Turutan-turutan Menggunakan Signal Dan Isyarat Tangan Sewaktu Ujian Motor B2

Penggunaan Signal Dan Isyarat Tangan Sewaktu Ujian Motor B2

Ujian motosikal B2 (-250 c.c), sebenarnya di bahagikan 2 peringkat:
i) Bahagian I – Halangan-halangan seperti pusing “Roundabout”, melintasi jambatan, kon, brek kecemasan atau “emergency“.

ii) Bahagian II – Bahagian ini semata-mata menyemak bahagian-bahagian motor seperti,

a) Signal kiri – kanan.

b) Lampu depan dan belakang.

c) Hon (dan sebagainya).

d) Melaksanakan isyarat tangan / mekanikal.

Sebenarnya, kesemua pengajar / instructor di institut, tahu apa yang perlu di ajar kepada calan-calonnya.

Tetapi, memandangkan ada setengah-setengah calon telah pun menulis ke blog Driving School Malaysia ini meminta bantuan dan urutan penggunaan signal tangan mekanikal dan isyarat tangan, maka artikal ini di karang.

Sebenarnya, Bahagian II ini, semata-mata tertumpu khas kepada “Perlaksanaan isyarat tangan dan mekanikal”.

Perlaksanaan perkara di atas dengan Baik dan Betul, iaitu “sempurna”, akan menentukan sama ada calon itu Lulus atau Gagal.

Sebelum mulanya tunjuk ajar kepada bahagian ini, perlaksanaan isyarat tangan dan isyarat mekanikal, harus di peringatkan ianya bagi “sirkit” motor yang berjenis asal (seperti dalam institut lama) saja.

Kedua, calon-calon hendaklah pastikan perlaksanaan isyarat tangan di buat dengan Betul.

“Isyarat tangan”, hendaklah hayun tangan kanan atau kiri (dengan jari tutup rapat dan palma tangan menghadap ke arah bawah) dari arah bahagian paras bahu (dengan perlahan) ke paras pinggang.

Calon-calon yang tidak tahu buat dengan betul hendaklah minta bantuan pengajar motor insitut sendiri.

Turutan Isyarat Tangan & Isyarat Mekanikal Sewaktu Ujian Motorsikal

1) Di tempat permulaan, bubuh signal mekanikal (serentak bubuh isyarat tangan) ke kanan. Kemudian buat yang sama dengan tangan kiri pula.

2) Sudah berjalan hampir-hampir 5 – 6 meter, hendak belok ke kiri pula. Bubuh signal mekanikal kiri, lambai tangan kiri perlahan-lahan. Betulkan handle, dan terus berjalan. Ingat, pandu di kiri jalan yang luas 5 kaki itu. Jangan pandu di tengah-tengah jalan.

3) Sudah menunggang lebih kurang 10 meter, tiba masa hendak belok kanan dan berhenti pula. Di separuh jalan 10 meter ini, mula memasang signal mekanikal kanan dulu dan kemudian melambai tangan kanan dengan elok.

Sebaik saja belokan kecil, anda berhentilah. Lepas berhenti di garisan, buatlah isyarat berhenti. Pandang kanan dan kiri. Hendak belok ke kiri, bubuh signal mekanikal ke kiri, di ikuti dengan lambaian tangan kiri pula.

4) Kini sampailah kita ke pertengahan jalan ujian motor. Ke depan, sebenarnya hendak pusing ke kiri pula. Sekali lagi, bubuh signal mekanikal kiri dulu, ikuti dengan lambaian tangan perlahan dan isyarat tangan kiri pula.

Sebelum belok, berhati-hati. Boleh belok dengan sebelah tangan kanan, tetapi jangan sampai terjatuh sudah.

5) Urutan terakhir untuk membubuh signal mekanikal atau isyarat tangan. Sebagai tanda penamat ini, perlu saja melambaikan isyarat tangan perlahan. Lambaian di buat dengan tangan kanan! Bubuh juga signal tangan kiri untuk menunjukkan niat Berhenti di tepi.

Selepas sudah berhenti di garisan penamat, turun dari kenderaan motor, pasang “stand” kaki berdua atau “Double Stand”. Jangan gunakan “Single Stand”.

Kemudian, tolak motor perlahan-lahan ke tempat Permulaan, dekat roundabout.

Penat lelah betul penulis ini. Kalau dengan urutan-urutan ini yang lengkap anda tidak berjaya Lulus, nasihat saya adalah, anda jangan ambil lesen motor B2. Naik basikal saja!

By | 2012-09-22T10:52:14+08:00 July 31st, 2009|Ujian Motorsikal|8 Comments

About the Author:

8 Comments

  1. Come October 11, 2010 at 8:25 pm - Reply

    Selamat sejahtera cikgu Yap,
    Soalan saya ialah, andaikata seseorang mengambil ujian JPJ untuk lesen motosikal dan kereta pada hari yang sama, tetapi kedua-dua ujian JPJ tersebut gagal. Adakah ka menduduki ujian semula dikenekan bayaran untuk kedua-dua ujian tersebut dan berapa jumlahnya?
    Terima kasih.

    • Cikgu Yap October 17, 2010 at 7:34 am - Reply

      Kedua-dua ujian itu perlu di bayar. Harga kena tanya instructor anda. Berbaza tempat ke tempat.

  2. TomoT March 10, 2011 at 10:41 am - Reply

    Cikgu Yap,

    Saya ingin bertanya sekiranya seseorang itu tidak tahu langsung cara-cara menunggang motosikal. Bolehkan dia mengambil ujian motosikal? Adakah tenaga pengajar akan mengajar dia cara menunggang motosikal atau dia perlu belakar sendiri?

    • Cikgu Yap March 11, 2011 at 8:36 pm - Reply

      Pihak insitut boleh mengajar anda memandu motor.

  3. iza89 January 27, 2012 at 9:31 pm - Reply

    Selamat sejahtera cikgu Yap,
    saya nak bertanya….
    kalau masa mula2 nak pusing bulatan tu nak kena guna gear yang ke berapa?
    dan untuk atas jambatan tu gear berapa nak guna atau sama masa mula…

  4. iza89 March 4, 2012 at 11:53 am - Reply

    Cikgu Yap saya nak bertanya sikit…
    mula2 kita akan buat pusingan di Roundabout kan tapi yang leceh sikit ni masa dalam pusingan tu saya pakai gear 2 cuma bila pulas minyak laju sikit jadi motor tu akan laju sangat dan kalau pulas minyak sikit saja motor tu akan perlahan sangat… kenapa ya?

    mula2 je motor tu jadi begitu tapi bila buat 2 atau 3 kali pusingan baru terasa ok…

    ada setengah motor ok bila mula2 buat pusingan di Roundabout tapi ada setengah motor macam di atas….

    kenapa?

    • Cikgu Yap March 5, 2012 at 11:56 pm - Reply

      Nampaknya motosikal yang anda guna timingnya agak rendah dan enjinnya belum lancar waktu awal-awal. Anda hendak panaskan enjin motor sebelum laksanakan pusingan roundabout.

Leave A Comment