Ops Sikap Yang Ke 22 Di Lancarkan

Posted on September 9th, 2010

Kempen Ops Sikap yang ke 22 telah di lancarkan pihak polis dan akan bermula pada 3 September 2010 dan ianya akan tamat pada 13 September 2010 kelak.

Kempen Ops Sikap kali ini istimewa sedikit, kerana ianya di beri kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM). Kempen tertera di atas telah di lancarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop di Menara TM di Kuala Lumpur.

Dalam perlancaran operasi Ops Sikap tahun ini, pihak polis telahpun mengumumkan nombor toll bebas 1800-88-1412 kepada orang awam. Para pemandu di nasihatkan supaya jangan menlengah-lengah memanggil nombor tersebut.

Sekiranya terdapat sebarang kemuskilan, jalan tersekat, kemalangan jalanraya termasuk juga kalau sekiranya ingin mendapatkan laporan-laporan lalu-lintas yang terkini.

Seramai 4 ribu pegawai polis akan di berkhidmat dalam kempen tahun in di sepelusuk tanah air. Menurut nasihat yang di beri oleh Inspektor-Jeneral Polis, Tan Sri Musa Hassan, para pemandu telah di beritahu supaya menurut kepada peraturan-peraturan lalu-lintas serta tidak menimbulkan sebarang ketegangan sekiranya boleh sepanjang perayaan Hari Raya Aidil Fitri kali ini.

Mengikut Tan Sri Musa, beliau memberitahu bahawa jumlah kemalangan di dapati telah meningkat tahun demi tahun sepanjang musim perayaan.

Apakah sumbangan yang akan di hulurkan oleh pihak TM kali ini dalam Ops Sikap yang ke 22 tahun ini?

Sebenarnya, pihak tersebut di katakan akan menyediakan sebanyak 105 kanopi atau payung besar dengan di bekalkan juga kerusi-kerusi dan meja. Selain daripada itu, TM juga bekalkan lampu-lampu jenis rechargeable. Barangan-barangan tersebut akan di gunakan oleh pihak polis semasa Ops Sikap di jalankan nanti.

Ops Sikap 22 bukan semata-mata di jalankan hanya di Semenanjung Malaysia sahaja. Tetapi ianya juga akan di laksanakan di Sabah serta Sarawak. Di bandaraya Kuching, Komisyener Polis Sarawak, Datuk Mohamed Salleh memberitahu orang ramai bahawa kadar kemalangan sana agak tinggi.

Ini adalah di sebabkan jalan-jalan raya situ malangnya tidak dapat menumpang kadar peningkatan trafik yang sangat padat.

Datuk Mohamed Salleh memberitahu kalian bahawa terdapat 269,492 kenderaan-kenderaan yang kini terdaftar di negeri Sarawak sahaja. Sikiranya di bandingkan dengan para penduduk Sarawak, jumlah ini merupakan tidak selaras dengan kemajuan jalanraya situ. Ini sebablah kenapa kadar kemalangan berada di tahap tinggi meskipun terdapat usaha-usaha untuk cuba mengurangnya.

Pada tahun 2009 saja, terdapat 665 kemalangan di seluruh pelusuk Sarawak sewaktu perayaan Hari Raya. Ini adalah peningkatan sebangyak 9.19% lebih daripada kadar kemalangan 2008.

Atas usaha pihak kerajaan dan pihak J.P.J. serta pihak polis, saya mengharap bahawa Ops Sikap 22 tahun ini akan dapat mencapai keputusan-keputusan yang lebih menarik di banding dengan kempen-kempen sebelum ini. Para pemandu di minta supaya bekerjasama dengan pihak kerajaan kali ini untuk menjayakannya. Selamat memandu dengan cermat.

No Comments • Posted in Kemalangan Kereta

Comments

Leave a Comment...

Blog Search
Free E-book
Free Ebook
"Driving a Manual Car For Beginners"
>> Click here for instant download!
Recent Comments
  • ahmad: Hi cikgu Yap, Thanks for the reply. City link bus company are recruiting class D malaysian drivers. Any...
  • Vick: Hi, I’ve passed my grace period of a year from P to CDL license. But I have been using my P license to...
  • ahmad: Hi Cikgu Yap, Class D holder > 10years Age 55 years Interested to obtain GDL & PSV licence. 1....
  • Lim Win Hwang: Cikgu Yap, I am buying a 2nd hand car. I understand I should buy insurance after Puspakom inpection; I...
  • ali: i had a non computerized license in pakistan, then i recently give tests before coming to malaysia and now got...
  • Curious Peolple: Selamat petang, Cikgu Yap. Baru-baru ini kereta kawan saya telah ditahan di balai polis. Namun...
  • prakash: Cikgu, kalau saya sudah ada lesen G.D.L. (3tan), kemudian ingin nak ambik lesen P.S.V. ,kena duduk kursus 7...
  • YC, Foo.: Hi Cikgu Yap, Good day. I’ve had B2/D for nearly 20 years now, but I haven’t been riding 2...
  • fara: Hai cikgu, Baru baru ini saya mengalami kemalangan.saya merupakan pemegang lesen P. Semasa dibukit sy telah...
  • Muru: I hv my psv license but got expired in 2007.. went to JPJ, UTC puduraya they asked me to make an appeal at...
  • Ray: Hi cikgu yap, Wanted to ask you, I been in a road accident whereby I was overtaking a lorry in front as my lane...
  • zack: hye cikgu yap, i have my “P” licence for car, but i have never drive since i get my licence for a...
  • Matt: Hi Cikgu Yap. I just got my D and B2 CDL a few months back and intended to take B full. So, I went to JPJ...
  • jaa: Salam cikgu..kalau msih memegang lesen P,layak kah untuk memohon lesen H?
  • Chris: Dear Cikgu Yap, Referring to your reply to Andy on 1st August, 2012, you said: “As you already possess a...
  • arin: Kawasan tempat pekerjaan saya terpencil, tidak banyak pengguna kereta dan motorsikal. Tetapi saya sangat tidak...
  • Tom: Hi Achaboy Did you get a response from JPJ? I noticed on their website it says we need to surrender our...