5 Kecemasan Penunggang Motosikal Dan Cara Mengatasinya

“Kecemasan” ataupun “emergencies” merupakan salah satu tajuk paling semasa kursus Kursus Pendidikan Pemandu (KPP) di jalankan di institut-institut memandu.

Meskipun tajuk kecemasan untuk pemandu kenderaan diberi perhatian berat, “kecemasan” bagi penunggang motor nampaknya tidak disentuh sama sekali di kelas KPP. Oleh yang demikian, saya telah berikhtiar untuk menyentuh tentang “kecemasan” yang mungkin akan dihadapi oleh para penunggang motosikal dalam artikel ini.

Terlebih dulu, mungkin para pembaca blog ini ingin tahu, apakah kecemasan yang biasanya dihadapi oleh pemandu kereta. Kecemasan yang biasa pemandu-pemandu kereta menghadapi termasuk cermin pecah, tayar pamcit, kehabisan minyak petrol, sistem brek gagal, lampu hadapan rosak dan banyak lagi.

Sekirannya ditinjau dengan terperinci, sebenarnya, penunggang-penunggang motosikal kebetulannya, tidak menghadapi kecemasan-kecemasan yang banyak. Mungkin tiga atau empat kecemasan saja, ataupun dikatakan dapat dikira dengan jari tangan saja. Antaranya “kecemasan” yang lumrahnya dihadapi oleh penunggang-penunggang motosikal termasuk:
i. Masalah hujan yang menurun dengan tiba-tiba.

ii. Tayar bocor ataupun “pamcit”.

iii. Rantai motor putus.

iv. Kehabisan minyak sewaktu berjalan.

v. “Plug” ataupun “padam” motor rosak.

1) Masalah hujan

Kalau anda pernah menduduki ataupun menunggang motor, anda sudah tentu akan tahu bahawa hujan merupakan masalah utama bagi penunggang motor. Apa yang dicadangkan adalah bahawa penunggang-penunggang sediakan baju hujan di motosikal mereka. Baju hujan plastic tidak berharga sangat tinggi.

Tanpa sehelai baju hujan, para penunggang motosikal terpaksa berhenti di tempat-tempat berteduh, di bawah pokok dan di bawah jejantas sibuk. Berteduh di bawah jejantas sebenarnya amat bahaya sekali.

Banyak kemalangan telah berlaku di tempat-tempat sedemikian di mana kenderaan-kenderaan besar umpamanya treler, bas dan lori-lori besar, seringkali dilaporkan melanggar penunggang-penunggang motor yang berteduh di bawah tempat-tempat berkenaan. Dengan baju hujan, nampaknya kecemasan ini yang dikatakan dihadapi oleh para penunggang motosikal dapat diatasi.

Hujan merupakan rahmat kepada segelintir orang. Kepada penunggang motosikal, ianya boleh menjadi sesuatu masalah pula.

2) Tayar bocor ataupun masalah pamcit.

Tayar bocor ataupun pamcit merupakan masalah utama yang seringkali dihadapi oleh seseorang penunggang motor. Sesebuah motor yang menghadapi masalah tayar bocor mahupun “pamcit”, seharusnya ditanggal rodanya serta dibawa tayar rosak dihantar ke kedai tayar untuk dibetulkan.

Seandai seorang penunggang motor teruskan menunggang motornya walaupun tayar motornya sudah bocor ataupun pamcit, maka tayar serta tiub motornya akan rosak. Kemungkinan besar juga, “rim” motornya akan terus mengalami kerosakan juga.

Apakah yang sebenarnya yang harus dibuat sekira tayar motosikal menemui kebocoran? Penunggang motosikal dicadangkan menyediakan alat-alat umpama “screwdriver”, alat-alat spanar pelbagai jenis saiz dan alat-alat mekanik yang lain yang dapat membantu penunggang motor menanggalkan rodanya daripada kenderaanya dan kemudian tayar yang bermasalah itu dapat dihantar ke stesen-stesen pam minyak ataupun kedai-kedai tayar untuk dibetulkan.

3) Rantai motor putus.

Meskipun kecemasan ini jarang dihadapi oleh seseorang penunggang motosikal, namun demikian, ianya boleh berlaku sekiranya seseorang penunggang motosikal kurang bernasib baik. Untuk mengelakkan rantai motosikal daripada terputus di tengah jalan, anda sebagai seorang empunya motor harus bermain peranan sebagai seorang penunggang motosikal yang cekap serta bertanggungjawab.

Hantarkan motor anda dari semasa ke semasa ke kedai motor berdekatan demi menserviskan rantai motor anda. Rantai motosikal sepatutnya diselaputi minyak ataupun gris sebaik-baiknya. Selain daripada itu, rantai motor anda boleh menjadi longgar ataupun panjang selepas motor itu dipandu satu jarak perbatuan yang agak jauh.

Sekiranya rantai motor kenderaan anda diberi perhatian servis yang baik, maka sudah pasti ini dapat mempertahankan rantai motor anda daripada terputus. Ambillah perhatian kepada cadangan yang saya berikan. Rantai putus di setengah perjalanan sebenarnya merupakan satu-satunya yang dapat diperelakkan.

4) Plug motor mungkin rosak.

Kebanyakan motosikal mempunyai sebiji “plug” ataupun “padam” saja. Sekiranya motosikal itu dipantu sesuatu jarak yang agak jauh, besar kemungkinan “plug” motor boleh menjadi rosak. Ada kalanya, plug mungkin menimbulkan pelbagai jenis masalah.

Plug yang kurang memuaskan akan mengakibatkan kenderaan motor itu berjalan dengan tidak lancar ataupun mengenjot-enjot. Empunya motosikal seharusnya memastikan bahawa ia menyediakan sebiji ataupun dua biji plug tambahan ataupun “spare” di motosikalnya.

Selain dari plug-plug yang diperlukan, pastikan juga bahawa disediakan juga pembuka plug mahupun “plug opener” di motor anda. Masalah plug ataupun padam rosak di setengah jalan dapat dielakkan. Hantarkan motor anda ke kedai motor untuk menggantikan plug baru dari semasa ke semasa.

5) Kehabisan ataupun kehausan minyak petrol.

Kehabisan petrol motosikal seringnya berlaku kepada penunggang-penunggang. Motosikal-motosikal yang berjenis baru, beza daripada motosikal jenis lama. Motosikal lama ataupun dahulu, mempunyai tangki “spare”.

Sebenarnya, tangki ini memboleh mengizinkan sesebuah motor bergerak sejauh 5 hingga 10 kilometer dengan minyak “spare”. Tetapi, motosikal-motosikal yang berjenis baru itu kini mempunyai “meter” minyak yang membolehkan si penunggang itu tahu kadar minyak yang masih berada dalam tangki minyak.

Sekiranya sesebuah motor kehausan minyak semasa perjalanan, maka si penunggang motor tidak dapat menyalahkan sesiapapun kecuali ianya diri sendiri.

Oleh kerana itu, sebagai seorang yang menunggang motor, anda harusnya “merancang”. Pastikan anda mengambil langkah untuk mengisikan tangki minyak motosikal anda. Dengan langkah ini, motosikal anda tidak akan mengalami kehabisan minyak di pertengahan jalan.

Adalah diharapkan bahawa, kecemasan-kecemasan yang penulis ini telah mengutarakan di dalam artikel ini dapat mengelakkan anda mengalami kecemasan-kecemasan yang mungkin anda khuatiri.

By | 2012-09-21T18:04:04+08:00 April 5th, 2012|Penjagaan Kereta|4 Comments

About the Author:

4 Comments

  1. bahaya July 10, 2012 at 12:12 pm - Reply

    helo cikgu,,,,uncle sye adalah pemandu lori,,,,,dah 19 thn dia ade pengalaman memandu lori,,,,,,
    hr tu dia balik dari kerja.,semasa dia potong motosikal yg berada di sebelah kiri dia, pemandu yang membawa motosikal itu mengesel belakang lori uncle sye dan pemandu motosikal itu dah terjun ke atas rumput.tetapi orang yg duduk pembocennya mati di tempat kejadian. dua orang yg bawa motosikal adalah pelajar sekolah dan tidak memakai topi keledar dan tidak mempunyai lesen memandu,,,,,tetapi mereka memakai baju sekolah. polis kate uncle sye akan dihukum bawah seksyen 41,,,,,,,,apakah hukuman untk seksyen 41????dan perlukah kte melantik lawyer utk kes ni????terima kasih

    • Cikgu Yap July 11, 2012 at 10:43 am - Reply

      Walaupun penunggang-penunggang motor nampaknya bersalah, sedih sekali pakcik anda akan di tudah dibawah Seksyen 41 (1) iaitu akibatkan kematian. Elok dapatkan peguam untuk berlawa kes berat ini.

  2. lily July 10, 2012 at 12:13 pm - Reply

    Saya masih lagi dalam latihan, pertama kali saya pergi untuk belajar menunggang motosikal, pengajar hanya menyuruh saya naik motosikal sendiri dan lihat pada pelajar lain yang sedang membuat latihan..saya ada beritahu pengajar saya baru pertama kali datang.. Tidak diendahkan..saya hanya belajar sendiri…walaupun saya minta mereka ajarkan saya, mereka cuma suruh saya lihat pada pelajar lain…ada satu ketika saya dimarah oleh tenaga pengajar lain sebab saya tidak memberi salam kepada mereka walaupun saya ada berikan senyuman..kemudian perkara ini dijadikan isu dan ianya memalukan saya. Saya suka pergi awal pagi..pengajar beritahu saya blh datang seawal 8pagi..setiap kali saya datang awal.semua tenaga pengajar tiada..8.40 baru mereka muncul dengan surat khabar..tiada disiplin..sehingga sekarang saya masih tidak yakin untuk mengambil ujian disebabkan saya tidak pasti samada latihan yang saya buat itu betul langkahnya.. Dimana saya boleh membuat aduan mengenai sikap mereka ini?

    • Cikgu Yap July 11, 2012 at 10:42 am - Reply

      Sedih anda telah memilih sebuah institut yang nampaknya kurang professional. Pengajar-pengajar nampaknya tidak jalankan tugas dengan bersungguh-sungguh. Anda boleh buat aduan di ibu pejabat negeri JPJ.

Leave A Comment