Negara Jepun terkenal untuk bunga-bunga “Chery”.

Tetapi, tahukah anda bahawa pihak automobil negeri China, kini menghasilkan sejenis kenderaan bernama Chery?

Kumpulan Auto Chery yang terletak di Wu Hu, China di wilayah An Hui telahpun dilaporkan mengeksport lebih daripada 500,000 buah kenderaannya kepada 80 buah Negara dan wilayah-wilayah lain di seluruh pelusuk dunia.

Sudah pasti kenderaan-kenderaan Chery tidak sepopular ataupun terkenal sekiranya di banding dengan pengeluar-pengeluar auto seperti Korea dan Jepun, dan tidaklah seterkenal dengan kenderaan jenis Toyota, Nissan, Kia, Honda dan Suzuki, tetapi memandangkan kadar kereta-kereta Chery dihasilkan, tidak lama lagi kereta-kereta Chery akan menjadi kenderaan jenama di kalangan para pemandu.

Syarikat kenderaan Auto Chery dilaporkan kini mempunyai 12 pusat pengeluaran auto di tempat-tempat seperti Ukraine, Egypt, Rusia, Iran, Uruguay, termasuk Malaysia.

Bagaimana mengenai pasaran Chery di Malaysia pula?

Mengenai soalan ini, mengikut kata-kata Encik Zhou Bi Ren, jurucakap syarikat Chery, beliau memberitahu pemberita, pada masa kini terdapat sebanyak 10,000 unit kenderaan-kenderaan Chery di Malysia.

Walaupun penjualan kenderaan Chery kini tidak begitu laris serta menggalakkan, namun demikian, kedudukan inidiakibatkan oleh dasar automotif National Automobil Policy (NAP) yang sebenarnya mempertahankan industry pemasangan kenderaan di Negara ini.

Menurut dasar tertera di atas, hanya kenderaan-kenderaan yang saiz agak besar c.c.nya saja yang dapat diimport ke dalam negeri.

Kebetulannya, kenderaan-kenderaan yang melebihi 1.8 cc sahaja, yang boleh diimport ke dalam negeri Malaysia.

Kenderaan-kenderaan yang di bawah kuasa c.c. yang rendah, termasuk kereta Chery, menghadapi beberapa masalah.

Dasar tertera di atas adalah untuk mempertahankan industry kereta di negara kita.

Setakat kini, syarikat Automobile Chery dikatakan telah membawa sebanyak 6 jenis model kereta ke dalam Malaysia.

Baru-baru ini, salah seorang pembaca blog ini telah menghubungi kami membuat aduan bahawa ia menyesal iaitu berbeza dengan negara-negara lain umpama di Eropah, Amerika Syarikat, Australia serta England, di mana kenderaan-kenderaan elektrik telah banyak diperkenalkan, di Malaysia pula, perlancaran kenderaan-kenderaan elektrik adalah tidak begitu memperangsangkan.

Kebetulannya pula, ianya tidaklah begitu menggalakkan sama sekali katanya.

Harus diterangkan kepada para pembaca bahawa sebarang percubaan untuk memperkenalkan kenderaan-kenderaan yang berjenis EV ataupun kenderaan-kenderaan elektrik ke mana-mana negara, khasnya Malaysia, sudah pasti akan menemui masalah-masalah yang komplikated serta rumit.

Masalah-masalah tertera seharusnya diatasi terlebih dahulu sebelum kenderaan-kenderaan elektrik dapat diperkenalkan.

Menurut Encik Zhou Bi Ren, jurucakap Syarikat Automobil Chery, syarikatnya telahpun menghasilkan beberapa model elektrik umpamanya, M1-EV, X1-EV, Cheri A51-SG, A5-BSG, S11-EV dan S18-EV.

Kenderaan-kenderaan yang tersebut di atas sudah sedia pun dilancarkan di pasaran tempatan sebaik-baik saja infrastruktur seperti stesen-stesen mengecaj bateri dapat disediakan.

Para pembaca blog ini harus diperingatkan bahawa demi untuk melancarkan kereta jenis elektrik ke sesebuah negara, harus diperingatkan bahawa ada sesetengah perkara yang patutnya diatasi terlebih dahulu.

Di antara, perkara-perkara penting yang seharusnya diperselesaikan adalah:-

i. Stesen-stesen mengecaj bateri.

Seharusnya diambil kira di mana kenderaan-kenderaan elektrik perlu dicaj.

Meskipun terdapat tempat sesuatu kawasan untuk mengecaj system kuasa bateri sesebuah kenderaan, namun demikian para pemandu tidak diharapkan menuggu selama 5 jam ataupun lebih untuk proses mengecaj bateri dilaksanakan.

ii. Masalah menimbang betapa beratnya sesuatu bateri kenderaan elektrik.

Adalah perlu diingatkan bahawa kenderaan elektrik pada asasnya terdiri daripada 2 jenis amnya.

Yang pertama, adalah kenderaan elektrik yang diguna dalam perkarangan bandar yang mempunyai kebolehan bergerak sejauh lingkungan 50km.

Yang kedua adalah kenderaan elektrik yang biasanya berkebolehan bergerak lebih jauh lagi, di lingkungan lebih daripada jarak 150km.

Jenis kenderaan umpama ini akan perlukan kuasa bateri yang lebih besar.

Jurutera-jurutera Automobil Chery kini dalam usaha cuba menghasilkan jenis bateri yang dapat bertahan lebih lama dan mempunyai kebolehan untuk bergerak lebih jauh, iaitu dapat bergerak lebih daripada 200 km.

Sumber-sumber lain mencadangkan iaitu bateri-bateri kenderaan elektrik itu diganti selepas kenderaan elektrik digunakan setiap kali ia digunakan.

Tetapi ini tidak munasabah memandangkan kos syarikat bateri terlalu tinggi.

Menurut pihak automobile Chery, belum terdapat mana-mana pihak ataupun syarikat besar yang sudi melaburkan modal demi untuk mendirikan pertubuhan yang dapat mengeluarkan bateri-bateri tersebut.

iii. Kenaikan Yuan dibandingkan dengan Dollar.

Yuan sebagai mata kewangan yang kukuh disbanding dengan unit mata kewangan yang lain, umpamanya dollar, mengalami kenaikan yang mendadak.

Oleh yang demikian, pihak Automobile Chery menghadapi pelbagai jenis masalah yang sukar kebetulannya.

iv. Dasar cukai serta polisi-polisi yang berbeza-beza, rintangan-rintangan bahasa dan peraturan-peraturan kerajaan yang sentiasa tukar-menukar.

Yang tertera di atas merupakan sebagai pelbagai masalah yang sering kali dihadapi oleh syarikat Automobile Chery dalam usaha memperkenalkan kenderaan-kenderaan syarikatnya ke merata tempat dunia.

Selain daripada Jepun serta Korea, negeri China kini sedang muncul sebagai sebuah pengeluar kereta yang utama di dunia ini.

Jumlah penjualan unit-unit kenderaan motor dari China kini berjumlah sebanyak 459,000 pada 2010 dan telah meningkat ke paras 682,000 tahun 2011.

Ini adalah suatu kenaikan sebanyak 36.3%. Ini telah mengakibatkan Chery melambung naik ke tempat yang ke 6 pengeluar-pengeluar automobile di negara China.

Pencapaian ini telah menewaskan pihak Amerika Syarikat yang dahulunya merupakan pengeluar auto yang terulung di dunia.

Pengeluaran Amerika berjumlah 18 juta sebenarnya.

Untuk maklumat para pembaca, syarikat Chery telah mencapai pengeluaran kenderaan yang ke satu jutanya pada tahun 2007.

Adalah dijangka bahawa, tidak lama lagi, pihak syarikat Automobile Chery akan mencapai pengeluaran kenderaanya yang ke 2 juta.

Memandangkan bahawa negara Jepun kini sedang mengalami masalah-masalah domestik akibat gempar bumi dahsyat serta tsunami yang melanda negara Jepun, adalah beberapa tahun lagi sebelum Jepun dapat mengatasi masalah-masalahnya.

Oleh itu, pengeluar kenderaan-kenderaan Chery nampak berhadapan dengan masa depan cerah khasnya untuk kenderaan-kenderaan elektrik umumnya!

Pemandu-pemandu Malaysia menunggu-nunggu akan kedatangan kenderaan-kenderaan Chery ke pantai Tanah Air kita!


By | 2017-06-01T09:00:53+08:00 September 29th, 2012|Lesen Memandu|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment