Semasa di sekolah, guru-guru sentiasa menasihatkan kami supaya berpakaian kemas dan bersopan. Hari ini, pihak institut memandu yang bertanggungjawab bagi kendalikan kursus K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).
Mungkin terdapat pihak yang ingin tahu, apa dia itu kursus tersebut di atas itu.
K.P.P. merupakan kursus mahupun kuliah 5 Jam yang wajib di hadiri oleh seseorang bakal calon pemandu sebelum beliau menduduki peperiksaan atau ujian Kod Perjalanan Jalanraya atau “undang-undang”.
Selepas inilah Lesen “L” atau L.D.L. (Lerner Driver’s License) baru di keluarkan.
Dengan ini, barulah seseorang itu boleh mula belajar memandu.
J.P.J. atau pihak yang bertanggungjawab, seringkali membuat lawatan ke pusat institut memandu bagi merinyu atau mengawasi bagaimana kursus-kursus K.P.P. di kendalikan oleh pihak institut memandu.
Kepada para penceramah, ini di anggap sebagi “spot check”.
Semasa menjalani “spot check”, di antara perkara yang biasanya di lihat atau di semak pegawai-pegawai adalah pendaftaran calon, kehadiran dan paling di utamakan ialah “etika berpakaian” calon-calon sekalian.
Untuk tujuan tersebut di atas, pihak J.P.J. sebenarnya telah keluarkan sebuah “circular” atau surat pekeliling tentang pakaian yang hendaklah di ikuti oleh para calon kursus.
Jadi, sekiranya pihak institut tidak hendak di persalahkan, mereka haruslah mematuhi kepada syarat-syarat yang termaktub di circular tersebut.
Calon-calon yang bertujuan menghadiri sebarang kursus atau ceramah, hendaklah menentukan “penampilan” dan cara berpakaian kemas, sopan dan tidak berunsur negatif.
Di bawah adalah “cara pakaian” bagi kedua-dua jantina yang ingin menghadiri kuliah-kuliah.
Lelaki
1) “Shirt” atau baju berkolar.
Kemeja berlengan T- shirt / kemeja tanpa kolar dan lengan dengan motif yang beransurkan negatif tidak di benarkan.
2) Seluar panjang.
Seluar pendik yang berunsurkan negatif tidak di benarkan.
3) Kasut penuh.
Sandal dan selipar tidak di benarkan.
4) Rambut.
Kelihatan kemas.
5) Aksesori.
Topi, barangan perhiasan seperti “subang” dan rantai tidak di benarkan.
6) Barangan larangan.
Bahan rujuk, telefon bimbit dan beg tangan tidak di benarkan di bawa masuk be bilik ujian.
Perempuan
1) Shirt berkolar atau lengan.
T-shirt kemeja tanpa kolar atau lengan dengan motif yang beransur negatif atau tidak sopan tidak di benarkan.
2) Skirt – Di bawa paras lutut.
Belah kain yang keterlaluan di bahagian tepi dan depan serta skirt pendik tidak di benarkan.
3) Seluar.
Di cadangkan seluar panjang.
Seluar pendik beransur negatif atau tidak bersopan tidak di benarkan.
4) Kasut penuh.
Selipar tidak di benarkan.
5) Aksesori.
Topi / aksesori yang keterlaluan tidak di benarkan.
6) Barangan larangan.
Bahan rujukan, telefon bimbit dan beg tangan di larang bawa masuk ke dalam bilik ujian.
Dengan artikal ini, maka di harapkan calon-calon yang ingin menghadiri kursus K.P.P. kemudian kelak akan tahulah etika berpakaian yang perlu di amalkan.
Kalau pakai seluar jeans…. boleh kan…
Jeans boleh. Tapi jangan pakai selipar.
Cantik…. bukannya apa… sluar slack x dAAA……
TQ..
saya sudah gagal ujian berkomputer ,sebanyak dua kali.Kerana kegagalan tersebut saya sudah takut untuk mengambilnya buat kali ke tiga,lalu saya mengambil keputusan untuk menaggungnya.Untuk pengatahuan cikgu yap,sebelum ini saya menggunakan ejen untuk menguruskan segala urusan .kini saya ingin mengambilnya sekali lagi,tanpa menggunakkan kidmat ejen ,apakah syarat – syarat dan perkara yang saya harus lakukan untuk mengambil ujian komputer tanpa menggunakkan kidmat ejen.
Anda di nasihatkan ke pusat-pusat ujian komputer demi daftarkan diri. Bawa MyKad, kad komputer ke sana. Bukti hadiran kursus KPP tidak perlu. Kiranya pagawai di pusat enggan mengizinkan pendaftaran, beritahu mereka bahawa anda akan membuat komplain dengan pihak JPJ negeri.
Apakah akta jalanraya 1987 ada menyebut cara berpakaian kemas ketika memandu dengan lebih terperinci?
Seperti
a) memandu dengan pakaian singlet (lelaki)
b) Berseluar pendek (lelaki dan perempuan)
c) berpakaian menjolok mata (wanita)
d) merokok ketika memandu
e) memandu pakai selipar atau berkaki ayam
f) Telefon bimbit (sedia maklum) (ada akta)
g) mabuk (sedia maklum) (ada akta)
h) rambut berserabut (tutup mata)
I) bercermin mata gelap
j) bersarung tangan ketika memandu
h) memakai topi
Kalau pakai baju Muslims labuh xpe ke dan last sukan
boleh tak pakai tshirt tanpa kolar semasa latihan memandu?
Tidak di galakkan.
Warna tudung untuk ujian komputer..xkisah ke?atau kena pakai warna hitam atau gelap?
Boleh tak pakai kain dgn blaus bg perempuan muslim?