Apakah cara yang betul untuk memandu sebuah kereta automatik?
Di dalam artikal ini, saya akan menjelaskan cara yang betul dan selamat untuk memandu sebuah kereta yang menggunakan gear jenis automatik.
Pada asasnya, sistem gear kereta yang menggunakan gear automatik adalah amat komplek dan rumit.
Berbanding dengan kereta yang menggunakan gear manual, aspek teknikal gear automatik adalah amat sukar untuk di jelaskan.
Tetapi, anda tidak perlu bimbang.
Seorang pemandu tidak perlu tahu bagaimana gear automatik kereta berfungsi.
Tugas anda hanyalah tukar minyak gear atau gear oil bila masa sudah sampai untuk servis kereta.
Pertukaran gear oil hanya boleh di lakukan oleh mekanik kereta.
Gear automatik kereta
Semua gear automatik kereta pada asasnya adalah sama.
Saya memandu sebuah kereta Perodua Alza auto dan saya akan menggunakannya sebagai contoh.
Gear-gear Perodua Alza automatik adalah seperti berikut:
P – Park
R – Reverse
N – Neutral
D4 – Drive 4
D3 – Drive 3
D2 – Drive 2
Saya akan menjelaskan cara yang betul untuk menggunakan kesemua gear di atas.
Perodua Alza Auto
Hidupkan enjin kereta auto
Untuk menghidupkan enjin kereta auto, ada sedikit perbezaan berbanding dengan kereta manual.
Tahukah anda bahawa anda boleh menghidupkan enjin sebuah kereta manual walaupun gear telah di pasang?
Memang boleh.
Bila gear telah di masukkan, pijak clutch sepenuhnya dan start atau hidupkan enjin.
Untuk kereta manual, ini tiada masalah.
Untuk kereta automatik, jika gear berada di dalam Reverse ataupun Drive, enjin kereta tidak boleh di hidupkan.
Ini adalah sistem keselamatan gear automatik kereta.
Untuk hidupkan enjin, anda mesti tolak gear ke posisi Neutral (N) ataupun Park (P).
Apakah perbezaan gear Neutral dengan gear Park?
Di posisi N, gear kereta adalah bebas ataupun free.
Bila anda melepaskan brek tangan (hand break), anda boleh menolak kereta anda.
Di posisi P pula, ada sebatang pin besi yang akan mengunci gear kereta.
Jika anda melepaskan brek tangan, kereta anda tidak akan bergerak walaupun di tolak.
Ada sesetengah model kereta auto lain yang perlu anda memijak pedal brek untuk menghidupkan enjin kereta.
Setahu saya, kesemua kereta automatik buatan tempatan seperti Perodua Alza, Myvi, Axia, Viva, Kancil, Bezza dan model Proton seperti Saga, Persona, Wira, Satria, Perdana dan seterusnya, enjin kereta boleh di hidupkan apabila gear di posisi N ataupun P.
Anda tidak perlu memijak pedal brek.
Naik bukit dengan kereta auto
Memandu sebuah kereta automatik untuk naik bukit adalah amat mudah.
Anda tidak perlu bimbang dengan pertukaran gear dan clutch.
Apa yang anda perlu tahu ialah bila menggunakan gear D4, D3 dan D2.
Bila anda memandu kereta auto di lebuhraya ataupun highway, gear di posisi D4 sudah memadai.
Walaupun di jalanraya yang agak curam, oleh kerana kereta sedah bergerak dengan kelajuan tinggi, gear D4 boleh di gunakan.
Bilakah kita menggunakan gear D3 dan D2?
Kita menggunakan kedua-dua gear tersebut apabila kita memandu di jalanraya yang curam dan agak pendek.
Contohnya, jalan ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai.
Jalan tersebut adalah curam dan menggulung.
Jika anda menggunakan gear D4, kereta anda akan kerap menukar gear.
Oleh kerana jalan menggulung dan agak pendek, kereta anda tidak dapat menjanakan momentum untuk kekal di gear D4.
Gear akan turun ke D3, naik semula ke D4 dan turun semula ke D3.
Jika kereta anda kerap menukar gear, perjalanan anda tidak lancar dan mungkin akan memendikkan jangka hayat gear anda.
Penyesaian yang ringkas ialah menggunakan gear D3.
Untuk jalan yang curam dan pendek, gear kereta akan gunakan D2, naik gear dan kekal di D3.
RPM enjin tentunya lebih tinggi namum kereta ada mempunyai lebih kuasa and perjalanan anda lebih lancar.
Turun bukit dengan kereta auto
Apakah teknik terbaik untuk memandu kereta automatik turun bukit?
Untuk menurun bukit, anda boleh mengekalkan posisi gear di D4.
Anda hanya menggunakan pedal brek untuk memperlahankan kereta anda.
Cabaran sebenar adalah apabila anda memandu dengan kelajuan yang tinggi di lebuhraya yang agak curam.
Jika anda ingin memperlahankan kereta, anda cuma perlu pijak dan lepas pedal brek.
Teknik ini di kenal sebagi brake tapping.
Apabila anda tap pedal brek, gear secara automatik akan turun ke D3 walaupun di kelajuan lebuhraya.
D3 dengan kelajauan tinggi akan menghasilkan RPM yang tinggi (3500 ke atas) dan mengakibatkan engine braking justeru memperlahankan kereta anda.
Memandu di selekoh Z
Jika anda bercadang untuk mendapatkan lesen memandu Kelas DA (Automatik), anda akan di uji memandu di selekoh Z.
Kebanyakan pelajar memandu tidak tahu, ujian memandu di selekoh Z adalah agak sukar and mempunyai peratus kegagalan yang tertinggi.
Kebanyak pelajar gagal di selekoh Z kerana terburu-buru di selekoh dan tidak sempat menekan brek.
Nasihat saya ialah, perlahankan kereta anda.
Jangan terburu-buru dan kawal pedal brek dan stereng anda.
Video di bawah menunjukkan cara memandu di selekoh Z yang betul
Kesimpulan
Di dalam artikal ini, saya telah menerangkan cara yang betul untuk memandu sebuah kereta automatik.
Saya telah menjelaskan teknik untuk memandu kereta auto naik dan turun bukit.
Yang penting, anda perlu membiasakan diri dengan gear P, R, N, D4, D3 dan D2.
Oleh kerana kereta auto tiada pedal clutch, anda masih perlu berhati-hati.
Kawalan stereng kereta and pedal brek kereta adalah lebih penting.
Jadi, kerapkan latihan memandu.
Ingat, berhati-hati di jalan raya.
Assalamualaikum, cikgu, saya pakai kereta wira 1.5 auto. Nak tanya, kenapa bila naik bukit ataupun hendak memotong, gear auto saya tak bertukar, walaupun dah lepas minyak dan tekan balik pun, tidak seperti produa myvi, bila naik bukit atau memotong, kita hanya angkat minyak dan tekan balik, gear akan bertukar. Mohon penjelasan
Tips pengunaan gear auto untuk memotong kenderaan..?perlukah drop gear dari D4 ke D3..atau kekal D4..
sebagai pemilik alza, terima kasih artikel ini :)
saya adalah pemandu kereta iswari manual terima kasih tips di atas
semasa menukar gear D4 ke gear D3/D2 perlu tekan pedal minyak atau lepaskan?
Lepaskan pedal.
Untuk naik bukit tinggi yg agak jauh, perlu guna gear D3 atau D2. Boleh ke jika guna gear D4.
Kalau kuasa kenderaan D2 masih ada, tidak perlu tukar ke lain. Ta syor tukar ke D4