10 Perkara Yang Boleh Mengganggu Perhatian Seseorang Pemandu

Posted on January 12th, 2010

Untuk memandu dengan selamat memerlukan pemandu menumpu perhatian seratus peratus pada jalan. Tetapi sedih sekali, bukan semua pemandu boleh buat demikian.

Artikal ini akan meninjau beberapa faktor yang seringkali di sebut sebagai punca sesuatu kemalangan itu berlaku.


1) Menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan ini banyak di laporkan sebagai punca kemalangan, khasnya melanggar bahagian belakang kenderaan depan. Ramai pemandu di katakan menghantar mesej-mesej teks semasa mereka memandu. Ini salah satu kesilapan besar yang di buat oleh seseorang pemandu.

Sekiranya di banding dengan perbuatan bercakap dengan ketiadaan set “hands free”, menaip mesej SMS di anggap lebih bahaya. Oleh demikian, anda di nasihatkan jangan membuat demikian.

2) Menghayal sewaktu memandu.

Manuasia di katakan banyak menghayal atau “day dreaming”. Mungkin anda tidak mengakuinya, tetapi perbuatan tersebut banyak berlaku.

Pada waktu sedemikian, perlanggaran mudah terjadi. Jadi, para pemandu di nasihatkan supaya tumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha memandu.

3) Gangguan oleh penumpang khasnya kanak-kanak di bahagian belakang kereta.

Kanak-kanak kecil biasanya duduk di belakang. Kanak-kanak biasanya di laporkan sebagai punca pemandu di ganggu semasa memandu. Adik-beradik di belakang kereta di nasihatkan supaya tidak mengganggu si pemandu yang sedang memandu kenderaan.

Sekira terdapat seorang bayi sedang menangis di belakang kereta anda, anda adalah di nasihatkan jangan menghirau akan tangisannya.

4) Makan atau minum sewaktu memandu.

Tiada seorang pemandu yang berani mengakui bahawa ia tidak pernah melakukan perbuatan ini. Makan ataupun minum merupakan perkara yang kecil saja. Tetapi ingat, perkara ini boleh membawa kepada kecelakaan.

Yang di nasihatkan adalah, kalau hendak melakukan kedua-dua perbuatan, habislah makan-minum sebelum mula perjalanan. Para memandu di ingatkan perbuatan di atas salah dan boleh di kena denda!

Walaupun tiada undang-undang jalanraya yang melarang seseorang pemandu makan ataupun minum, pihak polis dan J.P.J. boleh caj atau saman anda di bawah kesalahan “Tidak dapat mengawal kenderaan” Seksyen 119 (2) dan anda boleh di denda RM300.

5) Cubaan mendapatkan sesuatu barang dari bahagian belakang kenderaan.

Seperti makan dan minum, adakah seorang pemandu yang berani mengakui ia tidak pernah melakukan perbuatan ini?

Saya yakin tidak!

Apabila seorang pemandu itu toleh, walaupun sesaat pun ke bahagian belakang, sudah pasti sterengnya akan lari. Besar kemungkinan kemalangan akan berlaku.

Kiranya kurang percaya, anda boleh cuba saja!

Saya, sebenarnya gurau saja. Jangan sekali-kali melaksanakan perbuatan bahaya ini.


6) Bermain-main dengan radio atau alat G.P.S.

Saya kurang pasti apa itu G.P.S. Sekiranya kedua-dua penulis dan pembaca tidak tahu istillah penting di atas, bagaimana pula?

Tetapi mujur, saya ini ada pengetahuan sedikit tentang sistem baru ini. G.P.S. bererti “Global Positioning System”. Mengendalikan sistem ini semasa seorang pemandu itu memandu, mungkin boleh membawa anda terlibat dengan kemalangan.

Begitu juga memutar-mutar control set radio. Jadi, apa yang di nasihatkan pemandu buat ialah pasang stesen radio atau rancangan-rancangan sebelum anda mula perjalanan. Selepas itu, jangan lagi bermain-main dengan set tersebut lagi.

7) Tabiat merokok sambil memandu.

Pihak wanita di laporkan pemandu yang lebih selamat di banding pemandu lelaki. Mengapa demikian?

Kerana mereka biasanya tidak merokok.

Untuk merokok, anda perlu gunakan sebelah tangan untuk memegang puntung rokok. Tahukah anda bahawa memandu gunakan satu tangan semasa memandu di anggap bahaya?

Waktu ujian, Gagal ya!

Lain daripada itu, merokok boleh menghayalkan pemikiran seseorang pemandu. Pendikata, di nasihatkan jangan merokok saja.

8) Terdapat papan iklan yang menarik di sisi jalan.

Menteri Pengangkutan Jalan seharusnya haramkan iklan di tepi jalan, khasnya lebuhraya. Pemandu-pemandu telah banyak di laporkan terganggu oleh papan-papan iklan yang menarik dan beraneka warna itu.

Pada 1970an, seorang sahabat baik saya, Valentino Teh, gagal ujian praktikalnya yang di ambil di Pulau Pinang.

Semasa ujian jalanraya, si penguji dan calon berlalu dekat pekan. Ketika itu, wayang gambar James Bond sedang di tayang di panggung. Tester tersebut menjerit “Ala, James Bond lah”. Kawan saya turut melihatlah and gagal akibatnya.

Kata tester, kawan saya cuai memandu. Ini kisah sebenar. Sama anda percaya ataupun tidak, papan-papan iklan mengganggu perhatian si pemandu semasa mereka memandu.

9) Tanda-tanda isyarat jalan raya yang kurang sempurna.

Orang asing yang datang ke negera kita, selalu buat aduan terhadap tanda-tanda isyarat yang kurang sempurna. Yang terbanyak komplain pihak orang Singapura.

Saya setuju dengan mereka. Tanda-tanda jalanraya amat penting dan mustahak. Tanda-tanda yang kabur serta mengelirukan punca kepada seseorang pemandu terlibat dalam kemalangan.

Saya berpendapat, pihak kerajaan Malaysai seharusnya ke Negara jiran, Singapura untuk mempelajari bagaimana mereka menandakan tempat-tempat serta jalan-jalan di sana.

Bagaimana pula pendapat si Y.B. Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Chan?

10) Menyaksikan kemalangan yang berlaku di tengah jalan.

Pemandu biasanya suka jaga “tepi kain orang”. Meskipun tidak terlibat dengan kemalangan, tetapi mereka suka perlahankan kereta untuk menyaksikan sesuatu kemalangan.

Ini menambahkan kerumitan polis menjaga suasana. Dengan perbuatan yang sedemikian, seseorang pemandu telah mengabaikan pemanduannya sendiri. Ini mungkin akan mengakibatkan dia sendiri telibat dalam kemalangan yang lain pula.

Jadi, pemandu-pemandu adalah di nasihatkan supaya jangan menghirau akan kemalangan-kemalangan yang mungkin berlaku di sepanjang jalan.

Rencana ini telah bercerita dengan panjang-lebar bagaimana konsentrasi kita boleh di ganggu oleh beberapa perkara tertentu. Di harap pemandu-pemandu akan mengambil tahu atau sedar tentangnya.

No Comments • Posted in Kemalangan Kereta

Comments

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • Worry Rock: Dear Cikgu Yap, first of all, I’m a P holder and I almost got involved with a major accident today....
  • Daniel: Hi, I currently hold a Malaysian P License and i’m going to Bali on holiday next month. Can I use my...
  • Harald: hi cikgu yap, i m harald and i m studying in perth, i just got my western aussie driver’s license...
  • Johnson: Greeting, My wife is a Malaysian and she need to convert her Malaysia Driving Licence to Singapore Driving...
  • Cheah Keng Woo: Hi Cikgu Yap, I took my license in 1999 and I have renew my license ever since 5 years. However, the...
  • yk: Hi, I am working in singapore and my Malaysia driving licence has expired for 2 years. Can i still renew it??...
  • Anne: Hi, I wish to apply for an internation license in Malaysia. I am a Malaysian and hold a valid driver’s...
  • wan: thanks cikgu sbb sudi menjawab pertanyaan saya. sebelum ini sy menetap d Johor, kini sy telah berpindah ke...
  • hairi: sekarang ncd saya 40%. macam mana kalau sya jual kereta saya sekarang dan beli kereta lain.. adakah blh saya...
  • tgk: Dear Sir, i am looking for a 2nd hand car and recently test drive one which i am very comfortable with. The...
  • amar: the retest fee is very high.mine was RM 170.the is school offering “pakej sampai lulus” but for me...
  • Andy: Hi Cikgu Yap Today I tried to renew my road tax and found that it was blocked. After some investigation I...
  • sabrina: saya ni pemegang lesen L kelas b2. saya dapat surat mahkamah kerana kesalahan membonceng seorang lagi. saya...
  • mamat: cikgu,my GDL expired almost 1 year.How can I renew my GDL as I now at oversea? Need your help…
  • Brendy: Hi there Cikgu Yap. I am a Malaysian but holds an Australian Driving License. I am back in Malaysia for...
  • eekim: hi cikgu Yap..hr khamis ni sy akan ada jalani QTI kereta.. sy rasa takut sangat nk hadapi nye.. pgajar sy ckp,...
  • chelsea: cikgu,lesen p motor saya telah hilang …apa yang hendak saya buat ?
Recent Readers
Add to Technorati 

FavoritesEducation and 

Training Blogs - BlogCatalog Blog 

Directory