun borang PTPTN takaful secara online, sila klik link di bawah. Borang tersebut adalah di dalam format PDF.
Klik sini untuk muat turun borang
Leave A Comment