Di dalam artikal ini, saya akan mengajar cara untuk memandu sebuah kereta manual untuk naik dan turun bukit.

Artikal ini khas untuk orang yang sedang belajar memandu kereta manual ataupun orang yang telah lulus ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan memperolehi lesen percubaan atau Probationary Driving License (PDL) Malaysia.

Untuk menjimatkan masa, gunakan Jadual Kandungan di bawah untuk membaca artikal ini.

Jadual kandungan

Sistem Clutch Dalam Kereta Manual

Langkah 1: Kenali pedal clutch, brek dan minyak (accelerator)

Langkah 2: Pastikan gear dalam kedudukan bebas atau free

Langkah 3: Masukkan gear kereta

Langkah 4: Penukaran gear

Langkah 5: Turun bukit & memberhentikan kereta

Latihan praktikal di perlukan

Cabaran terbesar naik bukit

Apakah cabaran terbesar memandu kereta yang menggunakan gear manual untuk naik bukit bagi seorang pemandu yang baru?

Cabaran terbesar adalah kawalan pedal clutch dengan kaki kiri.

Untuk pemandu baru, anda mungkin tidak sedar.

Setiap kereta yang menggunakan gear manual mempunyai “sensitiviti” clutch yang berbeza.

Saya akan jelaskan.

Sistem Clutch Dalam Kereta Manual

Sistem Clutch

Komponen clutch kereta manual

Apa yang di maksudkan sistem clutch kereta manual?

Sebagai seorang pemandu, anda tidak perlu tahu secara teliti semua komponen sistem clutch sebuah kereta.

Apa yang anda perlu tahu ialah fungsinya.

Fungsi clutch ialah untuk menghantar kuasa putaran daripada enjin kepada sistem gear dan terus kepada roda kereta.

Permindahan kuasa enjin kereta ke sistem gear ialah melalui geseran plat clutch.

Bila kita hidupkan enjin kereta, enjin akan berputar tanpa berhenti kecuali di matikan.

Kalau enjin masih berputar, bagaimana hendak pindahkan kuasa putaran (torque) kepada sistem gear yang tidak berputar?

Masalah mekanikal ini telah lama di selesaikan dengan aplikasi geseran plat clutch.

Apabila anda memijak pedal clutch di dalam kereta, anda sebenarnya sedang mengawal “tahap geseran” dua plat clutch.

Bila pedal clutch di pijak, kedua-dua plat clutch akan berpisah maka enjin kereta tidak akan bersambung dengan sistem gear.

Bila pedal clucth di lepaskan, tahap geseran plat clutch adalah maximum maka enjin kereta akan bersambung dengan sistem gear sepenuhnya.

Adakah anda sudah keliru?

Jangan bimbing, walaupun anda tidak faham bagaimana sistem clutch kereta berfungsi, anda masih boleh memandu kereta manual.

Sebagai pemandu baru, apa yang anda perlu tahu ialah tahap kawalan pedal clutch adalah berbeza untuk setiap kereta.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Bukankah semua komponen clutch kereta manual sama?

Fungsi dan komponen clutch kereta manual adalah lebih kurang sama.

Tetapi, keadaan ataupun condition plat dan kabel clutch adalah berbeza.

Sebuah kereta baru akan mempunyai plat clutch baru, maka pedal clutch adalah ringan and senang di kawal dengan kaki kiri.

Kereta lama pula mungkin mempunyai plat clutch yang telah lama dan haus, maka pedal clutch adalah lebih sukar untuk di kawal.

Kabel Clutch

Pedal bersambung ke plat clutch dengan kabel clutch

Kereta lama juga mungkin mempunyai kabel clutch yang telah haus maka pedal clutch menjadi lebih berat dan sukar untuk di kawal dengan kaki.

Ini adalah cabaran sebenar apabila anda ingin memandu sebuah kereta manual naik bukit.

5 langkah untuk mengerakkan kereta

Setelah anda faham cabaran terbesar memandu kereta manual iaitu perbezaan tahap sentitiviti pedal clutch, artikal selanjutnya, saya akan menjelaskan langkah-langkah untuk mengerakkan sebuah kereta manual naik bukit yang curam.

Untuk pemandu baru, anda hanya perlu ingat 5 langkah sahaja.

Langkah 1: Kenali pedal clutch, brek dan minyak (accelerator)

Pedal clutch, brake dan minyak

Jika anda berhasrat untuk memandu kereta manual, anda seharusnya mengenali ketiga-tiga pedal kaki.

Pedal yang kiri adalah pedal clutch.

Pedal tengah adalah brek.

Pedal yang kanan adalah minyak atau accelerator.

Ingat, pedal minyak dan brek seharusnya di pijak dengan kaki kanan anda.

Pedal clutch pula hanya boleh di pijak dengan kaki kiri.

Cabaran anda sekarang ialah mengenali posisi ketiga-tiga pedal kaki tanpa melihatnya.

Untuk memastikan kaki anda dapat memijak kesemua pedal dengan sempurna, anda di nasihatkan untuk melaras kedudukan kerusi kereta sebelum menggerakkan kereta.

Langkah 2: Pastikan gear dalam kedudukan bebas atau free

Sebelum anda menghidupkan enjin kereta, pastikan gear dalam kedudukan free.

Goyangkan tombol gear dengan tangan kiri anda untuk memastikan ia dapat bergerak dengan bebas.

Hidupkan enjin kereta. Vroom….!

Langkah 3: Masukkan gear kereta

Pijak pedal clutch sehingga ia menjejaki lantai kereta.

Masukkan gear ke dalam posisi 1 (satu).

Tekan pedal minyak lebih kurang 10% ataupun meter RPM naik sehingga 2000.

Naikkan pedal clutch lebih kurang 50% atau sehingga anda dapat rasa enjin kereta terbeban.

Ini adalah geseran plat clutch yang sedang memindahkan kuasa enjin ke sistem gear.

Seterusnya, lepaskan brek tangan.

Kereta akan bergerak perlahan dan menuju ke hadapan.

Apabila kereta telah bergerak dengan kelajuan 5 km / j, anda boleh melepaskan pedal clutch sepenuhnya.

Langkah 4: Penukaran gear

Cabaran seterusnya ialah menukar gear.

Untuk pemandu baru, anda boleh menggunakan meter kelajuan kereta sebagai penunjuk.

Apabila kereta bergerak lancar dalam kelajuan 10 km / j – 15 km / j, pijak pedal clutch sepenuhnya dan tukar gear ke posisi 2.

Pada masa yang sama, lepaskan pedal minyak.

Lepaskan pedal clutch lebih kurang 50% dan tekan pedal minyak lebih kurang 15%.

Apabila pergerakkan kereta sudah lancar, lepaskan pedal clutch sepenuhnya.

Bila anda menggunakan kereta berjenis gear manual untuk naik bukit, ia adalah memadai jika anda hanya menggunakan gear 2 dan gear 3.

Kita menggunakan jalan berbukit dan curam untuk naik ke Genting Highlands sebagai contoh.

Anda menggunakan gear 1 untuk menggerakkan kereta.

Seterusnya, anda hanya perlu menggunakan gear kedua dan ketiga untuk naik bukit sepenuhnya.

Gear yang ke-4 dan ke-5 tidak di perlukan kerana kedua-dua gear tidak cukup power ataupun kuasa untuk menolak kereta naik bukit.

Gear ke-4 dan ke-5 boleh di gunakan apabila kereta anda berada di lebuhraya.

Pada mulanya, kombinasi pergerakkan tangan dan kedua belah kaki adalah sangat mengelirukan.

Masalah ini hanya dapat di atasi dengan latihan.

Langkah 5: Turun bukit & memberhentikan kereta

Bila anda memandu kereta turun bukit, cara kawalan kereta tidak sukar, yang penting ialah prihatin terhadap kelajuan kenderaan.

Kita mengambil jalan Genting Highlands sebagai contoh sekali lagi.

Sebelum turun daripada bukit, pastikan brek anda berfungsi dan dalam keadaan baik.

Bila turun daripada Genting Highlands, anda hanya perlu menggunakan gear 3 dan gear 2.

Dengan menggunakan gear ke-3 dan ke-2, kelajuan kereta dapat di kawal dengan enjin ataupun engine braking.

Pada masa yang sama, gunakan brek jika perlu.

Bila anda menggunakan gear 3 atau 2 untuk turun bukit, RPM kereta anda akan berada di posisi yang agak tinggi.

RPM 3000 atau 4000 adalah normal, jangan bimbang.

Ini adalah engine braking dan kelajuan kereta anda di kawal.

Jika anda sampai ke bonggol, pijak cluth and masuk ke gear 2.

Kawal pergerakkan kereta dengan menggunakan brek.

Bila sudah melepasi bonggol, lepaskan clutch dengan perlahan.

Bila anda sudah sampai di tapak bukit, anda tidak perlu menggunakan gear 1 untuk berhenti.

Gear di posisi ke-2 sudah memadai.

Untuk memberhentikan kereta, pijak pedal clutch supaya enjin tidak mati dan pijak brek sepenuhnya.

Apabila kereta telah berhenti, bebaskan gear dan tarik brek tangan.

PENTING: Bila kereta anda dalam proses turun bukit, pastikan brek tangan sudah di lepaskan.

Jika tidak, ia mungkin akan merosakkan brek pad, disc brek ataupun drum brek kereta anda.

Latihan praktikal di perlukan

5 langkah di atas adalah proses yang ringkas untuk memandu kereta yang menggunakan gear manual.

Hakikat sebenarnya, adalah amat sukar untuk memandu kereta manual dengan hanya membaca arahan di laman web.

Ia seumpaya cuba mempelajari teknik berenang dengan hanya membaca buku.

Apa yang di perlukan adalah latihan memandu praktikal.

Jika anda tidak pernah memandu kereta manual, terlebih dahulu, adalah di nasihatkan anda pergi ke sekolah memandu ataupun institut memandu.

Duduki ujian undang-undang berkomputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Apabila anda lulus ujian, keluarkan Lesen L anda.

Dengan adanya lesen L, kini anda boleh mengambil kelas memandu dengan seorang instructor.

Bila anda lulus kesemua ujian praktikal memandu JPJ, anda boleh mengeluarkan lesen Probationary Driver’s License (PDL) ataupun lesen percubaan anda.

Dengan adanya PDL, kini anda boleh memandu semua jenis kereta manual di Malaysia.

By | 2019-09-25T13:16:01+08:00 September 23rd, 2019|Driving Tips|2 Comments

About the Author:

2 Comments

  1. Yaya April 24, 2017 at 10:05 am - Reply

    Hi Cikgu Yap.

    Saya nak tanya, macam mana nak tukar gear manual dengan smooth?

    Saya belajar memandu kancil. Apabila test saya perlu memandu viva.

    Saya gagal kerana tidak cekap menukar gear kerana gear viva hanya perlu tolak sedikit sahaja terus masuk gear.

    Jadi saya ragu-ragu sama ada gear sudah masuk atau belum.

    Lagi satu, saya juga susah nak tolak dari gear dua ke gear tiga.

    Tetapi saya sudah tekan klac sehabis mungkin.

    Apakah perlu saya tolak ke kiri sedikit baru tolak ke depan, seterusnya kanan dan masuk gear tiga?

    • Cikgu Yap April 24, 2017 at 11:55 am - Reply

      Sebenarnya, kereta Perodua Kancil dan Perodua Viva yang menggunakan sistem gear manual tidak banyak bezanya.

      Kemungkinan, Kancil yang anda biasa memandu mempunyai plat dan kabel clutch yang lama. Jadi, gear dan pedal clutch lebih berat dan ketat.

      Berbanding dengan Viva yang lebih baru, clutchnya tentunya lebih ringan. Gear boleh di masukkan dengan senang.

      Apabila pedal clutch di pijak, bila gear sudah masuk, anda akan terasa “klik”.

      Untuk tukar dari gear 2 ke 3, cuma tolak gear ke posisi free and terus tolak ke atas.

      Setiap kereta akan mempunyai sensitiviti gear yang berbeza.

      Seorang memandu seharusnya dapat menyesuaikan diri dengan kereta yang berbeza.

Leave A Comment