Kereta Sewa Kena Saman – Apa Yang Harus Anda Buat?

Home/Driving In Malaysia/Kereta Sewa Kena Saman – Apa Yang Harus Anda Buat?

Kereta Sewa Kena Saman – Apa Yang Harus Anda Buat?

Berikut adalah komen yang di kemukakan oleh Yana pada 5 Mar 2015.

Yana, sebagai seorang universiti telah menyewa sebuah kereta untuk penggunaan peribadi.

Tanpa pengetahuan Yana, kereta sewanya telah di saman pihak JPJ.


Jumlah kos saman adalah RM550!

Kes ini amat merisaukan Yana.

Kes kereta sewa kena saman JPJ

Assalamualaikum Cikgu Yap.

Saya harap cikgu dapat bantu saya.

Pada 24/04/2014, saya telah menyewa sebuah kereta untuk penggunaan sendiri.

Baru-baru ini, empu kereta sewa mesej saya pada 25/02/2015 mengatakan saya kena saman pada tarikh 24/04/2014.

Dia kata dia baru dapat tahu kereta dia kena saman sebab baru nak renew road tax dan lesen.


Jenis kesalahan :

1. Gagal mematuhi papan tanda di larang masuk rm300.

2.GAGAL MELAPOR DIRI sebanyak rm250.

Masalahnya sekarang cikgu, siapa yang salah dalam kesalahan yang kedua?

Yang gagal lapor diri ke?

Sebab bukan empunya kereta tersebut.

Pihak JPJ akan menghantar surat ke rumah untuk memberitahu saman tersebut.

Tapi owner kereta tersebut kata tidak dapat surat yang sampai ke rumah.

Lepas tu saya suruh dia semak di JPJ betul ke surat tak sampai?

Selepas abang saya telefon dia, dia mengatakan ya, JPJ ada hantar surat tapi tak sampai kepada dia.

Tapi sebelum ni dia kate dia selalu kena saman, tapi yg saman nie dia tak tahu apa pun.

Saya rasa terkejut sangat,

Bukan sikit jumlahnya!

Sebagai seorang pelajar..semuanya rm550.

Tapi adakah gagal melaporkan diri itu adalah salah saya juga padahal saya tak tahu pun pasal saman tu?

Dah hampir setahun baru dia beritahu saya.

Saya dah bayar saman RM300 tu pada dia.

Cumanya, RM250 tu saya minta dia selesaikan cara baik di balai polis.

Tapi dia mengelak dan macam tak nak.

Still paksa saya untuk bayar.

Tolong saya jawab ye cikgu.

Terima kasih.

Jawapan saya kepada Yana

Apabila anda menyewa sebuah kereta, ada banyak risiko yang harus di tanggung oleh pemilik kereta.

Jika belaku kemalangan, syarikat insurans berhak tidak membayar claim kerana pemilik kereta telah menyewa keretanya.

Syarikat yang menyewa kereta harus membayar kos insurans yang lebih tinggi.

Dalam kes ini, anda telah membayar RM300 atas kesalahan anda melanggar undang-undang.

Yang baki RM250, terpulanglah kepada pemilik kereta.

Bila dia menyewa kereta, itulah risiko yang dia harus ambil.

Lagipun, kereta adalah miliknya.

Jika dia tidak bayar RM250, dia mungkin di senarai hitamkan oleh JPJ.

Tapi yang ini tiada kene mengena dengan anda.


By | 2017-04-21T11:05:46+00:00 April 21st, 2017|Driving In Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment