Kebanyakan orang mungkin tidak tahu, syarikat Touch N Go telahpun berhenti menjual peranti Smart Tag untuk pembayaran tol jalan raya secara automatik sejak 8 haribulan Ogos 2018.

Mengikuti laman Amanz.my :

Penghentian jualan SmartTAG ini dikatakan efektif bermula sekarang, dan tiada lagi SmartTAG akan dijual selepas ini. Walaubagaimanapun, pengguna SmartTAG sedia ada masih boleh kekal menggunakannya seperti biasa buat masa ini.

Apakah sebab syarikat Touch N Go memberhentikan penjualan peranti Smart Tag?

Sebabnya adalah untuk menggalakkan para pemandu di Malaysia menggunakan sistem RFID yang baru.

Apa itu sistem RFID?

Sistem RFID adalah agak unik. Ianya menggunakan satu stiker yang dilengkapi cip RFID yang ditampal pada kenderaan. Biasanya, stiker itu di tampal pada lampu depan kereta.

Pembayaran tol adalah secara automatik dan menguruskan tambah nilai dan sebagainya boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi telefon pintar Touch ‘n Go.

Walaubagaimanapun, secara peribadi, saya masih tidak begitu yakin dengan keberkesanan membayar tol dengan menggunakan sistem RFID.

Saya kerap nampak kereta di lorong khas pembayaran tol dengan RFID terpaksa berhenti dan reverse kereta kerana gagal membayar tol secara automatik and palang tol tidak buka.

Saya masih lebih suka menggunakan kad Touch N Go untuk membayar tol di lebuhraya ataupun highway.

Kebelakang ini, isteri saya bertanya saya bolehkah dia membuat bayaran tol tanpa membuka tingkap kereta.

Alasannya, kalau hari hujan, air hujan akan memasuki kereta apabila hendak membayar tol dengan kad.

Selain menggunakan stiker RIFD, apakah penyelesaian untuknya?

Penyelesaian yang terbaik adalah dengan menggunakan Smart Tag tetapi ianya tidak lagi di jual.

Saya pernah membaca komen di Facebook yang mengatakan Smart Tag ada jual di stesen minyak Petronas.

Stesen minyak Petronas yang manakah menjual Smart Tag?

Saya telah pergi ke beberapa stesen minyak Petronas di Kuala Lumpur untuk membeli peranti Smart Tag, tetapi tiada satupun yang menjual.

Setelah gagal mencari peranti Smart Tag baru, saya juga cuba mencari Smart Tag second hand yang masih bagus.

Di Facebook saya, ada orang yang ingin menjual Smart Tag mereka, tetapi saya tidak membelinya takut peranti yang di jual bukan dalam keadaan baik.

Peranti Smart Tag alternatif

Nasib baik kini terdapat mesin peranti Smart Tag alternatif di pasaran.

Salah satunya adalah jenama Max Tag.

Saya menjumpai MaxTag di laman Lazada Malaysia.

Harga Max Tag di jual dengan agak berpatutan. Harga jualan satu unit adalah kurang daripada RM300.

Ratingnya juga agak tinggi. Lebih 800 rating 4 bintang di Lazada!

Terdapat banyak ciri-ciri Max Tag, tapi yang penting peranti tersebut mesti boleh digunakan dengan kad Touch N Go yang ada di pasaran dan ianya mesti boleh di gunakan di lorong Smart Tag untuk membayar tol secara automatik.

Bagaimana saya boleh mengetahui samada peranti Max Tag boleh di gunakan ataupun tidak?

Cara yang paling baik adalah dengan membeli 1 unit Max Tag untuk mencubanya di kereta Perodua Myvi isteri saya.

Max Tag review

Di bahagian ini, saya akan menulis Max Tag review saya setelah membeli satu unit peranti Smart Tag alternatif tersebut di Lazada.

Selepas membuat tempahan, parcel saya di hantar oleh Lex Express dalam masa 3 hari. Berikut adalah gambar-gambar tempahan Max Tag saya.

Parcel dari Lex Express

Peranti Max Tag dalam keadaan baik. Unit di balut dengan bubble wrap oleh penjual.

Peranti Max Tag baru

Unit peranti Max Tag di balut dengan lengkap oleh penjual.

Di dalam parcel juga terdapat 1x bateri dan 1x pemegang braket ataupun bracket holder.

Max Tag kad warranti

Kad warranti Max Tag untuk 1 tahun.

Arahan penggunaan Max Tag

Arahan memasukkan bateri dan penggunaan Max Tag.

Max Tag Touch N Go

Max Tag yang telah di masukkan kad Touch N Go.

Max Tag made in

Nombor siri unit Max Tag yang di perbuat di Malaysia dengan pengiktirafan MCMC Malaysia.

MaxTag

Max Tag dapat membaca kad Touch N Go.

Max Tag baki

Max Tag dapat membaca baki wang tunai di dalam kad Touch N Go.

Max Tag bracket

Bracket dengan pelekat double sided untuk unit Max Tag.

Max Tag installed

Unit Max Tag yang telah di pasang di cermin kereta.

Setelah memasang Max Tag di kereta isteri, saya memandu keretanya masuki Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan memasuki lorong Smart Tag.

Disini saya ingin melaporkan Max Tag dengan menggunakan kad Touch N Go boleh membayar tol secara automatik sama seperti Smart Tag dulu.

Kesimpulan

Jika anda sedang mencari unit peranti Smart Tag alternatif di pasaran, di harapkan artikal ini dengan review Max Tag dapat membantu anda.

Jika anda ingin mendapatkan Max Tag untuk kereta anda, sila klik link di bawa untuk membelinya di Lazada.

Klik sini ke Lazada

(Sila muat turun aplikasi Lazada ke telefon pintar anda untuk melihat senarai tawaran)

By | 2024-02-25T13:03:39+08:00 February 24th, 2024|Lazada Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment