Tiada Lagi Kesesakan Jalan Raya Di Bandar Klang

Bandar Klang, bandar di raja negeri Selangor adalah istimewa dan unik sekiranya di banding dengan bandar-bandar lain di Malaysia. Kepada para pembaca blog in yang mungkin tidak sedar, Klang sudah pun berusia lebih seratus tahun.

Sebenarnya, bandar Klang telahpun merayakan centenarinya atau perayaan 100 tahun tubuhnya hampir 15 tahun yang lepas. Di banding dengan bandar serta pekan lain di Malaysia, bandar Klang agak luar biasa sebab ianya di bahagikan kepada 2 bahgian – Utara and Selatan.

Klang Utara merupakan hub komersial kerana banyak perniagaan, kedai-kedai serta pasaraya-pasaraya seperti Tesco, Giant dan Carrefour terletak di sini. Manakala Klang Selatan mengandungi lebih banyak bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan seperti Majlis Perbandaan Klang (MPK), Jabatan Tanah, Pejabat Pos Besar, stesen keretapi besar dan lain-lain.

Seorang penghuni yang menetap di bandar istimewa ini sudah pasti akan menghadapi kesulitan-kesulitan yang mungkin tidak di alami oleh penduduk-penduduk bandar lain. Sudah tentu seseorang penduduk Klang Selatan mungkin menghantar anak-anaknya ke salah sebuah sekolah utama yang bernama Sekolah Tinggi Klang yang terletak di Jalan Meru, Klang Utara.

Ini akan bererti bahawa seseorong penduduk bandar Klang terpaksa menyeberangi jambatan serta sungai Klang beberapa kali sehari saban hari mengharungi sungai untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Yang suatu lagi masalah, adik saya, Molly, tinggal di Taman Chi Lung di Klang Selatan. Saya pula tinggal di Klang Utara. Saya berharap para pembaca dapat sedari kerumitan yang di alami pula.

Bagi mencantumkan kedua bahagian bandar Klang, sebanyak 3 jambatan telah di bina oleh pihak kerajaan. 2 buah jambatan, Jambatan Musaeddin dan salah satu lagi jambatan yang melintasi dari Banguan Majlis Perbandaran Klang di atas Bukit Fort. Jambatan ketiga di kenali sebagai Jambatan Connaught yang terletak berhampiran stesen janakuasa TNB di Bukit Kuda.

Bandar Klang sudah membangun dengan pesat khasnya beberapa tahun kebelakangan ini. Beberapa taman-taman perumahan umpama Bandar Bukit Tinggi, Taman Botanic, Taman Klang Jaya, Taman Selatan, Taman Chi Liung dan Taman Desawan.

Akibat daripada peningkatan padat kenderaan-kenderaan bandar Klang, 3 buah jambatan yang Klang kini salurkan traffik dari Utara ke Selatan Klang saban hari mengakibatkan traffik jam untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Untuk menyeberangi Sungai Klang biasanya mengambil hampir satu jam. Sebenarnya, kesesakan jalan pernah bermula dari tol Padang Jawa, berdekatan Bandar Baru Klang, ke Taman Eng Ann dan Taman Berkeley, kemudian ke pusat bandar Klang berdekatan Bulatan Seratus, kemudian ke Bukit Fort dan Little India di Jalan Tengku Kelana atau Rembau Street.

Kesesakan Klang yang telah berlaku buat beberapa tahun nampaknya telah tamat dengan sempurnanya pembinaan sebuah jejantas berhampiran gedung The Store. Jejantas ini di bina oleh syarikat Spaz dan telah pun siap meskipun lewat beberapa tahun.

Jejantas yang menyambung jambatan dengan Federal Highway, Kuala Lumpur, mengizinkan traffik ke arah Kuala Lumpur berlalu lancar dengan tidak payah melintasi bandar Klang melalui Bulatan Seratus, kemudian ke arah Taman Eng Ann dan Bulatan Berkeley.

Pemandu-pemandu yang tidak biasanya dengan jalan-jalan bandar Klang sudah pasti akan tidak faham penjelasan yang saya buat dalam artikal ini. Artikal ini hanya telah menerangkan masalah-masalah yang sebelum ini di alami oleh para penduduk bandar Klang.

Selain daripada menerangkan masalah-masalah kesesakan jalan yang biasanya di alami oleh mengunjung terpaksa menyeberangi Sungai Klang, kiranya mereka hendak ke arah Banting, Kuala Langat dan Pelabuhan Klang. Yang hendak ke Meru, Kapar dan ke utara serta Perak juga dahulu kalanya akan mengalami kerumitan. Tetapi, masalah traffik jam bandar Klang telahpun kini di atasi.

By | 2010-11-10T10:15:58+08:00 November 5th, 2010|My Memories|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment