Apakah Dia Borang S.M.4 Dan Kepentingannya?

Beberapa orang pembaca blog ini telah pun menulis kepada saya tentang “Borang S.M.4” ini.

Mereka ingin tahu tentang borang ini yang di guna di institut-institut memandu.

Jadi, saya rasa adalah sesuai bagi saya menulis tentang borang ini dalam artikel ini.

Menurut peraturan-peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan, Jadual II memerlukan penggunaan Borang S.M.4 (Kaedah 34 (1) ).

Ia sebenarnya “Rekod Pengajaran Pemandu”.

Calon-calon yang ingin mengambil sesuatu kursus belajar memandu, terlebih dulu di kehendaki mengisi borang yang penting ini.

Apakah butir-butir yang diisi ke dalam borang tersebut?

Borang S.M.4 di atas, akan mengandungi butir-butir berikut:-

1) Butir-butir pelajar.

Butir-butir umpama nama, alamat, jantina, umur dan nombor kad pengenalan perlu diisi dalam bahagian ini.

2. Butir-butir lessen “PDL”.

Butir-butir lessen “L” atau PDL juga diisikan selepas lulus “undang-undang Peraturan Jalan” atau “Highway Code”, lessen L memandu dikeluarkan.

Butir-butir penting seperti:

  • Kelas lessen
  • Nombor lessen
  • Tempoh lessen
  • Tempoh lulus Bhg I
  • Tamat tempoh Bhg I

Perkara-perkara atas biasanya diisi oleh pengajar atau “instructor”.

3. Peringkat pertama.

Borang S.M.4 ini, sebenarnya mula di pakai semasa seorang pelajar mula hadir kursus teori 6 jam di institut.

Kursus ini berlangsung 6 jam – 3 jam di dalam kelas dan 3 jam praktikal di luar kelas, yang dijalankan oleh seorang instructor.

Bahagian I teori dalam kelas (Kod A1, A2, A3, A4 dan A5) mengambil masa 1 jam setengah. Bahagian II (Kod B1, B2, B3, B4 dan B5) berlangsung selama 1 jam setengah lagi.

Kedua-dua pelajar dan pengajar di kehendaki manandatangani bahagian ini.

Akhirnya sekali, untuk peringkat kedua yang 3 jam praktikal di luar kelas, seorang pengajar dan kenderaannya, akan memberi pengajaran praktikal hal-hal kenderaan kepada pelajar tersebut.

Kesemuanya, 6 jam di luangkan untuk bahagian ini. Pengakuan pelajar serta pengakuan ketua pengajar juga perlu dibuat.

4. Peringkat kedua.

Di peringkat kedua ini, berapa kali seseorang pelajar belajar itu akan di catatkan.

Biasanya, seseorang pelajar harus mengambil sebanyak 10 kali minimanya.

Ini akan di akui oleh pelajar itu sendiri dan yang mengajar murid itu akan akui dengan menurunkan tandatangannya.

Berapa kali calon belajar itu kemudiannya akan di sahkan oleh Ketua Pengajar, yang biasanya adalah pegawai yang menjalankan Q.T.I. atau Pra-ujian.

5. Peringkat ketiga – Perakuan pegawai penilai institut.

Peringkat ketiga ini sebenarnya adalah ujian pra-ujian.

Dalam peringkat ini, pegawai Q.T.I. akan menguji calon dalam:-

  • Ujian naiki bukit
  • Side parking
  • Ujian 3 penjuru

Di ikuti dengan Bahagian III, iaitu “jalan raya”.

Di kebanyakan institut di Malaysia, seseorang pelajar akan di wajibkan belajar sekurang-kurangnya 10 kali.

Pegawai Q.T.I. juga akan sahkan bahawa pelajar itu terhak di uji oleh pihak J.P.J.

Ada para pelajar yang menanya saya sama ada perlu membawa Borang 4 apabila mereka berpindah ke suatu negeri yang lain.

Harus di peringatkan bahawa Borang 4 ini hendaklah dibawa bersama.

Dengan penjelasan lanjut yang di buat terhadap Borang 4 ini, adalah diharap bahawa tiada lagi pertanyaan di buat mengenai perkara ini lagi.


By | 2017-05-15T10:56:38+08:00 March 21st, 2011|Sekolah Memandu|13 Comments

About the Author:

13 Comments

  1. Driving School March 22, 2011 at 6:07 pm - Reply

    Oh! Yes absolutely….I think it’s worth to write on Form SM4.

  2. tiara zaharen February 3, 2012 at 11:37 pm - Reply

    Cikgu Yap, saya bermasalah dalam sesi pembelajaran mendaki bukit. Saya dapati handbrake kereta tu terlalu berat dan mengambil masa dan tenaga utk digerakkan. Jadi, ketika menuruni bukit, saya terpaksa kuatkan tangan menurunkan handbrake sehingga badan bergerak, sekaligus menyebabkan saya tertekan semula clutch dan mematikan enjin. Kawansaya juga alami masalah sama.

    Bolehkah jika saya tidak menarik handbrake ketika berhenti di garisan kuning? Saya tidak perlu menjenguk keluar utk melihat kedudukan tayar kerana sata dapat mengagak dengan baik. Jadi sebolehnya saye tak mahu bermain dengan handbrake yg berat ni. Jika tiada, wajarkah saya meminta menukar kereta lain yang lebih selesa? Terima kasih..

    • Cikgu Yap February 3, 2012 at 11:39 pm - Reply

      Maafkan saya berpendapat bahawa sekolah memandu anda nampaknya tidak berjaya menyampaikan ajaran sempurna kepada anda serta rakan anda.

      Memang ada cara-cara bagi mengatasi kesulitan menarik brek tangan. Pelajar-pelajar yang kurang tinggi, tidak perlu di paksa melihat kedudukan tayar sebenarnya. Pendekata, pengajar kereta anda hendaklah mencari ikhtiar bagi menyelesaikan masalah anda.

  3. aN September 20, 2012 at 1:57 pm - Reply

    hi cikgu.. saya nak tanya, klo dulu saya belajar kat tempat lain then sekarang saya nak sambung P kat tempat lain, masalahnya saya tidak ada borang sm4. so mane saya saya nak dapatkan borang sm4 tu?? Sekolah memandu saya dulu jauh, saya tak ada masa nak g ambil kat sekolah memandu dulu. berapa bayaran yang saya perlu saya bayar if saya tak dapatkan borang sm4 tu??

    please reply.. thanks

    • Cikgu Yap September 21, 2012 at 3:36 pm - Reply

      Daftar dengan institut baru. Beritahu mereka masalah SM4 anda. Rayu pihak institut baru bantu keluarkan SM4 baru.

  4. Lynda November 9, 2012 at 3:39 pm - Reply

    Hi Cikgu Yap.

    Saya adalah calon rayuan yang pernah mendapat P daripada Institut Memandu A (IM-A) sebelum ini tetapi tidak memperbaharui lesen melebihi 3 tahun atas sebab2 tertentu.

    Setelah rayuan menduduki semula ujian P diterima oleh pihak JPJ, saya telah mendaftar dengan Institut Memandu B (IM-B). IM-B ini adalah di bawah urusan JPJ K.L. Manakala IM-A di bawah urusan JPJ Selangor.

    Selepas ujian, kini saya telah lulus bahagian 3 jalan raya sahaja. Bahagian bukit, parking saya gagal. Saya ingin bertukar semula ke IM-A untuk mengambil bahagian yang gagal sahaja. Tetapi pihak IM-B tidak mengeluarkan surat pelepasan. Hanya borang gagal biru dan borang hijau yang diberi.

    Adakah dokumen2 tersebut mencukupi memandangkan saya ingin bertukar dari IM-B (JPJ K.L) ke IM-A (JPJ Selangor)?

    • Cikgu Yap November 10, 2012 at 11:38 am - Reply

      Cuba bawakan keputusan komputer yang gagal (naik bukit & parking) serta borang komputer Lulus (Bahagian Jalan) ke institut A. Sekiranya institut A tidak dapat mendaftarkan permohonan anda, maka anda hendaklah ke Institut B meminta surat pelepasan. Kalaunya tidak berjaya, anda tiada pilihan selain daripada buat aduan dengan pihak JPJ negeri.

  5. Kane February 25, 2014 at 2:39 pm - Reply

    Sir,

    i have passed all the test except the circuit test.
    i have the results from the failed test (blue and pink copy) with me at the moment.
    currently I’m far away from my hometown and looking to obtain my P license as soon as possible.

    If i have the JPJ test results with me, can i register with a new driving school here?

    • Cikgu Yap March 2, 2014 at 7:52 pm - Reply

      Your old JPJ test results can be used. But certain institutes require a confirmation letter from your last institute.

  6. SHN August 5, 2014 at 7:57 pm - Reply

    Selamat sejahtera. Saya telah mendapat lesen L hamipr setahun lebih. Disebabkan saya belajar dinegeri lain. Saya tidak mempunyai masa utk test jpj. Jika saya ingin bertukar
    negeri. Apa yg perlu saya lakukan? Saya bimbang lesen L saya akan tamat tempoh 2 tahun. Diharap agar encik dapat menjawab soalan saya.

    • Cikgu Yap August 8, 2014 at 10:52 pm - Reply

      Dapatkan bantuan sebuah sekolah untuk bantu anda.

  7. TPC July 9, 2019 at 1:28 pm - Reply

    I forgot to renew my driving license for more than 3 years. I submitted appeal request and approved for exemption on part 1 but i need to take the testing on Part 2 and 3.
    I noticed in the JPJ website, i need to submit JPJL3 Form and SM4 Form.

    Where can i get these two form? What actually i need to do to complete Part 2 and Part 3. Can i contact JPJ to make a booking for the test? or i need to go through all the driving school hours? Please advice

    • Cikgu Yap July 9, 2019 at 6:13 pm - Reply

      Best to visit any institute. They will advise you what to do. The above will arrange for you to a “special” test and teach you all aspects for part I & II. In my institute, you have to learn at least 4 or 5 hours for above 2 parts.

Leave A Comment