Karya ini bertujuan memberi sedikit bantuan atau tunjuk ajar kepada pemandu-pemandu “P” yang baru mencapai lesen memandu kereta mereka.

Adalah diharapkan nasihat-nasihat yang diketarakan dalam hasil ini dapat membantu pemandu-pemandu semasa mereka menghadapi masalah.

Harus diperingatkan kepada mereka sekiranya anda baru memperolehi kereta baru sendiri atau bercadang untuk mendapatkan kenderaan “second hand” anda, anda harusnya tahu sedikit-sebanyak tentang bagaimana anda boleh menjaga kereta itu.

Anda sebagai “pemandu” atau “pemilik” tidaklah boleh menyelah sebulat-bulat tanggungjawab kepada mekanik untuk menyelesaikan semua masalah anda.

Yang pertama disyorkan anda mengambil langkah bagi menjadi ahli / menyertai Persatuan Otomobil Malaysia (A.A.M. – Automobile Association Malaysia).

Menjadi ahli yuran setahunnya lebih kurang RM60 sahaja. A.A.M. akan memberi bantuan dan perkhidmatannya 24 jam di sekitar Lembah Kelang.

Disamping itu, sebagai seorong pemandu tidak kira jantina harus peka tentang kereta sendiri.

Pendik kata, anda sebagai wanita tidak harusnya “jahil” tentang penjagaan kereta.

Ada beberapa bahagian atau komponen kereta yang harus diperkenalkan kepada anda.

Yang pertama “plugs”. Kebanyakan kereta mempunyai 4 biji, kecuali Kancil 3 biji saja.

Biasanya tidak banyak masalah berhubungan komponen ini.

Kereta baru atau “second hand”, kalau plug-plugnya ditukar 6 – 9 bulan sekali memadailah.

Serahkan kepada mekanik untuk membuat keputusan bila hendak menukar komponen ini.

Kedua, adalah “air filter” (penapis udada kereta). Komponen ini menapis udara yang memasuki karburetor. Udara hari ini memang kotor.

Yang dicadangkan adalah menukarlah bahagian ini lebih kurang 6 bulan sekali.

Ingat, penapis udarar boleh menjejaskan “timing” sesebuah enjin.

Ketiga, adalah “minyak hitam” dan sekaligus “oil filter” (penapis minyak).

Berdasarkan berapa jauh kilometer anda berjalan, puratanya minyak hitam / pelincir dicadangkan ditukar 5000 km sekali.

Ada sesetengah orang tukar barangan ini mengikut jangkamasa waktu.

Terselah kepada anda yang mana satu mirip mengikuti. Untuk kereta baru atau “second hand” anda, yang paling senang, pilihlah minyak pelincir jenis “Multigrade” (10W – 50W).

Kalau ada apa-apa kemuskilan, rujuk kepada mekanik / foreman anda.

Ada suatu komponen yang juga harus diperingatkan kepada anda. Ini adalah “fuel filter” atau penapis petrol.

Terdapat kotoran dalam bahan petrol.

Dari masa ke semasa, pastikan komponen ini ditukar. Langkah ini dapat memastikan kenderaan anda akan berjalan denagan lancar atau licin.

Komponen kelima yang ingin saya sentuhi ialah “radiator” atau tangki air.

Suhu kereta anda dikawal oleh bahagian ini.

Tabung plastik sebelah enjin disambung kepada radiator (tangki air).

Dari masa ke semasa intai paras air ditabung plastik.

Kalau air kekurangan, isi tempat ini. Tidak perlu isi air di radiator.

Leceh membuka penutup besi radiator.

Diingatkan pemilik kenderaan yang kurang berpengalaman jangan sekali-kali cuba membuka penutup radiator yang sedang panas.

Ini kerana suhu / air yang panas boleh memercik keluar serta mencederakan badan / tangan / anggota anda.

Yang keenam harus saya ingatkan anda adalah “minyak brek”.

Perhatikan minyak brek ditakungan plastik sampai ke paras atas.

Janagan inzinkan paras jatuh ke paras bawah.

Guna minyak brek DOT 3. Elak guna jenis DOT 4 (untuk kenderaan cuaca sejuk seperti Eropah).

Kiranya minyak brek berwarna merah-merahan, ia boleh dicampur dengan minyak brek yang hijau.

Tidak ada masalah mencampuri kedua-dua warna minyak brek.

Komponen ketujuh pula ialah “tayar”.

Ada 3 perkara – Tekanan, Imbangan and Penjajaran. Anda harus sedari tentang tayar.

Oleh kerana ketiga diatas agak pelik bagi seorang yang baru saja dapat lesen, maka dicadangkan serahkan tugas ini kepada pakar tukar tayar.

Yang satu elok anda belajar buat sendiri iaitu tekanan.

Paling senang, harus ingat tayar belakang tekanan 24 – 26 psi (pound per sq. inch) dan depan, kerana menampung enjin kereta, 26 -28 psi.

Lampu brek ketiga atau brek kedua belah sisi ada kala berbakar.

Tukar mentolnya saja. Anda sendiripun boleh lakukan penukarannya.

Kalau susah, hantarkan kepada mekanik anda.

Ingat, kalau mana-mana lampu brek tidak bernyala, anda boleh kena saman polis.

“Horn” adakalanya gagal berfungsi khasnya semasa cuaca hujan.

Komponen ini yang diletak dibahagian bawah kenderaan terkena air dan mudah rosak. Horn rosak merumitkan pemandu kereta.

Untuk mengatasi masalah ini, hantarkan saja kepada mekanik.

Suatu lagi komponen penting dalam kereta kita ialah “bateri”.

Bateri sekarang tidak perlu dijaga, tidak perlu tambah air seperti bateri jenis lama.

Kalau anda masih lagi gunakan bateru jenis lama yang perlu diisi air, pastikan paras air bateri sampai ke paras atas.

Air yang digunakan untuk mengisi bateri biasanya air bateri yang dapat dibeli dikedai-kedai bekalan barangan auto.

Bateri terdiri daripada jenis 9 plet atau 13 plet.

Yang 13 plet lebih besar, lebih berkuasa, lebih tahan lama daripada 9 plet.

Jaga bateri dengan baik dan bateri anda dapat bertahan lebih kurang 15 bulan puratanya.

Yang akhir sekali, perkara atau komponen yang walaupun kecil saja, sentiasa dilupai ramai pemandu, tetapi ingat, anda boleh kena saman kalau berlaku kepada anda.

Lampu belakang plet numbor anda.

Sentiasa perhatikan nombor plet dari masa ke semasa.

Kalau ia tidak bernyala, tukarlah mentolnya. Ia berharga beberapa sen saja demi mengelakkan anda dikena saman.

Sekian saja dan selamat memandu.

Diakhir karya ini dengan memperingatkan para pembaca blog saya bahawa saya bukanlah seorang mekanik, tapi apa yang saya hurai / ketarakan disini dicungkil dari pengalaman saya yang lebih 30 tahun serta pengalaman sebagi seorang penceramah Teori 6 Jam bagi mendapatkan Sijil JPJ L2B.

Terlebih dahulu saya mohon maaf kiranya terdapat perbezaan yang berlaku diantara pendapat saya yang saya utarakan dengan pendapat penceramah lain.

By | 2017-12-22T22:46:48+08:00 May 27th, 2009|Penjagaan Kereta|8 Comments

About the Author:

8 Comments

  1. syafiq October 17, 2009 at 12:58 pm - Reply

    tips yang baik. tapi lebih mudah difahami jika disertakan dengan gambar untuk memberikan gambaran yang lebih jelas. mungkin selepas ini anda boleh berikan tips berkenaan kerosakan asas kereta. contohnya, jika kereta tidak boleh dihidupkan, apa yang boleh diperiksa oleh pemilik kenderaan untuk mengenalpasti punca kerosakan.

    • admin October 20, 2009 at 12:16 pm - Reply

      Saudara Syafiq,

      Terima kasih atas cadangan anda tentang gambar.

      Topik-topik yang anda cadang akan di pertimbangkan.

      ‘Cikgu Yap

      • alya June 20, 2010 at 12:45 am - Reply

        tangki air yg radiator tu dkt mana? mcm mana nk isi?? isi smpai penuh ke? TQ

        • Cikgu Yap June 22, 2010 at 2:23 pm - Reply

          Tangki air (raditor) di depan enjin. Isi takungan plastik yang di sambung kepada radiator.

  2. nizam March 27, 2011 at 7:53 pm - Reply

    bateri baru,asid bateri baru masuk..perlu d cas lg ker untuk kuat kn lg keupayaan jangka hayat bateri..klu d cas lg,adakah mendatangkan masalah pada bateri

    • Cikgu Yap March 30, 2011 at 9:08 pm - Reply

      Bateri jenis baru di caj secara sendiri. “Overcharge” bateri tidak digalakkan.

  3. Hapynor July 1, 2012 at 9:01 am - Reply

    Terima kasih di atas pencerahan & tips yang bernas ini.. Mohon kebenaran copy post ini untuk dijadikan sebagai bahan rujukan ya..

    • Cikgu Yap July 4, 2012 at 3:44 pm - Reply

      Saya rasa anda boleh download artikal yang anda minat itu.

Leave A Comment