Insurans Kenderaan Archives - The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor https://driving-school.com.my/category/insurans-kenderaan/ Writings By a Driving Instructor With 40+ Years Teaching Experience Wed, 18 Oct 2017 04:59:22 +0000 en-US hourly 1 Tuntutan Insurans Kemalangan Kereta Tanpa Laporan Polis https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/tanpa-laporan/ https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/tanpa-laporan/#comments Wed, 12 Apr 2017 16:38:55 +0000 http://driving-school.com.my/?p=7361 Berikut adalah komen daripada Cik Wani yang di kemukakan di blog ini pada 24 Oktober 2015. Cik Wani menghadapi masalah untuk menuntut insurans kemalangan kereta kerana pihak kedua tidak membuat laporan polis. Kemalangan kereta dengan lori treler Salam sejahtera Cikgu Yap, Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana sudi meluangkan masa dan [...]

The post Tuntutan Insurans Kemalangan Kereta Tanpa Laporan Polis appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Minor car accident

Berikut adalah komen daripada Cik Wani yang di kemukakan di blog ini pada 24 Oktober 2015.

Cik Wani menghadapi masalah untuk menuntut insurans kemalangan kereta kerana pihak kedua tidak membuat laporan polis.

Kemalangan kereta dengan lori treler

Salam sejahtera Cikgu Yap,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana sudi meluangkan masa dan tenaga mengendalikan blog ini yang pada pendapat saya sangat bermanfaat kepada orang ramai.

Syabas Cikgu Yap!

Usaha murni cikgu memang patut dicontohi!

Saya ingin meminta pendapat cikgu tentang kemalangan yang saya alami pada bulan Ogos lepas.

Kereta saya telah dilanggar oleh sebuah treler ketika sedang berhenti di simpang.

Ketika itu treler berada di sebelah kanan saya dan di kiri saya pembahagi jalan, kemalangan berlaku apabila treler membelok ke kiri dan menggesel bahagian kanan kereta saya menyebabkan windscreen retak, cermin kanan depan pecah, pintu depan dan belakang serta rangka sebelah kanan rosak dan lain-lain kerosakan.

Pemandu treler mengatakan saya berada terlalu dekat dengan trelernya sedangkan saya berada dalam lane kiri dan trelernya memasuki lane saya.

Itu bukan kemalangan pertama yang saya alami tetapi saya agak gementar ketika itu memandangkan ia betul-betul mengenai sebelah kanan pada aras kepala saya.

Selepas kemalangan saya memandu pulang dan membuat laporan polis pada waktu malam kerana saya ada urusan kerja yang sangat penting yang perlu diselesaikan pada hari tersebut.

Kereta saya dibawa ke balai polis dan terus ke bengkel yang diaturkan oleh syarikat insurans pada keesokan harinya.

Sewaktu membuat laporan, polis maklumkan pihak treler belum membuat laporan.

Kereta saya telah dibaiki menggunakan insurans saya dan siap selepas tiga minggu namun sehinga kini pihak treler belum membuat laporan menyebabkan pihak polis tidak dapat mengeluarkan keputusan kes.

NCD saya sebanyak 45% kini tinggal 0% dan untuk mendapatkannya semula perlulah ada keputusan kes daripada pihak polis menyatakan pihak treler yang bersalah.

Beberapa kali saya telah menghubungi balai trafik dan sarjan yang mengendalikan kes itu untuk mengetahui status laporan pihak treler.

Saya telah dimaklumkan pihak polis telah menghantar surat agar mereka tampil membuat laporan dan setelah lebih enam minggu kemalangan berlaku, sangat mengecewakan apabila sarjan yang mengendalikan kes tersebut mengatakan pihak treler sepatutnya membuat laporan esok atau lusa.

Ini bukanlah jawapan profesional daripada seorang sarjan, bukankan sepatutnya polis menetapkan tempoh untuk pihak treler membuat laporan?

Itulah kali terakhir saya menghubunginya.

Seorang petugas di syarikat insuras mencadangkan agar saya menghantar tuntutan CART (Compensation of Actual Repair Time) kepada syarikat insurans treler agar mereka tahu kenderaan yang diinsurankan terlibat dengan kemalangan.

Saya mengikut cadangannya dan menghantar tuntutan tersebut setelah membeli maklumat insurans treler di JPJ.

Saya menghubungi syarikat insurans treler dan diberitahu mereka telah menghantar surat agar syarikat treler mengemukakan laporan polis dan keputusan kes kerana ada pihak yang menuntut.

Walaubagaimanapun pegawai insurans itu memberitau tiada apa yang boleh dilakukan selagi tidak terima dokumen daripada pihak treler dan bukan tugas mereka untuk memastikan laporan dibuat serta mencadangkan saya meminta bantuan pihak bengkel yang memperbaiki kereta saya.

Usaha saya terhenti di sini setakat hari ini.

Saya mengharap jasa baik Cikgu Yap agar memberikan panduan untuk tindakan saya seterusnya.

Terima kasih.

Jawapan saya kepada Cik Wani

Pada pendapat saya, memandangkan anda telah beritahu syarikat insurans tentant perkara ini, anda tidak payah lagi menunggu pemandu lori buat laporan polis.

Tuntutan ke atas kenderaan anda boleh di langsungkan.

Saya cadang sekiranya kompeni insurans enggang bertanggungjawab, anda tidak ada pilihan selain daripada memasang peguam uruskan tuntutan selanjutnya.

Walau apapun, tindakan di atas memakan masa penjang dan sudah tentu anda hendaklah banyak bersabar.

Komen seterusnya daripada Cik Wani

Komen seterusnya daripada Cik Wani yang di kemukakan pada 9 November 2015.

Cikgu Yap,

Saya terlibat dalam kemalangan.

Keputusan kes telah dikeluarkan oleh pihak polis dan pihak yang melanggar saya yang bersalah.

Kereta saya telah siap dibaiki menggunakan insurans pesalah.

Saya diahamkan boleh membuat tuntutan CART daripada insurans pesalah lalu saya menghantar tuntutan pada kadar RM 40 sehari untuk 23 hari.

Pihak insurans pesalah menjawab tuntutan saya dengan menawarkan RM 30 sehari untuk 4 hari (RM120) sahaja.

Saya tidak setuju kerana kereta saya berada di bengkel selama 23 hari dan pelbagai kesulitan yang saya terpaksa tempuh selama ketiadaan kereta.

Saya belum memberi persetujuan kepad pihak insurans pesalah.

Apa yang patut saya lakukan Cikgu Yap?

Satu lagi saya terpaksa tinted windscreen dan cermin lain atas tanggungan sendiri kerana tinted dikira akksesori dan dan luar daripada perlindungan insurans.

Cermin kereta saya tinted seluruhnya sebelum kemalangan.

Pada siapakah patut saya majukan tuntutan ganti rugi tinted itu?

Harap cikgu dapat membantu.

Terima kasih.

Jawapan saya kepada Cik Wani

Kalau tidak terima tawaran insurans, tolaknya.

Lawan kes ini di mahkamah!


The post Tuntutan Insurans Kemalangan Kereta Tanpa Laporan Polis appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/tanpa-laporan/feed/ 1
Kerosakan Kereta Akibat Banjir – Boleh Claim Insurans? https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/kerosakan-banjir/ https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/kerosakan-banjir/#respond Tue, 04 Apr 2017 08:34:05 +0000 http://driving-school.com.my/?p=7266 Lembah Klang, merangkumi Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang, Shah Alam, dan juga Klang. Akibat daripada penjagaan saluran parit serta sungai-sungai yang kurang memuaskan, pemandu-pemandu seringkali mengalami “banjir” di kawasan tersebut di atas. Anak bongsu saya pernah terperangkap dalam “banjir kilat” petang suatu Selasa. Dia sedang dalam perjalanan pulang dari Putrajaya hari tersebut. Saya percaya, ramai [...]

The post Kerosakan Kereta Akibat Banjir – Boleh Claim Insurans? appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Banjir kilat

Lembah Klang, merangkumi Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang, Shah Alam, dan juga Klang.

Akibat daripada penjagaan saluran parit serta sungai-sungai yang kurang memuaskan, pemandu-pemandu seringkali mengalami “banjir” di kawasan tersebut di atas.

Anak bongsu saya pernah terperangkap dalam “banjir kilat” petang suatu Selasa.

Dia sedang dalam perjalanan pulang dari Putrajaya hari tersebut.

Saya percaya, ramai pemandu yang ingin tahu, bagaimana hendak bertindak semasa menemui keadaaan banjir.

Tindakan yang sewajar sekali untuk seseorang pemandu dalam keadaan tersebut di atas sudah tentu adalah,

“Berhenti di pinggir jalan. Dan jangan bergerak lagi.”

Tetapi sekiranya nasihat tertera dituruti, sudah pasti anda akan menyebabkan kesesakan jalan pula.

Tidak mengira pula kemarahan pemandu-pemandu lain yang mengikuti anda dari belakang.

Walau bagaimanapun, andainya anda memandu masuk ke satu-satu kawasan yang sedang mengalami “banjir”, kemungkinan besar kenderaan anda akan “mati enjin” dalam banjir tersebut.

Saya percaya, sudah pasti anda tidak mahu perkara yang sedemikian berlaku pada anda.

Arwah bapa saya, yang merupakan sebagai seorang pemandu lori 7 tan, seringkali memberi nasihat kepada saya waktu ianya masih muda.

Mujur terdapat seorang ayah yang dapat memberi tunjuk ajar kepada anaknya.

Langkah Untuk Kereta Manual

Demi mengelakkan kenderaan daripada mati enjin dalam sesuatu kawasan yang banjir, harus menentukan bahawa air banjir itu tidak dibenarkan masuki paip ekszos kereta.

Kalau demikian, besar kemungkinan enjin kenderaan akan mati.

Apakah yang harusnya dilaksanakan oleh seseorang pemandu?

Bapa saya mencadangkan peraturan ini.

Kata beliau, demi untuk mempertahankan enjin sesuatu kenderaan itu daripada mati, pemandu kenderaan jenis gear manual hendaklah memasang gear satu.

Yang mustahak sekali, hendaklah memastikan memijak “accelerator” atau “injak minyak” sekuat-kuatnya.

Sudah tentu, sewaktu ini, hendaklah mengawal “klutch” dengan baik supaya dapat mengawal kenderaan itu dengan sempurna.

Dengan cara ini sahaja, dapat dielakkan daripada mati.

Langkah Untuk Kereta Automatik

Bagaimana pula dengan kenderaan-kenderaan jenis automatik?

Apa nasihat yang sepatutnya disampaikan kepada pemandu-pemandu kenderaan tersebut?

Pada keseluruhannya, saya berpendapat bahawa kenderaan jenis ini hendaklah dipasang kedudukan “Drive”.

Cara menekan injak minyak kuat-kuat sebagaimana dilaksanakan dalam kenderaan jenis “manual” turut dijalankan.

Adalah dipercayai bahawa sekiranya kesemua nasihat yang diberikan di atas dituruti dengan sempurna, sudah pasti anda akan berjaya melalui kawasan banjir itu dengan selamat.

Kemungkinan terdapat segelintir para pembaca yang sudah tentu ingin tahu sama ada dapat mencapai kejayaan 100% dalam usaha tersebut di atas.

Malangnya sekali, saya tidak berani menjamin iaitu anda pasti mencapai keputusan yang anda idamkan itu.

Berdasarkan kepada pengalaman saya yang lebih daripada 40 tahun sebagai seorang pemandu, saya memahami bahawa ada kalanya enjin kenderaan anda kemungkinan boleh “mati” diakibatkan beberapa sebab-sebab yang tertentu.

Faktor-faktor tersebut termasuk:-

  1. Bagi sesebuah enjin kenderaan itu jangan mati, “timing” enjin terpaksa berada dalam tahap yang tersempurna.
  2. Dengan jenis kenderaan bercorak “manual”, “ignition coil” (dalam model kenderaan jenis lama), mahupun “contact point”nya tidak boleh diizinkan terkena air banjir. Dalam jenis kenderaan yang bermodel lebih baru, maka kedua bahagian kenderaan hari ini diganti oleh “starter elektronik”.

Pendekata, saya berpendapat bahawa selagi kedua-dua bahagian yang tersebut di atas tidak terkena air, maka anda akan berjaya mengharungi banjir yang anda lalui.

Balik kepada soalan apakah yang sepatutnya dibuat oleh seorang pemandu yang berhadapan dengan keadaan banjir.

Nampaknya terdapat 2 perkara penting yang sepatutnya dilaksanakan.

Yang pertama adalah cuba mengharungi kawasan bajir dengan selamat.

Kedua, adalah cuba sedaya-upaya mempertahankan air banjir memasuki ke dalam paip ekszos kereta.

Ini akan menyebabkan enjin kereta anda mati pula.

Bolehkah anda claim insurans untuk kerosakan banjir?

Andainya kenderaan anda dibanjiri air banjir pula, adakah pihak “insurans” akan membayar ganti-rugi kepada pemilik kenderaan?

Sebagai seorang penulis, saya penuh yakin iaitu kebanyakan pemandu di Negara kita tidak tahu keadaan yang sebenarnya.

Harus dimaklumkan di sini bahawa pihak Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) berkehendakkan orang ramai membeli lindungan insurans sama ada Parti ke-3 ataupun Parti Pertama ataupun insurans komprehensif sebelum cukai jalan sesuatu kenderaan dikeluarkan.

Rujukan yang dibuat oleh saya ini ke atas topik ini telah memberi saya suatu pengetahuan yang penting.

Elok diberitahu para pembaca bahawa perlindungan insurans “komprehensif” ataupun “Parti Pertama” merupakan sebahagian daripada polisi automobil anda.

Berita baik disini adalah, “Kenderaan anda pasti dilindungi oleh insurans.” Walau bagaimanapun, lainnya cerita dengan perlindungan insurans “Parti Ke-3” pula.

Liabiliti insurans parti tersebut di atas malangnya sekali tidak melindungi kerosakan yang diakibatkan banjir.

Kini, anda sedar mengapa pihak bank mahu anda membeli insurans “komprehensif” untuk kenderaan anda yang masih lagi di bawah skim bayaran beransur.

Bayaran “premium” antara insurans “komprehensif” dan “Third Party” sebenarnya tidak begitu ketara sangat.

Anda seharusnya memikir elok-elok perkara ini dengan teliti.

Andainya kenderaan anda dimasuki air dalam suatu banjir, apakah yang sepatutnya anda buat?

Di bawah adalah langkah yang anda sepatutnya laksanakan:-

  1. Berhubung dengan ejen insurans dengan segera.
  2. Membuat anggaran terhadap kerosakan kenderaan anda.
  3. Mengambil gambar kenderaan anda.
  4. Turut mengikuti kehendak-kehendak pihak syarikat insurans.

Lumrahnya,  syarikat insurans anda akan menghantar seorang “adjuster” ke rumah ataupun bengkel anda.

Sekiranya kerosakan kenderaan anda lebih dari jumlah yang diinsurankan, anda mempunyai 2 pilihan.

Anda boleh memilih untuk menerima “opsyen” atau pembayaran sekaligus.

Di Negara kita, Malaysia, ini diketahui sebagai “Total Loss”.

Adakah peraturan yang diamal di negara barat sama saja dengan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di Malaysia?

Saya memegang kepada kepercayaan bahawa undang-undang adalah sama saja di mana-mana.

Walau bagaimanapun, saya akan berhubung dengan rakan insurans Encik Ah Peng dari syarikat Goh Bersaudara di Klang untuk mendapatkan pendapat beliau tentang hal ini.

Sampai setakat ini sahajalah artikel berkeneen dengan soal “banjir” dan tuntutan-tuntutan terhadap kerosakan yang dialami dalam sesuatu banjir itu.

Adalah diharapkan bahawa pemandu-pemandu akan lebih berpengetahuan tentang masalah banjir mulai sekarang.

Tuntutan kerosakan banjir bukannya masalah yang akan dihadapi sahaja oleh para pemandu.

Jangan dilupa juga masalah kerosakan kenderaan kemungkinan boleh berlaku.

Sayugia diingatkan bahawa ada kalanya  kerosakan “mekanikal” boleh juga timbul.

Kerosakan “gear” misalnya, seringkali dihadapi oleh ramai orang.

Di artikel yang berikutan, saya bercadang akan menyetuh tentang soalan ini dengan lebih lanjut lagi!


The post Kerosakan Kereta Akibat Banjir – Boleh Claim Insurans? appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/kerosakan-banjir/feed/ 0
Mandatory Insurance Coverage For All Vehicles https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/mandatory-coverage/ https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/mandatory-coverage/#comments Mon, 04 May 2015 03:24:03 +0000 http://driving-school.com.my/?p=6560 In case you are unaware, it is a mandatory requirement for all vehicles have “insurance” coverage before the authorities, that is the Road Transport Department or Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) issues road taxes to vehicles. New vehicles are normally covered by 1st party insurance, which is rather costly. Amongst others, the above policy protects vehicles [...]

The post Mandatory Insurance Coverage For All Vehicles appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

In case you are unaware, it is a mandatory requirement for all vehicles have “insurance” coverage before the authorities, that is the Road Transport Department or Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) issues road taxes to vehicles.

New vehicles are normally covered by 1st party insurance, which is rather costly.

Amongst others, the above policy protects vehicles against theft and damages sustained.

There is however something else which many motorists might possibly not know about insurance policies or coverage for vehicles.

Besides “1st party insurance” for new vehicles, motorcycles are also subjected to seek mandatory insurance coverage before their road taxes are issued.

Previously, insurance coverage for motorcycles were for “3rd party”, “all riders policy” and “1st party”.

However, today the insurance policy for motorcycles has changed.

It is my understanding that only 1st party insurance coverage for motorcycles is available in the market today.

Therefore, irregardless of whether a motorcycle owner likes it or not, he or she has no alternative but to secure a 1st party insurance coverage if they desire to obtain their vehicle’s road taxes.

Insurance coverage for vehicles, be it cars or motorcycles, lorries, trailers, buses and others, does not only involve such things as 1st party and 3rd party matters.

Vehicle owners infact have to consider other aspects of insurance coverage for their vehicles such as:

i. Passenger liability

ii. Windscreen and glass coverage as well.

Extra payment therefore has to be made for the above coverage.

All in all, it is indeed a costly affair eventually, if you intend to drive a vehicle.

Then there is a question which is currently being experienced by drivers today.

Those who own vehicles which are more than 10 years old or more face another dilemma. The above problem has infact persisted for many, many years now.

It has always been difficult to obtain “insurance” coverage for such cars.

Before proceeding any further, I like to explain to its readers, that old vehicles are categorized as being “displaced vehicles” or “high risks vehicles”.

Such vehicles are in reality not accorded “insurance coverage” by most major insurance companies in Malaysia today.

In short, old vehicles which are over 10 years old or more, are therefore considered as “nobody’s child”, as no insurance company would like to insure them.

As insurance coverage for a vehicle is a “mandatory” requisite prior to a vehicle’s road tax being issued by the authorities, Bank Negara, which is the governing body for all things pertaining to insurance matters in this country, had no choice but to set up a Malaysian Motor Insurance Pool or MMIP to cater for 3rd party insurance for old cars.

The MMIP of which most major insurance companies are members of, were mostly sold at all major post offices throughout the whole country.

It has been reported that the above pool has acquired large financial losses since its inception a few years ago. As a result, additional premiums had to be loaded on consumers.

It was a difficult attempt trying to secure insurance nevertheless, inspite of the presence of MMIP in the market.

As old vehicles owners discovered, inspite of the authorities (in this case, Bank Negara), repeatedly advising “displaced vehicles” or “high risk” owners to get MMIP’s assistance should they face any problems attempting to get 3rd party insurance coverage, infact it was “easier said than done”, so to say.

Numerous obstacles and hindrances were faced by owners of old vehicles when attempting to secure insurance coverage.

There were numerous yardsticks which owners of old vehicles had to face before they could obtain 3rd party insurance coverage.

This has finally led Bank Negara recently to issue a directive on 3rd party insurance under what is called its “New Motor Cover Framework”.

Following Bank Negara’s latest announcement, owners of old vehicles such as cars and motorcycles were advised that they were now able to get insurance coverage without having to pay a loading of between 200% to 300%.

But a shock announcement two days later, to be exact, on the 7th of May, 2011, insurance companies dropped another “bombshell” on insurers when they reiterated that “normal loading up to 150% were still applicable”.

It seems all motor vehicles, regardless of their age, will be charged the normal market premium including “permissible” loading of up to 150% even thought they are not deemed as “high risks” or “displaced vehicles”.

What I would like to enquire is, why was this fact not made public or announced when Bank Negara’s “New Motor Cover Framework” was made known earlier?

Or was it meant to soften the impact of the surprise announcement?

Announcing the imposition of 150% loading on all vehicles irregardless of age, tantamount to not letting the public know the real truth.

A 3rd party insurance for a 1300c.c. vehicle, currently is charged premiums of RM72.00. A 150% permitted loading will amount to RM72+RM72+RM36, arriving at a grand total of RM200.

If a vehicle owner has a 55% NCB, then the owner has to fork out a sum of approximately RM90 or so far his 3rd party policy insurance.

Compared to the current loading of 200%-300%, it represents a huge deduction in 3rd party insurance cost which owners of old vehicles of more than 10 years or more has to pay, nevertheless.

At the point of writing this article, the situation regarding 3rd party insurance policies is still unclear.

The public has therefore to hold on for another few more months to know the real situation.

Be braced for more surprising revelations to be made in the meantime.


The post Mandatory Insurance Coverage For All Vehicles appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/mandatory-coverage/feed/ 2
Skim Insurans Motor Parti Ketiga Lambat Di Laksanakan https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/skim-insurans-motor-parti-ketiga-lambat-di-laksanakan/ https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/skim-insurans-motor-parti-ketiga-lambat-di-laksanakan/#comments Mon, 23 Aug 2010 08:00:15 +0000 http://driving-school.com.my/?p=2836 Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sentiasa menyaksikan bahawa sesuatu projek ataupun rancangan yang di umumkan oleh pihak kerajaan, biasanya tidak terjadi di laksanakan pada tarikh yang di tetapkan. Tetapi, para pembaca blog ini, janganlah mudah merasa hampa. Izinkan saya memberitahu anda semua sesuatu berita yang baik juga. Sistem Penerbangan Malaysia (M.A.S.), pesawat-pesawatnya tiba di lapangan [...]

The post Skim Insurans Motor Parti Ketiga Lambat Di Laksanakan appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sentiasa menyaksikan bahawa sesuatu projek ataupun rancangan yang di umumkan oleh pihak kerajaan, biasanya tidak terjadi di laksanakan pada tarikh yang di tetapkan.

Tetapi, para pembaca blog ini, janganlah mudah merasa hampa. Izinkan saya memberitahu anda semua sesuatu berita yang baik juga. Sistem Penerbangan Malaysia (M.A.S.), pesawat-pesawatnya tiba di lapangan terbang antarabangsa di Kuala Lumpur International Airport (K.L.I.A.) dari London, New York ataupun San Franciso tepat pada masa jadualnya.

Tetapi, sayang sekali, sepertimana yang saya umumkan sebentar tadi, perkara-perkara lain pula, yang hendak di laksanakan oleh pihak kerajaan sentiasanya lewat di laksanakan.

Mari kita ambil contoh pembinaan fly-over atau jejambat di Klang umpamanya. Di jangka oleh si kontrator, jejambat tertera akan selesai di bina 2 tahun yang sudah, iaitu pada 2009 rasanya. Sampai hari ini, belum siap lagi.

Kesesakan lalu-lintas yang di hadapi oleh penghuni-penghuni Bandar di Raja Klang ini tidak dapat di kira. Hendak menyeberang Sungai Klang, dari Utara ke Selatan Klang mengambil masa berjam-jam pula. Jalan berdekatan “Little India”, tiap hari tersumbat dengan kenderaan-kenderaan 24 jam sehari.

Nampaknya, orang-orang bandar Klang, nasib mereka malangnya sekali. Izinkan saya, sebagai seorang “citizen” bandar terkenal ini memberitahu tuan-puan yang sedang membaca artikal ini kerana takut para pembaca mungkin tidak tahu.

Klang, pada suatu dulu di kenali sebagai bandar gagak. Pernah saya teringat, ada yang mengesyorkan bandar tersebut di panggil Bandar Gagak. Kenapa di buat demikian? Akibat kekotoran, sampah-sarap di dapati di sana-sini, maka pihak Inggeris pada zaman 1880an, memperkenalkan gagak-gagak dari benua India ke pelusuk rantau Malaysia.

Burung-burung gagak ini membantu pekerja-pekerja Majlis Perbandarn Klang (M.P.K.) jalankan tugas membersihkan bandar Klang yang kotor. Tetapi, bandar yang sudah berusir lebih 100 tahun kini telah banyak berubah. M.P.K. telah menjalankan tugasnya dengan baik. Bandar Klang boleh di katakana bersih dan cantik.

Pada pendapat saya, Klang lebih bersih daripada Petaling Jaya. Sekiranya tidak percaya cakapan saya ini, cubalah tuan-tuan dan puan-puan lihat traffic light berhadapan Hotel Hilton, Petaling Jaya, perkarangan tepi jalan, saya rasa tidak di ambil peduli oleh pihak M.B.P.J. atau Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Selain masalah kesesakan jalan di bandar Klang, bandar ini pada masa dulu, terkenal sebagai di penuhi dengan penjahat-penjahat mahupun gangster-gangster satu ketika dahulu. Masa itu, O.C.P.D. Kulasingam berkhidmat. Tetapi, mujurnya semua ini telah berubah.

Tetapi masalah kesesakan jalan yang berlaku setiap hari di bandar Klang nampaknya belum dapat di selesaikan. Pihak kontraktor sekarang sedang sibuk siang-malam menyediakan roundabout ataupun bulatan di bawah jejambat. Sedikit masa lagi, penduduk-penduduk Klang akan merasa lega dengan perjalanan apabila jejambat itu siap di bina.

Sebenarnya, masalah-masalah yang saya mengutarakan adalah bermaksud memberitahu bahawa, Bank Negara telah mengumumkan berita sedih, iaitu skim insurans terbaru terpaksa di lambatkan perlancarannya. Ini di sebabkan pihak Bank Negara di katakana hendak menentukan bahawa pelan insurans parti ketiga, berlaku adil kepada semua pihak. Jadi terpaksa di tangguhkan implementasinya buat sementara waktu.

Skim tersebut di atas sebenarnya di jangka akan di lancar pada permulaan awal tahun 2011. Mengikut Bank Negara, memandangkan perlu hendaklah di buat perbincangan perkara-perkara yang belum di selesaikan lagi, maka skim tersebut di atas terpaksa di lewatkan pelancarannya.

Bank Negara juga telah memberitahu bahawa ianya kini dalam proses mengutip tindak-tindak balas daripada orang ramai serta badan-badan yang berkaitan.

Tambahanpula, Bank Negara juga berpendapat bahawa ia sepatutnya berunding dengan Bar Council serta mana-mana pertubuhan atau persatuaan yang berminat dalam hal ini. Walaupun telah di laporkan bahawa cadangan-cadangan yang siap ada akan di serahkan kepada Kementerian Kewangan pada awal bulan Julai 2010, namum demikian oleh kerana terdapatnya beberapa kemuskilan telah berbangkit, maka pihak Bank Negara berpendapat elok ianya berbincang semula dengan semua pihak terlebih dulu demi menentukan bahawa semua masalah dapat di pertimbangkan.

Yang terutama, Bank Negara amat khuatir tentang masalah bagaimana tuntuan-tuntutan hendak di jalankan sebelum ianya di serlahkan kepada pihak kerajaan.

Pihak Bank Negara juga di laporkan sudahpun menerima beberapa maklumat daripada pertubujan-pertubuhan negara asing, yang kononnya mempunyai pengalaman mengendalikan skim-skim yang serupa demikian, khasnya dari negara Australia dan Amerika Syarikat.

Kemungkinan para pembaca akan menanya, apakah skim insurans yang terbaru akan melindungi?

Jawapan kepada soalan yang tertera di atas adalah, ianya akan melindungi kecederaan parti ketiga serta soalan kematian atau Third Party Bodily Injuries and Death (TPBID).

Sudahpun, sebagai pembaca blog ini, pasti anda telahpun terbaca karangan-karangan sebelum ini tentang tajuk-tajuk yang sama. Terlebih dari ini, blog ini telahpun memberitahu para pembaca iaitu sebuah syarikat terbaru, Newco yang terdiri daripada perkongsian pihak swasta dan kerajaan akan di tubuh tidak lama kemudian.

Antara syarat-syarat skim baru insurans parti ketiga adalah:

i) Liabilitinya adalah RM2 juta.

ii) Tuntutannya akan mengambil tempoh 2 hingga 4 minggu.

Tentang penubuhan Newco, beberapa kumpulan swasta, seperti persatuaan-persatuan, Bar Council sendiri serta persatuan-persatuan kurang bersetuju cara-cara syarikat Newco di tubuhkan.

Nampaknya, syarikat ini yang akan di tubuhkan dengan wang rakyat ataupun kerajaan tidak di persetujui oleh sesetengah pihak.

National Consumer Complaints Centre (N.C.C.C.), CEOnya Encik Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, sebenarnya pentadbiran Newco sepatutnya di kendalikan oleh sebuah perbadanan statutory seumpama Sosco.

Kesemuanya di atas mungkin berbangkit kerana segala tuntutan akan memakan jangka masa yang lama. Ini di katakana akan menyusahkan orang-orang yang membuat tuntutan itu yang sediakala mengalami kerumitan.

Memandangkan bahawa banyak lagi masalah-masalah yang belum lagi di selesaikan, maka skim insurans terbaru itu numpaknya tidak dapat di lancar lagi. Oleh yang demikian, pembaca-pembaca serta pemilik-pemilik kenderaan lama di minta bersabar buat seketika lagi. Kemungkinan pada peringkat awal tahun 2011, barulah kita dapat menikmati hasilnya.

The post Skim Insurans Motor Parti Ketiga Lambat Di Laksanakan appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/skim-insurans-motor-parti-ketiga-lambat-di-laksanakan/feed/ 2
Penyerahan Jawapan Insurans Kepada Bank Negara https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/penyerahan-jawapan-insurans-kepada-bank-negara/ https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/penyerahan-jawapan-insurans-kepada-bank-negara/#comments Sat, 22 May 2010 23:14:52 +0000 http://driving-school.com.my/?p=2542 Di bawah peruntukan insurans motor asas, sesebuah kenderaan, sama ada motor, kereta, lori mahupun bas adalah wajib mempunyai lindungan insurans sebelum cukai jalanan di keluarkan. Peruntukan ini di kehendaki di bawah Akta Pengangkutan Jalan (A.P.J.) 1987. Beberapa tahun kebelakangan ini, pemandu-pemandu, khasnya empunya kenderaan yang berusias 10 tahun atau lebih, telah mendapati kesusahan mendapatkan perlindungan [...]

The post Penyerahan Jawapan Insurans Kepada Bank Negara appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Di bawah peruntukan insurans motor asas, sesebuah kenderaan, sama ada motor, kereta, lori mahupun bas adalah wajib mempunyai lindungan insurans sebelum cukai jalanan di keluarkan. Peruntukan ini di kehendaki di bawah Akta Pengangkutan Jalan (A.P.J.) 1987.

Beberapa tahun kebelakangan ini, pemandu-pemandu, khasnya empunya kenderaan yang berusias 10 tahun atau lebih, telah mendapati kesusahan mendapatkan perlindungan insurans parti ke 3.

Menurut seorang rakan karib penjual insurans motor, iaitu Encik Ah Peng, yang kedai niaganya terletak di bandar Klang, kenderaan-kenderaan komersial seperti lori dan van-van baru, juga menghadapi kesukaran untuk mencapai lindungan insurans bagai kenderaan mereka.

Harap para pembaca blog ini dapat membayangkan bertapa rumit empunya-empunya kenderaan menghadapi semasa mencuba menbarui cukai-cukai jalan mereka.

Sebenarnya, saya ini faham akan kesusahan yang di hadapi oleh empunya kenderaan komersial yang di sebutkan di atas. Mengapa demikian, mungkin ada ingin menanya?

Ini adalah kerana isteri saya memiliki sebuah kenderaan Proton Iswara yang berusia 10 tahun lehih. Tahun ini saja, akibat terlalu sukar mendapatkan perlindungan insurans parti ke 3, kiraan insurannya telah meningkat ke jumlah RM248.

Kenderaan tersebut di atas di paksa beli insurans “1st party” jumlah RM8000. Bayangkan kenderaan yang di nilai tidak lebih RM2000 di pasaran, di paksa beli insurans 1st party hingga RM8000.

Apa dayanya, sekiranya tidak bersetuju dengan kehendak syarikat insuran besar itu, maka tiada dapat lindungan insurans dan cukai jalan tidak dapat di keluarkan pula.

Bulan-bulan kebelakangan ini, badan-badan konsumer seperti Persatuan Konsumer Pulau Pinang, Bar Council, Automobile Association Malaysia (A.A.M) dan lain-lain telah membuat rayuan demi rayuan kepada pihak kerajaan tertentu, khasnya Bank Negara supaya campurtangan demi menyelesaikan masalah rumit ini.

Dukacitanya di nyatakan, bahawa Bank Negara nampak lambat berrespon.

Walau bagaimanapun, kerana ingin berlagak adil kepada pihak kerajaan, maka di nyatakan bahawa akhirnya pihak kerajaan telah memutuskan untuk cuba menyelesaikan masalah rumit ini.

Ada pepatah dalam Bahasa Malaysia yang berbunyi, “biar lambat, asalkan selamat”, kerajaan telah di laporkan baru-baru ini dalam proses menukarkan insurans parti ke 3 kepada insuran baru. Oleh demikian, orang-orang awam adalah di nasihat supaya menghantar rayuan-rayuan kepada Bank Negara secepat mungkin, iaitu sebelum 14hb Mei 2010.

Pada asasnya, sebanyak satu per tiga pemandu-pemandu di pengaruhi oleh insurans asas yang baru ini. Kebanyakannya di katakan penunggang-penunggang motosikal pula.

Daripada sebanyak 10.8 juta polisi-polisi motor di penghujung tahun 2009, 3.5 juta melibatkan penunggang-penunggang motor pula. Yang lain terdiri daripada insuran 1st party.

Insurans baru yang di cadangkan, memberi perlindungan kepada kecederaan anggota dan kematian. Dasar atau polisi baru ini, yang di gelar Third Party Bodily Injuries and Death (TPBID) adalah mandatory di Akta Pengangkutan Jalan (A.P.J.) 1987 di bawah klusa 3rd party tuntutan.

Secara amnya, TPBID di katakan mempunyai liabiliti atau tanggungjawab sebanyak RM 2 juta. Masa penyelesaian di katakana mengambil masa antara 2 – 4 minggu. Walau bagaimanapun, ianya harus di perhatikan terlebih dulu.

Bagi pengetahuan anda, tuntutan libiliti until 3rd party sekarang tidak terhad. Ini sebenarnya baik. Tetapi harus di peringatkan bahawa is akan mengambil masa dari satu hingga ke 3 tahun untuk di bereskan.

Siapakah yang akan bertanggungjawab ke atas skim TPBID yang akan di perkenalkan tidak lama lagi?

Yang akan di pertanggungjawabkan adalah kerajaan Malaysia dan pihak industry insurans Malaysia.

Yang di peruntukkan untuk membekalkan industry insurans ini adalah syarikat baru yang di gelarkan sebagai TPBID Newco.

Sesuatu berita baik untuk kita semua adalah bahawa di balam Budget yand di umumkan baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Najib Tun Razak mengumumkan bahawa skim insurans yang terbaru itu akan mengenakan premium atau bayaran insurans yang sederhana.

Bayaran tuntutan untuk perlindungan adalah berpatutan. Pada pendapat saya, langkah ini adalah suatu langkah yang bijak.

Sekiranya di tinjau dengan lanjut, apa sebabnya kehuru-haraan yang berlaku pada industry insurans ini?

Yang pertamanya, syarikat-syarikat insurans menuntut bahawa premium atau bayaran insurans tidak berubah sejak lebih tiga puluh tahun. Kos-kos pengendalian telahpun meningkat tahun demi tahun.

Keduanya, harus di peringkatkan bahawa tuntutan-tuntutan insurans kurang jujur. Ini akibatkan kerugian yang besar kepada syarikat-syarikat insurans keseluruhannya.

Syarikat-syarikat insurans telah di laporkan sebagai kehilangan sebanyak RM 1 billion akibat daripada tuntutan-tuntutan 3rd party industry tersebut. Demi seringgit yang di untung oleh syarikat insurans, di laporkan bahawa industry insurans itu rugi sebanyak RM2.67 kerana tuntutan-tuntutan balik.

Dalam keadaan yang rumit ini, apakah yang dapat di lakukan oleh industry insurans itu? Ini telah membawa langkah di mana syarikat-syarikat insurans telah enggan dan membuat pilihan tertentu dalam process pemberian 3rd party insurans, khasnya kepada kenderaan-kenderaan komersial serta insurans kepada kenderaan-kenderaan yang berusia 10 tahun atau lebih.

Dalam keadaan yang sedemikian, bolehkah rakyat di persalahkan menuduh syarikat-syarikat insurans sebagai menimbulkan masalah-masalah kepada kami?

Bank Negara telah mengusulkan bahawa kerugian-kerugian yang di alami oleh pihak industry insurans seharusnya di perkongsikan oleh kedua-dua pihak kerajaan serta industry insurans baru itu.

Walau bagaimanapun, pendapat di atas ini telah di tentang hebat oelah Bar Council Malaysia. K. Ragunath, Pengerusi Bar Council di laporkan berkata bahawa beliau tidak setuju dengan cadangan bahawa tuntutan liability di hadkan kepada sebanyak RM2 juta saja sepertimana di cadangkan dalam usul penubuhan syarikat baru itu.

Selain daripada itu, Bar Council juga membangkang penubuhan syarikat baru yang di namakan TPBID Newco, yang akan di tubuhkan bersama antara kerajaan tempatan Malaysia dengan industri insurans-insurans tempatan.

Bertambahnya pula, Bar Council juga di laporkan tidak beberapa bersetuju dengan idea menggunakan wang cukai rakyat untuk maksud-maksud komersial.

Demi untuk mengakhiri artikal ini singkat mahupun menarik ini, mengenai insurans 3rd party ini, yang di jangka akan di pertubuhkan tidak lama lagi oleh pihak Bank Negara Malaysia, sekiranya kerajaan Barisan Nasional di Parlimen dapat mencapai persetujuan 2/3 ahli-ahli Parlimen, maka pada pendapat saya, mereka telah berjaya mendapat persetujuan Parlimen. Dengan langkah ini, sudah tentu rakyat Malaysia akan menerima keputusan ini.

Izinkan saya memetik daripada kata-kata seorang bekas guru Bahasa Inggeris saya semasa saya berada di Tingkatan Satu beberapa tahun dahulu. Beliau berkata dan saya menggunakan Bahasa Inggeris. “the ends justifies the means”. Pendik kata, pepatah yang tertera di atas itu bermaksud, sekiranya rakyat keseluruhan mendapat keuntungan daripada sesuatu projeck itu, maka itulah penting.

Usul kertas penubuhan motor 3rd party yang baru pada 23hb April 2010 boleh di kaji dengan terperinci oleh orang-orang awam melalui laman Bank Negara. Laman itu menunggu-nuggu dengan penuh harapan kepada penubuhan dasar baru insurans 3rd party TPNID.

Dengan harapan bahawa dengan lancarnya skim baru ini, premium-premium yang hendak di bayar itu tidak setinggi yang di kenakan sebelum ini. Dengan itu pemilik-pemilik kenderaan yang berinsuran 3rd party itu, tidaklah di kenakan bayaran cukai jalan yang tinggi. Sudah tentu juga, empunya kenderaan-kenderaan komersial tidak perlu lagi menghadapi masalah sakit kepala tentang masalah rumit ini.

The post Penyerahan Jawapan Insurans Kepada Bank Negara appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/penyerahan-jawapan-insurans-kepada-bank-negara/feed/ 6
Soalan Insurans-insurans Kereta https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/soalan-insurans-insurans-kereta/ https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/soalan-insurans-insurans-kereta/#comments Tue, 13 Oct 2009 07:36:18 +0000 http://driving-school.com.my/?p=1048 Seorang kontraktor, sebelum ia mula kerja-kerja menggorek jalan demi memasang kabel, hendaklah terlebih dulu membeli insurans “awam” atau “public liability”. Pada masa yang sama, sesebuah kereta itu hendaklah juga mempunyai lindungan insurans. Insurans itu hendaklah jenis “third party” ataupun “comprehensive” (1st party). Kalau tiada insurans, maka cukai jalan itu tidak dapat di keluarkan. Jika tiada [...]

The post Soalan Insurans-insurans Kereta appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>

Seorang kontraktor, sebelum ia mula kerja-kerja menggorek jalan demi memasang kabel, hendaklah terlebih dulu membeli insurans “awam” atau “public liability”.

Pada masa yang sama, sesebuah kereta itu hendaklah juga mempunyai lindungan insurans. Insurans itu hendaklah jenis “third party” ataupun “comprehensive” (1st party).

Kalau tiada insurans, maka cukai jalan itu tidak dapat di keluarkan.

Jika tiada insurans bagi sesebuah kenderaan itu melanggar Seksyen 90 (1) Akta Pengangkutan Jalan ’87.

Kiranya anda ingin tahu lebih lanjut, ingatlah bahawa:

1) Anda boleh di denda RM1000.

2) Di penjarakan 3 bulan, atau

3) Kedua-duanya

4) Lesen anda boleh di gantung 12 bulan.

Baru-baru ini di Malaysia berlaku huru-hara mengenai masalah insurans “third party” untuk kenderaan 10 tahun ke atas.

Masalah ini nampaknya sudahpun selesai. Bank Negara telahpun mengkaji kadar bayaran yang sesuai untuk ke semua pihak.

Bagi pembaca-pembaca yang tidak tahu apa-apa tentang insurans kenderaan, ianya mudah sekali.

Kenderaan-kenderaan baru, yang masih lagi ada hutang-hutang ansuran, harus di lindungi insurans 1st party atau “comprehensive”.

Sekiranya kenderan itu di curi, maka pihak insurans akan bertanggungjawab untuk membayarnya. Demikian juga kalau ianya terlibat dalam satu-satu kemalangan, maka pihak insurans hendaklah membayar ganti-rugi bagi kenderaan tersebut.

Andainya kereta anda terlibat dalam satu-satu kemalangan, anda bolehlah membuat tuntutan terhadap kenderaan anda daripada syarikat insurans.

Selagi, andainya terdapat satu-satu pihak atau orang yang terlibat dalam kemalangan daengan kenderaan anda, maka pihak yang berkenaan itu dapat menuntut ganti-rugi terhadap syarikat insurans anda.

Selain itu, insurans 1st Party juga melindungi:

1) Pecahnya cermin depan serta cermin belakang kereta anda.

2) Ke semua glass-glass lain dalam kereta anda (termasuk jendela, “quarter mirror” dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, terdapat syarikat-syarikat insurans melindungi (1) saja. Terdapat juga yang melindungi (1) dan (2) di atas.

Anda hendaklah menyiasat apakah yang di sediakan oleh syarikat insurans anda.

Sudah tentu insurans 1st Party itu lebih mahal.

Kalau hendak anda tahu bagaimana kiraan 1st Party kereta anda di kira, inilah kaedahnya.

Katakanlah anda hendaklah insurkan kereta anda untuk RM50,000. RM1000 pertama di kira dengan kadar RM252 lebih kuranglah.

Baki ribu-ribunya yang ada di kira RM26 per seribu. Jumlah bayaran anda adalah RM252 + (26 x 49)!

Harap anda akan keluarkan kalculator anda untuk membuat kiraan selanjutnya.

Insurans 3rd Party lebih murah di banding dengan 1st Party. Pada masa sekarang, jumlah bayaran 3rd Party adalah di lingkungan RM100.

Demi mengakhiri artikel pendik ini, harus di peringatkan bahawa anda berhak untuk di beri N.C.B. (No Claim Bonus) setiap tahun.

Tetapi, pastikan anda tidak membuat apa-apa tuntutan ke atas kenderaan anda daripada syarikat berkenaan.

Kadar N.C.B. di kira seperti senari di bawah (untuk kereta saja):

  • Tahun pertama 25% diskaun
  • Tahun kedua 30% diskaun
  • Tahun ketiga 33 1/3% diskaun
  • Tahun keempat 40% diskaun
  • Tahun kelima 55% diskaun

Pada hadirin sekalian, keluarkanlah kalkulator anda untuk membuat pengiraan sendiri.

The post Soalan Insurans-insurans Kereta appeared first on The Driving School Blog - By a Seasoned Driving Instructor.

]]>
https://driving-school.com.my/insurans-kenderaan/soalan-insurans-insurans-kereta/feed/ 325