Nasihat Daripada Seorang Bekas Pelumba Motorsikal Haram

Hampir-hampir sebulan dahulu, 3 jejaka di Kuala Terengganu mati akibat merempit motor. Salah seorang daripada mangsa tersebut telah kehilangan kepalanya, manakala salah seorang lagi daripada mangsa kemalangan tersebut telah kehilangan sebelah tangannya pula.

Akta Pengangkutan Jalan Seksyen 81 berbunyi:” Menaja atau menyertai lumba haram adalah salah satu kesalahan serius.”

Perbuatan tersebut di atas lebih di kenali sebagai merempit motor di kalangan jejaka-jejaka muda di negara ini. Dendaan bagi kesalahan ini adalah: Denda RM2000 atau 6 bulan atau kedua-duanya. Selain itu, dendaan RM2000 atau 6 bulan penjara dan lesen boleh digantung 1 tahun.

Denda-denda yang di jatuhkan ke atas mereka yang merempit motor itu memangnya berat. Tetapi, sayangnya sekali, gejala ini terus bermaharajalela di kalangan pemuda-pemuda negara ini.

Operasi-operasi yang sering di jalankan oleh pihak polis dan juga pihak J.P.J. nampaknya tidak dapat mematahkan semangat pemandu-pemandu motorsikal yang teruskan merempit motor.

Baru-baru ini, sempena perlancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena perayaan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, J.P.J. telah memperkenalkan wakil ambassadornya, S. Velan kepada orang ramai.

Siapa sebenarnya S. Velan?

Bagi makluman para pembaca, Velan yang berasal dari Seremban berusia 27 tahun. Beliau kini seorang ahli pasukan bola keranjang paralympik Malaysia. Paralympik merupakan pasukan orang-orang cacat dalam kesukanan di Malaysia.

Velan yang kini dalam keadaan cacat dan terpaksa menggunakan kereta sorong mengatakan beliau memang menyesal akan masa-masa mudanya di mana beliau telah terlibat dalam perlumbaan haram atau merempit motor.

Beliau kini menyeru pemuda-pemuda di seluruh Malaysia supaya jangan mengikuti langkah-langkah beliau.

Menurut ambassador J.P.J. ini, Velan mengatakan beliau telah terlibat dalam lumba-lumba haram sejak beliau berada di Tingkatan 1 lagi. Katanya, beliau memang mempunyai ramai rakan-rakan yang adalah perempit motor.

Mengulas tentang kemalangan dahsyat yang akhirnya mengakibatkan beliau cacat, Velan mengatakan kejadian itu telah berlaku 10 tahun dahulu. Katanya, “saya telah memecut motor sehingga 170 km/j. Ketika itu, saya sedang menunggang sebuah motor popular jenis RXZ. Hari tersebut hujan dan semasa mencuba melipat di salah satu selekoh tajam, saya kehilangan kawalan dan merempuh sebatang lampu jalan”.

Kini, Velan tidak berdaya berjalan kaki lagi. Beliau terpaksa menggunakan kereta sorong orang cacat sepanjang hayatnya. Kata Velan, mujur ramai rakan-rakan beliau kini telahpun memberhentikan usaha-usaha mereka merempit motor.

Adalah harapan S.Velan,bahawa mat-mat rempit di seluruh pelusuk tanah air kita akan menyahut seruan beliau supaya jangan terlibat dalam gejala merempit motor lagi.

Bercakap berhubung dengan operasi keselamatan jalan raya bersempena dengan Tahun Baru Cina, Menteri Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Seri Kong Chong Ho berkata, Kementerian beliau bertujuan mengurangkan kadar kemalangan sekurang-kurangnya dengan kadar sebanyak 10%.

Tambahnya, kini terdapat 3.39 kematian bagi kenderaan-kenderaan yang di daftar pada tahun lalu berbanding dengan 3.55 kematian pada tahun 2009. Ini merupakan kejatuhan sebanyak 4.5%.

By | 2012-09-21T20:22:56+08:00 January 27th, 2011|Pemandu Kurang Upaya|2 Comments

About the Author:

2 Comments

  1. Simon Yee February 14, 2011 at 4:33 am - Reply

    Hi,
    This days the public especially the people in the society still think that ‘Ai ya the youngster will change la the will grow up.”
    Let me say this ‘One ! They will never grow up.”
    Before they can even have kids they will die on the road and never even know what killed them.
    It goes without saying that what kills them is the ignorance, peer pressure, and poor guidance of parents and their culture is that of ‘I am too busy”.
    Especially for those in the corporate working place.
    This are all about moral, ethics and also parenting responsibility.
    Worse of all, they belong to the govt servant, big companies and political parties.
    They can’t even take care of the children how can they take care of the their work and their life because they themselves are also an indiscipline bunch.

    • Cikgu Yap February 18, 2011 at 7:23 pm - Reply

      Your comments are all noted. People nowadays are very indisciplined. This seems to be the major cause of accidents these days.

Leave A Comment