Kalau hendak disenaraikan kesalahan-kesalahan yang boleh dilakukan oleh pemandu-pemandu motor, saya rasa sudah tentu tidak terhabis senarainya.

Jadi apa cadangan saya, adalah memilih hanya beberapa “kesalahan” penting saja untuk dibicarakan.

1) Terlibat dalam lumba haram (Merempit) – “Merempit”, menaja atau mengambil bahagian atau terlibat dalam hal ini adalah salah (Seksyen 81 R.T.O ’87). Dendanya RM2000, 6 bulan penjara atau kedua-duanya. Ingat lesen pula boleh di gantung.

2) Tiada topi keledar (helmet) atau tidak ikat dengan betul – Tidak memakai topi keledar salah. Demikian juga topi keledar tidak di ikat dengan betul. Boleh kena denda RM100.

3) Memandu dengan tiada lesen – Tiada lesen dan tidak membawa lesen erti sama saja. Kalau lakukan kesalahan ini, anda akan kena saman bawah Seksyen 26 (1). Akan didenda RM150.

4) Lesen L.D.L. (Lesen Belajar Memandu) bawa penumpang – Lesen “L” dilarang bawa orang atau penumpang. Kiranya salah, boleh didenda RM200 pula.

5) Membawa lebih penumpang – Motor dikhaskan untuk 2 orang saja. Biasanya kita dapati ayah-ibu bawa lebih 2 – 3 anak bersama. Ini memang satu kesalahan. Cuma “Polis” bertimbang rasa dan “kasihan” tidak hendak saman. Tetapi, ingat, salah ya!

6) Tidak pasang “P” atau “L” – Kiranya “P” dan “L” tidak pasang plet dekat motor, adalah kesalahan. Kalau hendak tahu, boleh kena denda RM150.

7) Lampu depan / belakang tidak pasang boleh di kena denda – Undang-undang Malaysia berhendakkan lampu depan dan belakang di pasang siang hari dan malam. Sabit kesalahan boleh di kenakan denda.

8) Cermin “Handle” sebelah kanan wajib – Cermin motor kanan sebenarnya “wajib”. Cermin kiri saya tahu “optional” (pilihan). Walau bagaimanapun, pasanglah keduanya sekali. Kan cermin motor datang dalam 1 set atau “sepasang”. Tiada maslah tentang hal ini!

9) Menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu – Menggunakan “telefon bimbit” semasa menunggang motor memang satu kesalahan. Bahaya! Sekiranya hendak bercakap, apa salah berhenti di tepi jalan saja. Kan lebih selamat. Renung kembali nasihat saya. Kena denda itu rugi. Jangan bazir duit!

10) Lupa bawa lesen semasa menunggang motor – Sudahpun dijelaskan awal-awal tadi, tiada lesen melanggar pula Seks 26(1) A.P.J. ’87. Kiranya lupa bawa lesen bersama semasa menunggang motor “salah” juga. Kalau budi bicara polis baik, O.K. Kalau tidak, K.O. Kena saman saja. Jadi ingat-ingat ya! Bawa lesen bila hendar keluar.

Inilah saja kesalahan-kesalahan penulis dapat ingatkan buat ini. Kalau hendak ingat semua, sampai esok haripun tidak habis cerita.



By | 2017-06-18T10:27:19+08:00 July 1st, 2009|Ujian Motorsikal|11 Comments

About the Author:

11 Comments

  1. aseng June 7, 2010 at 2:51 am - Reply

    cikgu yap.saya sudah ada lesen B2 dan masih P.macam mana mahu ambil lesen kereta?

    • Cikgu Yap June 8, 2010 at 12:06 am - Reply

      Undang-undang dikecualikan. Hadir kursus 6 jam teori. Kemudian keluarkan LDL untuk jenis D (kereta).

  2. nurul June 20, 2010 at 11:48 pm - Reply

    saye dah ada lesen L untuk kereta. Saye bercadang untuk mendapatkan L motor.Adakah saya perlu untuk menduduki ujian berkomputer? bolehkah saya berurusan terus di JPJ untuk menambah kelas lesen saya yang hanya mengandungi D kepada D,B2?

    • Cikgu Yap June 22, 2010 at 2:18 pm - Reply

      Hadir 6 jam teori di institut. Kemudian keluar L untuk B2. JPJ hanya keluarkan lesen saja.

  3. SYED November 8, 2010 at 12:40 pm - Reply

    saya ada lesen memandu kelas D full,lesen L motor saya sudah 2 tahun lebih mati,kalau saya nak buat P kena hadir kursus semula dan ujian komputer balik ke???

    • Cikgu Yap November 8, 2010 at 3:50 pm - Reply

      Sudah ada lesen D, undang-undang di kecualikan. Kerana lsesn B2 sudah mati, maka kena hadir class teori 6 jam untuk motor. Kemudian, keluar lesen B2 baru.

  4. darwish March 14, 2015 at 11:54 am - Reply

    Adakah saya mempunyai lesen L b2 boleh berada di jalan raya? , syarat2nya?

    • Cikgu Yap March 16, 2015 at 12:18 pm - Reply

      L boleh di guna di pekan, taman perumahan dan ebagainya. Tetapi di lebuhraya, di mana ada lorong motorsikal, hendaklah gunakan lorong khas untuk motorsikal. Gantung plet L di motor juga.

  5. Lance June 4, 2015 at 1:11 pm - Reply

    Saya ada Lesen kereta tapi tiada lesen motor boleh ke saya memandu motor dengan lekat L dekat motor plat sahaja?

    • Cikgu Yap June 5, 2015 at 1:48 pm - Reply

      Tidak boleh.

  6. CarlosZubir December 21, 2018 at 11:28 am - Reply

    Saya Ada lesen L kereta..bolehkah saya memandu kereta..

Leave A Comment