Toyota Motors Berusaha Untuk Mencapai Keputusan Cemerlang

Prius
Sebelum 2011, Toyota Motors Corporation, adalah juara pengeluar automobil seluruh dunia. Akibat daripada mala petaka gempa bumi dahsyat serta tsunami yang berikutan yang melanda Negeri Matahari Terbit, Jepun mengalami kerosakan teruk. Nuklear reaktor, kilang-kilang pengeluar automobil terus dimusnahkan.

Selain itu, banjir besar-besaran di Thailand turut bersama membawa kedudukan yang malang kepada Negara Jepun. Negeri Thai adalah rakan sesama Jepun yang memasang dan mengeluarkan kereta-kereta jenis Toyota.

Tetapi nampaknya, nasib buruk atau malang itu, dipercayai tidak akan berturutan. Bah kata pepatah terkenal, langit bukannya sentiasa mendung, katanya.

Toyota Motors Corporation yang adalah pengeluar automobil terbesar di Asia, telah dipercayai akan meningkatkan jualan seluruh dunianya tidal lama lagi. Menurut jangkaan baru, Toyota Motors akan mencapai matlamat di atas, akibat langkah-langkah bijak yang baru-baru ini diumumkan oleh pihak kerajaan Jepun. Dua sebab utama yang sebenarnya akan membawa kepada perubahan ini.

Matlamat-matlamat itu termasuk:

i. Insentif-insentif terhadap kenderaan-kenderaan yang boleh menjimatkan minyak atau petrol oleh kerajaan Negara Jepun.

ii. Suatu lagi dipercayai adalah jualan-jualan hangat ataupun panas terhadap keluaran kenderaan Prius jenis baru yang dijangka mendapatkan sambutan baik. Prius baru menggunakan minyak dan elektrik, dikatakannya.

Selain daripada sebab-sebab tertera di atas, subsidi-subsidi Toyota Motors, iaitu Daihatsu Motor serta Syarikat Hino Motors, kedua-duanya akan meningkat 21% kepada 8.5 juta buah kenderaan tahun ini. Jumlah itu lebih 100,000 sepertimana dijangkakan oleh Toyota Motors itu sendiri.

Untuk pengetahuan para pembaca, syarikat-syarikat pengeluar kereta besar di dunia, iaitu General Motors dan Volkswagen AG (VW) telah mengalahkan Toyota Motors Corporation dari segi jumlah penjualan.

Kereta popular dan terkenal Toyota Motors, iaitu Camry dikatakan mungkin juga meningkat. Dipercayai Camry akan menambahkan keuntungannya berganda tidak lama lagi.

Insentif-insentif yang kini dihulurkan oleh kerajaan Jepun, mungkinan besar dapat bertanding dengan general Motors dan VW.

Menurut kepada kepercayaan seorang pakar analyst, Encik Satoru Tanaka, yang berasal dari Syarikat Penyelidikan Towards The Infinite World, dengan tamatnya gempa bumi dan banjir yang kini telah selesai, jualan Toyota dijangka akan terus meningkat maju.

Tetapi terdapat suatu masalah yang sedang merumitkan masalah Toyota dalam usahanya mencapai tujuan menjadi juara pengeluar kenderaan-kenderaan auto hari ini. Dan maslah itu adalah, mata wang Jepun, yen telah meningkat lebih maju daripada mata-mata wang lain di dunia. Ini telah mengakibatkan kenderaan-kenderaan Jepun lebih mahal daripada kenderaan-kenderaan lain di dunia.

Selain itu, Toyota Motors juga menghadapi syarikat G.M yang telah menjadi lebih kukuh 2 tahun kebelakangan ini. Tambahan itu, Syarikat Hyundai Motor Corporation hari ini telah menjadi lebih popular juga.

Demi untuk mempertahankan kedudukan pasaran domestik tempatan, kerajaan Jepun telah bersiap sedia sebanyak 300 billion yen (US 3.8 bil) sebagai insentif-insentif auto. Kerajaan Jepun dalam percubaan membantu pengeluar-pengeluar auto Jepun meningkatkan penjualan kenderaan di pasaran Jepun dalam tahun 2012. Pada tahun 2011, jualan kenderaan di Jepun telah jatuh sebanyak 14%.

Toyota diramalkan akan jual sebanyak 1.63 juta buah kenderaan di dalam negeri serta 6.9 juta kenderaan di luar negeri.

Untuk pengetahuan para pembaca, Toyota telah menerima tempahan sebanyak 100,000 unit untuk kenderaan popularnya, Aqua yang dikenali sebagai Prius c di Amerika Syarikat.

Toyota Motors kini dalam usaha memastikan pengeluaran Aqua. Dijangka, kesemua kenderaan di atas dapat dihasilkan pada masa yang ditetapkan.

Minat hangat terhadap Prius diharapkan akan membawa sasaran Toyota pada tahun 2013 ke tahap yang lebih tinggi, iaitu ke 320,000 unit, menurut surat khabar Nikkii.

Di Malaysia, kereta Prius makin hari makin popular di kalangan pemilik-pemilik hybrid dan elektrik ini. Kesemuannya ini, sudah tentu akan menjadi berita yang baik kepada gagasan Toyota Motors Corporation di Malaysia.

Berita baik ini sudah pasti menggembirakan anak menantu saya, Kin serta isterinya, Swan Nee. Mereka merupakan pemilik bangga kereta Prius juga!

By | 2013-05-17T20:07:28+08:00 May 16th, 2013|Driving In Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment