Di dalam artikal ini, saya ingin menyentuh tentang cara-cara memandu kereta manual dengan betul dan selamat.

Anda juga akan mengenali bagaimana seseorang instructor memandu memberi pengajaran kepada seorang bakal calon yang hendak belajar memandu.

Sayugia di ingat kepada mereka-mereka yang ingin memberi pengajaran kepada anak atau sepupu mereka, iaitu sejak 1/1/1970, undang-undang Malaysia berkata bahawa mereka yang ingin memberi pengajaran kepada pemegang-pemegang lesen “L” di dapati salah dan boleh di hukum oleh pihak berkuasa.

Kini, kita sampailah keperingkat bagaimana hendak mengajar seseorang itu memandu.

1) Membetulkan tempat duduk.

Beritahu pelajar, di bawah tempat duduk ada lever untuk menolak tempat duduk itu ke depan atau ke belakang.

Gunakan tangan kiri untuk tugas ini.

2) Kedudukan tangan di stereng.

Pemandu-pemandu seelok-eloknya gunakan kaedah 10 dan 2.

Inilah posisi tangan yang terbaik sekali semasa memandu.

3) Tunjukan di mana letaknya hon kereta.

Kedudukan hon amat penting.

Pelajar harusnya tahu di mana kedudukan hon.

Ia hendaklah di guna semasa waktu kecemasan.

4) Kedudukan wiper kereta.

Pelajar baru harus di ajar bagaimana kendalikan wiper kereta.

Tunjukkan kepada pelajar, wiper lajuannya intermittent, slow dan fast.

5) Kedudukan signal kereta.

Tunjuk kepada seseorang pelajar baru bagaimana hendak menguruskan penggunaan signal kenderaan.

Tolak ke bawah, merupakan signal menunjuk ke arah kanan.

Tolak ke atas merupakan signal menunjuk ke arah kiri.

6) Tunjukan kontrol kaki – Clutch, brek dan injak.

Jelaskan kepada pelajar baru di mananya clutch, brek dan injak ataupun accelerator.

Kaki kiri hanya untuk memijak clutch saja.

Kaki kanan pula untuk memijak brek serta injak.

7) Bagaimana kendalikan brek tangan.

Tunjuk kepada pelajar baru bagaimana hendak tarik dan lepaskan brek tangan dengan cara yang betul.

8) Kedudukan gear kereta manual.

Pelajar hendaklah juga di tunjukkan kedudukan gear satu hingga ke gear empat.

Gear reverse tidak perlu di terang dalam kelas permulaan ini.

Ia boleh di ajar gear reverse kemudian kelak.

9) Bagaimana memijak injak.

Ajar murid yang baru bagaimana memijak injak atau accelerator dengan perlahan.

Memijak sehingga mendengar bunyi enjin menggaum.

Ini bererti minyak yang cukup untuk akibatkan sesebuah kereta itu bergerak.

10) Tunjukkan bagaimana caranya untuk memutar kunci kereta.

Beritahu pelajar baru bagaimana hendak memutar kunci kenderaan.

Sebenarnya, cara yang betul adalah memutar kunci 3 kali ke arah kanan.

Ini akan menghidupkan enjin kenderaan.

Perkara ini perlu di langsungkan oleh pelajar itu sendiri sebab semasa enjin mati tiba-tiba, pelajar itu sendiri yang seharusnya melaksanakan penghidupan enjin kereta semula.

Saya telah menunjuk-ajar cara-cara hendak mengajar seseorang pelajar yang baru gaya-gaya untuk menggendalikan sesebuah kenderaan.

Semoganya harap tunjuk ajar saya ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam proses pelajar-pelajar mengendalikan sesebuah kenderaan.

Tetapi, di ingatkan sekali bahawa mengajar seseorang itu cara-cara memandu kenderaan adalah tugas seorang pengajar ataupun instructor yang mempunyai sijil mengajar.

Oleh yang demikian, eloknya sekali sekiranya tugas ini di serahkan saja kepada instructor kereta sahaja.

By | 2019-09-25T13:17:42+08:00 September 24th, 2019|Sekolah Memandu|107 Comments

About the Author:

107 Comments

  1. hime January 13, 2012 at 10:51 pm - Reply

    hi cikgu yap.. saya akn ambil QTI next week. Tapi saya mempunyai masalah dlm pengawalan strereng. kalo buat on the road sy selalu makan jalan… dan semasa buat latihan di circuit pon sy selalu menghadapi masalah untuk masuk lorong ke kanan atau ke kiri iaitu samada terlebih pusing stereng, terkurang pusing atau lambat pusing stereng.

    instructor sy kata sbb sy rendah (ketinggian sy 148cm) dan sy memang tak nampak jln terutama bile nak masuk lorong.. mcm nak atasi masalah ni ye… harap cikgu yap boleh kasi tips.. tq..

    • Cikgu Yap January 14, 2012 at 11:56 am - Reply

      Masalah yang anda hadapi nampaknya benyak oversteering, understeering seta tidak nampak jalan kerana terlalu pendek. Makan jalan rupakan kelemahan serius dan bahaya. Masalah tidak nampak jalan boleh di atasi dengan membubuh sebiji bantal di seat anda.

      Saya berpendapat seelok-eloknya anda belajar lebih lagi sebelum menjalankan ujian pra institut.

    • Fit May 31, 2019 at 2:33 pm - Reply

      Hai. Saya juga mengalami masalah yang sama seperti diatas. Adakah masalah ini boleh diatasi jika saya praktis memandu selalu?

      • Cikgu Yap June 1, 2019 at 8:52 pm - Reply

        Lebihkan banyak memandu sudah tentu dapat bantu seseorang memperbaiki kebolehannya memandu . Oleh sebab itu, disyorkan anda latih pratik setiasa.

  2. yati March 7, 2012 at 10:08 am - Reply

    Hye Cikgu Yap…sy pemegang lesen P..sy baru je membeli kereta pertama sy..sy x dibenarkan memandu selagi family sy x yakin dengan cara pemanduan saya…sy menghadapi masalah dimana sy x pandai kawal steering..kejap kereta ke kanan..kejap kereta saya ke kiri…
    saya juga mempunyai masalah untuk masuk lorong ke kanan atau ke kiri iaitu samada terlebih pusing stereng, terkurang pusing atau lambat pusing stereng..
    lebih2 lg bila saya mengerling ke arah side mirror disebelah kiri,mulalah kereta sy mnyenget..

    harap penjelasan cikgu dpt membantu saya…

    • Cikgu Yap March 9, 2012 at 8:09 pm - Reply

      Prestasi memandu anda nampaknya kurang memuaskan. Minta seorang rakan atau sekolah memandu memberi pengajaran lebih kepada anda.

  3. fiq April 4, 2012 at 5:17 pm - Reply

    Hai Cikgu Yap. Saya ingin bertanya mengenai bagaimana nak mula-mula menggerakan kereta. Ada pengajar sekolah memandu saya mengatakan tekan pedal minyak dahulu baru lepaskan pedal clutch perlahan-lahan & ada pula yang mengatakan melepaskan pedal clutch dahulu sedikit dan baru tekan pedal minyak..Mana satu cara pemanduan yang betul bagi mula-mula menggerakan kereta dan bagi mengelakan enjin kereta mati secara tiba-tiba ? Harap penjelasan cikgu Yap dpt membantu saya…

    • Cikgu Yap April 5, 2012 at 3:51 pm - Reply

      Accelerate slightly before leaving up clutch.

  4. sara April 11, 2012 at 12:18 am - Reply

    hi cikgu Yap,
    saya baru habiskan latihan pra l iaitu amali 3 jam di litar institusi memandu tadi. sebelum ni saya tidak pernah tahu apa-apa pasal kereta. saya jadi sangat takut sampai tak dapat tidur dan makan. kawan kata tidak apa pengajar akan ajar dari A-Z. jadi saya tak ready langsung pun. saya tidak tahu apa itu pedal clutch, apa kegunaannya. tidak tahu juga guna gear dan kegunaannya. tidak tahu nak hidup enjin dan segalanya. kesimpulannya saya langsung tidak tahu apa-apa pasal kereta. masa amali tadi, pengajar ajar la pasal semua tu tp memandangkan dia nak cepat habis, dia ajar semua sekaligus sampai saya tak dapat terima. bukan kita kena habiskan 3 jam ke utk amali pra l? saya tak sampai 1 jam pun. itu pun dia marah-marah saya. what do you expect from me. mungkin dia ingat saya hanya nak dapatkan lesen, padahal saya nak betul-betul belajar kereta. setelah itu saya jadi trauma. kawan nak ajar pun jadi takut. saya dapat jalan dan kawal stereng. tak ada masalah. tp akan jadi tunggang langgang bila nk berhenti, tukar gear dan kereta akan mati. kenapa yer? dalam masa setengah jam dia ajar terus suruh saya bawa sampai gear 4, menitis air mata saya takut ditambah dimarah huh. help me how to control the car.

    • Cikgu Yap April 11, 2012 at 11:11 pm - Reply

      Sedih mengetahui pengajar anda tidak jalankan tugasnya dengan memuaskan. Anda nampaknya tidak boleh memandu dengan baik langsung. Elok cepat-cepat mencari pengajar yang lain. Pengajar kini nampaknya tidak gunakan kaedah yang baik ataupun betul.

  5. Nurul April 27, 2012 at 8:03 am - Reply

    Hi, cikgu yap.
    Masalah saya pn macam sara. Tetapi lebih serius. Sy sudah lama meninggalkan pra L kerana tidak konfiden macam sara serta pengetahuan zero tentang kereta. Sy disuruh buat latihan sendiri sedangkan tiada kereta. Sy dimarah kerana tidak buat exercise dirumah. Sy telah menghadiri kelas memandu 4jam tetapi tiada input yg masuk di dalam otak. Sy terus diperlekehkan dan cikgunya kelihatan tidak sabar sedangkan sy bersabar menuntut ilmu.. Apa patut sy buat? Adakah sy terlalu bodoh tidak tahu memandu? Sebab 5 perkara pn sy tidak dapat lakukan dengan baik.

    • Cikgu Yap May 2, 2012 at 10:34 pm - Reply

      Saya berpendapat anda telah mendapat seorang pengajar yang tidak berdaya mengajar anda. “Tidak ada pelajar yang lemah, hanya Cikgu yang bodoh saja”, kata pepatah.

  6. umi July 11, 2012 at 8:29 pm - Reply

    saya ada masalah sewaktu hendak menukar gear.bila saya hendak menukar gear mesti saya tidak dapat mengawal stereng dengan sepenuhnya..dan kereta saya akan bergerak ke kiri dan ke kanan…cikgu yang mengajar saya adalah seorang yang baik tapi masalahnya saya ni jenis yg lambat sikit mau pic up…jadi blhkah cikgu bgi tips tentang cara-cara menukar gear supaya saya dapat mengawal stereng dengan baik..?

    • Cikgu Yap July 14, 2012 at 9:27 am - Reply

      Kawalan steering anda kurang kukuh. Maafkan say berkomen, anda belum sedia lagi untuk memandu dengan baik. Anda di nasihatkan supaya menghadiri lebih banyak kelas-kelas tuisyen lagi. Tingkah laku dan perangai lambat anda bukannya menjadi masalah. Di harap adik faham penjelasan saya.

      • umi July 19, 2012 at 10:42 pm - Reply

        saya test jpj 25hb 7 ne…agak nervous sikit la;..blh ka kalau semasa saya hendak menukar gear saya tekan brek perlahankan kereta sikit…then bru sya tekan clutch and tukar gear?blh ka saya guna method mcm ne….

        • Cikgu Yap July 20, 2012 at 7:51 pm - Reply

          Di cadangkan, lepaskan minyak semasa menukar gear.

  7. ALIA July 29, 2012 at 6:11 am - Reply

    hello cikgu yap…saya ada masalah dalam menukar dari gear dua ke gear tiga…saya selalu tersilap untuk masuk ke gear tiga termasuk ke gear satu…boleh tak cikgu bagi tips mcm mana untuk tidak tersilap masuk gear..

    • Cikgu Yap July 30, 2012 at 1:28 pm - Reply

      Daripada pengalaman saya, gear 1 hanya boleh di masuk kalau ia di tekan kuat. Untuk menukar ke gear 3 pula,, jangan tekan kuat, Lembut saja dan tambahan pula, alih gear itu sedikit ke sebelah kanan. Semasa tukar gear 3, lembut sahaja memadai.

  8. Iqa September 13, 2012 at 6:59 pm - Reply

    Hai cikgu yap, saya baru saja dapat lesen P.
    Saya nak tanya, macam mana nak bina keyakinan diri semasa memandu di jalan yang sesak? Tips2 nak agak kereta tu sebelum masuk ke parking ada tak? Masalahnya, saya sukar nak agak2 kereta tu cun2 masuk parking. Kalau reverse parking di sekolah memandu tu ok la.. Tpi ni jenis parking yang biasa… Ada yang cakap kita dah boleh pusing stereng/belok kereta bila side mirror dah sebaris dengan garisan parking di tepi. betul ke??

    • Cikgu Yap September 17, 2012 at 2:46 pm - Reply

      Kecekapan memandu hanya dapat di perolehi melalui pengalaman yang banyak.

  9. mint November 7, 2012 at 8:07 pm - Reply

    hi cikgu yap.saya mempunyai masalah untuk naik bukit.Apekah tips2 yg patut saya lakukan? saya kurang cekap berkaitan clutch dan minyak ketika naik bukit.

  10. ell November 14, 2012 at 2:10 pm - Reply

    Hi Cikgu Yap..

    Macam orang lain jugak, saya mempunyai masalah untuk mengenndalikan stereng. Mungkin agak serius.. Minggu lepas, sepanjang kelas pertama driving saya, instructor sentiasa memegang stereng kerana risaukan saya terlebih pusing. Dan bila dia lepaskan stereng untuk tengok saya kendalikannya, kereta sudah ke kiri dan kanan.. Seperti kata instructor, saya bawa kereta macam orang mabuk.. Saya tak pandai mengagak banyak mana perlu saya gerakkan ketika membelok, ataupun selepas membelok dan ingin kereta berada dalam keadaan straight… Saya ingin berlatih sendiri tapi tidak mempunyai kenderaan.. Jadi saya hanya mengharapkan ajaran instructor semata2 ataupun melalui youtube dan pembacaan… Melihat keadaan ini membuatkan saya lagi takut untuk memandu.. Cikgu Yap ada pandangan yang boleh saya ikut?

    • Cikgu Yap November 15, 2012 at 11:15 pm - Reply

      Agak susah, dari segi teori untuk saya mengajar anda kawal steering dengan betul. Sepatutnya pengajar yang baik / berpengalaman tentu dapat mengatasi masalah anda.

  11. Siti January 27, 2013 at 5:25 pm - Reply

    Hi Cikgu Yap,

    Saya baru mula belajar memandu 2 hari lepas…saya memang tidak tahu langsung pasal kereta. selepas kursus pra L intructor sya tidak mengadakan amali pra L untuk saya kerana tidak cukup masa. Dalam dua hari saya sudah boleh memandu perlahan2 dan melalukan naik bukit (slope)…ada waktu menjadi ada waktunya terundur ke belakang. setelah beberapa kali instructor saya sruh sya buat sendiri dn dia memerhatikan dr jauh supaya saya kurang nervous. Masalah saya rasakan instructor saya terlalu menekan supaya saya cepat belajar. hari kedua saya diajar melakukan parking. masalah saya kurang faham akan pergerakan steering kereta. Kerana blurred sya byk kali lupa apa yg dikatakan instructor. sya cuma rasa sya perlu masa utk faham. Instructor marah pada sya kerana katanya saya asyik lupa arahan. Malangnya baru kejap diajar tidk mgkin sya cepat tangkap. Akhirnya saya buat ikut hati.,..dn mula ingat perlahan. Saya cuma mahu instructor yg sabar n menerangkan dgn lebih perlahan. Saya mula rasa kurang yakin dengan diri sendiri kerana seolah saya begitu lembap.

    • Cikgu Yap January 30, 2013 at 3:53 pm - Reply

      Pada pendapat saya, pengajar anda nampaknya kurang bersabar. Dia seakan-akan harapkan terlalu banyak daripada anda dalam masa yang agak singkat. Sekiranya perkara seumpama in di teruskan, saya rasa anda tidak mungkin menjadi seorang pemandu yang cekap. Apakah tindakan anda seterusnya, terserahlah kepada anda.

      • Allah's servant March 25, 2016 at 8:36 pm - Reply

        Assalamualaikum, cikgu. Saya pun sdg bljr dgn guru yg x sabar dan kasar . Dia pernah memarahi saya dgn kasar sepanjang 5 jam belajar di litar. Akibatnya, saya mati enjin lebih dari 20 Kali ( agak2 je). Saya juga selalu tidak berhenti dkt simpang dan buat salah di selekoh S & Z. Saya ni jenis cepat panik kalau ditengking atau disergah. Cikgu saya ni memang selalu marah. Saya stres, bila dia ajar saya. Sekarang, saya memang takut sangat bila ni bljr dkt litar, sbb peristiwa “5 jam dimarahi teruk”. Macam mana nak kawal stereng dgn baik mass buat 3 point turn, selekoh S & Z? Lagi satu macam mana ni buat rasa takut memandu di litar ya?

      • maslinda September 28, 2018 at 3:55 pm - Reply

        Sy bru firstime bljr memndu,,tpi belom mahir kawal stereng kereta asyik msuk jln owg je,,adekah sy lmbt utk membelok

  12. mawar oktober January 31, 2013 at 11:16 pm - Reply

    saya bru memulakan kelas latihan 8 jam sejak awal bulan 1 lagi…latihan setiap sesi hayalah 30 minit ttpi direkodkan sebagai sejam……kebanyakkan masa dihabiskan di dlm litar manakala latihan jln raya hanya sekali semasa jam yg pertama..so, semasa pra-Qit saya mengalami masalah di atas jln raya kerana pengawalan steering dan mungkin merbahaya…cikgu saya pula terus mendesak saya dan mengungkit bahwa saya masih tidak mahir walaupun sudah banyak kali hadir ke kelas sedangkan org lain dah bleh …saya dah putus asa sebb dia ckap saya ni susah diajar…….tambahan lagi semasa mengajar pun dia keep on marah2 dan membuatkan saya makin takut dan sangat2 tertekan nak pandu kereta, sampaikan prestasi pemanduan saya makin teruk…..patutkah saya tangguh dahulu kelas tu?

    • Cikgu Yap February 5, 2013 at 7:19 pm - Reply

      Daripada penjelasan anda, saya bernasihat anda cari pengajar baru. Tunggah memandu buat sementara waktu.

  13. Nurul February 19, 2013 at 8:50 pm - Reply

    saya akan ambil QTI hari khamis ni. Saya nervous sebab saya masih lemah dalam mendaki bukit, parking dan jalan mati. Kat jalan raya pun kereta saya bawa akan ke kanan dan melanggar garisan pembahagi jalan. Dari awal lagi cikgu saya marah kat saya. Masa first time belajar parking, cikgu saya ajar sekali dan terus suruh saya buat sendiri. Bila saya lupa dan tanya dia semula, dia marahkan saya. Saya hanya mendiamkan diri dan mendengar bebelannya. Sejak hari tu saya merasakan diri saya seorang yang lembap. Saya jadi kurang keyakinan diri dan selalu berfikiran negatif setiap kali mengikuti kelas belajar memandu. Apa yang patut saya buat?

    • Cikgu Yap February 21, 2013 at 5:00 pm - Reply

      Pepatah BI berkata, “Bandaraya Rome bukanya di bina dalam sehari-dua”. Mendengar keluhuan adik mendaki bukit lemah, meletak kereta lemah, kawalan stereng kurang stabil tetapi pengajar anda masih lagi hendak menghantar anda ke ujian pra sangat menghairankan saya.

      Pengajar anda nampaknya seorang yang kurang memahami pelajar-pelajarnya. Dia pemarah dan tidak dapat menjalankan tugasnya dengan elok. Dia seakan-akan mementingkan keuntungan daripada keinginan memberi latihan kepada anda. Sebaliknya, selain tidak memberikan galakan kepada anda, dia telah akibatkan anda merasa nervious serta kurang keyakinan.

      Kelemahan anda bukan di sebabkan sifat-sifat tidak berkebolehan anda, tapi oleh pengajar anda yang tidak sepatutnya terkecimpung dalam arena mengajar kereta.

      Saya bercadang bahawa anda jangan putus asa dan cari seorang instructor yang lain. Teruskan belajar hingga mencapai lesen anda.

  14. yen June 12, 2013 at 1:19 am - Reply

    kita dari gear 4 dan tukar ke gear 3..selepas tukar gear 3 itu saya lepas clutch untuk perlahankan kereta ketika melalui jalan sekolah untuk mendapat kan 30km tanpa tekan break coz pengajar saya tidak benar kan break takut orang belakang rempuh. pada pendapat cikgu boleh ke saya buat mcm 2??please replay

    • Cikgu Yap June 18, 2013 at 12:05 pm - Reply

      Cadangan pengajar boleh di guna. Anda tidak di syor menekan brek kerana kemungkinan akan menekan brek terlalu kuat. Ini bahayakan kenderaan belakang.

  15. nur August 26, 2013 at 8:54 pm - Reply

    Cikgu saya akan mengambil test jpj tak lama lg dan ia adalah untuk kali kedua,masalah saya bila kereta nak berjalan menggunakan gear 1 enjin akan mati bila saya bawa kereta viva, tapi bila kancil takde pun mati,kenapa dan apa yang perlu saya lakukan agar enjin tak mati?

    • Cikgu Yap September 6, 2013 at 10:06 pm - Reply

      Nampaknya pengajar anda tidak mengajar anda bahawa corak memandu Kancil dan Viva berbeza. Untuk Viva yang lebih berat, anda perlu memijak minyak lebih untuk elakkan ianya senang mati enjin. Di cadangkan anda ambil leboh kelas untuk mahirkan diri anda.

  16. liza September 29, 2013 at 11:50 am - Reply

    cikgu klau kita nak tukar gear rendah ketika berada di atas jalan..tekan cluch dan break serentak atau brek dahulu baru cluch tq

    • Cikgu Yap October 5, 2013 at 2:17 pm - Reply

      Lepas minyak sedikit kemudian tekan clutch.

  17. fanad January 28, 2014 at 10:29 am - Reply

    hi cikgu Yap,
    saya ingin bertanya, saya berasa kurang selesa dgn instructor saya disebabkan hari pertama saya sudah disuruh bawa ke jalan raya, then saya hanya mengikut sahaja arahan yg diberikan seolah2 dia yg sedang memandu, dan saya hanya ikut arahan sahaja tanpa memahami dgn baik. Saya juga lemah dlm kawalan stereng dan asyik mati enjin sahaja bila naik bukit dn diatas jalan raya besar, itu mungkin kesilapan saya sendiri sbb tidak tahu mengendalikan minyak dan clucth dgn baik. Jadi, saya ingin bertanya bolehkah saya menukar instructor saya dgn org lain tetapi berbeza tempat contohnya (saya ambil lesen di daerah A dgn instructor A dan menukar ke daerah B dgn instructor yg lain) ?! Adakah saya perlu bayar dari mula sedangkan saya sudah ada lesen L ?!

    • Cikgu Yap February 18, 2014 at 7:43 am - Reply

      Dapat balik lesen L dan dokumen-dokumen daripada instructor anda. Bayaran ikut setakat mana anda belajar saja.

  18. siti April 13, 2014 at 5:21 pm - Reply

    Cikgu, tmpt memandu yang saya belajar sekarang menggunakan kancil untuk belajar sahaja walaupun kereta viva digunakan semasa ujian jpj.. untuk pengetahuan cikgu, saya telah gagal ujian jpj bagi kedua2 jalanraya dan litar yg lalu kerana tak biasa mengendalikan kereta viva.. apabila saya request untuk belajar viva, tp tmpt sekarang saya belajar tidak menyediakannya. Perlukah saya menukar sekolah memandu lain yang menggunakan kancil bagi belajar dan ujian jpj?

    • Cikgu Yap April 20, 2014 at 3:49 pm - Reply

      Masalah anda boleh di selesaikan dengan berunding dengan pegawai atasan institute anda.

  19. Nouri April 29, 2014 at 3:27 pm - Reply

    Cikgu, saya nak bertanya, bagaimana memandu ketika jalan sesak di kawasan yang berbukit, Apabila berhenti, saya akan tekan break dan clutch, tapi bila kereta nak bergerak semula , saya nak lepaskan break untuk tekan minyak, kereta pun mengundur ke belakang sebelum saya sempat tekan pedal minyak. Adakah saya kurang mahir untuk seimbangkan clutch dan minyak?Bagaimana nak mengatasi?
    Terima kasih

    • Cikgu Yap May 1, 2014 at 11:16 am - Reply

      Adik memang kurang mahir lagi. Saya cadang anda ambil lebih lessons lagi. Bagaimanapun, anda boleh cuba tarik brek tangan. Kemudian, tekan minyak dan imbangkan clutch.

  20. hyun jung July 4, 2014 at 1:27 am - Reply

    cikgu saya nak tanya bagaimana hendak menukar gear 1 ke gear 2 apabila saya sedang mamandu adakah saya perlu menekan clutch atau brek

    • Cikgu Yap July 7, 2014 at 4:02 pm - Reply

      Dear Hyun Jung, Tekan klutch, lepas minyak semasa tukar gear.

      Yap

  21. Fris July 10, 2014 at 11:38 am - Reply

    hi cikgu Yap, bagaimana nak yakin semasa ujian mendaki bukit, baru2 ni saya ujian JPJ dan gagal dibahagian litar…..imbangan kaki clutch saya belum begitu mahir… adakah perlu lebih masa belajar lagi ? dan perasaan nerves saya yang sangat tinggi menyebabkan saya tidak fokus.

    • Cikgu Yap July 12, 2014 at 6:13 pm - Reply

      Engkau merasa kurang yakin sebab pembelajaran anda tidak mencukupi.

      Yap

  22. Nur August 9, 2014 at 3:05 pm - Reply

    Cikgu Yap…saya sudah ada Lesen L,masalah saya sama Sara,Mawar Oktober..semasa mahu belajar kali pertama dalam kelas 8 jam,cikgu pengajar menyuruh saya keluar daripada parking kenderaan…keadaan kenderaan saya ketika itu di tengah2 ..saya memberitahu cikgu pengajar bahawa saya tidak tahu bagaimana mahu memandu,kemudian cikgu pengajar saya memarahi saya bagaimana awak tak tahu memandu boleh mendapat lesen L,kemudian dia hanya menyuruh saya menghafal kedudukan gear 1-5,kena tahu kedudukan clutch ,brek dan pedal minyak…2…masalahnya sekarang cikgu pengajar asyik marahkan saya kerana setiap mahu lepaskan clutch ,enjin kereta asyik berhenti…dia mengajar saya..lepas perlahan2 terus tekan minyak…bila saya ikut step dia..terus enjin mati…berulang2 kali saya dimarahinya ..dan terus dikatakan IQ saya seperti budak tadika…kemudian dia terus menggunakan batang mop letakkan pada kaki kiri saya yang menekan clutch…katanya mahu mengajar saya bagaimana mahu clucth sebetulnya…setiap kali mahu kaki menekan clutch ,terus saya dimarahinya..katanya saya lembab…sehari sebelum QTI,cikgu pengajar saya berkata saya sememangnya tidak layak..orang lain dah boleh..kenapa kamu tidak boleh..seharusnya sebelum datang ke driving school,saya harus belajar mahir dahulu basic pemanduan…baru datang ke driving school…cikgu pengajar saya kata kalau kamu nak harapkan cikgu pengajar,memang kamu tidak boleh la nak memandu..selepas itu..saya tidak pergi ke ujian QTI,kerna cikgu pengajar kata saya tidak layak..saya pun sudah menjadi trauma dan stress bila berdepan dengan cikgu pengajar saya itu..

    • Nur August 9, 2014 at 3:12 pm - Reply

      Daripada hari pertama sampai kedua ,saya masih dalam litar dan bukit…..tiga penjuru,parking dan jalanraya saya belum buat..,cikgu pengajar saya kata saya tidak tahu memandu..ada hati mahu ke seterusnya…semasa Pra L,saya boleh memandu bukit,tiga penjuru,kawalan streng saya ok…cuma bila kelas 8 jam ,penggunaan clucth dan gear 1-3 saya tidak mahir…kerna permulaanya…saya asyik dimarahi cikgu pengajar…sebab itu saya jadi kurang fokus dan nervous dalam pemanduan..

      • Cikgu Yap August 12, 2014 at 4:38 pm - Reply

        Nampaknya pengajar anda tidak dapat membantu anda banyak sangat. Renung balik apa yang anda harusnya buat.

  23. insan lemah August 22, 2014 at 4:11 am - Reply

    Cikgu Yap,guru memndu saya(lesen D) merupakan kawan kepada ibu saya namun begitu saya dilayannya dengan cara tidak elok ,,,dia mengganggap sy seperti seorang yang mahir,dan selalu menengking sy jika sy melakukan kesalahan contoh lembap bengap bodoh bahloh bangang,saya hendak menukar cikgu tp semasa sesi pembelajarn dia mengatakan ada murid dia menukar cikgu dan dia menyumpah murid terbabit supaya gagal n akhirnya murid tersebut gagal.

    sy berbelah bagi dan sy mencari tip bguna di google dan tjumpa blog cikgu yap.pembelajaran di sekolah memandu sekarang menggunakan silibus br.sy berkenan untuk beli ebook trsebut cuma kekeliruan silibus baru adakah dgbgkan skli di dalamnya..(silibus baru litar s & z xslp),kalu dl cuma 5 perkara asas sblm memandu tapi skrg 7 …sy pun xtau 7 tu cmne..sbb sy sudah bertanya pada cikgu sy cuma dia menengking saya dan suh je sy bt pe2.

  24. eileen December 27, 2014 at 9:03 pm - Reply

    Cikgu Yap, saya ada masalah ketinggian. Lepas tengok comment cikgu yap ” letak satu bantal ” , kalau lepas letak bantal…sudah tinggi….tapi knee/kaki akan tersentuh steering bila nak pijak minyak tukar pijak break, susah sikit bila nak tukar pijak pedal, macam mana???

  25. Mong January 7, 2015 at 8:39 pm - Reply

    Saya sedang dalam proses mengambil lesen D. Saya memang zero dalam memandu kereta. Hari ni hari kedua saya bawa kereta. Saya dah melalui jalan raya, dan juga belajar elemen di dalam litar. Tetapi saya ada masalah dalam pengurusan stereng. Saya tidak dapat mengagak bila mahu masuk ke selekoh. Dan saya ada masalah dengan selekoh S. Saya ingatkan cikgu yang ajar saya je garang,bila terbaca komen-komen dalam blog Cikgu Yap ni,rupanya ada lagi cikgu yg lagi garang. Saya nak tanya, ada tak tips untuk jadi lebih fokus dan tak nervous? Blog Cikgu Yap ni sangat membantu. Terima Kasih.

  26. as January 9, 2015 at 3:24 pm - Reply

    Hai cikgu yap, saya sedang dalam proses latihan, masalah saya ialah saya tidak dapat mengagak jarak sewaktu ingin membelok dan rapat ke tepi, sejujurnya saya memang zero mengenai kereta dan sekarang mula belajar sikit demi sedikit. Masalah pengawalan steering saya, menyebabkan saya sering dimarahi oleh pengajar, bila saya cakap saya tak dapat mengagak jarak untuk ketepi divider dan belok, dengan harapan pengajar dapat membantu, sebaliknya dia cakap itu’ bukan masalah saya’ dan saya perlu faham sendiri. Tenaga pengajar cakap, saya tidak mahu mendengar kata, lemah apabila saya melakukan kesalahan, membuatkan saya rasa down dan lembab sangat, saya jadi bertambah tertekan apabila tenaga pengajar cakap saya akan test jpj 20januari2015 ini. Saya jadi tak keruan dan runsing untuk masalah kawalan steering saya. Semoga cikgu yap dapat membantu saya untuk kawalan steering dan keyakinan diri.

    • Cikgu Yap January 10, 2015 at 5:15 pm - Reply

      Memang sedih nampaknya anda mempunyai instruktor yang kurang bersabar dan lekas marah. Saya faham anda sudah tentu akan merasa cemas and runsing. Untuk memperbaiki kawalan stereng, anda harus diberikan latihan memandu dijalanraya lurus dengan lebih kerap lagi. Hanya dengan kaedah ini saja, dapat pengajar anda dapat memperbaiki kebolehan mengawal stereng. Pendek kata hanya pengjar yang penuh-penuh berminat serta mempunyai kesabaran saja yang dapat berjaya akhirnya!

  27. Azhar January 10, 2015 at 11:29 pm - Reply

    hi cikgu yap,,cara mana yang lebih baik apabila hendak memusing stering..hand over hand or pull and push?saya selesa memandu di litar dgn hand over hand,tetapi dalam buku kpp kata guna pull and push.saya takut nnti buat ujian JPJ,mereka tidak bg membuat hand over hand technique.

    • Cikgu Yap January 14, 2015 at 9:00 am - Reply

      Guna “push and pull”.

    • Cikgu Yap January 16, 2015 at 1:26 pm - Reply

      Guna ‘push and pull’ lebih elok.

  28. yanaliana January 18, 2015 at 8:24 pm - Reply

    hello, cikgu yap..
    saya daftar lesen kereta taun lepas bulan Januari..saya da selesai 8 jam latihan, dan qti,
    tapi disebabkan kesibukan belajar tahun akhir, saya menundakan test jpj saya selama setahun, sekarang sudah berkuatkuasa sitem baharu..
    jadi cikgu, saya perlu test jpj ja ke dan just buat tambahan jam untuk belajar pergerakan baru or kena memulakan 15 jam semula, cikgu…pelajar buntu

    • Cikgu Yap January 19, 2015 at 8:15 pm - Reply

      Belajar semula kaedah baru.

  29. nurul February 2, 2015 at 12:05 pm - Reply

    hello cg yap,
    saya boleh memandu di jalan raya tapi bila dalam litar, saya tidak berapa mahir utk mengagak berapa banyak perlu pusing stereng, terutamanya apabila hendak masuk ke simpang sebelum berhenti. bagaimanakah agaknya utk tahu mengagak kawalan stereng? kadangkala saya juga langgar garisan putus-putus

    • Cikgu Yap February 3, 2015 at 6:41 pm - Reply

      Lebihkan latihan di litar.

  30. wan February 3, 2015 at 8:51 pm - Reply

    hello cikgu yap,
    Sabtu ini saya QTI. tetapi saya mengalami sedikit masalah ketika mendaki bukit iaitu bila saya perlu melepaskan minyak dan menekan brek bagi memastikan tayar hadapan berada pada garisan kuning. bila saya buat mesti terlebih atau tekurang. dan saya nak tahu macam mana nak hidupkan hazard light kereta kancil sebab instruktor saya tidak ajar perkara tersebut.

    • aisha February 4, 2015 at 3:47 pm - Reply

      Sy baru lepas kpp02..tapi tak diajar pun pasal RPK dgn RSM..RPK sy disuruh tengok orang yg nak ambik test buat..and RSM langsung xtau ape2..Instruktor sy ckp benda basic dalam kereta je semua tu..boleh tengok sendiri..tp sy pun xtau nk hidupkan hazard light,rpm tu macam mane nak pastikan berfungsi dgn baik..dah la sy memang nothing pasal kereta..sedih.. :'(

    • Cikgu Yap February 6, 2015 at 8:52 am - Reply

      Pada fikiran saya, anda masih lagi lemah dan di syorkan belajar lebih banyak lagi. Jangan buat QTI kalau anda belum bersedia.

  31. Aman February 11, 2015 at 8:08 pm - Reply

    hi cikgu yap
    1)saya ingin tahu bagaimana untuk kita tukar gear kereta…
    2)kadang2 saya ingin menggunakan gear 2 tetapi jadi gear 4…

    • Cikgu Yap February 12, 2015 at 10:46 am - Reply

      Gear 1 ke 2 heret gangang gear sedikit ke kiri.

  32. Yew February 12, 2015 at 8:32 am - Reply

    Hi Mr Yap
    May I know if I’m able to change driving instructor after taking the undang test? I haven’t started on the practical driving lessons but my L license is out already. The license is still with my current instructor as I haven’t had time to retrieve it.

    • Cikgu Yap February 13, 2015 at 7:54 pm - Reply

      Dear Yew, Get your L and change instructor quickly.

  33. Izzu February 12, 2015 at 6:14 pm - Reply

    hi cikgu yap….saya nak bertanya,saya dah masuk kelas memandu dan kali ni cikgu dah bawa ke jalanraya..masalah baru timbul lagi,saya menukar gear 1 kepada 2 masih ok,nak ke 3 saya asik2 salah bermain dengan gerakan gear,cikgulah yang tolong pegangkan,masalah lebih parah bila dah gear 4 dan jumpa U turn,saya nak tukar gear 2,saya lom nampak logiknya camaner nak tukar tu,takut terlebih tolak,salah gear lah pulak,ape tips ye cikgu yap?terima kasih cikgu….

    • Cikgu Yap February 13, 2015 at 7:52 pm - Reply

      Saudara Izzu, Anda nampaknya belum lagi sedia untuk ke jalanraya besar!

  34. wan February 28, 2015 at 7:26 pm - Reply

    hai cikgu yap, semasa saya melepaskan clutch selepas menukar gear 1 ..kereta saya enjin mati tiba-tiba, macam mana cara nak kawal clutch dan pedal minyak supaya enjin tak mati kt jalan raya??

    • Cikgu Yap March 19, 2015 at 9:12 pm - Reply

      Tukar pengajar!

      • Rebecca April 12, 2016 at 9:12 pm - Reply

        Dear Cikgu Yap,
        I have to L licence but due to unreliable instructor , my driving lesson was only done 2 times since i obtained my L license in November 2015. I would like to sign up for your driving lesson. My current instructor unwillingly to pass me any document to release me from learning from other center. Kindly advise. Your assistance is most appreciate. Thank you

  35. scha March 14, 2015 at 10:06 am - Reply

    Cikgu yap , adakah sy perlu tekan klac sampai habis apabila kereta laju semasa hendak belok kiri dan kanan .

    • Cikgu Yap March 16, 2015 at 12:19 pm - Reply

      Sekiranya kenderaan getar, tekanlah klutch sedikit.

  36. nedi April 2, 2015 at 8:23 pm - Reply

    Hi yap

    Saya ingin membuat imbangan kereta saya terundur ke belakang walaupun telah menekan minyak dan melepaskan clutch sedikit. Masalahnya clutch yang dilepaskan tinggal sedikit. Adakah kerana clutch itu panjang dan saya patut lepaskan lagi clutch atau bagaimana

    • Cikgu Yap April 6, 2015 at 9:58 pm - Reply

      Pastikan masuk gear satu, menekan minyak lebih, lepas klutch hingga kereta gegar, lepas handbrake serta tekan minyak lebih dan naik.

  37. hana April 27, 2015 at 7:18 pm - Reply

    Hai cikgu yap, saya nak tanya, kalau kita dah belajar dengan cikgu tu selama 4 hari, bolehkah kita tukar guru tersebut dengan guru lain contohnya (saya belajar dgn guru A di daerah A tp hendak bertukar dgn guru B di daerah b) dan adakah saya perlu membayar semula dari awal dan apakah yang saya perlu buat kepada institusi yang tengah saya hadiri ini?

    • Cikgu Yap May 4, 2015 at 11:11 am - Reply

      Impian anda boleh di laksanakan.

  38. Kyle May 12, 2015 at 11:34 am - Reply

    Hi Cikgu Yap, saya nak tanya, bila test JPJ, sekiranya kereta tiba tiba mati apabila kita sedang membuat parking, S ataupun Z, adakah itu dikira gagal?

    • Cikgu Yap May 15, 2015 at 3:44 pm - Reply

      Markah akan di tolak. Sekiranya jumlah markah keseluruahn 72, maka gagal.

  39. reen July 29, 2015 at 9:48 pm - Reply

    Cikgu yap, sy dah belajar agak lama tapi belum ambil jpj test lagi disebabkan rumah dan tmpat mnuntut agak jauh menyebabkan sy jrg turun belajar dan kurang cekap dalam pngawalan stering. Sy baru habiskan 5 jm dilitar hari ini stlh 3 bulan dapat lesen L dan st baru renew lesen sy smlm. Sy ada mslh setiap kali berada di selekoh s dan z.. sering kali melanggar tepi dan terpesong dan hari ini sy melanggar tembok. Mujur cikgu sy seorg yg sbr dan tidak pernah marah. Yang pelik nya sy tidak ada sebarang masalah semasa dibukit, 3 penjuru dan parking, mlh cikgu sy boleh membiarkan sy memandu sendiri di ketiga2x tmpt ini kecuali selekoh s dan z.. cikgu boleh bagi sy tip mcm mana nak atasi masalah sy di selekoh s dan z? Dan 1 lagi, mslh sy apabila ingin menukar gear, sy selalu silap nak masuk gear semasa memandu dijln raya.. cth spatut nya masuk gear 3 tapi sy tolak masuk gear 5..

    • Cikgu Yap August 7, 2015 at 12:42 pm - Reply

      Belajar memandu perlukan masa latihan dan kesabaran, Anda saya rasa belum cukup mahir lagi. Syorkan ambil lebih kelas belajar memandu.

  40. Kecik September 1, 2015 at 1:31 pm - Reply

    Cikgu, saya telah mengambil ujian undang2 tetapi gagal kedua-duanya. Persoalan saya, bolehkah saya menukar instructor yang mengajar saya sebelum ini? saya juga mempunyai masalah yang sama dengan lain2 dimana instructor saya sangat baran dan saya berasa tertekan setiap kali belajar kereta.

    • Cikgu Yap September 8, 2015 at 8:51 pm - Reply

      Pernahkah anda memikir bahawa anda mungkin punca segala masalah?

  41. apple September 7, 2015 at 4:05 pm - Reply

    Hai cikgu yap..

    Saya baru belajar kereta..dan sy jg bekerja..jd kekedang belajar paling banyak dua kali seminggu jer..
    Saya masih belom mahir lagi..dan masalah saya sama macam org lain..instructor yang pemarah dan asyik push pelajar…hari pertama di bawa ke jalan besar..dah lah tak tau apa itu clutch..mana handbrake..just dngar arahan instructor sj..tekan itu… tekan ini..dah tu bila kereta berhenti ke..salah tekan ker..kena marah..dah kena marah plus kat jalan besar tu..nerves memuncak…mmg tuhan sj yg tahu perasaan apa..siap dia perlu lg kita dgn suara besar nya….biadap..pastu bandingkan kita dgn org tua lah..budak2 lah..
    Persoalan nya..adakah tingkah laku instructor mcm ini betul?
    Dan adakah tempat utk kami melaporkan sikap instructor yg begini..

    • Cikgu Yap September 10, 2015 at 3:50 pm - Reply

      Sedih sekali anda terdapat seorang pengajar yang kurang bertimbangrasa dan berperangai sedemikian rupa. Saya nasihatkan anda berpisah belajar dengan pengajar yang saya rasa kurang sesuai untuk anda. Harap anda bernasib kemudian kelak untuk mencari pengajar baru.

  42. luq October 10, 2015 at 1:53 am - Reply

    ketika memandu di jalan raya, boleh tak saya tekan brek sikit tanpa tekan clutch? enjin akan mati ke?

    • Cikgu Yap October 15, 2015 at 3:59 pm - Reply

      Tentunya boleh tekan brek. Enjin tidak akan mati.

  43. Lena November 13, 2015 at 2:30 pm - Reply

    Hello Cikgu Yap,

    Saya mempunyai masalah dalam mengawal kereta ketika keluar simpang berbukit (naikan bukit) dan traffic light yang berbukit.Kereta pandai undur semula ketika mahu meneruskan perjalanan apabila lampu trafik menyala hijau. Kadang2 enjin kereta mati , bagai mana cara mengawalnya?

    • Cikgu Yap November 17, 2015 at 6:52 pm - Reply

      Anda perlu buat banyak latihan.

  44. min November 17, 2015 at 3:58 pm - Reply

    1) apa fungsi@maksud menekan cluth dan pedal minyak semasa memasuki simpang?

    2) apa yang patut dilakukan dahulu jika terdapat bonggol dijalan raya dalam keadaan menaiki bukit? jika guna break untk melalui bonggol, enjin mati. jika guna pedal minyak sahaja, kereta akan melompat dengan kasar.

    3) semasa menukar ke gear yang lebih kecil, kenapa kereta seperti meluncur? saya x faham kenapa boleh jadi begitu, adakah kerana terlalu lama menekan clutch?

    4) bagaimana ingin mengundur kenderaan dalam kawasan sempit? saya lepas clutch sikit + minyak, kereta seperti mengundur laju, saya lepas clutch sikit + break, enjin bergegar dengan kuat.

    sila beri tunjuk ajar..

  45. Nurul December 1, 2015 at 10:56 am - Reply

    Saya ingin bertanya jika kita berhenti di lampu isyarat berbukit. Adakah kita perlu membuat imbangan seperti teknik imbangan bukit di dalam litar. Atau kita hnya perlu masukkan gear dan bergerak.

  46. Zaqwan December 15, 2015 at 10:42 pm - Reply

    Hi cikgu Yap. Saya akan test jpj dalam masa terdekat, tp saya masih ada perkara yang was-was.

    -masa berhenti atas bukit kalau tak free gear dikira kesalahan mandatori tak? Saya dah tanya cikgu saya, tapi cikgu saya cakap dia tak ajar calon freekan gear, takut terlupa nak masuk gear balik lalu kereta terus mengundur.

    -masa hendak keluar daripada selekoh s dan z semasa berada di simpang keluar, adakah perlu berhenti dulu sebentar sebelum keluar ke jalan utama?

    -untuk bukit dan parking, adakah perlu membuat kedua-dua hon dan angkat tangan atau mana-mana satu sahaja?

    Terima kasih.

  47. Lawrence Loke Ber Lim February 28, 2017 at 11:19 pm - Reply

    Hello Cikgu yap,Saya nak tahu bila Saya brek perlukah Saya tekan clutch serentak ataupun tidak Kerana pengajar Saya ni dah Tua jadi dia takut berlaku accident jadi dia marah Saya so Saya pun TRAUMA Saya Tak berhasrat untuk munukar pengajar Kerana Saya tahu pengajar Saya nak saya sendiri experience keadaan di Jalan raya,Juga keluarga Saya berpendapatan rendah Hanya ibu Saja bekerja dan ayah Saya telah pencen Dan Saya juga Ada abang Dan kakak tetapi juga tidak perpendapatan tinggi.Jadi ibu dan bapa serta kakak dan abang saya berharap saya dapat mencari kerja dengan cepat dan agar senang apabila mencari kerja nanti Saya tak payah setiap kali nak ambil ujian memandu kena ambil cuti nanti ibu kata BOSS Tak suka,Jadi saya betul betul nak belajar memandu dengan cermat dan selamat diharapkan Cikgu Yap boleh Beri panduan memandu.

    • Cikgu Yap June 27, 2017 at 10:36 am - Reply

      Tekan clutch dan brek serentak. Sayang sekali anda telah pilih instructor yang kurang fahami kehendak anda. Selain itu, saya tidak dapat membantu anda dalam hal-hal lain.

  48. Ida April 6, 2018 at 5:23 pm - Reply

    Cikgu

    Semasa hendak menuruni bukit, kita perlu tekan minyak dan angkat clucth smpai kereta terasa ingin bergerak kemudian lebihkan minyak kan,

    Adakah selepas itu kita perlu angkat clutch lagi?

  49. Alan May 4, 2018 at 2:25 pm - Reply

    Semasa parkir sisi semasa masuk kotak saya berjaya tanpa masalah. Tiba2 keluar kotak enjin mati sehingga 3 kali. Saya undur sekali pun mati. Kenderan bergerak sedikit kemudian mati. pegawai Jpj tegur lepaskan break tangan. Adakah ini punca enjin kereta mati, bila bergerak sedikit?

  50. alice July 16, 2018 at 12:36 pm - Reply

    cikgu yap, saya nak tanya. Saya mempunyai lesen kereta dan motor pada tahun 2012. Tapi sehingga kini saya masih takut membawa kereta . Seolah tiada keyakinan . takut dengan kemarahan pemandu lain, takut dengan kesilapan saya yang menjejaskan pemandu lain. macam macam dalam otak saya fikirkan. boleh berikan saya tips untuk jadi berani?

  51. Nor September 16, 2018 at 3:04 pm - Reply

    Cikgu Yap
    Saya ada masalah kaki tidak sampai untuk menekan clucth. Tempat duduk, saya dah laraskan kedepan. Tapi bila saya nk tekan habis clutch tumit sy akan terangkat. Cikgu ada tips apa yang perlu saya lakukan?

  52. Esther October 11, 2018 at 3:14 pm - Reply

    Hello Cikgu Yap, Saya Pun mempunyai masalah dalam mengawal stereng kereta, semasa saya nak membelok ke kiri atau ke kanan ,saya tak dapat mengagak bila saya sepatutnya memusingkan stereng terutamanya semasa membelok di kawasan ‘S’ dan ‘Z’, Saya takut hendak membelok sebab kawasan ‘S’ dan ‘Z’ tu sangat sempit.
    Bila saya beritahu instructor saya, saya mengalami masalah dalam memusing stereng. Dia hanya cakap tidak susah ,dia cakap itu sahaja tanpa mengajar saya dengan lebih mendalam.Saya memang lemah dalam proses belajar memandu.Walaupun sudah banyak kali belajar di litar tetapi masih tak dapat memahami kesemuanya.

    Instructor saya bukan orang yang peramah dan ingin menolong , sepanjang saya belajar memandu dengan dia, saya berasa tertekan dan hilang fokus .Pernah juga saya nak berhenti untuk meneruskan proses belajar memandu ni. Saya selalu memikirkan masalah ini setiap masa tidak kira di mana saja saya berada.

    Saya berharap cikgu Yap dapat memberi panduan dalam memusing stereng dengan betul.

  53. Nana December 13, 2018 at 8:36 am - Reply

    Hi cg yap, saya ada masalah gelabah dalam memandu. Pengajar sya selalu cakap mata saya selalu pandang kanan tak pandang body kereta sebelah kiri, clutch tak cekap .macam mana saya nak mengahadapinya? Sya selalu dimarahi

  54. Nrlsuhaili February 14, 2019 at 11:53 am - Reply

    Cikgu saya sudah 2 kali gagal dalam test jpj. Boleh tak cikgu kongsi bagaimana ingin mengelak kereta mati di traffic light dan ingin memulakan perjalanan selepas lampu hijau? Saya juga hilg motivasi untuk beljar kembali kerana sudah 2 kali gagal cikgu.

  55. aliyah April 1, 2019 at 8:37 pm - Reply

    Hello Cikgu Yap,saya bakal menghadapi ujian QTI.Malangnya,instructor saya adalah seorang yang panas baran.Pada hari yang pertama,saya disuruh untuk membawa kereta di jalan raya terus.Pada hari ketiga,saya diajar untuk membawa kerera di dalam litar,namun instructor tersebut selalu memarahi saya.Sebenarnya,saya tidak pernah membawa kereta sebelum itu ,mahupun motorsikal.Jadi,kemahiran saya dalam menekan clutch memang lemah.Enjin kereta selalu mati.Instructor tu selalu memarahi saya dan berkata bahawa saya akan gagal dalam ujian JPJ.Masalah saya di dalam litar adalah ketika menaiki bukit sahaja kerana enjin kereta saya selalu mati.Kemudian,sy dimarahi bahawa saya akan gagal ujian jpj.Sekarang saya telah berlatih selama 6 jam dan 5 jam daripadanya hanyalah pekikan “kamu akan gagal dalam ujian jpj” dan “kamu patut ambil auto sahaja!”sehingga saya menjadi trauma dan takut untuk kembali berlatih memandu di jalan raya dan litar.Tambahan pula,saya sering menggelabah ketika saya dimarahi atau pressured saya sering berlatih di kawasan rumah saya sendiri sehingga sy sudah mahir sedikit dalam mengubah gear,tetapi apabila berhadapan dengan instructor tersebut,pengalaman saya belajar di rumah menjadi sia-sia.Apakah yang perlu saya lakukan?Ibu bapa saya menyuruh saya untuk manual juga walaupun instructor saya menyuruh saya mengambil auto.Saya menjadi buntu dan lemah semangat.

    • Cikgu Yap April 11, 2019 at 2:28 pm - Reply

      “Instructor” kini nampaknya kurang sesuai bagi anda. Dia harus lebih memahami kebolehan anda dan bersebar dengan anda. Manukar dari “auto” ke “manual”, perlukan tukarn lesan yang perlu selikit masa

Leave A Comment