Enjin Lifan Di Malaysia – Enjin Popular Untuk Street Cub

Adakah anda seorang peminat motorsikal street cub di Malaysia?

Jika ya, anda tentunya pernah menemui enjin 2 stroke yang murah dan berkuasa tinggi Lifan dari negara China.


Populariti enjin Lifan adalah amat tinggi di Malaysia.

Ini di sebabkan enjin Lifan di jual dengan harga yang agak murah berbanding dengan enjin-enjin motorsikal yang berjenama dari Jepun seperti Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki dan sebagainya.

Di Malaysia, banyak penunggang motorsikal menggunakan Honda EX5 dan Honda C70. Enjin Lifan adalah juga enjin pilihan pertama untuk menggantikan enjin EX5 dan C70 yang telah rosak.

Kebaikan & keburukan

Jika anda seorang bakal pembeli, anda tentunya akan tanya “Enjin Lifan OK tak?”

Setiap jenis enjin motorsikal di pasaran ada kebaikan dan keburukannya.

Keistimewaan dan kelebihan enjin jenama Lifan adalah seperti berikut:

1) Harga murah.

Enjin Lifan baru boleh di beli dari harga RM1000 – RM2400 bergantug kepada Cubic Capacity (CC) enjin.

2) Serasi dengan banyak model motorsikal di Malaysia.

Pembekal enjin Lifan ke Malaysia adalah dari negara Thailand. Kebanykan jenis motorsikal kecil ataupun cub di Thailand adalah sama di Malaysia.

Oleh sebab itu, terdapat banyak enjin Lifan keluaran Thailand adalah serasi dengan motorsikal di Malaysia.

Enjin Lifan boleh di pasang terus dengan mudah (plug and play) ke atas motorsikal seperti Honda C70, GBO, EX5, Wave, Modenas Kriss, SYM, dan juga DEMAK.

3) Pelbagai pilihan.

Jika anda hendak membeli enjin Lifan, terdapat pelbagai pilihan dari segi kuasa.

Anda boleh memilih enjin berkuasa 110 cc, 125 cc, 130 cc, 135 cc, 150 cc, 160 cc, 200 cc, 250 cc dan juga 300 cc.

Pemilihan enjin banyak bergantung kepada bajet anda.


Bagaimana pula dengan keburukan enjin Lifan?

Berikut adalah masalah ataupun keburukan enjin dari China ini:

1) Susah masuk gear.

Ada pengguna-pengguna yang komen di media social bahawa enjin Lifan susah untuk masuk gear.

Kelemahan ini adalah apabila hendak masuk gear 4 dari gear 3. Kerap kali, enjin akan terus masuk ke gear Neutral.

Kenapa masalah ini berlaku? Adakah ia berkaitan dengan kualiti enjin?

Saya telah membuat penyelidikan di internet.

Banyak orang mengatakan reka bentuk ataupun design enjin Lifan adalah bagus. Masalah adakah kualiti pemasang enjin di kilang.

Untuk mengatasi masalah ini, banyak orang di internet mengesyorkan supaya enjin baru Lifan di keluarkan semua komponennya.

Selepas itu, komponen-komponen enjin di pasang semula dengan ketat. Ini adalah cara untuk memastikan tiada komponen enjin yang longgar.

2) Top speed enjin yang rendah.

Apakah top speed ataupun kelajuan maksimum yang boleh di capai oleh motosikal yang menggunakan enjin Lifan?

Tonton video YouTube di bawah. Motorsikal Honda C70 telah di pasang enjin Lifan 160 cc.

Video di atas menunjukkan C70 mencecah 60 batu sejam ataupun lebih 100 km / j.

Kelajuan maksimum enjin Lifan tidaklah tinggi sangat. Walau bagaimanapun, Honda C70 bukan di reka untuk kelajuan tinggi.

Ia lebih sesuai untuk penggunaan di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung.

Kalau anda ingin kelajuan tinggi, belilah motorsikal yang berkuasa besar.

Imej-imej enjin Lifan

Berikut adalah imej ataupun gambar-gambar enjin Lifan yang terdapat di Malaysia.

Lifan 160cc

Enjin 160 cc

Lifan 125cc

Enjin 125 cc

Enjin Lifan 250 cc

Enjin Lifan 250 cc

Penjual dan pengedar enjin Lifan

Dari manakah anda boleh membeli enjin Lifan di Malaysia?

Terdapat banyak pengedar and penjual enjin Lifan di Malaysia.

Kebanyak penjual boleh di jumpai di laman social Facebook dan juga Mudah.my.

Anda boleh membuat order secara online dan enjin akan di hantar ke rumah anda.

Untuk maklumat lanjut pengedar enjin Lifan tunggal di Malaysia, sila klik link di bawah.

Ads Notice

Klik sini untuk pengedar tunggal di Malaysia

Ads Notice

By | 2018-02-01T17:12:32+00:00 January 19th, 2018|Motorycycle Care|0 Comments

About the Author:

Apart from Cikgu Yap, I am also a writer and the administrator of this blog.

Leave A Comment