Soalan Insurans-insurans Kereta

Posted on October 13th, 2009

Seorang kontraktor, sebelum ia mula kerja-kerja menggorek jalan demi memasang kabel, hendaklah terlebih dulu membeli insurans “awam” atau “public liability”.

Pada masa yang sama, sesebuah kereta itu hendaklah juga mempunyai lindungan insurans. Insurans itu hendaklah jenis “third party” ataupun “comprehensive” (1st party).

Kalau tiada insurans, maka cukai jalan itu tidak dapat di keluarkan.

Jika tiada insurans bagi sesebuah kenderaan itu melanggar Seksyen 90 (1) Akta Pengangkutan Jalan ’87.

Kiranya anda ingin tahu lebih lanjut, ingatlah bahawa:

1) Anda boleh di denda RM1000.

2) Di penjarakan 3 bulan, atau

3) Kedua-duanya

4) Lesen anda boleh di gantung 12 bulan.

Baru-baru ini di Malaysia berlaku huru-hara mengenai masalah insurans “third party” untuk kenderaan 10 tahun ke atas.

Masalah ini nampaknya sudahpun selesai. Bank Negara telahpun mengkaji kadar bayaran yang sesuai untuk ke semua pihak.

Bagi pembaca-pembaca yang tidak tahu apa-apa tentang insurans kenderaan, ianya mudah sekali.

Kenderaan-kenderaan baru, yang masih lagi ada hutang-hutang ansuran, harus di lindungi insurans 1st party atau “comprehensive”.

Sekiranya kenderan itu di curi, maka pihak insurans akan bertanggungjawab untuk membayarnya. Demikian juga kalau ianya terlibat dalam satu-satu kemalangan, maka pihak insurans hendaklah membayar ganti-rugi bagi kenderaan tersebut.

Andainya kereta anda terlibat dalam satu-satu kemalangan, anda bolehlah membuat tuntutan terhadap kenderaan anda daripada syarikat insurans.

Selagi, andainya terdapat satu-satu pihak atau orang yang terlibat dalam kemalangan daengan kenderaan anda, maka pihak yang berkenaan itu dapat menuntut ganti-rugi terhadap syarikat insurans anda.

Selain itu, insurans 1st Party juga melindungi:

1) Pecahnya cermin depan serta cermin belakang kereta anda.

2) Ke semua glass-glass lain dalam kereta anda (termasuk jendela, “quarter mirror” dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, terdapat syarikat-syarikat insurans melindungi (1) saja. Terdapat juga yang melindungi (1) dan (2) di atas.

Anda hendaklah menyiasat apakah yang di sediakan oleh syarikat insurans anda.

Sudah tentu insurans 1st Party itu lebih mahal.

Kalau hendak anda tahu bagaimana kiraan 1st Party kereta anda di kira, inilah kaedahnya.

Katakanlah anda hendaklah insurkan kereta anda untuk RM50,000. RM1000 pertama di kira dengan kadar RM252 lebih kuranglah.

Baki ribu-ribunya yang ada di kira RM26 per seribu. Jumlah bayaran anda adalah RM252 + (26 x 49)!

Harap anda akan keluarkan kalculator anda untuk membuat kiraan selanjutnya.

Insurans 3rd Party lebih murah di banding dengan 1st Party. Pada masa sekarang, jumlah bayaran 3rd Party adalah di lingkungan RM100.

Demi mengakhiri artikel pendik ini, harus di peringatkan bahawa anda berhak untuk di beri N.C.B. (No Claim Bonus) setiap tahun.

Tetapi, pastikan anda tidak membuat apa-apa tuntutan ke atas kenderaan anda daripada syarikat berkenaan.

Kadar N.C.B. di kira seperti senari di bawah (untuk kereta saja):

  • Tahun pertama 25% diskaun
  • Tahun kedua 30% diskaun
  • Tahun ketiga 33 1/3% diskaun
  • Tahun keempat 40% diskaun
  • Tahun kelima 55% diskaun
  • Pada hadirin sekalian, keluarkanlah kalkulator anda untuk membuat pengiraan sendiri.

    16 Comments • Posted in Insurans Kenderaan

    Comments

    1. rhy eazt

      Aku baru buat insuran dengan roadtax kat P.Pos. tapi bila kira2 balik macam mahal hampir rm 400 termasuk inspection puspakom.(third party)
      Puspakom = RM 50
      Insurans = RM 220
      roadtax = rm 92.

      aku still tidak faham. kereta tu daftar tahun 1990. tapi bila tengok balik insuran baru rm 124. banyak betul P.pos mark up duit. @ insuran markup banyak sangat. insuran aku MMIP. teruklah macam ni. macam kena tipu pun ada….

      • Cikgu Yap

        Rhy Eazt.

        RM400 termasuk yuran Puspakom sebenarnya tidak begitu mahal. Insuran baru RM124 yang di caj pihak Pos agak memadai pada pendapat saya. Harus di nasihatkan bahawa harga-hagra insuran di kuasai oleh syarikat insruran sebenarnya, bukan pihak Pos.

        Selepas penjelasan ini, harap anda tidak lagi merasa tertipu lagi oleh mana-mana pihak.

    2. jenal

      saya ada satu soalan.

      saya ada sebuah motosikal. Sudah setahun tidak digunakan.Jadi insurans dan roadtax diabaikan, So sekarang saya teringin nak hidupkan semula. Bagaimana nak hidupkan insurans yang tidak disambung (kes saya setahun)?

      • Cikgu Yap

        Motor yang tidak jalan lebih 1 tahun hendaklah di hanar untuk pemeriksaan Puspakom. Barulah insurans dan cukai jalan boleh di barui.

    3. rn

      charge rm10 tuk penama/driver ketiga ni mmg akan dikenakan utk setiap tahun ke? rm10 ni kekal atau akn bertambah?
      kalo mase nak renew roadtax n insuran bole ke nak tukar penama ketiga n kedua?

      • Cikgu Yap

        Nampaknya penama / driver ketiga di kenakan caj RM10 setiap tahun. Pada masa sekarang bayarannya begitu. Akan datang tidak pasti lagi.

    4. PembunuhSenyap

      Cikgu yap…
      kalau kereta kita orang lain drive pastu eksiden…
      cmne?
      pakai first party ke?
      lagi2…nak lagi….

      • Cikgu Yap

        Itu idea yang terbaik sekali.

    5. macok

      road tax saya dah mati 11 hb jun.try nak renew, pihak insuran kata total kene bayar +- 700 siap road tax.masalahnya taun lepas saya renew raod tax baru 500 je.ada peraturan baru ker.kereta daftar taun 2001 1.5cc

      • Cikgu Yap

        RM700 kini jumlah untuk barui road tax dan insurans. Insurans baru hanya di jangka keluar tahun hadapan.

    6. tini

      keta saya 1st party punya insuran..cikgu yap cakap tu dah cover cermin depan dan belakang..tapi kenapa syarikat insuran cakap x cover untuk cermin tu…jadi saya di nasihat kan untuk tambahn duit sbb nak cover cermin

      • Cikgu Yap

        Biasa kebanyakan syarikat-syarikat insurans melindungi cermin kereta. Ada yang minta bayaran lebih untuk melindungi cermin belakang dan depan. Kiranya anda baca artikal saya dengan teliti, saya berkata “Anda hendaklah menyiasat apakah yand di sediakan oleh syarikat insurans anda”.

    7. Mislan

      saya mislan drpada daerah Keningau, Sabah, Malaysia, utk makluman tuan, saya ada kemusykilan dalam memahami apakah hak-hak saya dalam insuran third party ni…begini, kereta sy dah berusia 12thn, jenis iswara aeroback, sy guna third party insuran. Tahun lalu 2008 sy dah habis bayar kereta tu, jadi sy start ambil insuran MAA 3rd party pada thn 2009, saya di maklumkan oleh agen insuran, walaupun saya ambil 3rd party berjumlah rm60/-, sy dikehendaki membayar PAC1(insuran utk penumpang) berjumlah rm85/-. Pada thn ini 2010, saya dtg lg ke pejbt insuran tsbt utk buat renew insuran 3rd party kereta saya, berjumlah rm60 juga, tetapi PAC1 yg perlu saya bayar adalah lebih tinggi jumlahnya dari tahun lalu, rm135/- …jadi jumlah kesluruhan rm195/- saya tahu, jumlah tsbt adalah kecil berbanding dgn 1st party insurance, tapi saya agak terkejut juga dengan kenaikan itu…saya ada mengemukakan kemusykilan saya kepada agen tsbt, tp dia sendiri teragak-agak utk menjawabnya, malahan dia mengatakan kereta yang sudah berusia lebih 10 thn, smua sykt insuran di malaysia tidak mau terima lagi kecuali MAA, Perkara utama yang perlu saya tahu ialah, apakah hak-hak saya? adakah benar kewujudan pembayaran PAC1 tsbt? apakah PAC1? sekian, terima kasih.

      • Cikgu Yap

        Anda di nasihatkan membaca artikal-artikal tentang insurans 3rd party. Memang, negara sedang mengalami masalah 3rd party insurance pada ketika ini. Masalah ini di jangka di selesaikan pada permulaan tahun 2011. Sabarlah dulu.

    8. hairi

      sekarang ncd saya 40%. macam mana kalau sya jual kereta saya sekarang dan beli kereta lain.. adakah blh saya transfer ncd lama saya kepada kereta baru. adakah syarat lain seperti perlu menukar nama diatas gran lama dahulu barulah boleh saya transfer ncd lama sy.TQ

      • Cikgu Yap

        NCB lama mengikut pemilik. Belikan insurans baru. Beritahu syarikat insuran anda ada NCB sekian-sekian banyak.

    Leave a Comment...

    Blog Search
    Free E-book
    Free Ebook
    "Driving a Manual Car For Beginners"
    >> Click here for instant download!
    Recent Comments
    • Worry Rock: Dear Cikgu Yap, first of all, I’m a P holder and I almost got involved with a major accident today....
    • Daniel: Hi, I currently hold a Malaysian P License and i’m going to Bali on holiday next month. Can I use my...
    • Harald: hi cikgu yap, i m harald and i m studying in perth, i just got my western aussie driver’s license...
    • Johnson: Greeting, My wife is a Malaysian and she need to convert her Malaysia Driving Licence to Singapore Driving...
    • Cheah Keng Woo: Hi Cikgu Yap, I took my license in 1999 and I have renew my license ever since 5 years. However, the...
    • yk: Hi, I am working in singapore and my Malaysia driving licence has expired for 2 years. Can i still renew it??...
    • Anne: Hi, I wish to apply for an internation license in Malaysia. I am a Malaysian and hold a valid driver’s...
    • wan: thanks cikgu sbb sudi menjawab pertanyaan saya. sebelum ini sy menetap d Johor, kini sy telah berpindah ke...
    • hairi: sekarang ncd saya 40%. macam mana kalau sya jual kereta saya sekarang dan beli kereta lain.. adakah blh saya...
    • tgk: Dear Sir, i am looking for a 2nd hand car and recently test drive one which i am very comfortable with. The...
    • amar: the retest fee is very high.mine was RM 170.the is school offering “pakej sampai lulus” but for me...
    • Andy: Hi Cikgu Yap Today I tried to renew my road tax and found that it was blocked. After some investigation I...
    • sabrina: saya ni pemegang lesen L kelas b2. saya dapat surat mahkamah kerana kesalahan membonceng seorang lagi. saya...
    • mamat: cikgu,my GDL expired almost 1 year.How can I renew my GDL as I now at oversea? Need your help…
    • Brendy: Hi there Cikgu Yap. I am a Malaysian but holds an Australian Driving License. I am back in Malaysia for...
    • eekim: hi cikgu Yap..hr khamis ni sy akan ada jalani QTI kereta.. sy rasa takut sangat nk hadapi nye.. pgajar sy ckp,...
    • chelsea: cikgu,lesen p motor saya telah hilang …apa yang hendak saya buat ?
    Recent Readers
    Add to Technorati 

FavoritesEducation and 

Training Blogs - BlogCatalog Blog 

Directory