belajarmanual

Pelajar-pelajar baru membuat latihan memandu di kawasan institut

Di dalam artikal ini, saya ingin menyentuh tentang cara-cara memandu kereta manual dan bagaimana seseorang instructor memandu memberi pengajaran kepada seorang bakal calon yang hendak belajar memandu.



Sayugia di ingat kepada mereka-mereka yang ingin memberi pengajaran kepada anak atau sepupu mereka, iaitu sejak 1/1/1970, undang-undang Malaysia berkata bahawa mereka yang ingin memberi pengajaran kepada pemegang-pemegang lesen “L” di dapati salah dan boleh di hukum oleh pihak berkuasa.

Kini, kita sampailah keperingkat bagaimana hendak mengajar seseorang itu memandu.

1) Membetulkan tempat duduk.

Beritahu pelajar, di bawah tempat duduk ada lever untuk menolak tempat duduk itu ke depan atau ke belakang. Gunakan tangan kiri untuk tugas ini.

2) Kedudukan tangan di stereng.

Pemandu-pemandu seelok-eloknya gunakan kaedah 10 dan 2. Inilah posisi tangan yang terbaik sekali semasa memandu.

3) Tunjukan di mana letaknya hon kereta.

Kedudukan hon amat penting. Pelajar harusnya tahu di mana kedudukan hon. Ia hendaklah di guna semasa waktu kecemasan.

4) Kedudukan wiper kereta.

Pelajar baru harus di ajar bagaimana kendalikan wiper kereta. Tunjukkan kepada pelejar, wiper lajuannya intermittent, slow dan fast.

5) Kedudukan signal kereta.

Tunjuk kepada seseorang pelajar baru bagaimana hendak menguruskan penggunaan signal kenderaan.

Tolak ke bawah, merupakan signal menunjuk ke arah kanan. Tolak ke atas merupakan signal menunjuk ke arah kiri.

6) Tunjukan kontrol kaki – Clutch, brek dan injak.

Jelaskan kepada pelajar baru di mananya clutch, brek dan injak ataupun accelerator. Kaki kiri hanya untuk memijak clutch saja. Kaki kanan pula untuk memijak brek serta injak.

7) Bagaimana kendalikan brek tangan.

Tunjuk kepada pelajar baru bagaimana hendak tarik dan lepaskan brek tangan dengan cara yang betul.

8) Kedudukan gear kereta manual.

Pelajar hendaklah juga di tunjukkan kedudukan gear satu hingga ke gear empat. Gear reverse tidak perlu di terang dalam kelas permulaan ini. Ia boleh di ajar gear reverse kemudian kelak.

9) Bagaimana memijak injak.

Ajar murid yang baru bagaimana memijak injak atau accelerator dengan perlahan. Memijak sehingga mendengar bunyi enjin menggaum. Ini bererti minyak yang cukup untuk akibatkan sesebuah kereta itu bergerak.


10) Tunjukkan bagaimana caranya untuk memutar kunci kereta.

Beritahu pelajar baru bagaimana hendak memutar kunci kenderaan. Sebenarnya, cara yang betul adalah memutar kunci 3 kali ke arah kanan. Ini akan menghidupkan enjin kenderaan.

Perkara ini perlu di langsungkan oleh pelajar itu sendiri sebab semasa enjin mati tiba-tiba, pelajar itu sendiri yang seharusnya melaksanakan penghidupan enjin kereta semula.

Saya telah menunjuk-ajar cara-cara hendak mengajar seseorang pelajar yang baru gaya-gaya untuk menggendalikan sesebuah kenderaan.

Semoganya harap tunjuk ajar saya ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam proses pelajar-pelajar mengendalikan sesebuah kenderaan.

Tetapi, di ingatkan sekali bahawa mengajar seseorang itu cara-cara memandu kenderaan adalah tugas seorang pengajar ataupun instructor yang mempunyai sijil mengajar. Oleh yang demikian, eloknya sekali sekiranya tugas ini di serahkan saja kepada instructor kereta sahaja.

Ingin lebih tips dan petua-petua untuk lulus ujian J.P.J. dan mendapat lesen memandu dalam masa tersingkat?

jom_550

Adakah anda ingin lulus semua ujian J.P.J. dan mendapatkan lesen memandu?

Jika ya, dapatkan e-buku Jom Belajar Memandu yang di karang oleh Cikgu Yap.

Dengan lebih 40 tahun pengalaman beliau di dalam industri sekolah memandu Malaysia, Cikgu telah mengemukakan tips-tips serta petua-petua yang terbukti berkesan untuk mendapatkan lesen memandu kereta dalam masa yang tersingkat.

Jika anda khuatir dengan ujian berkomputer undang-undang jalan raya serta ujian praktikal J.P.J, Jom Belajar Memandu akan membekalkan teknik-teknik untuk lulus kesemua ujian buat kali pertama.

E-buku ini di tulis dalam Bahasa Malaysia khas untuk semua masyarakat Malaysia. Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

==> Kunjungi laman Jom Belajar Memandu