Pemandu Malaysia Merupakan Pemandu Yang Paling Teruk

Home/Lesen Memandu/Pemandu Malaysia Merupakan Pemandu Yang Paling Teruk

Pemandu Malaysia Merupakan Pemandu Yang Paling Teruk

Untuk suatu tempoh masa yang agak lama, orang-orang asing yang melawat ke negeri kita Malaysia, berpendapat bahawa rakyat Malaysia merupakan pemandu-pemandu yan paling teruk di dunia.

Australia, England serta Singapura, jiran kita yang terletak di bahagian selatan Negara kita dilaporkan sebagai negara-negara di mana lesen memandu agak sukar didapati.


Salah seorang pembaca blog ini dari Australia, baru-baru ini telah menulis ke blog untuk memberitahu bahawa ia berhajat kembali ke Malaysia tidak lama lagi untuk tempoh 4 bulan.

Dia telah menanya samada bolehkah ianya mencapai lessen memandu dalam masa yang singkat itu.

Sudah tentu pembaca-pembaca blog ini ingin tahu apakah jawapan yang pengajar kereta ini memberitahu kepadanya.

Apakah jawapan yang telah diberikan kepada pembaca blog tersebut di atas?

Malangnya sekali, jawapan yang telah diberikan adalah “sudah tentu ianya boleh”.

Di negeri kita Malaysia, percubaan memperolehi lesen memandu untuk kereta ataupun motosikal, bukan saja murah, malah ianya juga boleh didapati dalam tempoh masa yang singkat sahaja.

Contohnya, lesen memandu jenis Kelas D untuk kereta dan B2 untuk motor (untuk menunggang motor 250c.c.), dapat diperolehi dalam tempoh masa 35 – 40 hari sahaja.

Demi untuk mendapatkan lesen memandu untuk kereta di Malaysia, seseorang calon itu Cuma membelanja sebanyak RM750 ke RM1000 saja. Ini termasuk bayaran lesen “L” dan “P” sekali.

Manakala untuk mencapai lesen memandu motosikal pula, kerajaan telah meletakkan harganya pada harga RM201 saja.

Harga ini terpaksa diterima oleh semua institut di negara ini.

Manakala bayaran lesen memandu motor dikawal pada RM2 saja oleh kerajaan.

Awal-awal lagi, iaitu pada tahun-tahun 1960-an ataupun 70-an, sepupu saya, Ah Loo yang menetap di kawasan Ang Mo Kio, Singapura, memberitahu saya bahawa orang-orang Singapura ketika itu, percubaan mencapai sesuatu lesen di pulau tersebut merupakan suatu yang sukar.

Bolehkah anda membayangkan betapa susah ianya untuk mencapai lesen memandu pada masa kini pula?

Saya masih teringat bagaimana Ah Loo memberitahu saya iaitu seseorang rakyat Singapura dikehendaki menunggu selama 2 tahun untuk mendapatkan tarikh penetapan untuk menduduki ujian Kod Undang-undang saja.

Apatah lagi susahnya untuk menduduki ujian praktikal pula. Kesimpulannya, untuk mendapati lesen memandu di Singapura memangnya susah.

Ujian-ujian yang perlu dihadapi oleh pemandu-pemandu memangnya ketat.

Ujian-ujian praktikal dikatakan amatnya ketat.

Proses ujian dijalankan secara bertahap tinggi demi memastikan mutu lesen memandu Singapura sesama taraf dengan negara-negara maju seperti di United Kingdom dan Australia.


Tahukah anda bahawa England sudi menerima lesen-lesen Singapura untuk menjadi lesen-lesen tempatan?

Sudah tentu terdapat sebab-sebab mengapa perkara ini berlaku.

Tetapi malangnya sekali, Jabatan Pengangkutan Jalan United Kingdom tidak menerima lesen-lesen Malaysia untuk ditukar menjadi lesen-lesen tempatan negaranya.

Mengapa ini berlaku?

Selain daripada fakta-fakta yang saya telah mengutarakan, tentang pembelajaran memandu, United Kingdom dikatakan tempat agak mahal sekiranya seseorang pemandu baru ingin belajar memandu.

Kebelakangan ini, salah sebuah sekolah memandu yang terkenal di England, Accrington Akademi Memandu, telah berhubung dengan blog ini, memberi komen mereka terhadap beberapa artikel blog ini.

Menurut Accrington, pihak sekolah memandu ini mengecaj £17 sejam untuk menjalankan pengajaran memandu.

Manakala di Malaysia, sekolah-sekolah dan institut-institut memandu cuma mengenakan RM25 sejam untuk pelajaran belajar memandu saja.

Adakah perbezaan harga belajar memandu di antara kedua-dua negara di atas itu yang menentukan “mutu pemandu-pemandu” baru yang dihasilkan.

Artikel yang sedang ditulis hari ini, berikutan kenyataan yang dibuat oleh seorang pakar pengangkutan di negara ini, Malaysia.

Beliau merupakan Professor Dr. Abdul Rahim Nor. Beliau adalah Ketua Jabatan Sosial, Development dan Environment di Universiti Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, dalam suatu artikel beliau telah membuat kritikan yang keras terhadap pemandu-pemandu baru Malaysia. Dr. Rahim mengulaskan bahawa pemandu-pemandu Malaysia kebetulannya tidak mempunyai sebarang kebolehan untuk memandu.

Beliau bertambah bahawa, kebanyakan pemandu sebenarnya tidak berlayak memandu sama sekali.

Mereka dikatakan menimbulkan kekacauan di jalanraya kebetulannya.

Saya percaya bahawa Dr. Rahim, sedang menunjukkan pendapat-pendapatnya kepada pemandu-pemandu baru Malaysia dan bukan kepada pemandu-pemandu Malaysia yang penuh berpengalaman.

Sebelum kita meneruskan dengan kata-kata Dr. Rahim yang lain, marilah kita mengaji dengan lebih terperinci kenyataan-kenyataan lain yang Dr. Rahim telah buat tentang pemandu-pemandu Malaysia.

Pemandu-pemandu baru, menurut Dr. Rahim, kebetulannya tidak mempunyai kelayakan memandu.

Mereka tidak bersedar samada mereka mempunyai sikap yang betul demi memandu ataupun tidak.

Mereka sebenarnya, tidak tahu akan bahaya-bahaya yang wujud di jalanraya.

Pemandu-pemandu baru dikatakan merasa mereka selamat sewaktu membawa kenderaan di jalanraya. Sebenarnya, pemandu-pemandu lain di jalan yang memberi simpati kepda mereka.

Seringkali, mereka diberi jalan meskipun mereka sebenarnya telah melanggar peraturan-peraturan jalanraya.

Menurut statistic-statistik kemalangan jalanraya, kadar kemalangan telahpun bertambah dengan pesat sebanyak 4%, dari 394,330 pada 2009 kepada 414,421 tahun lepas, walaupun nasihat-nasihat serta peringatan-peringatan talahpun diberi supaya para pemandu memandu dengan baik.

Jumlah orang-orang yang tercedera telahpun bertambah banyak.

Demi untuk mengatasi keadaan yang membimbangkan, pakar-pakar percaya, Malaysia seharusnya menjejaki langkah negara-negara yang lain, seperti Eropah serta negara-negara umpamanya United Kingdom dan Australia, di mana ia memerlukan sekurang-kurangnya 4 tahun untuk memperolehi lesen memandu yang sah.

Di Negara Australia misalnya, seorang pelajar dikehendaki menghadiri kelas memandu selama 120 jam sebelum mereka diberi lesen memandu.

Di Malaysia pula, seseorang pelajar boleh mencapai lesen memandunya dalam hanya tempoh 1 ataupun 2 bulan, dan dibekalkan dengan lesen memandu selama 2 tahun.


Di Malaysia, ramai pemandu “P” gagal mempamerkan plet-plet “P” di kenderaan mereka.

Oleh yang demikian, maka adalah tidak hairan bahawa terlalu banyak kemalangan berlaku.

Kebanyakan kemalangan di Malaysia dikatakan disebabkan oleh perkara-perkara seperti kecuaian, memejut dengan laju, memandu dengan sewenang-wenangnya dan mengambil risiko-risiko yang bahaya untuk menambahkan lagi situasi yang rumit ini lebih daripada 1 juta kenderaan-kenderaan baru telah didaftarkan setiap hari.

Pakar-pakar pemanduan umpamanya Dr. Rahim misalnya, mencadangkan bahawa Malaysia seharusnya mencuba hasilkan pemandu-pemandu yang lebih bertaraf tinggi.

Demi mencapai prestasi ini, Malaysia sepatutnya mengambil langkah-langkah yang positif untuk merombak kurikulum industri pengajaran memandu yang sedia ada. Mudah-mudahan dengan langkah ini, dapat dihasilkan pemandu-pemandu yang bermutu baik.

Nampaknya, cuma inilah yang dapat menurunkan kadar kemalangan di Malaysia.

Sebenarnya, Malaysia telah dikatakan mengalami seramai 13 mahupun 14 kematian setiap hari pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pada hari ini pula, Malaysia menghadapi sebanyak 17 ataupun 18 kematian sehari.

Selain daripada merombak kurikulum sekolah memandu, usaha-usaha juga patut diambil demi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti keretapi, bas dan teksi.

Sayugia diperingatkan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam mempunyai rekod keselamatan yang baik sekiranya disbanding dengan perjalanan dengan kenderaan.

Di negeri Jepun misalnya, kebanyakan pendudukan dikatakan tidak memiliki kereta sendiri.

Orang Jepun sebenarnya tidak perlu memiliki kenderaan mereka sendiri.

Perkhidmatan pengangkutan awam di Jepun baik.

Pada tahun 2010, dilaporkan bahawa hanya terdapat 77 kematian di kalangan pengguna-pengguna perkhidmatan pengangkutan awam.

Dibandingkan dengan golongan yang menggunakan kenderaan mereka sendiri, kadarnya adalah 1,421 kematian.

Rumusannya adalah, perjalanan dengan perkhidmatan awam merupakan pilihan yang lebih baik nampaknya.

Di kalangan pengguna-pengguna motosikal dan pemboncit-pemboncitnya, jumlah kematian berjumlah 4,036. Yang menunggang motosikal sebaik-baiknya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.


By | 2017-04-23T10:58:12+00:00 May 7th, 2012|Lesen Memandu|3 Comments

About the Author:

3 Comments

  1. haslina May 7, 2012 at 11:59 am - Reply

    cikgu yap saya dah gagal test jpj 2 kali, dan tidak mengambil test ulangan selama 4 bulan disebab kan masalah peribadi..sekiranya saya nak belajar memandu di tempat lain semula boleh ke saya menggunakan lesen L saya??? atau saya perlu mendapatkan mana-mana pengesahan dari pihak driving school tempat saya belajar itu. cikgu yap…sila beri penjelasan .tq

  2. hideaki August 9, 2012 at 4:25 pm - Reply

    saya nak tanya , saya mempunyai lesen L tapi sudah hampir tamat tempoh L (2tahun) dan pada masa yang sama saya telah disaman dan belum lagi membayar saman itu , adakah lesen saya akan digantung ? dan kalau digantung bermakna saya adakah perlu saya membuat lesen baru ?

    • Cikgu Yap August 13, 2012 at 10:21 am - Reply

      Bila L mati, ertinya undang-undang anda tamat tempoh. Kalau demikian, ujian praktikal tidak boleh di buat. Kiranya boleh, cuba jalankan ujian seberapa cepat yang boleh.

      Tentang saman anda, biasanya mengambil masa yang agak panjang sebelum lesen anda di gantung. Tetapi, adakalanya, tiada apa-apa tindakan yang di ambil. Nasihat saya adalah cuba jalankan ujian praktikal secepat mungkin.

Leave A Comment