Jentera Bergerak Ringan Beroda – Berat Tanpa Muatan Tidak Lebih 5000kg
1) Apakah Lesen Jenis “F”?
“F” itu lesen membawa “Forklift”.
2) Adakah institut-institut memandu menawakan kursus untuk lesen ini?
Setahu saya, tidak.
3) Kalau begitu, macam-mana kalau saya hendak mencapai lesen ini pula?
Anda terpaksa ambil lesen jenis “H” (trektor).
4) “H” itu boleh memandu “forklift”?
Betul. Anda boleh buat demikian.
4) Harga mengambil “H” itu mahalkah?
Lebih kurang saja, sama dengan “F”.
6) Jadi, apakah institut akan ajar saya semasa kursus?
Berjalan, meletak kenderaan, mengedalikan kontrol-kontrol “mengorek” dan “menolak”.
7) Apakah syarat untuk mencapai lesen jenis “F” ini?
Kena lulus undang-undang jalanraya (Highway Code) dulu. Ataupun ada lesen-lesen lain, umpamanya B2 (Motor), D (kereta), E (lori) dan sebagainya.
8) Perlu saya hadiri kursus teori 6 jamkah?
Anda tidak perlu ambil kursus tersebut di atas. Terus keluar lesen L.D.L. (Learner’s Driver’s License) saja.
9) Bila sudah lulus lesen F ini, bolehkah di campurkan dengan lesen motor (B2) atau kereta (D) saya?
Tentu boleh. Bayarannya sama, RM30 setahun.
10) Keluar lesen “L” ‘nak butir-butir apa ya?
i) Kad Pengenalan fotostat.
ii) 2 keping gambar berwarna.
iii) Fotostat lesen-lesen yang anda sedia ada.
Di atas adalah soalan-soalan dan jawapan-jawapan kepada pelajar-pelajar yang mungkin berhasrat untuk mendapatkan jenis lesen “Forklift” atau “F”. Harap dapat jawapkan segala pertanyaan anda.
Di johor bahru mempunyai institut memandu yang mempunyai kursus forklift . Pusat Latihan Memandu Berjaya Bhd. Tel : 07-2351004, Boleh membuat pertanyaan tentang kursus tersebut.
Saya bercadang untuk mengikuti kursus pengendalian mesin Fork Lift sebagai persediaan untuk membolehkan saya berkerja dengan mana-mana syarikat yang memerlukannya. Saya tinggal di Shah Alam, Selangor. Saya difahamkan hanya di Pusat Latihan Memandu Berjaya di Johor Bahru sahaja yang mengadakan kursus tersebut iaitu peserta memerlukan mengikuti latihan teori & amali selama 5 jam. Saya ingin tahu tarikh-tarikh kursus diadakan kerana saya perlu merancang perjalanan saya sehari sebelum kursus & juga mencari tempat kediaman sepanjang saya berada disana. Jumlah bayaran ialah sebanyak RM400.00, bagaimana caranya untuk saya menjelaskannya & juga saya ingin pihak Tuan senaraikan dokumen-dokumen yang perlu saya sediakan sebelum mengikuti kursus. Terima kasih.
Saya tinggal d sabah…ada di sabah pun ada ka pusat kursus driving forklift…
Kepada yang berada di Selangor, anda boleh buat pertanyaan kursus pemanduan forklift di Liftman Machinery.
Tel: 03-5131 0779 atau 019-7163501.
anak saya telah membawa forklift di beberapa buah kilang dan berpengalaman mengendali forklift .masalahnya adalah dia belom ade lesen memandu. boleh ke dia hadir krusus tu ade peperiksaan bertuliske
Umur ambil forklift 17 tahun. Ujian bertulis untuk undang-undang. Forklift kena ambil Jenis H(trektor)
Jika mempunyai lesen D/B2 (P),boleh atau tidal sekira nya saya mahu mengambil lesen F/H ?
Memang boleh. Anda kena ambil H (trektor) yang merangkumi F (trektor)